Wednesday, November 11, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4334

5 Messages

Digest #4334

Messages

Tue Nov 10, 2015 10:49 pm (PST) . Posted by:

"MetalWorks Calibra" azz95

pelik sangat bila projek ni, lembah kelang last dapat. astro dah pangkah la
kowwwwtttt

2015-11-10 22:40 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
>
> *Siaran TV Digital Percuma (MYTV) Bermula Sepenuhnya Awal Tahun Depan*
> Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
> <http://www.tranungkite.net/v12/www.tkodaily.net>
> tranungkite.net
> <http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&new_topic=16>
>
> *CYBERJAYA:* Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital
> sepenuhnya secara percuma bermula awal tahun depan dengan adanya
> perkhidmatan siaran Televisyen Terestrial Digital yang akan dikendalikan
> oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV).
>
> Ketua Pegawai Operasi MYTV, Mohamed Redzwan Yahya bagaimanapun berkata
> untuk menikmati perkhidmatan tersebut, pengguna perlu terlebih dahulu
> memiliki set dekoder atau Set Top Box atau televisyen yang mampu menerima
> siaran digital secara langsung yang dikenali sebagai iDTV.
>
> Katanya untuk itu, set-set dekoder dan televisyen berkenaan perlu
> mempunyai label khas bagi penerimaan siaran DTTB yang diperkenal oleh
> Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikenali sebagai
> 'Label Pengguna Alat Penerima DTTB atau ringkasnya 'DTTB Malaysia' yang
> akan mula diguna pakai awal tahun hadapan.
>
> "Dengan adanya label khas ini, pengguna dapat memastikan mereka hanya
> membeli alat penerima siaran DTTB seperti dekoder dan televisyen yang
> disahkan untuk menikmati siaran digital dengan kualiti gambar serta audio
> terbaik, katanya kepada pemberita selepas seminar Label Pengguna Alat
> Penerimaan DTTB di sini baru-baru ini.
> MYTV selaku pelaksana dan pengendali infrastruktur DTTB di Malaysia juga
> memegang hak ekslusif penjualan serta pengedaran dekoder DTTB di negara ini
> dan semua dekoder dilengkapi label DTTV Malaysia.
>
> Label DTTB Malaysia diperkenalkan oleh SKMM dan pengeluarannya dikawal
> selia oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd.
>
> Menjelas lanjut mengenai DTTB Mohamed Redzwan berkata fasa pertama siaran
> yang dijadual awal 2016 akan meliputi kira-kira 85 peratus kawasan
> berpenduduk di seluruh negara sebelum dipertingkat kepada 98 peratus
> menjelang akhir 2016.
>
> "Liputan kita adalah berdasarkan kepada populasi penduduk di sesuatu
> kawasan kerana pihak MYTV mahu memastikan setiap rakyat yang layak dapat
> menikmati perkhidmatan DTTB ini," katanya.
>
> Beliau berkata menerusi perkhidmatan DTTB, penonton di negara ini akan
> menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik,
> pilihan saluran siaran percuma lebih banyak selain akses perkhidmatan
> televisyen interaktif termasuk membeli belah dari rumah serta menonton
> video atas pemintaan.
>
> Menurut Mohamed Redzwan sebanyak dua juta set dekoder akan diedar dan
> diberi secara percuma kepada isi rumah yang yang layak iaitu mereka yang
> tergolong dalam kelompok pendapatan 40 peratus ke bawah (B40).
>
> Beliau berkata pengguna hanya perlu menyambungkan alat dekoder kepada
> antena dalaman yang termasuk dalam pakej dekoder itu, ataupun kepada antena
> terestrial luaran yang sedia ada untuk menikmati siaran DTTB kelak.
>
> Mengenai kos pelaksanaan Mohamed Redzwan memberitahu projek DTTB itu
> merupakan inisiatif pembiayaan swasta dan pihak MYTV memperuntukkan
> pelaburan sebanyak RM4.5 bilion bagi tempoh 15 tahun.
>
> MYTV merupakan syarikat yang diberi lesen oleh kerajaan untuk membangun
> dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan
> DTTB di Malaysia sebagai usaha melaksanakan penghijrahan system penyiaran
> nasional daripada analog kepada digital menjelang 2017.
>
>
>

Wed Nov 11, 2015 12:31 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


1,550 saman dalam Ops Khas Trafik LPT2

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Kuala Nerus: Sebanyak 1,550 saman dikeluarkan dengan 802 saman membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju sepanjang empat hari Operasi Khas Trafik Lebuh Raya Pantai Timur 2 yang tamat semalam.

Daripada jumlah itu, 748 saman lagi membabitkan lain-lain kesalahan selain empat lelaki berusia 29 hingga 45 tahun turut ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Selain itu, operasi yang membabitkan 27 pegawai dan 103 anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bersama Bukit Aman dan IPK Johor turut menahan dua lelaki mengikut Seksyen 15 (1) ADB 1952.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, operasi khas ini turut menyita enam kenderaan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pelbagai kesalahan seperti menggunakan nombor pendaftaran palsu dan cukai jalan tamat tempoh.

Beliau berkata, sepanjang operasi ini, pihaknya turut mengesan ada pengguna yang memandu sehingga 210 kilometer sejam di LPT2 dan tindakan itu bukan hanya membahayakan nyawa mereka tetapi pengguna lain.

"Walaupun penguatkuasaan dipertingkatkan, ada segelintir pengguna memandu melebihi had laju ditetapkan tanpa rasa bersalah," katanya yang mewakili Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman bagi merasmikan Majlis Penutup Operasi Khas LPT2 di Pejabat FELDA Wilayah Timur, Tepoh, di sini.

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz berkata, 2,041 kes kemalangan direkodkan membabitkan 67 kemalangan maut dengan 87 kematian direkodkan sepanjang LPT2 dibuka bermula Ogos 2011 hingga semalam.

Katanya, 803 kes kemalangan pula direkodkan membabitkan 32 kemalangan maut yang mengorbankan 45 nyawa bagi tempoh sepanjang tahun ini hingga 3 November lalu.

"Hasil siasatan kes kemalangan pada tahun ini, laju dan terbabas masih menjadi punca utama kemalangan dengan 360 kes (44.8 peratus) diikuti langgar binatang sebanyak 112 kes (14.2 peratus), lintasan/lopak air sebanyak 77 kes (9.8 peratus) dan laju dan langgar belakang sebanyak 70 kes (8.9 peratus).

"Polis akan mengadakan Op Had Laju dan rondaan di LPT2 secara berterusan dan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menceroboh kawasan LPT2 dengan memotong atau merosakkan pagar rezab.

"Tindakan saman juga akan dikenakan kepada mereka yang meletakkan kenderaan untuk berehat di laluan kecemasan," katanya. - Metro

Wed Nov 11, 2015 12:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lelaki Maut Tercampak Jatuh Jambatan Pulau Pinang Selepas Kereta Terbabas

siakapkeli.my

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkannya tercampak jatuh dari jambatan Pulau Pinang di kilometer 0.6 dari arah Pulau ke Perai.

plusline1800880000 @plustrafik
0549hrs Kemalangan di Jambatan Pulau Pinang Km 0.6 ( Pulau - Perai) Lorong kiri & tengah ditutup. Trafik perlahan

5:50 AM - 11 Nov 2015
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.49 pagi tadi menyebabkan berlakunya kesesakan jalanraya di atas jambatan berkenaan kerana jalan ditutup, bagaimanapun ia dibuka selepas operasi menyelamat dan 2 jam kemudian trafik kembali lancar.

00880000 @plustrafik
0751Hrs Status kemalangan Km 0.6 dari arah Pulau - Perai. Insiden selesai. Trafik lancar. Pandu cermat

7:51 AM - 11 Nov 2015

Menurut saksi, mayat mangsa ditemui berada di atas tanah pantai sedikit berbatu berhampiran tol.

Mangsa dikejarkan ke hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Pada dua minggu lalu sorang penunggang motosikal terhumban ke dalam laut selepas mengelak satu kemalangan yang berlaki di atas jambatan berkenaan, namun dilaporkan selamat kerana jatuh di atas tanah lumpur lembut. - Siakapkeli.my

Dua Lelaki Maut Kemalangan Selepas Samun
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU, 10 Nov: Dua lelaki menemui ajal dalam kemalangan di Jalan Kuning, Taman Pelangi di sini malam tadi setelah melakukan perbuatan samun.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, kedua-dua lelaki berkenaan, masing-masing berusia 28 dan 34 tahun itu menyamun seorang lelaki 33 tahun kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh pula berkata suspek yang bersenjatakan parang itu dipercayai menyamun mangsa di Jalan Abiad sebelum melarikan diri dengan menaiki Toyota Vios.

Suspek memecut kenderaannya setelah menyedari mereka dikejar oleh mangsa.

"Namun kereta yang dinaiki kedua-dua suspek terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton milik TNB," katanya memetik laporan BH Online.

Wed Nov 11, 2015 12:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

ZETI - EKONOMI NEGARA SEMAKIN TENAT.

bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Kalau sebelum ini Gebenur Bank Negara Zeti Aziz ( gambar ) selalu tampil dengan penuh keyakinan mengumumkan pertumbuhan Keluran Dalan Negeri Kasar (KDNK) dengan setiap tiga bulan sekali, atau pun diulang bila-bila masa diperlukan dengan penuh bangga, tetapi kini tidak lagi.

KDNK negara masih lagi berlegar di sekitar 4.5% hingga 5.5%.

Zeti yang sangat berhati-hati membuat kenyataan berhubung perkembangan ekonomi negara kerana suaranya sangat penting bimbang mempengaruh sentimen pelaburan, tampaknya tidak dapat terus mempertahankan "keselamatan&quot; negara dalam aspek data ekonomi dan kewangan yang kian meruncing ketika ini.

Beliau akhirnya terpaksa juga bercakap dengan nada yang tidak menyenangkan pihak kerajaan apabila tidak dapat membohongi keadaan yang berlaku kini. Kita memahami apa dilakukan Zeti itu suatu keadaan yang sangat memaksa dirinya.

Beberapa hari lepas Zeti telah mengeluarkan kenyataan pedas dan menghiris jiwa kerajaan apabila beliau menduga kedudukan ringgit Malaysia kini yang merudum berbanding dengan mata wang asing tetap tidak akan stabil dan berada diparas rendah selagi isu 1MDB tidak diselesaikan.

Zeti secara terang-terang telah menyalakan skandal 1MDB menyebabkan pelabur kurang berminat untuk terus melabur di negara ini.

Kenyataan Zeti itu adalah telus dan dianggap berani sehinggakan ia tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang menjadi pembodek dan pendolor jubur PM.
Sehubungan itu beliau lantas menggesa kerajaan agar menyelesaikan perkara tersebut. Dalam gesaan itu sudah tentu beliau meletakkan tanggungjawabnya kepada Perdana Menteri Najib Razak. Jelas beberapa perkara dibangkitkan berhubung syarikat perlaburan 1MDB itu tetapi dijawab secara tuntas oleh Najib sehingga sekarang.

Salah satu faktor kenapa Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan menyerang Najib ialah kerana Najib gagal menjelaskan kedudukan sebenarnya mengenai syarikat pelaburan strategik itu.

Sementara dana RM2.6 billion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib yang masih dipertikaikan juga tidak dijawab dengan jelas. Gara-gara itu menyebabkan para pelabor boleh beranggapan Malaysia adalah negara penerima dan pemakan rasuah dalam skala besar.

Sudah tentu bagi tanggapan pelabur wang RM2.6 billion itu adalah untuk tujuan rasuah.

Untuk menyelamatkan negara Zeti tidak terhenti setakat itu sahaja. Terbaru beliau terus bersuara untuk memulihkan keadaan ekonomi negara kali ini meminta agar kerajaan terus memberi keyakinan kepada pelaburan asing. Kali ini beliau merujuk kepada penarafan status sampah (junk status) yang dibuat ke atas Malaysia.

Minggu lalu agensi berita Bloomberg melaporkan berdasarkan data daripada agensi Penarafan Moody's Corp pelabur melibatkan enam negara membangun termasuk Malaysia layak diturunkan penarafan ke "status sampah" (junk status) sama seperti Brazil.

Laporan itu telah meletakkan Malaysia dalam sebuah negara yang kritikal dan menakutkan palaboran asing untuk datang melabor ke sini.

Status itu kata Zeti bukan dilakukan oleh agensi penarafsan, tetapi ia perlu dilakukan oleh negara kita sendiri dengan menjelaskan apa yang berlaku. Apa yang dimaksudkan Malaysia perlu menjelaskan tanggapan umum yang telah menarafkan ekonomi kita sama dengan Brazil. Malaysia kena menafikan dan membuktikan bahawa tuduhan itu tidak betul.

Tanggungjawab ini, menjelaskan keadaan negara kita, menurutnya terletak ditangan kita seperti mana yang pernah kita hadapi sebelum ini semasa negara menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1999.

Kali ini Zeti tidak mengulangi gesaannya supaya kerajaan meyelesaikan isu 1MDB tetapi dengan memberi pandangan untuk mengubah persepsi melemahkan pertumbuhan ekonomi negara seperti mana dilaporkan itu dengan meminta kita sendiri menanganinya.

Semua orang perlu faham apabila Gebenur Bank Negara membuat ulasan seperti itu ia menunjukkan masalah ekonomi Malaysia yang buruk kini dapat diatasi sekiranya Najib Razak berundur dari kerusi perdana menteri. Umum tahu isu 1MDB adalah ilham Najib dan beliaulah yang bertanggungjawab ke atasnya.

Kedegilan Najib untuk terus melangok disitu akan membebankan negara.

Apabila Zeti yang dianggap begitu berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan yang boleh mempengaruhi perkembangan ekonomi negara, tiba-tiba beliau bersuara juga jelas menunjukkan ekonomi kita sangat teruk dan beliau sendiri seakan sudah berada dalam dilema berada di Bank Negara.

Hal seperti ini belum pernah berlaku kepada mana-mana Gebenur Bank Negara sebelum ini tetapi terjadi ketika Malaysia dipanggungi oleh Najib.

Syabas Gabenor Diatas Keberanian Demi Untuk Rakyat.

ehsan - suara kami

Wed Nov 11, 2015 12:38 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Surat Terbuka Dari Seorang Siswazah Untuk 'Akak-Akak' Vapers

siakapkeli.my

Fenomena menghisap rokok elektronik atau vape bukan sahaja menjadi kegilaan di kalangan golongan lelaki, malah ia turut menjadi kegilangan di kalangan golongan wanita.

Maka tidak menghairankan jika kita dapat melihat ramai wanita menghisap vape di tempat-tempat terbuka.

Mereka juga dilihat hebat menghembus asap berkepul-kepul dengan pelbagai bentuk, sama hebatnya dengan golongan lelaki.

Bagaimanapun pemandangan ini kurang disenangi oleh seorang siswazah, Amalina Annuar dengan membuat satu surat terbuka kepada wanita-wanita yang menghisap vape.

Meskipun ia hak individu itu, namun Amalina berpendapat kegiatan itu seolah-olah merosakkan budaya dan nilai moral, apatah lagi sebagai seorang wanita, lebih menitik beratkan hal-hal sebegini.

"Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt.
Kehadapan akak-akak vapers di luar sana. Saya harap agar akak sekalian belum lagi terbatuk dek kepul-kepul asap yang akak sedut selama hari ini, moga-moga masih ada ruang dan kesempatan untuk berhenti ber"vape"

"Surat ini saya nukilkan buat akak si gadis manis jelita yang terjerumus dalam kancah Vape. Mungkin pada akak semua Nampak macam hipster dan cool tapi hakikatnya kalau bakal mak mentua akak semua tengok mungkin beliau akan berfikir beratus kali sebelum menerima akak sebagai suri hati anaknya. Apatah lagi kalau bakal-bakal majikan akak terjumpa video kepul naga asap akak di laman sosial, mungkin mampu mengakibatkan akak kehilangan peluang untuk mendapat pekerjaan idaman akak.

"Badan yang kita guna ini, sebenarnya Allah pinjamkan sahaja buat kita. Setiap inci tubuh kita sebenarnya adalah hak Allah, bukan hak kita. Bayangkan akak, kalau tengah-tengah akak-akak syok vaping, tiba-tiba tercekik asap atau tiba tiba vape akak tu meletup terbakar, dan ditakdirkan meninggal dunia masa tu jugak, tubuh kitalah yang akan menjawab dihadapan Allah tentang segala perbuatan kita di dunia wahai akak-akak. Sanggupkah akak memberi jawapan "nak ikut trend" di hadapan Allah kelak? Hanya kerana sebuah trend, kita sanggup membelakangi perintah Allah. Adakah kita sedang mencuba untuk mencabar perintah Allah? Soalan ini saya tujukan juga kepada kabinet pak menteri.

"Jangan dah terhantuk baru terngadah akak ku sayang. Saya tak mahu bila akak dah atas katil hospital, bergantung harap pada gas oksigen baru akak nak sedar padah vape pada diri akak sendiri. Saya tak mahu bila akak sudah terlantar baru akak nak merangkak bertaubat mencari Allah.

"Akak. Saya tulis surat terbuka ini bukan dengan niat untuk mengaibkan akak, bukan juga untuk 'condemn' akak. Tetapi surat ini saya tulis dengan harapan agar akak bangkit dari tidur yang lena. Sedarlah akak, hidup ini tidak lama. Jika kita tenggelam bersama nafsu dan maksiat, mampukah kita menjadi pengganti membangunkan negara?

Artikel penuh di Amalina Annuar.

Amalina Annuar added 3 new photos.
Public Figure · 1,398 Likes
· November 7 at 7:43pm ·
Apabila Si Gadis mulai ber'vape' | Surat Terbuka untuk Gadis Vapers

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt.

Kehadapan akak-akak vapers di luar sana. Saya harap agar akak sekalian belum lagi terbatuk dek kepul-kepul asap yang akak sedut selama hari ini, moga-moga masih ada ruang dan kesempatan untuk berhenti ber"vape"

Surat ini saya nukilkan buat akak si gadis manis jelita yang terjerumus dalam kancah Vape. Mungkin pada akak semua Nampak macam hipster dan cool tapi hakikatnya kalau bakal mak mentua akak semua tengok mungkin beliau akan berfikir beratus kali sebelum menerima akak sebagai suri hati anaknya. Apatah lagi kalau bakal-bakal majikan akak terjumpa video kepul naga asap akak di laman sosial, mungkin mampu mengakibatkan akak kehilangan peluang untuk mendapat pekerjaan idaman akak.

Ya benar, rezeki itu milik Allah, jodoh tu pun rahsia Allah, takkan ada sesiapa yang boleh lari dari "kun fa ya kun" milikNya. Namun, kalau dah perbuatan yang kurang manis akak pertontonkan kepada dunia…. Macam mana lah ye?

Sejarah Vape dan pengharamannya

Video kepul kepul asap bajet naga cool akak itu telah menyebabkan saya mencari-cari sejarah Vape. Vape yang mula dicipta pada tahun 1960an tapi tak dapat sambutan pun. Sampailah hadirnya si Hon Lik yang merupakan perokok tegar mencipta vape berinspirasikan mimpinya. Haa mesti akak-akak kata "Vape ni lagi selamat dari rokok la" kan kan kan? Tapi tahukah akak bahawa vape dah pun diharamkan di bebrapa negara-negara seperti Australia dan Singapura.

Apa sebenarnya isi vape?

Akak-akak ku tersayang,

Saya yakin dan pasti bahawa akak semua mesti "expert" habis bab komponen-komponen vape ni yang mengandungi bateri, atomizer dan penyedut. Bateri tu fungsi dia nak panaskan e-liquid dan jadikan wap lalu terhasilah kepu-kepul asap naga yang akak akak semua sedap sedut tu… Haa, tau tak dalam e-liquid tu ada glycerin dan nikotin? Walaupun argument di pihak akak-akak semua adalah kandungan nikotin lebih rendah daripada rokok dan ia 95% lebih selamat, tahukah akak, menurut Jake Mcdonald, PhD (2015, Pengarah Program Kesihatan pernafasan Alam Sekitar dan Kimia di Lovelace Institut Penyelidikan Pernafasan di New Mexico, melalui infografik Yahoo Health, e-cigarettes atau vape lebih merbahaya daripada rokok biasa kerana vape boleh mengakibatkan radang pada paru-paru akak yang sangat berharga dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Hakikat yang akak perlu sedar juga adalah nikotin yang terkandung dalam sebahagian besar e-liquid itu cukup untuk membantu proses ketagihan pada akak-akak sekalian. Tahukah akak nikotin boleh menyebabkan ketagihan sama seperti ketagihan kepada dadah heroin dan kokain?

Padah ketagih nikotin……

Sebenanrnya akak, nikotin ni bila akak sedut… dia jadi "best" sebab hormone dopamine dalam badan akak-akak meningkat, tu yang rasa seronok je tu. Tapi akak kena tahu nikotin akan meningkatkan kadar jantung dan tekanan dalam darah akak. Haa, ni baru jangka masa pendek, kalau jangka masa panjang akak, antara padah nikotin ni mampu meningkatkan risiko pembekuan darah, bronchospasm pada paru-paru, tekanan darah tinggi, dan salur darah sempit (Coronary artery constriction). Tambahan pula, menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh The New England Journal of Medicine yang bertajuk Hidden formaldehyde in e-cigarettes, jumlah formaldehyde yang terhasil dari reaksi kimia propylene glycerol dalam proses vaporization ini mampu meningkatkan risiko kanser pada para pengguna!
Fuhh, tak cukup serius ke penyakit-penyakit ni? Kalaulah pak menteri masih bertegas vape ni aspirasi anak muda, memang kerajaan kena sediakan polisi kesihatan yang mantap la nak rawat akak nanti.

Jom reflek sebentar

Akak, adik tahu, akak rasa Vape ni trend hipster cool bagai. Tapi akak, kalau dah trend sebegini membawa lebih banyak mudarat dari kebaikkan kenapa akak nak menjerumuskan dan membinasakan diri sendiri.

Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud

" Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan"

Dan dalam surah Al-A'raf ayat 157

"…Dan menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka…."

Akak, jika kita hayati firman Allah di atas, jelas memperlihatkan bahawa vape mahupun rokok dan apa jua yang memudaratkan diri manusia adalah haram bagi kita. Kita semua diberi kewarasan akal dan fikiran untuk berfikir, di sini saya ingin bertanya, mengapa kita nak membinasakan diri, menjatuhkan maruah seorang wanita hanya untuk sesuatu yang tidak bermanfaat buat diri kita?

Badan yang kita guna ini, sebenarnya Allah pinjamkan sahaja buat kita. Setiap inci tubuh kita sebenarnya adalah hak Allah, bukan hak kita. Bayangkan akak, kalau tengah-tengah akak-akak syok vaping, tiba-tiba tercekik asap atau tiba tiba vape akak tu meletup terbakar, dan ditakdirkan meninggal dunia masa tu jugak, tubuh kitalah yang akan menjawab dihadapan Allah tentang segala perbuatan kita di dunia wahai akak-akak. Sanggupkah akak memberi jawapan "nak ikut trend" di hadapan Allah kelak? Hanya kerana sebuah trend, kita sanggup membelakangi perintah Allah. Adakah kita sedang mencuba untuk mencabar perintah Allah? Soalan ini saya tujukan juga kepada kabinet pak menteri.

Jangan dah terhantuk baru terngadah akak ku sayang. Saya tak mahu bila akak dah atas katil hospital, bergantung harap pada gas oksigen baru akak nak sedar padah vape pada diri akak sendiri. Saya tak mahu bila akak sudah terlantar baru akak nak merangkak bertaubat mencari Allah.

Hidup kita tidak lama akak. Tidak cukup lama untuk mengaut segala peluang pahala yang ada di dunia jika kita semua masih tunduk dan tenggelam dalam nafsu walhal jelas wahyu Allah turunkan kepada manusia sebagai panduan. Kenapa harus kita persiakan? Imam Syafie pernah berpesan kepada kita akak, yang paling dekat dengan seorang manusia adalah kematian.

Kita semualah permata harapan agama dan negara, Takkan kerana trend kita gadaikan agama, maruah dan nilai-nilai moral yang ada dalam diri kita? Takkan kerana trend kita biarkan budaya kita ditelan dicarik dirobek trend yang memakan dan menyeksa badan seorang manusia?

Macam mana nak berhenti Vape?

Semuanya bermula dengan diri akak. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mulalah menapak sedikit demi sedikit. Tinggalkan vape. Bayangkan wajah ibu ayah akak meratapi akak yang terlantar sakit walhal akak adalah harapan mereka, tak ke saat itu akak telah mematahkan hati mereka? Carilah sesuatu yang memotivasikan diri akak untuk berhenti.

Tarbiyah juga mampu membantu akak. Tarbiyah ini kalau dicari maknanya satu proses pembelajaran manusia untuk berubah ke arah kebaikkan. Tarbiyah melalui usrah akan mempertemukan akak dengan sekumpulan manusia yang berperang dengan diri sendiri untuk berhijrah semi menggapai redhaNya. Dan seseungguhnya merekalah sistem sokongan yang mampu membuatkan akak berdiri bersemangat melawan nafsu ketagihan vape dan seangkatannya.

Akhir kalam

Akak. Saya tulis surat terbuka ini bukan dengan niat untuk mengaibkan akak, bukan juga untuk 'condemn' akak. Tetapi surat ini saya tulis dengan harapan agar akak bangkit dari tidur yang lena. Sedarlah akak, hidup ini tidak lama. Jika kita tenggelam bersama nafsu dan maksiat, mampukah kita menjadi pengganti membangunkan negara?

Kan Saidina Umar al-Khattab pernah berkata
"Jika kamu ingin melihat negara kamu pada masa hadapan, lihatlah pemuda pada hari ini"

Ayuh kita bersama duduk sejenak, bermuhasabah sendiri. Islam menjaga manusia dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Namun, kenapa masih kita berdegil dan ingkar akan suruhan Allah? Ayuhlah kita sama-sama bermujahadah melawan nafsu yang membinsakan jiwa. Moga-moga tulisan ini mampu menyentak akak-akak vapers dari lena yang panjang. Sudah-sudahlah jadi naga, ayuh jadi singa memartabatkan Islam untuk ummah dan generasi mendatang!

081115
Amalina Annuar,
Timbalan Ketua Biro Tarbiyah PEMBINA UNIMAS,
Biro Kajian PEMBINA
Pena Beliawanis

Sumber
https://www.yahoo.com/…/electronic-cigarettes-are-95-percen…
http://www.webmd.com/smoking-cessa…/…/electronic-cigarettes…
http://bestvapepens.net/vaping-health-concerns/
Rencana Berita Harian 8/11/2015 Masyarakat mesti peka kemudaratan e-rokok,vape, oleh Dr Azizi Ayob

360 Likes · 267 Comments · 202 Shares
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: