Monday, July 29, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3661

4 New Messages

Digest #3661
1
Fw: Pengecualian berpuasa ke atas lelaki by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
3
Fw: KETABAHANNYA MEMBURU KEJAYAAN , by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Jul 28, 2013 10:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pengecualian berpuasa ke atas lelaki
By Wan Azhar Wan Ahmad, Felo IKIM | Yahoo Newsroom –

Waktu bila lelaki dibenarkan tidak berpuasa?
Pengenalan

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun ketiga agama Islam. Ia diwajibkan ke atas setiap Muslim lelaki dan perempuan yang memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berakal, baligh (cukup umur), sihat, bermukim dan bagi wanita, suci dari haid dan nifas.

Islam juga menggariskan beberapa keadaan di mana kefarduan berpuasa ke atas umatnya baik lelaki mahupun wanita gugur. Penguguran ini tidak bermakna kewajiban tersebut diangkat secara mutlak kerana mereka masih dituntut menebusnya dengan beberapa amalan lain. Maknanya ianya bersifat pengecualian, kelonggaran atau keringanan (rukhsah) yang harus pula menepati beberapa kriteria yang ditetapkan syarak.

Selain daripada keringanan tambahan yang khusus kepada kaum Hawa atas faktor biologikal dan keistimewaan anugerah Allah kepada mereka, pengecualian-pengecualian yang dimaksudkan terpakai kepada kedua-dua jantina.

Himpunan kelonggaran ini boleh dikelaskan kepada dua kategori: (i) Tidak berpuasa dan wajib ganti (qada); dan (ii) Tidak berpuasa tetapi wajib bayar denda (fidyah).

(i) Tidak Berpuasa dan Wajib Ganti

Dibenarkan tidak berpuasa (berbuka) ke atas lelaki-lelaki yang sakit tetapi berpotensi (ada harapan) untuk sembuh serta mereka yang dalam perjalanan (musafir). Ini jelas dinyatakan dalam al-Quran, surah al-Baqarah (2), 184:

Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan, wajiblah dia menggantikannya pada hari-hari yang lain.

Firman Allah ini disokong oleh banyak hadis Rasulullah melalui riwayat ulama muktabar seperti Imam Ahmad, Abu Dawud, Baihaqi dan lain-lain dengan sanad yang sah. Penyakit yang mengharuskan tidak berpuasa ini merujuk kepada penyakit berat yang akan menjadi lebih buruk atau melambatkan sembuh sekiranya pesakit berpuasa.

Keadaan ini boleh ditentukan berdasarkan pengalaman, nasihat doktor/pakar ataupun sangkaan kuat (ghalabah al-zann) yang biasanya boleh disimpulkan berdasarkan situasi semasa pesakit.

Turut termasuk dalam kumpulan ini ialah orang-orang sihat yang dikhuatiri ditimpa penyakit atau masalah kesihatan yang serius sekiranya berpuasa. Begitu juga mereka yang kebuluran atau kehausan melampau sehingga boleh membawa kemudaratan kepada diri atau nyawa mereka seandainya diteruskan berpuasa, walaupun dia seorang yang sihat dan tidak bermusafir.

Bagi orang-orang yang bermusafir, tahap kesukaran perjalanan mereka tidak diambilkira dalam penentuan kebenaran berbuka. Samada mereka bermusafir berjalan kaki, berkenderaan unta, kereta, keretapi, kapal laut atau kapalterbang – semuanya diberikan kelonggaran yang sama selagimana perjalanan mereka adalah atas tujuan yang diharuskan agama dan membolehkan mereka memendekkan (qasar) solat (perjalanan melebihi 2 marhalah = 93 km).

(ii) Tidak berpuasa dan Wajib Fidyah

Rukhsah diberikan untuk tidak berpuasa kepada orang-orang tua, orang sakit yang tiada harapan sembuh, orang-orang yang sulit melakukannya, mereka yang melakukan pekerjaan berat dan mereka yang menerima hukuman kerja berat dalam tahanan (sekiranya ada).

Tiga bentuk keuzuran pertama boleh terjadi kepada lelaki dan wanita manakala dua jenis kemaafan terakhir lebih menjurus kepada golongan lelaki sahaja. Semuanya diberikan pengecualian berpuasa sekiranya amalan itu terlalu memberatkan mereka.

Bagaimanapun, sebagai tebusan, semua mereka diwajibkan pula memberi makan seorang miskin secupak makanan ruji atau yang mengenyangkan bagi setiap hari Ramadhan yang ditinggalkan tanpa perlu mengqadakan puasa berkenaan.

Dalam konteks ini, dalil Qurani yang berkaitan juga terdapat dalam surah al-Baqarah (2), ayat 184:
Dan wajib bagi orang-orang yang sulit melakukannya (tidak terdaya berpuasa), membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin.

Ayat al-Quran ini turut mendapat sokongan dan penjelasan lanjut dari sejumlah hadis-hadis Nabi yang sahih riwayat dan sanadnya. Jelas bahawa semua mereka yang tergolong dalam kategori ini dirangkumkan oleh al-Quran sebagai "orang-orang yang sulit melakukannya."

Dengan kata lain, mereka adalah orang-orang yang tidak sanggup atau tidak terdaya menunaikan kewajipan berpuasa atas alasan-alasan yang munasabah dan diterima Islam, tidak terhad tetapi termasuk perkara-perkara yang dibincangkan di sini.

Berkaitan mereka yang bekerja berat, antara kerjaya sarahidup yang dimaksudkan adalah seperti di tempat-tempat yang melibatkan kepanasan api (contoh: industri pengeluaran batu-bara/arang, penempaan kaca/besi), buruh-buruh pembuat jalanraya di bawah panas terik matahari atau pekerja-pekerja binaan yang memerah keringat dari pagi hingga senja. Semua ini sememangnya tanggungjawab kaum Adam sebagai ketua keluarga.

Contoh pekerja berat terbaik ialah pelombong/pengangkut sulfur (belerang) di Gunung Berapi Ijeng, Jawa Timur, Indonesia. Mereka bekerja di Kawah Ijeng yang berudara panas dan bertoksik, memikul bebanan di bahu antara 80 – 100 kg, berjalan kaki menaiki dan menuruni jurang dari tempat pelombongan ke pusat pungutan hasil sejauh 2-5 km sehala, berulang-alik 10 kali sehari selama 12 jam!

Semuanya menggunakan tenaga dan kudrat tulang empat kerat tanpa sebarang bantuan mesin atau lain-lain peralatan moden. Justeru, alangkah besarnya rahmat Islam dan mudahnya urusan agama dengan kelonggaran yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam profesyen-profesyen yang dinyatakan.

Benar dan tepat sekali firman Allah dalam surah al-Hajj (22), ayat 78:
Dan tidaklah Allah mennyebabkan timbulnya kesulitan bagimu (menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah) dalam urusan agama.

Kesimpulan

Sebagaimana kewajipan berpuasa ditetapkan oleh Pemilik Syariah, kelonggarannya juga ditentukan oleh Allah s.w.t. dengan tafsiran, dalam keadaan tertentu, dilakukan oleh ulama yang berwibawa.
Umumnya keringanan-keringanan yang diberikan meliputi lelaki dan wanita, dengan beberapa rukhsah tambahan tertentu yang hanya khusus untuk golongan kedua.

Pengecualian yang lazimnya difahami untuk lelaki akan turut terpakai untuk wanita sekiranya mereka juga terlibat atau berada dalam situasi yang serupa, contohnya pekerjaan berat untuk sara hidup diri dan keluarga.

Terangkatnya kewajipan keagamaan dalam kes-kes yang dibincangkan menegas dan membuktikan bahawa hidup beragama tidak sama sekali membebankan umat Islam.

comments
a.. ricky •
a.. This is good information for non Muslim too. Now I can understand more about my fellow Muslim colleagues.
a..
ijol
Thanks Ricky, I think you are the only one non-muslim who the person can understanding & sporting on Islam..may Allah bless you ricky & respect on you. thumbs up guys!

b.. Sivasubramaniam •
This article should be in English too. I agree with Ricky on its benefits for non-Muslims.

There is a question which I would like to ask, especially in the light of making smoking of shisha, haram.
`Mereka bekerja di Kawah Ijeng yang berudara panas dan bertoksik, ' I witnessed this job at Bromo too, and was reliably informed that many had died because of the toxic gases.
If this job is definitely dangerous to human because of the gases, would it then be classified as haram? Can anyone please enlighten me?
c..
Doremon •
fasting is good for all religion !! all religion practice fasting la
d..
ijol •
semalam aku betul2 terkejut, dimana driver lori di tempat kerja aku, ketika aku keluar ofis nak ke tandas aku terserempak dia kt dlm lori (bahagian penumpang) sambil makan nasik bungkus, aku ingat dia sorang saja, sekali kt belakng lori ade lagi dua orang (lori ditutup) tp bhagian belakang (main entrance) terbukak, rilek jer tgk siap isap rokok n minum air..bila nampak aku, terus senyap, tunduk kepala, yg brader kt depan td tu tercengang tegak jer, tgn tak gerak mata pandang depan,..ape yg aku buat reaksi ke atas mereka, just geleng kepala saja...
e..
Ahmad •
ASMK Saudara Wan Azlan Wan Ahmad, kenyataan yang saudara musatkan dalam Yahoo boleh disalah tafsirkan terutamanya dalam ayat-ayat sebegini:
1. Lelaki Terkecuali Daripada Berpuasa, walaupun ia adalah tajuk untuk dihujah oleh saudara tetapi harus di ingat dalam penulisan Islam approachnya tidak berdalih tetapi straight to the point.
2. Apa kah maksud saudara dala tajuk Pengecualian Berpuasa ke Atas Lelaki dan seperti anda nyatakan dalam surah Al Baqarah ayat 184 saya boleh terjemahkan kepada saudara dalam Bahasa Inggeris jika Bahasa Melayu anda lemah: "For a certain number of days; butwhoever among you is sick or on a journey, then (he shall fast) a number of other days; and those who are not able (Tiada Kemampuan) to do it may effect a redemption (bayar fidya) by feeding the poor man; so whoever does good spontaneously it is better for him; and that you fast is better for you, if you know."
Ini membawa maksud bukan Pengecualian atau lesen untuk tidak berpuasa tetapi dibenarkan tidak berpuasa atas dasar memudharat atau terpaksa. Dalam ulasan saudara tidak disenutkan ini.
Saya begitu kurang selesa dengan kennyataan:
Islam mengariskan beberapa keadaan di mana kefardhuan berpuasa ke atas umatnya baik lelaki mahupun wanita gugur. Ayat ini boleh memesongkan pemahan kanak-kanak dan orang yang lemah dalam Bahasa Melayu. Ia juga boleh menunjukkan ada di kalangan lelaki Islam yang boleh gugur (kandungan). Jika anda guna perkataan digugurkan mungkin fahaman saudara tepat tetapi itu bukan maksud yang terkandung dalam Bab Puasa.
Sebenarnya Allah memberi kelonggaran itu sama seperti Sembahyang yang boleh dihimpunkan apabila kita dalam perjalanan sejauh 2 marhala. Adakah kelonggaran itu bermaksud pengecualian daripada melakukan solat.
Walau bagaimanapun saudara, ibadah puasa bergantung kepada ketaqwaan orang yang berpuasa. Saya juga pernah melihat orang seusia 92 tahun yang berpuasa seperti juga anak yang baru berusia 5 tahun berpuasa penuh.
Maaf jika terkasar bahasa, saya hanya berniat untuk membetul apa yang tersilap. Jika saya silap tolong tegur untuk menafaat bersama.
f..
Anis •
Hopefully the guys wont take advantage over this article to skip puasa....huhuhhu
g..
Mohd. Mael •
JANGAN sesakali disalah tafsir @ diserumpunkan bahawa mereka yg
tak berpuasa tidak perlu diganti cuma wajib dibayar fidyah kpd yg layak
menerimanya (kenyataan sebegini akan merosak amalan diri). Tetapkan
tandaras diri bagi mengecami antara jenis-jenis masalah diri yg dihadapi utk
menyimpulkan antara "Tidak Berpuasa & Wajib Ganti"
dengan "Tidak Berpusa & Wajib Fidyah"..
h.. Fadzili •
Penambahan - ada 3 bukan 2 jenis kelonggaran.

1- Ganti puasa pada hari di bulan lain dalam tahun yang sama.
Jika tak ganti begitu, kena bayar fidyah 1 cupak beras dan tetap kena ganti puasa di tahun berikut.

2-Bayar Fidyah sahaja.
Pada orang yg tua.

3-Ganti puasa dan bayar fidayah.
Bagi perempuan mengandung yg berbuka kerana takutkan kesihatan anak dalam kandungan.
Juga bagi perempuan yg sedang menyusukan anak kerana takutkan kesihatan anak mereka yg disusui.

TQ
i..
Khairul •
Boleh saya tahu..Apakah definisi orang miskin?
Adakah memberi sedekah / fidyah kepada anak yatim boleh dikira?
Sebab orang kata, anak yatim sekarang ni dah senang dan tidak boleh dikira sebagai orang miskin.
j..
AHMAD •
xbpe faham la,,so kalau yang kerja berat xperlu ganti and bayar fidyah je
k.. komai •
Boleh ke seorang lelaki tidak berpuasa atas alasan tidak bersahur? Saya mempunyai beberapa orang kawan, 3 perempuan dan seorang lelaki. Pada hari yang sama, mereka telah bercadang untuk tidak berpuasa setelah beberapa jam terlepas sahur.

(Oii sedap je nak buat camtu, aku tak sahur pun boleh je puase.. Dah la aku tengah gastrik.. Boleh je pun... Entah-entah niat puase pun tak pernah.. MasyaAllah jahat betul mulut aku ni.. Astagfirullahalazim.. O.o)

Sun Jul 28, 2013 2:54 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



6 Tanda Datangnya Malam Lailatul Qadar

selatanonline.net
FB Tahukah Kamu ?

Ada beberapa tanda datangnya malam mulia dan penuh berkah itu, sebagaimana yang di kemukakan Rasulullah SAW, diantaranya.

1. Udara dan suasana pagi yang tenang. Ibnu Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah."

2. Esok harinya cahaya matahari agak meredup, bersinar cerah tapi tidak kuat. Ubay bin Ka'ab radliyallahu'anhu berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar seperti nampan."

3. Bulan nampak separuh bulatan. Abu Hurairoh ra pernah berkata bahwa mereka pernah berdiskusi tentang lailatul qadar disamping Rasulullah SAW lalu beliau bersabda; "Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan."

4. Sewaktu malam tampak terang, tidak dingin, tidak berawan, tidak hujan, tidak panas, tidak ada angin kencang, dan tidak ada aktivitas meteor yang jatuh digalaksi. Rasulullah SAW bersabda: "Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)" (HR. at-Thobroni dalam al-Mu'jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan), sebagaimana hadits dari Watsilah bin al-Asqo'.

5. Terbawa kedalam mimpi. Beberapa sahabat Rasulullah SAW mengalami mimpi berjumpa dengan malam lailatul qadar.

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah, tidak seperti malam-malam lainnya.

Posted by ibn_bacoks

Sun Jul 28, 2013 2:55 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KETABAHANNYA MEMBURU KEJAYAAN , KECACATAN BUKAN HALANGAN
telokbakong.blogspot.
anakmuaallaf.blogspot
Dicatat oleh anakmuaallaf

"Kita sering mengeluh kekurangan material terutama wang ringgit tanpa kita sedar kita sudah diberi rezeki dn kelebihan yg jauh lbh banyak dari org lain. Insaf dan bersyukurlah kerana kita masih jauh lbh baik dan maju dari orang lain. Sedikit kekurangan tdk dapat dibanding dgn lbh ramai lg yg mwngurus dirinya pn tidak mampu.

Foto ini adalah contoh kecekalan hati dn jiwa seorang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yg tidak cukup sifat fizikal dengan kecacatan tangan dan kaki yg kurang berfungsi. Berat mata memandang, berat lg bahu memikul. Dia hanya boleh menulis Jija berbaring dgn jarinya yg berada di tangannya yg lbh pendek. Maka sehingga meja khas yg ditempah pihak Pengurusan kolej tiba. Dia terpaksalah dibaringkan di atas meja setiap kali mengikut kuliah.Syukurlah ada kawan2 yg sentiasa sudi membantu. Pensyarah2 jg turut memberi bantuan material dn tenaga utk menjaganya semasa PdP.

Agak sayu juga melihatnya di dalam kelas dalam keadaan bgni apalagi memikirkan urusan pribadi dn kebersihan dirinya jg terpaksa dibantu kawan2nya yg berhati mulia kerana dia tdk dpt melakukan urusan berkenaan sendiri termasuk disuapkan makanan, dimandikan dn sebagainya. Namun demikian semangatnya tetap waja untuk belajar. Pelik dibandingkn beberapa pekajar lain yg cukup sifat fizikal tetapi liat utk mengikuti kuliah dn tutorial

Pelajar yg berasal dari Sandakan ini bukan dari keluarga senang. Ibunya surirumah dan bapanya pekerja biasa di Lembaga Pelabuhan. Agak sukar membayangkan bagaimana dia akan hadapi cabaran2 yg lbh besar di masa akan datang. Apabila ditanya apa yg dia mahu untuk hari raya. Dia hanya menjawab cuma mahu ibubapanya bahagia dan dia dapat hidup untuk membantu keluarganya dgn menamatkan pengajian di Universiti nanti. Mulia sungguh hati anak ini. Sayangnya cabaran menanti terlalu besar untuk ditanggung. Jika pelajar Sarawak yg layak boleh menerima bantuan dermasiswa khas dari Yayasan Sarawak dlm lingkungan 1500 satu semester. Malang sedikit Yayasan Sabah tidak ada bantuan kepada pelajar2 dari negeri berkenaan pula. Jika ada bantuan untuk pelajar2 susah sebagai tambahan kepada elaun yg diberikan Kerajaan Malaysia kpd kumpulan dari keluarga daif dn yg cacat fizikal setidak2nya boleh mengurangkan beban kerana pelajar2 OKU byk keperluan tambahan khususnya utk keperluan pribadi.

Di bulan mulia ini. Jika kita ambil iktibar dari aoa yg dilihat dn berlaku di sekekiling kita pasti byk yg boleh dipelajari utk mengingatkan rasa bersyukur kpd Allah kerana setidaknya kita masih mempunyai hidup yg lbh baik. Moga dgn melihat orang2 yg kurang Upaya membuka pintu kesedaran dn keluhuran jiwa untuk berkongsi empati kpd golongan ini. Moga keikhlasan kita membantu golongan susah terbalas dgn rezeqi yg melimpah. Sesuatu yg dilakukan ikhlas akan datang semula kpd kita kadangkala dgn cara tdk kita duga."

Sun Jul 28, 2013 6:37 pm (PDT) . Posted by:

"Nazri Ahtar" littlenoti

duit lebih tu boleh isi minyak kereta utk balik kampung beraya, kan ?
(nak bagi sangkut juga dengan automobil) Mood: bersangka baik.
 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, July 27, 2013 12:55 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Alhamdulillah, Bonus Hari Raya Sebulan Gaji


 

 

Bonus Raya: Najib Umum Bantuan RM500, Selangor Umum Sebulan
Gaji
Posted by greenboc


PM umum bantuan RM500
kepada penjawat awam

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Datuk Seri Najib
Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai
persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana
Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000
pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran
bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan
Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing
membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.

Di samping bayaran bantuan khas itu,
penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah
pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji
masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya
dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib
berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan
pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem
Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan
kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau
RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh
perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi
berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata
kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan
Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban
kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama

>
>Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Raya Sebulan Gaji
>
>Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.
>
>Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 juta
dan seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan akan menerima
pembayaran bonus berkenaan selewat-lewatnya pada hujung bulan
ini.
>
>Abdul Khalid berkata, pemberian bonus ini diharap dapat
meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan
Hari Raya.
>
>"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah
dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada
masa depan," kata beliau.
>
>Abdul Khalid mengumumkan perkara itu dalam
sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha
Kerajaan Negeri di sini hari ini.
>
>Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata,
jika Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada
kakitangan awamnya, Kerajaan Negeri juga turut sama
mengikutinya.
>
>"Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus
sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan
menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini,"
katanya lagi. -selangorku

comments:
Anonymous
said...
peruntukan beratus juta tapi rm 500 shj diberikan. kerajaan selangor 30 juta shj peruntukan tapi blh 1 bulan gaji. tak apalah kami ucapkan terima kasih kpd pm still kami nak pertikaikan amacam beraus - ratus juta peruntukan tapi rm 500 shj diberikan? adakah penjawat awam di malaysia berjumlah berpuluh juta orang sampaikan perlu hadkan ke rm500 shj? setahu aku penjawat awam di malaysia satu juta pun tak sampai. so kpd mereka yg mempunyai otak, fikirkanlah.
Anonymous said...
Bantuan kewangan kepada pesara RM250.00 kalau ikut pendapat saya yang besara ini wajar dinaikkan kepada RM500.00. Sebabnya :-
1. Kami pesara hanya dapat duit pencen lebih kurang separuh daripada
gaji semasa berkhidmat.
2. Dahlah pendapatan lebih kurang separuh gaji ,
harga barang naik mendadak dimusim perayaan ini.
3. Bayangkan kepada pesara
yang mendapat pencennya dlm RM700.00 + RM250.00 baru cecah RM950 sedang anak
ada 7 - 9 org yang ditanggung.
4. Situasi ini akan melebarkan jurang
ekonomi yang berduit dgn yang kurang berduit.
 
Alhamdulillah
Akhirnya Bonus Hari Raya Sebulan Gaji Diluluskan | Kepada Penjawat Awam Gunalah
Bonus Hari Raya Ini Sebaik Mungkin
malaysiaberih.blogspot
kakisembang.com
 
Alhamdulillah Akhirnya Bonus Hari Raya Sebulan Gaji
Diluluskan |  Mati-mati aku ingat Kerajaan Persekutuan, Rupanya
kerajaan Negeri Selangor..hehe..Apa pun bila adik buat baik, abang pun rasa
tercabarlah..hehe..

Kepada yang kerja ngn kerajaan Persekutuan tunggulah penguguman
daripada Najib....Sila ( Klik )
 
..Maaf, Kerajaan Selangor, bukan Kerajaan
Persekutuan

[MK] Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan
gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini,
beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk
pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan
diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid
berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah
gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah
bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus
ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi
persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan
berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan
pada masa depan," tegas Menteri Besar.
 
 
PM umum bantuan RM500 kepada penjawat awam
malaysiaberih.blogspot.
lagiberita.blogspot.
 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya
kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut
mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan
bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas
itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada
penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan
kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - SH
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: