Saturday, July 27, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3659

5 New Messages

Digest #3659

Messages

Fri Jul 26, 2013 9:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bonus Raya: Najib Umum Bantuan RM500, Selangor Umum Sebulan Gaji
Posted by greenboc

PM umum bantuan RM500 kepada penjawat awam

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama

Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Raya Sebulan Gaji

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 juta dan seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan akan menerima pembayaran bonus berkenaan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

Abdul Khalid berkata, pemberian bonus ini diharap dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," kata beliau.

Abdul Khalid mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, jika Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awamnya, Kerajaan Negeri juga turut sama mengikutinya.

"Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini," katanya lagi. -selangorku

comments:

Anonymous said...

peruntukan beratus juta tapi rm 500 shj diberikan. kerajaan selangor 30 juta shj peruntukan tapi blh 1 bulan gaji. tak apalah kami ucapkan terima kasih kpd pm still kami nak pertikaikan amacam beraus - ratus juta peruntukan tapi rm 500 shj diberikan? adakah penjawat awam di malaysia berjumlah berpuluh juta orang sampaikan perlu hadkan ke rm500 shj? setahu aku penjawat awam di malaysia satu juta pun tak sampai. so kpd mereka yg mempunyai otak, fikirkanlah.

Anonymous said...
Bantuan kewangan kepada pesara RM250.00 kalau ikut pendapat saya yang besara ini wajar dinaikkan kepada RM500.00. Sebabnya :-
1. Kami pesara hanya dapat duit pencen lebih kurang separuh daripada gaji semasa berkhidmat.
2. Dahlah pendapatan lebih kurang separuh gaji , harga barang naik mendadak dimusim perayaan ini.
3. Bayangkan kepada pesara yang mendapat pencennya dlm RM700.00 + RM250.00 baru cecah RM950 sedang anak ada 7 - 9 org yang ditanggung.
4. Situasi ini akan melebarkan jurang ekonomi yang berduit dgn yang kurang berduit.

Alhamdulillah Akhirnya Bonus Hari Raya Sebulan Gaji Diluluskan | Kepada Penjawat Awam Gunalah Bonus Hari Raya Ini Sebaik Mungkin
malaysiaberih.blogspot
kakisembang.com

Alhamdulillah Akhirnya Bonus Hari Raya Sebulan Gaji Diluluskan | Mati-mati aku ingat Kerajaan Persekutuan, Rupanya kerajaan Negeri Selangor..hehe..Apa pun bila adik buat baik, abang pun rasa tercabarlah..hehe..

Kepada yang kerja ngn kerajaan Persekutuan tunggulah penguguman daripada Najib....Sila ( Klik )

..Maaf, Kerajaan Selangor, bukan Kerajaan Persekutuan

[MK] Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas Menteri Besar.

PM umum bantuan RM500 kepada penjawat awam
malaysiaberih.blogspot.
lagiberita.blogspot.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - SH

Fri Jul 26, 2013 9:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SELAMAT Selepas JATUH Dari TINGKAT 14
telokbakong.blogspot
pulakdah.blogspot
Posted by author faethal

PORTUGAL - Kereta ini remuk dan terdapat kesan percikan darah kerana tindakan seorang lelaki yang terjun dari ketinggian tingkat 14 dan jatuh betul-betul di atas kereta ini.

Lelaki yang berusia 28 tahun itu bernasib baik kerana Honda Civic ini mungkin dapat menyelamatkan nyawanya.

Sebelum penduduk di situ mendengar satu bunyi dentuman yang kuat pada sekitar jam 1:00 petang di sebuah jalan di sebuah bandar Portugis, Quarteira .

Kumpulan paramedik yang tiba ditempat kejadian merasa terkejut apabila mendapati lelaki yang ditemui itu masih di dalam keadaan sedar dan boleh bercakap. Darah daripada kesan kecederaan boleh dilihat pada belakang kereta dan bumper.

Mangsa kemudian telah dibawa ke sebuah hospital tempatan di Faro dengan beberapa kesan kecederaan pada kakinya dan di dalam keadaan yang stabil.

Polis berkata, mereka sedang menyiasat kejadian itu tetapi menolak mencari suspek lain,

Fri Jul 26, 2013 10:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ikan Ikan Yang Pelik Dan Besor Di Sungai Perak
telokbakong.blogspot.
Posted by Telok Bakong

Ikan Tongsan ini ada sedikit keganjilan kerana ianya berwarna PinkYang pelik nya ialah gambar diatas sekali..kerana ianya berwarna pink..kemungkinan tongsan ini spieses albino atau balar.Keganjilan ini menyebabkan nelayan ini agak khuatir untuk mengambilnya dari bubu.Beliau terpaksa memerhatikan mata ikan ini,samada berkedip atau tidak sebelum memegangnya.Ikan ini kemudiannya dibeli oleh seorang guru untuk dijadikan hidangan moreh..ada sesiapa tahu,apakah nama ikan ini?

Ikan apakah yang disebalah kanan nelayan tersebut.Matanya agak terjojol.Menurut Nelayan ini beliau tidak pernah melihat ikan ini di peraitran Sungai Perak sebelumnya..Siapa dapat beri jawapan?Disebelah kirinya ialah ikan Tongsan Hitam.

Kalau tengokan kepada carikan diekor ikan ini..pasti ada lagi yang lebih besor..oleh itu rerajin ler mengail di Sg Perak

Orang Lambor,Telok Bakong..kalau jumpe ikan nie..deme mempireet..lari semuanye..hi..hi..

Kerapu Sungai...??

comments:

Anonymous said...
wahhh kap sisik halus, patin, rohu, kelabau, siakap, temoleh, tapah.. semuanya spesis sedap wehhh.. tak ada yang peliknya admin.... temoleh ikan mahe regenya... tu yang belang2 tu....

Telok Bakong said...
Yang pelik nya ialah gambar diatas sekali..kerana ianya berwarna pink..kemungkinan tongsan ini spieses albino atau balar.Keganjilan ini menyebabkan nelayan ini agak khuatir untuk mengambilnya dari bubu.Beliau terpaksa memerhatikan mata ikan ini,samada berkedip atau tidak sebelum memegangnya.Ikan ini kemudiannya dibeli oleh seorang guru untuk dijadikan hidangan moreh..ada sesiapa tahu,apakah nama ikan ini?

Anonymous said...
oh mak besor2 ikannye yop.

Fri Jul 26, 2013 10:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Apabila engkau marah elok kamu diam
Posted by Kedah Lanie
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man,

Wahai anakku,
Nak marah senang. Nak keluarkan kata-kata senang. Masa engkau marah dan keluarkan kata-kata lagi senang. Tapi wahai anakku, yang payahnya ialah menarik balik kata-kata tersebut.

Yang paling aku bimbang ialah kamu gagal menyembuhkan hati yang terluka mereka yang menyayangimu kerana kata-kata marahmu.

Wahai anakku,
Sebab itu, apabila engkau marah elok kamu diam. Bersabar dulu kerana puncak marah itu sekejap saat saja. Jika kamu tidak mengawal amarahmu, kemarahan kamu yang beberapa saat itu aku bimbang akan melukakan hati orang tersayang kamu bertahun lamanya sehingga kamu menyesal satu hari nanti.

Kamu jangan rasa hebat apabila orang yang menyayangimu tidak melawan marahmu. Kamu jangan berasa betul. Kerana satu hari nanti, engkau akan merasai kepedihan mereka apabila mereka mengambil keputusan meninggalkan kamu.

Wahai anakku,
Ambillah kesempatan ini untuk meningkatkan kesabaranmu di Ramadhan untuk kegunaan di hari-hari biasa. Senyum.

Fri Jul 26, 2013 10:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


----- Original Message -----
From: ezza

GEMPAR!!! Gambar Penemuan Bangkai Buaya Gergasi Di Kuala Selangor

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. PETANG tadi IniKalilah di gemparkan dengan penemuan seekor bangkai buaya di Kampung, Bukit Belimbing, Sungai Batang Berjuntai Kuala Selangor...

Awas kepada kaki-kaki pancing udang di kawasan tersebut...

Buaya gergasi di Bukit Belimbing, Kuala Selangor.. sedang dinaikkan petang tadi. Info terkini layari IniKalilah...

We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: