Sunday, November 29, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4343

7 Messages

Digest #4343

Messages

Sun Nov 29, 2015 12:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sultan Johor Haramkan Vape di Seluruh Negeri Johor

siakapkeli.my

JOHOR BARU, 29 Nov: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasinya.

"Saya mahu premis vape ditutup mulai 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas memetik laporan mStar Online.

Baginda bertitah negeri mempunyai hak untuk menguatkuasakan undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Selain itu, baginda turut mengarahkan kerajaan negeri untuk bersidang pada minggu depan bagi merangka perancangan untuk memudahkan proses tersebut.

Baginda juga bertitah ahli politik harus berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," titah baginda.

Menurut baginda, kesan jangka panjang pengunaan vape, pengguna perlu membayar cukai untuk menanggung kos bagi membiayai rawatan.

Selain itu juga, baginda turut bertitah pengharaman vape di negeri johor meliputi seluruh penjualan produk yang berkaitan dengan vape.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor memberi amaran mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang tersebut bermula 1 Januari depan bakal dikenakan tindakan. - Siakapkeli.my

Sun Nov 29, 2015 12:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pakar Tampil Jawab Isu Kenapa Patah Kaki, Bila Hendak Bedah Perlu Bogelkan Pesakit

siakapkeli.my

Jika sebelum ini agak menjadi tanda tanya di kalangan orang awam, kenapa di hospital perlu tanggalkan pakaian pesakit apabila handak dibedah, contohnya, jika ingin lakukan pembedahan di kaki, kenapa perlu bogelkan pesakit?

Persoalan ini telah lama bermain difikiran orang ramai, ia membuatkan ramai tertanya-tanya sehingga ada yang membuat andaian sendiri.

Terbaru, melalui artikel yang ditulis oleh Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir bagi menjawab persoalan yang ditulis di laman sosial mengenai perkara ini.

Satu tulisan yang di 'print screen' di laman sosial telah mempersoalkan prosuder tersebut.

Berpandukan persoalan dan andaian itu, Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir merupakan seorang Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka telah menulis penjelasan panjang lebar untuk diberitahu kepada umum yang masih belum faham mengenai perkara ini.

Berikut adalah tulisan beliau,

Semalam saya telah membuat satu posting bagi memperjelaskan tentang isu sensiviti gender dan aurat pesakit yang kononnya terabai dan tidak terjaga di hospital.

Alhamdulillah ia menerima respons positif dan semakin ramai yang memahami realiti sebenar dan skop kerja penjawat awam di sektor kesihatan khususnya para doktor, jururawat dan juga MA.

Namun komentar seorang wanita ini telah menarik perhatian saya (rujuk gambar). Ia agak lucu sebenarnya kerana menunjukkan betapa masyarakat awam begitu memandang serong dan bersangka buruk pada prosedur perawatan yg diberikan kepada pesakit. Saya kira cerita2 seperti inilah yang akan melompat dari mulut ke mulut sebagai cerita2 seram rakyat dan mitos atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'Urban Legend'.

Beliau mempertikaikan jawapan balas dari jururawat bahawa waris pesakit adalah orang yang paling elok menguruskan pampers, memandikan, mencuci najis dan kencing pesakit mengikut hukum Islam memandangkan masyarakat begitu keras mengkritik warga KKM sebagai tidak sensitif terhadap isu aurat dan tidak sensitif gender kononnya.

Beliau (pengkomen) berkata bahawa ada ketikanya sungguhpun waris menguruskan perkara tersebut, terdapat waktu dan ketika pesakit berada luar dari kawalan dan pemantauan waris contohnya ketika pembedahan.

Ringkasnya, beliau membangkitkan 4 perkara ini di dalam komennya:

1. Pesakit memakai pampers kerana tidak boleh berjalan ke tandas kerana patah kaki.

2. Pesakit perlu menjalani operation kaki memasukkan besi.

3. Di dewan bedah pembantu/nurse telah diarahkan oleh doktor untuk membuka pampers pesakit atas alasan 'menggangu tugas doktor'.

4. Beliau menimbulkan pertanyaan, kenapakah alat sulit didedahkan sedangkan bahagian yang akan dilakuan operation adalah kaki.

Pertamanya, harus kita sedar bahawa operation yg hendak dilakukan adalah pada bahagian anggota kaki pesakit. Daripada tindakan waris yang memakaikan pampers kepada pesakit jelas menunjukkan bahawa ia adalah kepatahan yang serius. Ini ditambah pula dengan pembedahan memasukkan besi yg perlu dilakukan di dewan bedah. Ia memberi maksud bahawa tulang yang terlibat adalah tulang besar (long bones) seperti femur atau tibia.

Jika melibatkan tulang2 kecil, amat jarang pesakit mahu memakai pampers. Mereka lebih suka bergerak sendiri ke tandas dengan kaki yg bersimen bagi menunaikan hajat. Para perawat juga akan menggalakan mereka bergerak seandainya stabil bagi mengelakkan mereka mengalami penyakit sumbatan darah dalam salur darah kaki atau Deep Vein Thrombosis (DVT) akibat kurang pergerakkan.

Memandangkan operation perlu dilakukan di dewan bedah, adalah menjadi satu prosedur rasmi mana2 dewan bedah seluruh dunia agar pesakit memakai gown dewan bedah. Semua pakaian pesakit termasuk pakaian dalam dan juga barang2 kemas mestilah ditanggalkan dan tidak boleh dibawa masuk ke dewan bedah.

Bukan hanya pesakit sahaja yang perlu melakukan demikian, para doktor, jururawat, MA serta sesiapa sahaja yang ingin masuk ke dewan bedah perlulah menanggalkan pakaian mereka dan memakai pakaian dewan bedah yang telah disediakan!

Ini adalah kerana dewan bedah mahu mengekalkan sterliti atau kawasan suci kuman. Pakaian2 anda di luar dan pakaian dalam semestinya mempunyai kuman dan berpotensi merebak ke dalam luka anda apabila pembedahan dilakukan. Oleh itu spender dan pantist anda tak kira apa brand dari semahal Calvin Klein atau semurah brand ayam pasar malam wakaf che yeh perlu ditanggalkan. Pampes juga perlu ditanggalkan apatah lagi pampers yang sedang menakung najis! Ini adalah kerana kuman mmg amat suka untuk 'menginap' di pakaian khususnya pakaian dalaman anda.

Jika operation hendak dilakukan di sesuatu bahagian anggota badan, kawasan tersebut sememangnya perlu didedahkan. Kami bukan bomoh bedah batin yang boleh mengeluarkan batu karang dengan jari dari depan abdomen tanpa luka. ��������

Tolong jangan keliru profesion kami dengan para bomoh tersebut.

Kawasan yang didedahkan sewaktu pembedahan oleh doktor adalah kawasan yang perlu sahaja. Selebihnya akan ditutup dengan draping towel yang tebal kerana kita tidak mahu kuman dari anggota badan pesakit yang terdedah merebak dan masuk ke dalam luka pembedahan.

Suhu di dalam dewan bedah juga adalah ditetapkan rendah antara 18 hingga 20 darjah celcius bagi mengurangkan aktiviti kuman. Jadi para perawat memahami pesakit kesejukan kerana berpakaian ringkas. Oleh itu pemanas/warmer dan tuala2 sterile yg panas akan digunakan untuk membungkus pesakit dan meminamakan sebanyak mungkin anggota badan yg terdedah. Kita tidak mahu pesakit mengalami hypothermia kerana ini akan memudaratkan pesakit dan meningkatkan pendarahan!
Jadi adalah amat tidak masuk akal dan tidak logik apabila dikatakan bahawa pesakit dibedah dalam keadaan bogel.

Pemikiran seperti ini mungkin terjadi akibat terlalu banyak menonton video2 tidak senonoh atau akibat fantasi peribadi yang tidak kesampaian. ��������

Kesimpulan‬:

1. Terdapat banyak kisah karut yang berlegar di sekeliling masyarakat kita terutamanya dalam hal perubatan.

2. Masyarakat diseru supaya tidak mempercayai buta2 segala yang disampaikan kepada mereka terutamanya perkara yg sedang viral.

3. Sila siasat kesahihan dan bertanya (konsep tabayyun) sebelum menyebarkan berita yang tidak pasti.

4. Rujuklah kepada orang2 yang ahli dan berilmu dalam sesuatu bidang.

5. Warga hospital sentiasa berusaha melindungi dan menjaga maruah pesakit setiap masa.

6. Menjadi satu kesalahan yang amat berat seandainya maruah pesakit tidak dijaga dan didedahkan dengan sengaja dan tanpa sebab. Ia satu kesalahan etika pengamal perubatan yg boleh berhadapan tindakan di tamatkan perkhidmatan.

Semoga bermanfaat.

- Siakapkeli.my

Sun Nov 29, 2015 12:02 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
denaihati.com

by denaihati

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, angin satu badan bila gajet smartTAG baru buat hal lagi. Bulan lepas sangkut kat lorong smartTAG exit keluar UPM dan exit keluar Kajang, di digital board lorong smartTAG keluar perkataan "tiada smartTAG" sedang terpacak smartTAG kat cermin depan kereta, baki pun ada banyak lagi. Pertugas rumah TOL Kajang cakap mungkin bateri dah low tapi bila aku periksa masih bertanda HIGH. Aku ada kongsikan masalah ini di status Facebook, rupanya ramai yang beri maklumbalas menghadapi masalah yang sama. Ada yang cadangkan aku pergi kaunter PLUS minta tukar gajet baru.

Semalam jadi lagi masalah yang sama di dua rumah TOL lebuhraya LATAR balik dari Sabak Bernam. Bukan aku sahaja ada masalah di lorong smartTAG highway LATAR tetapi ramai pemandu lain yang senasib dengan aku dan semuanya menggunakan smartTAG baru. Bukan setakat di rumah TOL highway LATAR, di rumah TOL Guthrie nak masuk ke PLUS highway pun tersangkut lagi dengan masalah yang sama "tiada smartTAG". Mak Datin sebelah aku yang bawa kereta Audi pun senasib dengan aku. Pertugas TOL datang bantu dan dia kata sebab bateri lemah tapi aku balas balik aku dah periksa bateri banyak lagi. Rupanya masalahnya bateri longgar yang menyebabkan smartTAG tidak berfungsi jadi alat pengesan tidak dapat mengesan kehadiran smartTAG.

Masalah ini bukan masalah aku seorang tetapi masalah semua mengguna smartTAG baru. Kepada pihak pengurusan PLUS highway dan Touch 'n Go tolong ambil tindakan sebelum ada pengguna yang baling smartTAG kat muka CEO anda. Aku harap pihak PLUS highway dan Touch 'n Go bertindak segara dengan menarik balik semua penggunaan smartTAG baru yang telah dijual dengan menganti smartTAG lain yang berkualiti. Setakat minta pengguna pergi kaunter tukar baru dan dapat semula smartTAG yang ada masalah bateri tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau TOYOTA, HONDA dan banyak lagi syarikat boleh tarik balik produk yang ada masalah kenapa tidak Touch 'n Go.

Kami pengguna yang sudah membayar RM120 dan top up duit setiap kali hendak menggunakan smartTAG inginkan perkhidmatan yang bagus tidak mahu lagi ada masalah di lorong smartTAG sehingga kena hon oleh pemandu lain yang tidak faham masalah yang berlaku. Kalau kami yang menggunakan smartTAG terpaksa mengundurkan kereta untuk masuk ke lorong Touch 'n Go kemudian kena maki dengan pemandu lain hanya kerana smarTAG tidak berfungsi memang tidak berbaloi sebab kami sudah bagi banyak duit in advance kepada PLUS highway dan Touch 'n Go. Tolong ya Lembaga Lebuh Raya, PLUS highway dan Touch 'n Go jangan buat bodoh dengan masalah pengguna.

Ini sebahagian dari komen rakan-rakan Facebook ada beratus lagi komen tentang smartTAG baru di SINI jadi aku bukan keseorangan menghadapi masalah ini.

SmartTAG baru harap je cantik kecil molek tapi banyak masalah lebih baik guna yang lama besar gedabak tapi jarang ada masalah. Kepada semua pengguna yang ada masalah dengan smartTAG mari kita Viralkan di Facebook sebagai tanda protes dengan produk yang bermasalah dan rendah kualiti sehingga pengurusan PLUS highway dan Touch 'n Go mengambil tindakan.

Sun Nov 29, 2015 12:02 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Awas jangkitan elak bengkak susu

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Bengkak susu atau mastitis antara komplikasi yang tidak diingini berlaku kepada ibu yang menyusukan bayi. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang proses menyusukan bayi. Secara umumnya 10 peratus ibu yang menyusu badan mengalami komplikasi ini.

Kebanyakannya bermula beberapa minggu selepas bersalin terutamanya bulan pertama dan kedua ataupun selepas bayi mula tumbuh gigi.
Ia disebabkan gangguan pengaliran susu daripada sel buah dada ke puting susu menyebabkan berlaku radang seterusnya membengkak.

Selain itu ia boleh disebabkah jangkitan kuman berpunca daripada luka atau rekahan kulit pada payudara ibu yang menyusu.

Dalam kebanyakan punca radang, kesilapan berlaku pada teknik penyusuan menyebabkan aliran susu untuk keluar terganggu.

Kedudukan mulut bayi dan juga puting susu payudara yang salah juga menyebabkan sakit ketika menyusu bayi seterusnya merencatkan rembesan hormon penghasilan susu selain mengganggu pergerakan susu untuk keluar.

Kurangnya kekerapan bayi menyusu juga menyebabkan susu terkumpul dalam payudara menyebabkan radang ini berlaku. Selain itu, penggunaan baju dalam yang ketat dan tidak sesuai mengganggu pergerakan susu dan ada kalanya menyebabkan luka atau rekahan pada payudara.

Rekahan atau luka payudara akibat kecederaan, penggunaan baju dalam yang tidak sesuai atau luka akibat digigit oleh bayi yang menyusu boleh menyebabkan jangkitan kulit dan kawasan berhampiran memasuki tisu payudara seterusnya menyebabkan jangkitan berlaku.

Gangguan pergerakan susu dan juga jangkitan ini menyebabkan berlakunya bengkak susu badan atau mastitis. Pada mulanya, pesakit akan mengalami sakit pada bahagian tertentu di payudara.

Ia disertai dengan demam juga sengal badan. Selepas itu warna kemerahan mula kelihatan pada bahagian tertentu serta aliran susu semakin berkurangan. Bayi yang menyusu kerap tidak puas disebabkan oleh jumlah susu yang berkurangan.

Tiada ujian khas untuk mengesahkan radang atau bengkak susu badan ini. Simptom dan pemeriksaan klinikal sudah mencukupi. Akan tetapi, ujian darah boleh dijalankan untuk menentukan rawatan sama ada pesakit memerlukan pe­ngambilan antibiotik atau tidak.

Ini kerana tidak semua radang disebabkan oleh jangkitan kuman. Ujian ultrasound payudara dapat membantu sama ada pembentukan nanah sudah berlaku ataupun tidak akibat komplikasi radang itu.

Bagi peringkat awal radang, pesakit digalakkan terus menyusu pada payudara. Ini bertujuan mengelakkan susu tidak berkumpul menjadi lebih banyak dan menyebabkan aliran susu terganggu.

Tuam dengan kain atau botol suam pada bahagian yang sakit supaya laluan saluran yang semakin tersumbat dapat terbuka semula seterusnya memudahkan aliran susu. Lakukan terutamanya sebelum menyusukan bayi.

Jika teramat sakit, pesakit boleh menggunakan objek sejuk untuk diletakkan pada kawasan berkenaan. Ini dapat meredakan kesakitan. Pengambilan ubat penahan sakit adalah terhad untuk ibu yang menyusukan bayi.

Jika terdapat rekahan pada payudara atau luka terutamanya pada puting, hendaklah segera berjumpa doktor untuk diberikan krim pencegah kuman. Ini mengelakkan kuman dari pada memasuki lapisan kulit yang menyebabkan jangkitan.

Untuk mengelakkan radang ini berlaku, ibu yang menyusu hendaklah mempelajari teknik penyusuan badan yang betul terutamanya bagi mereka yang kali pertama mempunyai cahaya mata. Gunakan pam susu jika di pejabat atau ketika bayi tidak menyusu terutamanya bagi mereka yang mempunyai bayi bermasalah yang tidak dapat menyusu badan.

Ini dapat mengelakkan susu daripada berkumpul dan menyebabkan saluran tersumbat. Komplikasi tidak diingini yang boleh berlaku ialah pembentukan nanah. Ini terutamanya bagi mastitis yang disebabkan rekahan atau kulit payudara terluka.

Sakit menjadi semakin teruk, payudara membengkak dan pesakit mula mengalami demam panas. Rawatan pemberian suntikan antibiotik perlu dimulakan segera. Adakalanya pembedahan perlu dilakukan untuk mengeluarkan nanah itu.

Sun Nov 29, 2015 12:03 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Keasyikan bermain dalam banjir bertukar mimpi ngeri

bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KOTA BHARU - Keasyikan dua-dua kanak bermain dalam banjir bertukar mimpi ngeri apabila kemaluan mereka dimasuki lintah.

Dalam kejadian pertama, mangsa, Yusrina Yusri, 5, dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, mengalami pendarahan teruk apabila lintah tersebut memasuki dubur setelah mandi lebih satu jam bersama adiknya, Yusri Aiman Yusri, 3.

Ibu mangsa, Siti Khatijah Ibrahim, 27, berkata, ketika kejadian, dia sempat melihat beberapa lintah berada berdekatan anaknya ketika Yusrina bermain air berhampiran rumahnya yang dekat dengan sawah dan kuala.

"Yusrina datang kepada saya dalam keadaan menangis sambil menunjukkan objek hitam yang melekat pada duburnya.

"Saya terkejut dan cuba menarik lintah tersebut ketika ia masuk separuh ke dalam dubur, namun usaha itu tidak berjaya kerana ia licin dan melekat," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, hari ini.

Hadir melawat mangsa, Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hassan Md Hassan.

Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak berusia 2 tahun, Muhammad Luqman Haziq Kamal dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, turut menjadi mangsa lintah apabila ia masuk ke dalam alat sulitnya.

Ibunya, Siti Mazura Che Kob, 31, berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu ketika banjir berada pada paras lebih 1.22 meter.

"Ketika kejadian, anak bongsu saya mandi menggunakan pelampung, bermain banjir di kawasan rumah nenek bersama abang dan sepupunya.

"Tiba-tiba sahaja dia menjerit ketakutan dan menangis, lalu suami saya mendapatkannya. Suami segera mengangkat Luqman di kawasan cetek dan dapat membuang lintah tersebut," katanya.

Akibat mengalami pendarahan tanpa henti, Siti Mazura berkata, anak lelaki daripada tiga beradik itu terpaksa dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas, sebelum dirujuk ke HRPZII.'

"Badannya lesu dan dia hanya menangis kerana mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa menggunakan lima helai lampin dalam tempoh lima jam selepas kejadian bermula jam 10 pagi," katanya.

Sementara itu, Dr Ghazali Hasni menasihatkan orang ramai supaya mengelak bermain banjir berikutan bukan sahaja terdapat lintah, malah juga boleh mengancam nyawa terutama kanak-kanak

Sun Nov 29, 2015 12:04 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Inilah Yang Dikatakan Sebagai Pengkhianatan..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail "Menjual aset tenaga kepada syarikat-syarikat asing merupakan satu pengkhianatan dan bukan perbuatan mengambil gambar dengan individu tertentu,

"Ia (penjualan aset tenaga) adalah apa yang mereka panggil pengkhianatan, bukannya mengambil gambar dengan seseorang," katanya ketika berucap kepada Kongres PKR di Shah Alam hari ini.

"Adalah sesuatu yang malang apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak diberi keutamaan dalam mengambil alih aset tenaga, yang dijual sebagai sebahagian daripada rancangan penyusunan semula 1MDB.

"Ini adalah satu pengkhianatan ekonomi yang jelas tidak mengambil kira kesan kepada rakyat,"

"Apa lagi yang akan dijual? Apa lagi yang kita akan serahkan kepada negara lain apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani?" soal beliau.

"Tarif elektrik kita akan meningkat dan membebankan kos sara hidup dalam usaha menyelamatkan 1MDB," katanya...

Laporan berkaitan..

Mengambil gambar tidak boleh dianggap satu pengkhianatan berbanding dengan penjualan aset penjana tenaga 1MDB, Edra Global Energy Bhd kepada General Nuclear Power Corporation (CGN) dari China, kata Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail.

"Malang sekali, akibat angkara 1MDB, kita menyaksikan bagaimana aset-aset jana elektrik telah pun dijual kepada sebuah syarikat China," katanya sambil mendakwa bahawa syarikat tempatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak diberi peluang untuk membelinya.

"Ini adalah satu pengkianatan. Bukan ambil gambar dengan sesiapa itu yang dia kata pengkhianat," katanya dalam ucapan pembukaan Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 hari ini

Walaupun beliau tidak menyebut anak perempuannya yang juga naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, beliau merujuk kepada siasatan terhadap ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang bergambar dengan Puteri Sulu Jacel Kiram.

Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai telah memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang didakwa mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuannya dengan Jacel.

Gambar pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau.

Bagaimanapun, naib presiden PKR itu menyatakan kekesalannya berhubung kegusaran yang timbul akibat foto beliau bersama Jacel tersebar.

Sebelum ini, Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjelaskan anak syarikat agensi pelaburan itu, Edra Global Energy Bhd, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 bilion lapor Malaysiakini

Yang mana lebih khianat sebenarnya?.. bergambar dengan anak pengganas atau berunding dengan Pengganas ketika jelas Pengganas tu sememangnya menceroboh kedaulatan negara kita?

Syarikat Asing Dibenar Kuasai Saham IPP 100% - Demi Bayar Hutang 1MDB, Adakah Rakyat Jadi Taruhan Najib? Mesti Baca & Sebar.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Kesimpulan dari isu neh ialah ;
1. Pemilikan 100% syarikat tempatan kepada syarikat asing dalam penjanaan tenaga.
2. Sesuatu yang perlu kita lawan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat macam ko dan aku.
3. Bayangkan jika yang bekal tenaga tu dibawah seliaan syarikat asing. Mereka boleh menyusahkan hidup kita dengan cara ;
- Peluang pekerjaan = utamakan dari warga dia.
- Kadar elektrik = utamakan keuntungan.
- Bawa masuk keuntungan pelaburan ke dalam negara dia = ekonomi negara dia bertambah kukuh.
4. Bila kerajaan dah kena asak, tekan akan beria2 untuk beli semula pegangan saham. Kat sini pemilik syarikat asing akan markup harga kaw2. Yang terjejas, rakyat macam kita juga.
5. Tak dinafikan meskipun elektrik di bawah kawalan syarikat tempatan, dan kita masih membayarnya dengan harga yang mahal tetapi jika ianya berpindah tangan ke syarikat luar, mungkin akan menjadi lebih mahal lagi. Ko semua sanggup ke?
So, tolong baca penulisan Rafizi neh, hadamkan dan sebar laju2. Benda neh belum muktamad, sebelum jadi muktamad kita kena desak Najib, JANGAN BUAT KERJA BODOH. SATGI KITA GAK YANG KENA KUTIP BALA MACAM ISU PAMPASAN TOL TU. APA PUN TAK BOLEH LA PEMIMPIN2 NEGARA KAU NEH.
Hari ini ialah hari akhir bagi pembida-pembida yang berhasrat membeli aset penjana bebas (IPP) milik 1MDB mengemukakan tawaran pembelian kepada 1MDB.
Beberapa laporan kebelakangan ini mengenai urusniaga penjualan aset IPP 1MDB ini membuka satu lagi kontroversi besar yang ada kesan kepada negara dan rakyat – iaitu pemilikan asing ke atas industri penjanaan elektrik negara.
Saya konsisten mempertahankan pendirian bahawa ada beberapa industri strategik yang mesti kekal di dalam pengendalian dan pemilikan nasional bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan negara. Ini termasuklah industri air dan industri elektrik yang perlu dielakkan dari dimiliki oleh syarikat asing kerana bekalan air dan elektrik melibatkan kepentingan harian setiap rakyat Malaysia.
Saya terkejut membaca kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA), Datuk Seri Maximus Ongkili yang dilaporkan Utusan Malaysia bertarikh 5 November 2015 bahawa ada cadangan untuk membenarkan 1MDB melupuskan semua aset IPPnya kepada syarikat yang dimiliki 100% oleh negara asing.
Ini bertentangan dengar dasar kerajaan sedia ada bahawa had ekuiti maksimum pemilikan asing yang dibenarkan bagi aset-aset penjanaan elektrik di negara ini ialah 49% (bagi memastikan majority iaitu 51% masih dikawal syarikat tempatan).
Kenyataan Datuk Seri Maximus Ongkili itu mengiyakan desas desus bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup membatalkan peraturan had pemilikan asing itu demi membantu 1MDB mendapatkan harga bidaan yang lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Laporan media semalam menyatakan bahawa harga yang dibida oleh TNB ialah sekitar RM8 bilion iaitu hampir sama dengan harga nilaian pasaran semasa. Harga itu juga padan dengan harga siling yang saya syorkan kepada Dewan Rakyat untuk ditetapkan melalui satu usul yang telah difailkan pada 2 November 2015.
Walau bagaimana pun, harga RM8 bilion itu adalah terlalu rendah berbanding dengan harga yang dikehendaki oleh 1MDB kerana ia telah mengambil hutang yang tinggi untuk membeli aset-aset itu dari Ananda Krishnan dan Genting pada harga lebih tinggi dari harga pasaran sebelum ini. Jika 1MDB mahu mengurangkan hutangnya seperti yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, harga jualan aset-aset ini mestilah lebih tinggi dari harga nilaian semasa.
Sebab itu saya khuatir bila mana harga bidaan pencabar terdekat 1MDB iaitu satu konsortium di antara syarikat gergasi China (China General Nuclear Power Corp Ltd) dan syarikat gergasi Qatar (Nebras Power QSC) ialah RM10 bilion iaitu RM2 bilion lebih tinggi dari harga pasaran (yang ditawarkan oleh TNB), pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencari helah untuk membenarkan bidaan tersebut walaupun ia melanggar peraturan sedia ada dari segi had pemilikan maksimum syarikat asing.
Jika bidaan dari konsortium China dan Qatar ini melanggar had pemilikan maksimum syarikat asing iaitu 49% maksimum ekuiti asing, sepatutnya bidaan ini terbatal secara sendiri. Saya khuatir pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sedia faham bahawa bidaan dalam bentuk sedia ada ini oleh konsortium China dan Qatar tidak menepati syarat – maka pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akan menukar undang-undang sedia ada untuk membolehkan sektor elektrik negara kini dibuka kepada syarikat yang 100% dimiliki pegangan asing.
Saya memuji pendirian Datuk Seri Maximus Ongkili yang secara terbuka menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan membuka sektor elektrik negara kepada syarikat yang 100% dimiliki pegangan asing.
Saya akan memantau perkara ini dengan dekat dan tidak akan teragak-agak memulakan kempen seluruh negara mempertahankan sektor elektrik di negara ini dari dibuka kepada syarikat asing kerana ini akan membawa kesan besar kepada masyarakat dan negara di masa hadapan.
Oleh itu, saya menasihati Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan secara terbuka bahawa pentadbirannya tidak akan membatalkan had ekuiti asing dalam sektor elektrik hanya untuk membantu 1MDB menutup lubang hutangnya seperti mana yang sedang bertiup kencang sekarang.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Sun Nov 29, 2015 12:04 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Isteri Terpaksa Diceraikan Selepas Si Suami Bergurau Cerai Talak Tiga

siakapkeli.my

Lelaki ini berkongsi bagaimana lafaz talak suami ke atas isterinya boleh menjadi perkara yang serius sehingga boleh menjejaskan ikatan rumah tangga yang dibina.

Bercerita tentang pengalamannya sendiri, Abdul Razak bin Nordin, melalui satu postingnya di laman Facebook menceritakan bagaimana gurauan seorang suami tentang lafaz cerai talak tiga menjadikan dia dan isterinya bukan lagi pasangan sehidup semati, walaupun lafaz itu pada mulanya hanya sekadar gurauan.

Pengajarannya adalah, hal lafaz cerai ini bukan boleh dibawa main, walaupun tanpa niat. -Siakapkeli.my

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: