Tuesday, July 2, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3636

13 New Messages

Digest #3636
1
Fw: Awang Had Salleh meninggal dunia by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2a
Fw: Tips Penjagaan Buah Pinggang by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2b
Re: Fw: Tips Penjagaan Buah Pinggang by "Abd Mutalib Hussain" mutalibhh
2c
Re: Fw: Tips Penjagaan Buah Pinggang by "zailani mjali" rojai68
4
Fw: membebel pasal system saman AES...!!! by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: KESAN mamat yg menipu di KESAS....!!! by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: KESILAPAN DALAM BERPUASA by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Mon Jul 1, 2013 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

AL FATIHAH - Awang Had Salleh meninggal dunia pagi ini
Posted by Kedah Lanie

Awang Had Salleh meninggal dunia pagi ini

KUALA LUMPUR 1 Julai - Tokoh akademik dan Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh meninggal dunia pagi ini.

Awang Had Salleh meninggal dunia
telokbakong.blogspot.
rahimho.blogspot.
Dicatat oleh rahimho
Sumber : Malaysiakini

Tokoh akademik Tan Sri Dr Awang Had Salleh, 79,menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini. Menurut anaknya Nazman, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.03 pagi ini di Hospital Putrajaya. Katanya jenazah akan dibawa ke rumah seorang lagi anaknya di Presint 10, Putrajaya sebelum dikebumikan di Presint 20, hari ini.

Sementara itu, menantu Allahyarham yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bapa mertuanya meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

Mon Jul 1, 2013 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tips Penjagaan Buah Pinggang

selatanonline.net
FB Man Sidiq

Hari ini saya nak kongsikan menganai kesihatan buah pinggang di mana buah pinggang adalah salah satu organ dalam tubuh yang sangat penting dan organ ini juga adalah organ yang mudah rosak biarpun hanya meminum minuman yang berperisa.di bawah ini merupakan tips atau cara penjagaan buah pinggang.dan itu pun kalau anda nak buah pinggang anda sihat kalau tak sila abaikan ok!..

Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh 'recycle' yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Posted by ibn_bacoks

Mon Jul 1, 2013 8:45 pm (PDT) . Posted by:

"Abd Mutalib Hussain" mutalibhh

Banyak yg boleh dipersoalkan, makan roti canai pun tak boleh, apa hal. Milo pun tak boleh, merepeklah tu!

Macam buat kajian sendiri je tanpa kajian saintifik.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To: zzxmelayucyber
Sent: Monday, July 01, 2013 11:49 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Tips Penjagaan Buah Pinggang



Tips Penjagaan Buah Pinggang

selatanonline.net
FB Man Sidiq

Hari ini saya nak kongsikan menganai kesihatan buah pinggang di mana buah pinggang adalah salah satu organ dalam tubuh yang sangat penting dan organ ini juga adalah organ yang mudah rosak biarpun hanya meminum minuman yang berperisa.di bawah ini merupakan tips atau cara penjagaan buah pinggang.dan itu pun kalau anda nak buah pinggang anda sihat kalau tak sila abaikan ok!..

Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh 'recycle' yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Posted by ibn_bacoks

Mon Jul 1, 2013 10:46 pm (PDT) . Posted by:

"zailani mjali" rojai68

Sent from Yahoo! Mail on Android
faktor ni masih relevan ttp ia masih subjektif.  Bergantung tubuh manusia.

Mon Jul 1, 2013 8:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Di Selangor, Daftar Kahwin Dapat Insentif & Rumah Mampu Milik
Posted by greenboc

Insentif perkahwinan dinaikkan ke RM 500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin.

Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan Kerajaan Negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa kini Kerajaan Negeri masih memberi RM 200 kepada pasangan pengantin tetapi jumlah tersebut bakal dinaikkan kepada RM 500.

Kenaikkan itu dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 bulan lalu.

Menurut Abdul Khalid pendaftaran akan membolehkan Kerajaan Negeri mendapat maklumat jelas berhubung jumlah perkahwinan yang dilangsungkan di Selangor dan membantu proses pemberian pgoram MES kepada mereka yang layak.

Setakat ini, kira-kira 25,000 pasangan pengantin telah didaftarkan di Selangor sejak Januari lalu.

"Antara program yang kita usahakan adalah memasukkan nama mereka dalam program pemberian Rumah Mampu Milik (RMM) supaya terpilih memiliki rumah jika termasuk dalam kategori berpendapatan sederhana dan bermastautin tetap di Selangor."

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia 2013 dan Pelancaran Laman Sesawang Belia (BES) Selangor di sini hari ini.

Turut hadir, Exco Belia, Sukan, Infrasruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi selain Exco Kerajaan Negeri yang lain, Dr Halimah Ali dan Dr Daroyah Alwi.

Seramai 191 pengantin baru menerima insentif tersebut disampaikan Menteri Besar dalam majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, mereka yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun sudah boleh dianggap sebagai pemastautin tetap dan layak menyertai program tersebut.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri juga merancang menaikkan insentif pemberian tersebut dari RM 200 kepada RM 500.

"Selain itu apabila kita ada majlis meraikan perkahwinan beramai-ramai dan kita akan bagi hadiah lagi RM100," katanya.

Bagi pasangan Mohammad Hamdan Mhd Nordin, 28 dan Sazalina Mohd Salleh, 25, sumbangan Kerajaan Negeri itu merupakan hadiah galakan bagi setiap pasangan pengantin di Selangor.

"Kami yang berkahwin pada 19 Januari tahun ini bersyukur kerana pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dibantu Kerajaan Negeri.

"Dengan galakan ini maka pasangan yang merancang perkahwinan jangan tunggu lama-lama," katanya.

Sementara Nicholas Ang, 28 dan Cynthia Ng, 28, berkata, mereka merasa teruja apabila mendapat tahu akan pemberian insentif oleh Kerajaan Negeri itu.

"Perkahwinan sekarang ini agak mahal, dengan ada insentif macam ini maka baguslah untuk kurangkan beban," katanya yang melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac lalu. -selangorku

comments:

Anonymous said...

Negeri len x buat ka?

Anonymous said...
Negeri Kelantan dah lama buat .....

Mon Jul 1, 2013 8:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Apabila Prof. Agus membebel pasal system saman AES...!!!
Posted by Kedah Lanie
Mohammad Agus Yusoff

Jumaat lepas, semasa dalam perjalanan ke KLIA, saya dapati polis sedang menjalankan pemeriksaan perangkap laju lebih kurang 2.5km dari KLIA. Tadi petang semasa pulang dari KLIA, saya lihat polis juga sedang menjalankan pemeriksaan perangkap laju. Saya tidak marah dengan tugas polis tersebut, tetapi saya memikirkan wajarkah polis melakukan perangkap laju di tempat yang menjadi jendela keluar masuk orang asing ke Malaysia ini? Bagi saya, pemeriksaan perangkap laju tidak sesuai dibuat dalam lingkungan 1-3km dari lapangan terbang.

Selepas memasuki Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, pemandu saya membawa saya ke Kuala Lumpur kerana saya ada temu janji yang perlu dipenuhi. Apabila sampai dekat dengan persimpangan tol Kajang, pemandu saya memperlahankan kenderaannya. Saya bertanya kenapa? Beliau menjawab kerana ada sistem perangkap laju AES di depan.

Saya langsung berkata kepada pemandu, tidakkah pada 18 Disember 2013 sebelum pilihan raya yang lalu, Peguam Negara mengumumkan prosiding saman kepada mereka yang terkena perangkap AES ini dibekukan sehinggalah beberapa aspek teknikal dan perundangan diselesaikan? Jadi, mengapa perlu takut dengan sistem AES ini? Pemandu saya memberitahu sistem AES ini dihidupkan semula dan telah ada kes pertama yang didakwa di mahkamah beberapa hari yang lalu setelah selesai pilihan raya. Timbul pertanyaan di hati saya: bila pula Peguam Negara mengumumkan pembekuan prosiding saman sistem AES ditarik balik? Jika ditarik balik, kenapa tidak diumumkan secara meluas untuk pengetahuan rakyat?

Seperti saya tentang AES ini, saya yakin rakyat juga tidak marah dengan sistem AES ini. Rakyat tahu tujuan merakam kenderaan yang memandu melebihi had laju adalah bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Rakyat tahu pemasangan AES ini akan membuatkan pemandu lebih berhati-hati semasa memandu. Rakyat tahu mereka yang membangkang AES ini adalah yang selalu melakukan kesalahan lalu lintas. Rakyat tahu tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang buat tidak kisah sahaja kepada rakyat yang melakukan kesalahan.

Walaupun tahu, peliknya rakyat masih mempersoalkan penggunaan sistem AES ini? Mengapa? Ini kerana rakyat tidak setuju dengan penswastaan pemasangan sistem yang bernilai RM700 juta ini kepada dua syarikat sahaja, iaitu Beta Tegap dan Ates. Persoalan rakyat ialah mengapa diswastakan? Mengapa tidak dikendalikan oleh Polis atau JPJ?

Saya yakin rakyat tidak mempersoalkan pelaksanaan sistem AES ini jika sistem dikendalikan oleh pihak Polis dan JPJ. Tetapi apabila sistem AES ini dikendalikan oleh syarikat swasta yang dilaporkan akan mendapat RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan, maka rakyat berasa tersinggung kerana merasakan penguatkuasaan sistem ini tidak lagi melibatkan soal keselamatan jalan raya, tetapi lebih kepada keuntungan.

Seperti juga dengan kisah saya tentang perangkap laju yang dibuat oleh polis dekat dengan lapangan terbang KLIA, rakyat juga marah dengan sistem ini kerana kedudukan kamera tersebut diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya seperti di kawasan menurun bukit dan jalan lenggang dengan had laju 80km sejam. Bagi rakyat, bila jalan lengang dan menurun bukit, takkan nak bersantai atas jalan raya sedangkan masa boleh dijimatkan? Bagi rakyat, takkanlah semata-mata hendak dapatkan semula kos sebanyak RM700 juta itu, mereka dibebankan dengan kompaun wajib RM300!

Bagi rakyat, kalau hendak kurangkan kemalangan jalan raya ada cara lain, bukannya dengan cara menggunakan poket mereka. Contohnya, baiki jalan yang rosak, bina lebih banyak jalan, buat lorong motorsikal dll. Jangan hukumi rakyat dengan sistem yang menguntungkan syarikat atau pihak luar. Jangan jadikan AES sebagai satu perniagaan!

Yakinilah, rakyat tidak mahu kerajaan yang mesra kapitalis. Yang rakyat mahukan ialah kerajaan yang mesra rakyat. Semoganya!

Mon Jul 1, 2013 8:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[SEBARKAN] Ayuh kita KESAN mamat India yang dok menipu atas Highway KESAS....!!!
Posted by Kedah Lanie

CARI MAMAT INDIA NI DAN REPORT KEPADA POLIS!!!!!!

kenapa?

kronologi cerita begini ( PERISTIWA BERLAKU DI HIGHWAY KESAS ) :

1- saya memandu pulang dari KL ke Shah Alam melalui KESAS
2- seorang pemandu motor lalu di sebelah dan tunjuk isyarat tayar saya ada problem ( memandangkan sy teringat sebelum drive, tayar tersebut nmpk kempis, saya pun memberhentikan kereta )
3- india tersebut tunjuk tayar kereta berasap ( memang berasap, berkepul2 . saya pun cemas dibuatnya )
4- dia menyapa dan memperkenalkan dirinya Shamugan dari Honda Centre dan katanya brake tayar sy problem ( tanpa fikir panjang, dia minta sy ikut, dan cari kawasan selamat untuk diperiksa )
5- dia periksa sedikit, dan kata, dia kena panggil member dr honda juga untuk periksa dan lakukan pembaikan di situ juga ( lalu dia call kwnnya )

beberapa minit kemudian..

1- rakannya tiba ( imej dalam gmbr )
2- katanya calliper brake kena tukar
3- dia pergi ambil barang dan call tanya saya total harga RM 1580
4- dlm keadaan cemas, sy konfirmkan saja
5- call bapa saya, dan diminta supaya call produa
6- sy call perodua, perodua kata jangan buat apa2 pembaikan atau tiada guarantee lg nt.
7- sy minta si india td cancel dan pulang balik barang yang diambil
8- india tersbut marah dan minta juga sy bayar harga barang
9- sy minta mereka pasang semula , then baru sy perasan yang brake sy da tiada
10- mereka kata barang ada di kedai ( yang dorg amek spare part td )
11- sy minta mereka pulang balik, then baru sy bayar harga barang yg diambil
12- mereka berlalu dan minta sy tunggu , tetapi hampir sejam tidak muncul
13- tow truck dari perodua sampai membantu
14- setelah diperiksa, katanya tayar sy disimbah asid.

kereta di bawa ke Perodua Balakong , tetapi malang lagi kena tinggal kereta memandangkan stock calliper brake perodua tiada stock di seluruh malaysia kerana barang tersebut mmg susah rosak.

taktik yang digunakan :

- dia panggil kawan satu lg dtg, tp sy perlu menyamar kata sebagai jiran rumah memandangkan waktu bekerja, kononnya honda tak bagi keluar dan juga xbg tlg org tepi jalan

- bila peronda KESAS dtg, sy kena kata sy call pomen dan dia adalah pomen saya

- katanya tukar disitu juga dan kemudian amek resit dan klaim pada perodua tetapi pihak perodua pesan ( APA2 PEMBAIKPULIHAN DILUAR DARI PRODUA CENTER ADALAH DIBAWAH TANGGUNGAN PELANGGAN DAN WARRANTY TIDAK DAPAT DIGUNAKAN )

mereka ada 2 orang,

1- yang tegur tayar sy problem nama yang diberitahu Shamugan
2- kwnnya yg dtg ttbe nama yang diberitahu, Ramesh

laporan polis telah di buat di balai polis balakong, cuma minta bantuan kepada anda semua untuk sebarkan imej ini supaya beliau dapat ditahan oleh pihak berkuasa supaya tidak terjadi kepada orang lain juga..

sebarkan........ * berlaku pada diri saya - ainuddin hata - harap jadi pengajaran pada saya dan tidak terkena pada yang lain....

Mon Jul 1, 2013 8:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KESILAPAN DALAM BERPUASA
malaysiaberih.blogspot.
utusankini.com
Posted by Arijal
MELAKUKAN KESALAHAN
Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.
Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-
1. Berpuasa tetapi tidak solat
Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama

Tidak menjaga batas-batas aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.
5. Semakin cepat marah
Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah
8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.
9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda;
Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan
Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;
Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)
Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).
11. Menang sorak, Tarawih ala kadar
Solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.
12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.
13. Tidak mahu bersahur
Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW;
Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?" Jawab Nabi:Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Sumber: "Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.

Mon Jul 1, 2013 5:43 pm (PDT) . Posted by:

"Shahrul Izwan"

Salam,
Serena masih lagi guna distributor ker? Bukan Nissan dah lama guna electronic ignition?

From: automobil@yahoogroups.com [mailto:automobil@yahoogroups.com] On Behalf Of patin_buah1
Sent: Sunday, June 30, 2013 11:31 PM
To: automobil@yahoogroups.com
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Nissan Serena 1.6M (2000) enjin tiba-tiba mati tengah drive 110km/j - resend

Salam, Terima kasih semua atas bantuan. Saya dah siap repair kereta saya tu. Puncanya ialah distributor problem. Bila dah panas (about 1 hour travel), ia tak supply current ke spark plug. Dah tukar yg half cut. Habis RM380.00 siap upah. Rupanya masalah ini sama utk Serena yg dah berumur lebih 7 tahun. Best regards

--- In automobil@yahoogroups.com<mailto:automobil%40yahoogroups.com>, bashah <bwasi@...> wrote:
>
> cek electronic sensor injection dan macam2 sensor lagi ..mungkin dia dah tak tahan panas . Elok pi pengedar sah Nissan terus. Good luck
>
>
> ________________________________
> From: MHZ <cekelatgetah@...>
> To: automobil@yahoogroups.com<mailto:automobil%40yahoogroups.com>
> Sent: Thursday, May 30, 2013 5:16 PM
> Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Nissan Serena 1.6M (2000) enjin tiba-tiba mati tengah drive 110km/j - resend
>
>
>
> Â
> wiring & ecu dah cek? agak2 jela..
>
> On 19/05/2013 8:13 PM, patin_buah1 wrote:
> > Salam semua. sy bawa kereta Nissan Serena 1.6M 2000, enjin tiba-tiba
> > mati tengah drive 110km/j. Dah check fuel filter OK, temp OK, minyak
> > enjin baru tukar dan radiator baru servis. Tapi bila enjin sejuk sikit
> > boleh start semula dan drive beberapa ketika sebelum mati semula. Dh
> > hantar workshop tapi belum jumpa puncanya.Terima kasih kepada yg
> > membantu. (Amin, Meru)
>

Tue Jul 2, 2013 1:57 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Tue Jul 2, 2013 1:57 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Tue Jul 2, 2013 1:57 am (PDT) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1. Setiap hari group Automobil menyiarkan purata 20 email. Dalam sebulan sebanyak 580 - 620 email disiarkan.

2. Terdapat 2 cara keahlian iaitu:

a. Melalui email:
Apabila anda menjadi ahli melalui email iaitu menghantar email ke automobil-subscribe@yahoogroups.com anda akan menerima setiap email yang disiarkan oleh Automobil termasuk attachment. Cara ini bersesuaian dengan ahli group yang sering membuka email setiap hari, dua atau tiga hari sekali.

b. Melalui laman web:
Anda menjadi ahli dengan melayari laman web Automobil iaitu http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil . Semasa mengisi borang permohonan anda boleh memilih cara keahlian anda seperti berikut:
Message Delivery
b1. Individual emails. Send individual email messages.
b2. Daily digest. Send many emails in one message.
b3. Special notices. Only send me important update emails from the moderator.
b4. No email. Don't send me email, I'll read the messages at the Web site.

c. Anda boleh menukar cara menerima mesej pada bila-bila masa dengan klik kepada Edit My Membership di laman utama.

3. Kepada ahli-ahli yang jarang membuka email ataupun kepada sesiapa yang tidak gemar menerima email yang banyak dari Automobil setiap hari, anda boleh memilih 2 cara keahlian yang mungkin bersesuaian dengan anda.

a. Daily digest:
Hanya 1 email sahaja yang akan diterima setiap hari atau 29-31 email sebulan iaitu rangkuman semua email yang disiarkan oleh Automobil. Cara ini juga tidak akan menerima attachment yang disiarkan oleh Automobil. SILA PADAMKAN KANDUNGAN EMAIL YANG TIDAK PERLU JIKA INGIN 'REPLY&#39; EMAIL TERSEBUT ATAUPUN EMAIL ANDA TIDAK AKAN DISIARKAN.

a1. Cara menukar keahlian kepada daily digest ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-digest@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

b. No email:
Anda tidak akan menerima email dari Automobil, sebaliknya terpaksa masuk ke laman web Automobil di http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/messages . Attachment juga tidak dapat dilihat kerana Yahoo tidak lagi menyimpan attachment di ruangan Messages.

a1. Cara menukar keahlian kepada no email ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-nomail@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

4. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi automobilowner@yahoo.com .

Sekian, terima kasih.

Iwan
AutomobilOwner.

Tue Jul 2, 2013 1:57 am (PDT) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Post ke Group) sila email ke
automobil-owner@yahoogroups.com untuk tindakan lanjut.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang ditarik
keistimewaan menghantar email ialah:
1. Menghantar email yang tidak berkaitan Automobil.
2. Spam.
3. Menghantar virus samada sengaja atau tidak sengaja (pastikan anti
virus anda diupdate).
4. Skim cepat kaya, mlm dan lain-lain lagi.

Kepada semua ahli group yang semakin meningkat(keahlian terkini 6301
members)diharap dapat bekerjasama dengan moderator dengan tidak
melakukan kesalahan-kesalahan diatas supaya anda tidak menghadapi
masalah pada masa akan datang.

Kerjasama anda dihargai.

Sekian, terima kasih.
Irwan
AutomobilOwner

GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: