Thursday, June 12, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3936

4 Messages

Digest #3936
1
Fw: Anda gemar makan bihun? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2a
Fw: EDISI LIDAH BIAWAK BERBELIT ... by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2b
Re: Fw: EDISI LIDAH BIAWAK BERBELIT ... by "Nazri Ahtar" littlenoti

Messages

Wed Jun 11, 2014 9:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BIHUN JIJIK CAP MASJID YANG TIADA SIJIL HALAL ... SETELAH DIHEBAHKAN OLEH PARA PENGGIAT SIBER BARULAH KPDNKK MENYERBU SEBUAH PASAR RAYA BORONG DAN MERAMPAS 834 KILOGRAM BIHUN KELUARAN KILANG BERKENAAN.
omakkau.blogspot.
Posted by OMAK KAU!!!!

Susulan penyebaran gambar kilang bihun yang menjijikkan di laman sosial semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengadakan pemeriksaan mengejut di sebuah pasar raya borong.

Hasil pemeriksaan, sebanyak 834 kilogram bihun yang merupakan antara jenama bihun keluaran kilang sama menggunakan lambang masjid di Jalan Ipoh, di sini dirampas.

Menurut Pegawai KPDNKK yang enggan dikenali, rampasan berkenaan dilakukan susulan pemeriksaan di kilang berkenaan dan pengesahan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan produk berkenaan yang tiada sijil halal.

"Pemeriksaan itu dibuat berdasarkan invois yang terdapat di kilang berkenaan di mana pelanggan utamanya adalah sebuah pasar raya borong di Selayang," katanya.

Pemeriksaan yang dijalankan turut disertai oleh anggota penguatkuasa Bahagian Hab Halal JAKIM dan Jabatan Kesihatan.

SETELAH DIDEDAHKAN DI ALAM MAYA AKHIRNYA PIHAK JAKIM BERTINDAK KEATAS KILANG PENGELUAR BIHUN CAP MASJID.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!

'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.

Anda gemar makan bihun? ........... mari kite tengok poto2 ni dulu..........
telokbakong.blogspot
wak-labu.blogspot
Posted by Mohd Sulaiman

Proses Bihun Cap Masjid yang menjijikan..!!!!!

Agak2 ada tak bihun cap masjid ni kat rumah korang.???
Kalau ada mintak tolong buang la... ayam itik pun tak lalu nak makan.
Pegawai2 JAKIM dah lama dah arwah...

Kilang Bihun Cap Masjid Bertaraf "GMP"?
greenboc.blogspot.
Posted by greenboc

Gambar-gambar berikut merupakan kilang di mana Bihun Cap Masjid diproses. Lihat bagaimana tahap kebersihan mereka memproses produk mereka.

Sebagai makluman, terdapat begitu banyak produk-produk beridentiti melayu islam seperti Bihun Cap Masjid ini. Mohon pengguna kita berhati-hati dengan produk-produk seperti ini di pasaran.

ULASAN GB

Dengan pendedahan ini, orang bukan Islam pun rasanya akan merasa jijik dengan bihun yang dikeluarkan.

Apa tindakan majlis kerajaan tempatan di dalam mengeluarkan lesen perkilangan? Bagaimana mereka boleh mendapat kebenaran menjalankan pembuatan bihun dengan kilang yang lansung jauh dari status "Good Manufacturing Practice"?

Selain daripada itu, bagaimana pula dengan penyalahgunaan nama "cap Masjid" bagi mengelirukan pengguna-pengguna muslim?

Sementara logo HALAL itu adalah logo palsu, bukan logo dari JAKIM!

comments:

Anonymous said...
Hehehe org melayu ni mmg bangang. Asal ada masjid je, kira halal dan bersih.

Errrr... Isma dan perkasa taknak demo ke sebab non muslim guna gambar masjid utk berniaga. Tak takut akidah tergugat ke? Hehehe

Anonymous said...
Sekali hentak sekali masuk itu lah ropenya pegawai2 JAKIM. Kerja sambil lewa cukup bulan ambil gaji buta. Kalau Polis buat kerja macam JAKIM agaknya Malaysia ini dipenuhi penjenayah. Polis kerja siang malam pun jenayah melambak. Kalau tak cukup kaki tangan tambah lah kota sekarang ramai anak2 muda dengan kelulusan diploma dan ijazah menganggur dan mereka ini berhutang dgn PTPTN. Kalau tak ada kerja atau ada kerja pendapatan sekadar cikup makan camana nak bayar hutang PTPTN. Kalau tak bayar nanti black list nak keluar negara atau nak buat pinjaman pun tak boleh. Langkah Kerajaan BN bukan menyenangkan rakyat sebaliknya menyusahkan rakyat sehaja.

Anonymous said...
Menteri kata orang luar pun respek malaysia.

Anonymous said...
Yang tak halal tub sebenarnya JAKIM sebab senang sangat dapat sijil HALAL Dan cop halal.Penguatkuasa zero.

Anonymous said...
Ini lah bala dari Allah swt apabila orang yg diamanah spt di Jakim asyik tidor di buai mimpi dan orang kafir sewenang2 buat untung atas kecuain orang yg di amanah.

jomblogsayer amie said...
kilang ni telah diarah tutup. Logo halal bukan daripada JAKIM

SUASANA SEBUAH KILANG PEMBUAT BIHUN DI NEGARA CHINA.
omakkau.blogspot.
Posted by OMAK KAU!!!!

Pekerja berkaki ayam memijak longgokan bihun yang sedia untuk di bungkus dan ada yang tidur atasnya.

Kejadian ini berjaya dirakam kira-kira 6 bulan dahulu disebuah kilang pembuat bihun di di bandar Dongguan, Guangdong negara China.

Akibat dipendedahan tersebut pihak berkuasa China telah bertindak pantas menutup operasi kilang berkenaan.

Ertinya cara pembuatan bihun yang kotor dan jijik bukan sahaja berlaku dinegara kita malahan dinegara luar juga.

Masanya sudah sampai bagi umat Islam dinegara ini berhati-hati dalam memilih bihun yang dijual dipasar raya dan kedai-kedai runcit.

Wed Jun 11, 2014 9:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

EDISI LIDAH BIAWAK BERBELIT ... MANIFESTO AKU JANJI BN PRU 13 NAJIB JANJI HARGA KERETA AKAN TURUN SAMPAI 30% .. MAHATHIR IKRAR MAU NAIKKAN HARGA PROTON PULA BILA DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI PROTON YANG BARU.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!!

Najib Razak - "Harga kereta turun secara berperingkat"

Mahathir - "PROTON mesti pertingkat harga kereta"

Semasa umumkan AKUJANJI BN PRU 13 lalu oleh Najib Razak kepada rakyat jelata dalam siaran terus menerus di semua saluran TV dan radio di negara ini ... beliau berjanji bahawa harga kereta di negara ini akan turun antara 20 hingga 30 peratus dari harga ketika itu.

Hari pertama ikrar dan kenyataan mantan Presiden UMNO selama 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton yang baru ialah beliau mahu melihat harga semua kereta Proton di naikkan.

Sebab itu janji BN dibawah kepimpinan Najib Razak mau turunkan harga kereta rakyat berfikiran waras taubat lahom tidak akan percaya.

Jika di tanya akal logik bersandarkan kepada pengalaman dan sejarah silam .. Najib berani sanggah dan lawan kemahuan Tun Mahathir????

Wed Jun 11, 2014 6:47 pm (PDT) . Posted by:

"Nazri Ahtar" littlenoti

mahathir kata nak naikkan harga kereta lama, or kereta keluaran baru yang harga lebih tinggi ?
 
rgds,
Nazri Ahtar

On Thursday, June 12, 2014 12:40 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


 

EDISI LIDAH BIAWAK BERBELIT ... MANIFESTO AKU JANJI BN PRU 13 NAJIB JANJI
HARGA KERETA AKAN TURUN SAMPAI 30% .. MAHATHIR IKRAR MAU NAIKKAN HARGA PROTON
PULA BILA DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI PROTON YANG BARU.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!!
 

Najib Razak - "Harga kereta turun secara
berperingkat"

Mahathir - "PROTON mesti pertingkat harga
kereta"

Semasa umumkan AKUJANJI BN PRU 13 lalu oleh Najib Razak
kepada rakyat jelata dalam siaran terus menerus di semua saluran TV dan radio di
negara ini ... beliau berjanji bahawa harga kereta di negara ini akan turun
antara 20 hingga 30 peratus dari harga ketika itu.

Hari pertama ikrar dan
kenyataan mantan Presiden UMNO selama 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai
Pengerusi Proton yang baru ialah beliau mahu melihat harga semua kereta Proton
di naikkan.

Sebab itu janji BN dibawah kepimpinan Najib Razak mau
turunkan harga kereta rakyat berfikiran waras taubat lahom tidak akan
percaya.

Jika di tanya akal logik bersandarkan kepada pengalaman dan
sejarah silam  .. Najib berani sanggah dan lawan kemahuan Tun
Mahathir????
 

Wed Jun 11, 2014 6:55 pm (PDT) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

Boleh naikkan harga proton tapi jgn paksa kereta2 lain naikkan harga
lebih dari proton dgn mengenakan cukai yg tinggi & mcm2 lg. Mampuslah
rakyat kalau macam tu. Bersainglah secara sihat.

On 11/06/2014 11:32 AM, Zaiedishaq zaiedishaq@gmail.com [automobil] wrote:
> Jangan dia jual lebih murah dari negara sendiri (dan dengan spec yang
> lebih bagus) dah la..
> Bikin panas hati aje nanti..
>
> Regards,
> -zaiedishaq- (juga pengguna kereta national)
>
>
>
>
> 2014-06-10 16:30 GMT+08:00 bashah bwasi@yahoo.com
> <mailto:bwasi@yahoo.com> [automobil] <automobil@yahoogroups.com
> <mailto:automobil@yahoogroups.com>>:
>
> __
>
> KUALA LUMPUR 9 Jun - Proton kini menukar strateginya daripada
> pengeluar kereta murah kepada pengeluar kereta bertaraf dunia, kata
> pengerusi baharu Proton Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar).
>
> Perdana Menteri keempat itu berkata, Proton sentiasa dilabel sebagai
> pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah.
>
> "Kini, Proton mahu mengeluar kereta bertaraf dunia, dan anda perlu
> membayar harga yang lebih tinggi. Anda tidak boleh dapat kereta yang
> baik dan membayar pada harga yang rendah," katanya kepada pemberita
> semasa ditanya mengenai rancangannya ke atas Proton.
>
> Beliau berkata, semasa Proton mengeluarkan model kereta Preve dan
> Suprima berkualiti tinggi namun dijual pada harga RM80,000, orang
> ramai mengatakan harganya terlalu mahal untuk kereta Proton.
>
> "Kereta berikut dengan kualiti yang sama berharga RM120,000. Anda
> (pengguna) mahukan kereta murah, ok, Proton akan mengeluarkan kereta
> murah," kata Dr. Mahathir.
>
> Ditanya sama ada Proton akan terus mengeluarkan kereta murah, Dr.
> Mahathir menjawab: "Proton perlu membuat keuntungan. Jika pengguna
> mahukan kereta murah, Proton akan mengeluarkan kereta murah. Ia
> bergerak tiga batu dan rosak." Mengulas sama ada Proton sudah
> didatangi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
> dan Petronas untuk menawarkan dana, beliau berkata, Proton tidak
> pernah meminta dana.
>
> Ditanya sama ada beliau sendiri selaku pengerusi Proton akan menemui
> mereka untuk mendapatkan dana, Dr. Mahathir menjawab: "Tidak sama
> sekali," "Ini disebabkan Proton ialah syarikat swasta dan ia mampu
> membuat kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan," katanya.
>
> Dr. Mahathir juga berkata, kerajaan kini menggalakkan import kereta
> daripada menggalakkan industri tempatan.
>
> "Bila anda import kereta, wang mengalir keluar dan anda tidak dapat
> sebarang teknologi daripadanya," katanya.- BERNAMA
>
>
>
>
>

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: