Friday, July 12, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3645

2 New Messages

Digest #3645
2
Fw: Kempen Imarah Masjid Selangor by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Jul 11, 2013 9:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lihatlah Program Kerajaan Negeri Selangor, negeri lain boleh la belajaq - 'My Best Ramadhan'
Posted by Kedah Lanie

SHAH ALAM 10 JULAI : Karnival ibadah besar-besaran "Kariah Ramadhan Perdana" akan diadakan Kerajaan Selangor bermula 11 Julai hingga ke 5 Ogos dengan pelbagai program Ihya' Ramadhan.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, program ini dibuat sebagai nafas baru dengan tema "My Best Ramadhan".

Katanya, karnival tersebut akan diadakan di Tapak Bazarena Stadium Malawati Seksyen 13 Shah Alam dengan Majlis Tazkirah Ramadhan yang bermula jam 6.00 petang.

Turut diadakan adalah Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah yang akan diimamkan oleh Imam Hafiz dan bilal khas dan beberapa orang Imam daripada Syria.

Majlis berbuka dan moreh untuk 500 orang turut diadakan pada setiap malam.

Setiap hujung minggu pula akan diisi dengan Program Gamitan Syahdu Ramadhan yang memaparkan zikir munajat, selawat dan kuliah perdana oleh penceramah terkenal.

Turut diadakan Bazar Ramadhan Mega anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam yang juga menyediakan jualan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Kombinasi kewujudan bazar tersebut mampu menarik minat seluruh warga penduduk Shah Alam untuk hadir ke tapak tersebut.

"Disamping memberi nilai promosi kepada program yang dijalankan," kata beliau semasa sidang media di pejabatnya di sini.

Tambah Sallehen, Program Tazkirah Santai dan Iftar bersama belia di Dataran Kemerdekaan Shah Alam akan diadakan bermula 2 Ramadhan hingga 27 Ramadhan yang dimulai dengan program bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

"Kita juga akan turun kepada warga industri dengan program tazkirah dan berbuka bersama-sama dengan solat secara berjemaah.

"Kita mahu memberikan kesedaran kepada warga industri untuk menghidupkan Ihya Ramadhan secara santai supaya menukar 'mind set' masyarakat bahawa hanya melakukan ibadah hanya di masjid," kata beliau.

Thu Jul 11, 2013 9:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kempen Imarah Masjid Selangor Curi Perhatian Negeri Lain
Posted by Kedah Lanie

SHAH ALAM 10 JULAI : Kejayaan kempen mengimarahkan masjid yang telah berlangsung lima tahun di Selangor kini menjadi model kepada negeri lain, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini dilihat daripada peningkatan peserta kepada program-program kuliah dan tarbiyyah agama, selain permintaan yang terus meningkat pada bulan Ramadan terhadap bubur lambuk dan buah kurma.

Menurut Abdul Khalid, ramai pemimpin dari negeri lain bertanyakan kepada beliau bagaimana caranya untuk mengimarahkan program-program masjid.

"Tetapi saya cuma jawab 'Alhamdulillah'. Saya rasa kita patut mengucapkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pengimarahan Masjid yang bertungkus lumus mengimarahkan masjid," katanya dalam ucapannya di Majlis Perasmian Pengagihan Bubur Lambuk dan buah Kurma di Masjid Negeri.

Katanya, kempen tersebut berjaya menerapkan nilai bahawa masjid bukan sahaja tempat beribadah tetapi menjadikan masjid sebagai tempat bermasyarakat.

Dalam majlis itu, sebanyak 1,250 bubur lambuk dan kurma disumbangkan hari ini hasil sumbangan peribadi dari Menteri Besar yang berjumlah RM 5,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimarahan Masjid Negeri, Datuk Seri Indah diRaja, Datuk Abu Bakar Hamid berkata bagi tahun ini, Masjid Negeri menyediakan 2,400 bungkus bubur lambuk dan kurma untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma setiap hari.

"Tahun ini, permintaan bubur lambuk dan kurma meningkat. Setiap hari kita akan mengagihkan 1,200 bubur lambuk dan 1,200 buah kurma.

"Tahun lepas, setiap hari hanya 1,000 sahaja. Ada peningkatan sebanyak 200 disitu, "katanya.

Bubur lambuk yang disediakan oleh Masjid Negeri pada tahun ini merupakan hasil sumbangan 68 orang dari syarikat-syarikat swasta, orang perseorangan dan derma orang ramai.

Sebanyak RM 100,000 diperuntukkan untuk pengagihan bubur lambuk dan buah kurma selama 27 hari Ramadhan.

Bubur lambuk ini diagihkan selepas waktu Asar setiap hari kepada orang ramai.

We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: