Tuesday, November 3, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4328

4 Messages

Digest #4328

Messages

Mon Nov 2, 2015 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kaki Kanak-Kanak Terperangkap di Eskalator Sebuah Pusat Beli Belah Terkemuka di Kuala Lumpur
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Kaki seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di eskalator di sebuah pasaraya terkemuka di ibu kota kira-kira jam 7.35 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba da Penyelamat Azizan Ismail berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan berkenaan kejadian kira-kira jam 7.39 petang hari ini.

"Satu pasukan yang terdiri dari 11 anggota balai bomba Keramat dan KLCC dihantar ke tempat kejadian", kata beliau memetik laporan NST Online.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama ibu bapanya yang dipercayai berasal dari timur tengah sedang menuruni eskalator tersebut bersama pengunjung lain.

"Anggota bomba tiba kira-kira 10 minit kemudian dan kaki kanak-kanak itu dapat dikeluarkan sepenuhnya pada pada jam 8.19 malam," katanya.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan. - Siakapkeli.my

Kanak-Kanak Perempuan Jatuh Tingkat 2 Selepas Main Eskalator
siakapkeli.my

Selepas satu-satu kejadian melibatkan tangga eskalator ini, nampaknya masih ramai ibu bapa dan orang sewasa diluar sana masih tidak peka dengan keselamatan anak-anak bila berada berhampiran eskalator.

Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun menjadi mangsa terbaru apabila telah terjatuh daripada tingkat dua gara-gara bermain tangga eskalator.

Video kejadian yang berlaku di Rusia berkenaan memaparkan seorang kana-kanak perempuan bermain tangga eskalator di pusat beli-belah Solnechny di Novy Urengoy sebelum tangga berkenaan mengheret mangsa ke atas.

Semasa kejadian, ibu saudara kanak-kanak malang berkenaan yang sedang asyik bercakap menggunakan telefon dilihat sempat memegang tangan anak kecil itu sebelum ia terlepas dari genggamannya dan jatuh.

Bagaimanapun, kanak-kanak yang dikenali sebagai Linara itu dilaporkan terselamat selepas dikejarkan ke hospital berdekatan.

Doktor memberitahu kanak-kanak itu sangat bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dan akan sembuh dalam masa terdekat. - Siakapkeli.my

Mon Nov 2, 2015 7:41 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

MELAYU PATUT MENANGIS LEPAS BACA NI...

bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comment:

Anonymous said...
Kerana Islam bertapak dari kanak2 .bila jatidiri dah bertapak kat hati , takut kalau tak sembayang .ni kat negara kita PAS nak memperkasa kan ISLAM pun kena fitnah daripada orang melayu sendiri. Tapi aku percaya orang melayu Islam beristaqamah tetapi orang melayu tak tahu pula, pasal tak ader sensitivity bila Islam tu di hina. Lagi satu nama ISLAM ni ditakuti puak2 yahudi.

Mon Nov 2, 2015 7:42 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Harga Baru Tambang KTM Komuter, Berkuatkuasa 2 Disember Ini

siakapkeli.my

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan harga tambang baru bagi perkhidmatan KTM Komuter di mana akan naik sehingga RM7.20 sehala, bermula 2 Disember ini.

Ini menyaksikan kenaikan harga tambang baru ini sebanyak 4 sen bagi setiap satu kilometer di mana harga asal sebelum ini adalah 11 sen bagi satu kilometer naik kepada 15 sen bagi satu kilometer.

Presidennya, Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata, kenaikan itu hanya membabitkan sektor Lembah Klang di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

Beliau dalam pada itu memberitahu bahawa potongan sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kad pelajar yang sah, warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU).

Manakala kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah pula dikecualikan membayar tambang.

Jelasnya, kadar tambang baru itu akan memanfaatkan pengguna komuter untuk perjalanan jauh.

Harga baru tambang komuter , Kredit gambar: Malaysiakini

BACA: Pengusaha Bas Express Cadang Kerajaan Naikan Tambang

"Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penduduk di luar Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam, khasnya untuk mereka menjelajah dari kawasan pinggir bandar ke tempat kerja di pusat bandar," katanya dalam sidang media di KL Sentral, hari ini.

Menurut beliau lagi, kadar tambang baru ini telah diluluskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), selepas mendapat lampu hijau daripada Kabinet pada September lalu.

Jelasnya, kali terakhir penyelarasan tambang KTM Komuter ialah pada Februari 2003.

BACA: [Kenyataan Media] Kadar Terbaru Tol Bagi Beberapa Lebuhraya Mulai 15 Oktober Ini

"Struktur tambang baru ini akan dapat menampung kos operasi dan penyelenggaraan yang naik setiap tahun, susulan kenaikan harga alat-alat ganti.

"KTM juga tertakluk kepada kadar komersial untuk tarif elektrik," katanya dipetik The Rakyat Post.

Beliau juga memberitahu bahawa dengan kenaikan ini, KTMB masih menanggung kerugian kerana berdasarkan kos operasi asal setiap penumpang adalah 20 sen setiap kilometer. - Siakapkeli.my

Harga Terkini LRT & Monorel Naik Mulai 1 November 2015
By melvister.

Berita harga terkini tambang LRT dan Monorel akan naik lagi mulai 1 November 2015. Perkara itu telah disahkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan harga baharu bagi tambang LRT dan Monorel akan diumumkan selewatnya 31 Oktober 2015. Menurut SPAD, kenaikan itu adalah sejajar dengan kos kenaikan pengurusan dan penyelengaraan LRT dan Monorel pada ketika ini.

Harga Terkini LRT & Monorel Naik Lagi Mulai 1 November 2015

Harga tambang terkini LRT dan Monorel akan diumumkan sebelum 31 Oktober 2015 dan akan dikuatkuasakan mulai 1 November 2015 diseluruh ibu kota Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya. Dijangkakan, kemungkinan tambang LRT dan Monorel akan naik dalam lingkungan RM0.20 sehingga RM0.50.

Sumber: Harga Terkini LRT & Monorel Naik Mulai 1 November 2015 | melvister.com

Mon Nov 2, 2015 7:44 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cabaran Untuk Vapers : Boleh Anda Lakukan Apa Yang Vapers ini Lakukan?

siakapkeli.my

Memang tidak dinafikan, tabiat menghisap vape memang sukar untuk dihentikan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah sebati dengan tabiat ini, lagilah sukar untuk membuang kebiasaan itu dari kehidupan sehari-hari.

Tapi tidak bagi seorang pengguna Facebook, Terung Kubis Kangkung, yang mana dapat membuang terus vapornya ke dalam laut sejurus ibunya meminta beliau berhenti dari tabiat tersebut.

Semuanya bermula apabila ibu kepada Terung Kubis Kangkung memberi mesej meminta anaknya berhenti menghisap vape dan berhenti merokok.

Menyahut apa yang diminta oleh ibunya, Terung Kubis Kangkung kemudian bertindak membuang kesemua alat vapenya dan juga lighter ke dalam laut.

Detik-detik itu diabadikan oleh beliau di dalam beberapa gambar di status Facebook.

Terung Kubis Kangkung di dalam posting terbarunya berkata dia memuat naik gambar-gambar tersebut sebagai kenangan sahaja.

Apapun, buat vapers-vapers lain, sanggupkah anda lakukan apa yang brother ni lakukan untuk seorang insan bernama Ibu? - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: