Wednesday, November 4, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4329

5 Messages

Digest #4329

Messages

Tue Nov 3, 2015 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

IGP diminta bersara, EAIC sahkan polis pukul mati tahanan

bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan selepas Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati bahawa seorang tahanan dipukul hingga mati oleh polis tahun lalu.

Dalam laporannya, EAIC mencadangkan dakwaan membunuh dikenakan ke atas anggota polis berkenaan selepas siasatan mendapati Syed Mohd Azlan Mohamed Nur, 25, dipukul hingga mati ketika dalam lokap di Sungai Rengit, Johor, pada 3 Nov 2014.

"Ini laporan memalukan membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Laporan seumpama ini cukup untuk IGP letak jawatan," kata Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat ketika membahaskan Bajet 2016 malam semalam.

Ketua Polis Johor kemudian mengklasifikasikan kematian itu sebagai "kematian mengejut", satu istilah yang tidak boleh dicabar, kata Gobind.

Walau bagaimanapun, katanya, laporan siasatan mendapati terdapat 61 jenis kecederaan di wajah, badan dan kedua-dua kaki lelaki itu.

"Sebahagian daripada kecederaan adalah selaras dengan usaha mangsa melindungi dirinya daripada keganasan fizikal oleh anggota polis.

"Sudah begitu banyak kes (seperti ini). Kita ada Teoh Beng Hock, kita ada Kugan dan sekarang Syed Azlan pula," kata Gobind.

- mkini

Polis bunuh tahanan dalam lokap mesti dibawa ke mahkamah

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Pergerakan hak asasi manusia, Suaram menuntut supaya anggota polis yang menurut Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) "membunuh"; seorang lelaki yang dalam tahanan lokap dibawa ke muka pengadilan.

"Kami menyeru agar mereka (anggota polis) yang bertanggungjawab dalam kes ini dihadapkan ke mahkamah dan diambil tindakan sewajarnya.

"Pejabat Peguam Negara mesti bertindak segera untuk membawa keadilan kepada mereka yang dituduh menyebabkan kematian Syed Mohd Azlan, seperti yang dilaporkan oleh EAIC," kata Suaram dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

EAIC dalam siasatannya mendapati Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, 25, "dibunuh" oleh anggota polis, yang membelasahnya ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Rengit, Johor, pada 3 Nov 2014.

Syed Mohd Azlan mengalami 61 kecederaan di muka, badan dan kaki, yang konsisten dengan "luka mempertahankan diri daripada serangan fizikal oleh anggota polis", kata laporan EAIC.

Suruhanjaya berkenaan juga menemui bukti bahawa pihak polis cuba 'membersihkan' tempat kejadian itu sebelum pegawai perubatan tiba untuk memeriksa Syed Mohd Azlan.

Pihak polis juga dilaporkan menghapuskan tikar getah dan permaidani yang dipercayai berlumuran dengan darah mangsa.

Menurut EAIC lagi, pihak polis juga menyembunyikan "saksi" yang melihat apa yang terjadi itu. - MK

Tue Nov 3, 2015 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PRODUK JENAMA KOPI "MAI SECAWAN" DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis melalui Timbalan Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) pada 29hb Oktober 2015 telah menghantar kepada Pegawai Kesihatan Daerah Kangar mengenai NOTIS MEMANGGIL BALIK PRODUK RADIX KOPI PRACAMPURAN JENAMA HPA kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Tue Nov 3, 2015 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Suka Makan Coklat-Coklat ni? Tengok Berapa Kilometer Yang Perlu Anda Lari Selepas tu

siakapkeli.my

Kitkat? Mars? Nutella? Semuanya coklat. Tak dinafikan ia antara bahan makanan yang paling digemari di seluruh dunia.

Bukan sahaja sedap, coklat juga dikatakan dapat menjadikan anda ceria dengan memakannya. Bahkan ada juga yang memakan coklat hanya untuk menghilangkan rasa sedih dan stress.

Tapi, tahukan anda berapa kalori yang dimasukkan ke dalam badan anda selepas memakan coklat? 100? 200? Ok. Nombor itu mungkin tidak memberikan kesan kerana kita tidak nampak bagaimana hendak membuangnya.

Namun, sekiranya ditafsirkan berapa jauh yang anda perlu lari untuk menghilangkan kalori-kalori tersebut, mungkin anda akan terasa terkejut. Jom lihat sendiri. - Siakapkeli.my

Tue Nov 3, 2015 7:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Ibu Bapa Pelajar Berang Pentadbiran Sekolah Adakan Solat Hajat Di LPT2

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA TERENGGANU: Gambar pelajar sekolah yang sedang membacakan surah Yasin di tepi jalan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mengundang kemarahan ibu bapa.

Ibu bapa yang berang itu mendakwa pentadbiran sekolah bertindak tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa pelajar.

Gambar yang menjadi viral di Facebook dan Whatsapp pada Ahad menunjukkan pelajar dan guru sedang duduk beralaskan tikar di lorong kecemasan. Sebuah bas juga kelihatan diletakkan berhampiran.

Mereka dikatakan sedang membacakan ayat-ayat Al-Quran untuk keselamatan pengguna lebuhraya.

Seorang bapa Shah Julian Aman Shah mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa sekolah membenarkan aktiviti seperti itu diadakan di tempat yang bahaya.

"Pihak berkuasa sekolah seharusnya mencari tempat yang lebih sesuai. Dan adakah pihak sekolah meminta kebenaran daripada ibu bapa?" ujar bapa kepada dua anak.

Tambahnya lagi, pihak sekolah tidak sepatutnya mengadakan solat hajat di tempat yang boleh berlakunya kemalangan.

Seorang ibu kepada pelajar, Marlinda Abd Rahman berkata walaupun tindakan itu mulia tetapi sangat salah.

"Siapa benarkan mereka mengadakan solat di tempat seperti itu?

"Adakah mereka sebenarnya meminta kebenaran daripada ibu bapa atau polis ataupun pihak berkuasa lebuhraya?" kata Marlinda.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Shafruddin Ali Hussin mengingatkan pihak berkuasa sekolah untuk menganjurkan acara seperti itu di tempat selamat seperti di kompleks lebuhraya.

Shafruddin berkata pihaknya akan memanggil guru yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber dari sekolah mengatakan acara yang dianjurkan itu dalam lawatan ke Kemaman selepas tamat peperiksaan PT3.

Jelasnya, solat hajat itu bukanlah sebahagian daripada rancangan program.

Tue Nov 3, 2015 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Siling Hotel Tabung Haji Gong Badak runtuh pulok...

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Nampak kejadian runtuh di Terengganu tak sendik (tak kesudahan). Bermulanya Mat Said meruntuhkan RUMAH ALLAH (Masjid Bujal), kejadian runtuh di Terengganu menjadi-jadi. Adakah ini tanda kemurkaan Allah??

Kredit
Ustaz Saiful Bahri Mamat
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: