Sunday, July 14, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3647

1 New Message

Digest #3647

Message

Sat Jul 13, 2013 7:45 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

langkah2 sekarang oleh Bank negara bagus, tapi langkah2 dulu pun bagus
kalau tak bagus tentu BNM tak luluskan yg dulu dan sekarang.
jadi kalau dah bagus, kenapa perlu ubah2 sana, ubah2 sini...
duit syiling pun ubah2, note duit pun ubah2...
nak bayar parking automobil pun susah.

________________________________
From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, July 13, 2013 10:21 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Pinjaman peribadi 10 tahun serta merta


 

 

Gempar: Pinjaman peribadi dihadkan kepada 10 tahun serta merta seluruh
Malaysia
malaysiaberih.blogspot
penburukonline.blogspot
Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan satu set langkah yang berkuatkuasa
serta merta untuk mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan memperkukuh
amalan
pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit
utama.

Gabenor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata langkah itu
mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi kepada 10 tahun dan pembiayaan
pembelian hartanah
kediaman kepada 35 tahun dan melarang penawaran produk
pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu.

Turut termasuk
ialah penetapan nisbah khidmat
bayaran hutang yang membolehkan isi rumah
mempunyai penampan kewangan mencukupi untuk melindungi mereka daripada kenaikan
kos dan kejadian yang tidak dijangka.
Dr Zeti berkata, pada Mac tahun ini, nisbah hutang isi rumah berbanding
keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Malaysia berkembang sebanyak 13 peratus
kepada
83 peratus daripada 70 peratus pada 2009, paras tertinggi bagi negara
membangun di Asia.

"Memandangkan ekonomi kini berkembang pada jajaran
empat hingga enam peratus, kami percaya tahap hutang ini tidak berkekalan dan
itu sebabnya mengapa kami
memperkenalkan langkah ini," katanya pada taklimat
media di sini, semalam.

Beliau berkata, membandingkan hutang isi rumah
berbanding KDNK di negara membangun lain Asia, Thailand berada pada 30 peratus;
Indonesia (15.8 peratus);
Hong Kong (58 peratus); Taiwan (82 peratus); Jepun
(75 peratus) dan Singapura (67 peratus).

Negara yang mempunyai hutang isi
rumah tinggi berbanding KDNK ialah Amerika Syarikat pada 91.7 peratus; Australia
(113 peratus); New Zealand (91 peratus);
United Kindom (114 peratus) dan
Korea Selatan (91 peratus).

"Kami memutuskan untuk menumpukan kepada
sektor isi rumah bagi langkah ini supaya tidak akan ada kekeliruan dalam hasil
yang ingin dicapai iaitu kemapanan
sektor isi rumah kerana ia pemacu penting
kepada ekonomi kita," katanya.

Dr Zeti berkata, satu daripada faktor
hutang isi rumah yang tinggi ialah peningkatan aliran pinjaman peribadi
meningkat pada kadar purata tahunan 20 peratus.

"Peningkatan peranan
institusi kewangan bukan bank yang membekalkan hampir 60 peratus daripada
pembiayaan peribadi kepada isi rumah juga faktor penyumbang.
Daripada jumlah
pembiayaan, 16.9 peratus adalah pembiayaan peribadi. Daripada segi kadar
pertumbuhan pembiayaan peribadi institusi kewangan bukan bank,
tahun lalu ia
meningkat 29 peratus berbanding bank yang berkembang 9.1 peratus. Persaingan
agresif dalam pasaran pembiayaan peribadi juga menyumbang kepada
kadar
pembiayaan rendah yang tidak mencerminkan risiko berkaitan,"
katanya.

Mengenai tempoh pinjaman yang panjang, beliau berkata, meskipun
tempoh lebih panjang mungkin mengurangkan pembayaran semula bulanan, bagi tempoh
jangka
panjang ia akan meningkatkan keseluruhan beban hutang isi
rumah.

Dr Zeti berkata, BNM menggesa institusi kewangan memberikan
penekanan kepada penilaian kemampuan berbanding sejarah pembayaran semula dan
cagaran yang
biasanya mempengaruhi keputusan berian pinjaman walaupun
penilaian kemampuan menunjukkan potensi kelemahan di masa depan.

Langkah
baharu itu yang melengkapkan garis panduan berian pinjaman bertanggungjawab
dikeluarkan tahun lalu, terpakai kepada semua institusi kewangan yang
dikawal
selia BNM; koperasi kredit dikawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia; Malaysia
Building Society Bhd dan Aeon Credit Services (M) Bhd. Manakala
had bagi
tempoh pembiayaan ini tidak akan membabitkan permohonan yang dibuat sebelum
semalam. -Bernama,

We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: