Wednesday, July 24, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3657

2 New Messages

Digest #3657
1
Fw: Beberapa kesilapan sepanjang Ramadhan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Jul 23, 2013 9:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Beberapa kesilapan sepanjang Ramadhan
Posted by Kedah Lanie
Zaharuddin Abd Rahman,

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim dalam bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dalam surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadis sahih tentang Sayyidatina Aisyah RA yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1.Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadis, Ertinya: "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu." (Riwayat al-Bukhari)

2.Makan sahur ketika waktu tengah malam kerana malas bangun pada akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3.Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin yang bermaksud:

"Dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar." (Surah az-Zariyyat : ayat 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat): Wahai Rasulullah: Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah SWT); jawab Nabi: Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu." (Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi: Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4.Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

5.Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6.Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan dikira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (sama ada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadis riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7.Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja pada siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya ketika Ramadhan ini.

8.Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9.Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Hal ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

10.Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11.Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan Rasul-Nya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan, maksudnya:

"Menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, walhal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit: Wahai Tuhanku... wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram.. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya." (Riwayat Muslim, no 1015, 2/703; hadis sahih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram? Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri daripada riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12.Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut,ertinya:

"Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi." (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah makbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadis, maksdunya.

"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak." ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi: Sanadnya sahih)

http://www.zaharuddin.net

Tue Jul 23, 2013 9:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Posmen Khianat Buang Surat Ke Dalam Gaung
Posted by greenboc

Kuala Lumpur: Kakitangan Pos Malaysia mengutip semula lambakan surat yang dibuang ke dalam gaung berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang.

br> Kira-kira 50 pekerja yang membawa bersama beberapa beg besar berwarna putih untuk memuatkan kesemua surat tersebut.

br> Tiga van Pos Malaysia ditempatkan di kawasan tersebut.

br> Tinjauan The Star kira-kira pukul 8.30 pagi Ahad mendapati, kesemua kakitangan memeriksa kawasan itu sebelum menuruni gaung tersebut untuk mengutip surat-surat yang tidak dihantar.

br> Tugas sukar itu berjaya diselesaikan dalam tempoh dua jam.

br> Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Khamil Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Iskandar Mizal Mahmood turut berada di kawasan itu untuk menyelia dan memantau operasi.

br> "Kami juga sedang meninjau kawasan sekeliling. Pos Malaysia mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai. Kami komited menyediakan perkhidmatan penyerahan tepat pada masanya," kata Ketua Kumpulan Bahagian Komunikasi Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim.

br> Pada Sabtu, The Star melaporkan bahawa beberapa penduduk menjumpai lambakan surat yang tidak dihantar di dalam gaung.

br> Pos Malaysia telah memecat ketiga-tiga posmen yang terlibat.

br> Insiden tersebut menyebabkan beberapa penduduk di Ukay Heights kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

br> "Kami terkejut dan marah apabila mengetahui perkara itu. Ada di antara kami tidak menerima surat dalam tempoh lebih enam bulan.

br> "Suami saya tidak menerima surat dari klien, penyata bank, cek dan surat dari keluarga kami di luar negara dan semua bil.

br> "Saya berharap agar Pos Malaysia menyerahkan surat tersebut dengan segera," kata suri rumah Hazarina Manang. -mstar
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: