Thursday, June 19, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3942

5 Messages

Digest #3942
1a
Fw: Petrol Malaysia Tiada Kualiti, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
4
Fw: Zon larangan merokok di semua R&R by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Wed Jun 18, 2014 9:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


HOT! Petrol Malaysia Tiada Kualiti, Tak Sesuai Untuk Mercedes-Benz!

Dilulus untuk paparan oleh memo
telokbakong.blogspot.
tranungkite.net

Mercedes-Benz (M) Sdn Bhd mengeluarkan pekeliling kepada wakil pengedar sah dan pusat servisnya berkaitan perlindungan jaminan terhadap kegagalan akibat daripada kualiti bahan api bagi kenderaan yang dibeli menerusi saluran tidak rasmi.

Mercedes-Benz dalam satu kenyataan berkata pekeliling itu menjelaskan bahawa sebarang kegagalan kereta penumpang Mercedes-Benz yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi tidak akan diterima di bawah jaminan oleh Daimler AG kerana ia tidak sesuai dengan kualiti bahan api tempatan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, berkata kualiti bahan api di Malaysia tidak memenuhi keperluan operasi kenderaan yang dikeluarkan di negara-negara lain.

"Justeru itu, kenderaan diimport yang tidak disesuaikan dengan kualiti bahan api tempatan, mungkin mengalami kegagalan.

"Hanya kenderaan yang dibeli menerusi wakil pengedar sah Mercedes-Benz cukup bersedia dengan keadaan tempatan dan menjadi kewajipan kami untuk memberi amaran kepada orang ramai risiko yang diambil untuk membeli Mercedes-Benz daripada wakil pengedar tidak sah," katanya.

Mercedes-Benz berkata sejak 2004, ia melabur kira-kira RM250 juta bagi kilang pemasangannya di Pekan, Pahang, dengan RM100 juta lagi diperuntukkan untuk disuntik bagi tempoh lima tahun akan datang.-bernama

sentiasapanas.com

Wed Jun 18, 2014 6:54 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Negara maju pd 2020 masih pakai minyak Euro 2 ?
K l a kar

On Thursday, June 19, 2014 12:32 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


 

 
HOT! Petrol Malaysia Tiada Kualiti, Tak Sesuai Untuk Mercedes-Benz!

Dilulus untuk paparan oleh memo
telokbakong.blogspot.
tranungkite.net
 Mercedes-Benz (M) Sdn Bhd
mengeluarkan pekeliling kepada wakil pengedar sah dan pusat servisnya berkaitan
perlindungan jaminan terhadap kegagalan akibat daripada kualiti bahan api bagi
kenderaan yang dibeli menerusi saluran tidak rasmi.

Mercedes-Benz dalam
satu kenyataan berkata pekeliling itu menjelaskan bahawa sebarang kegagalan
kereta penumpang Mercedes-Benz yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi
tidak akan diterima di bawah jaminan oleh Daimler AG kerana ia tidak sesuai dengan kualiti bahan api
tempatan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz
Malaysia, Roland Folger, berkata kualiti bahan api
di Malaysia tidak memenuhi keperluan operasi kenderaan yang dikeluarkan di
negara-negara lain.

"Justeru itu, kenderaan
diimport yang tidak disesuaikan dengan kualiti bahan api tempatan, mungkin
mengalami kegagalan.

"Hanya kenderaan yang dibeli menerusi wakil pengedar
sah Mercedes-Benz cukup bersedia dengan keadaan tempatan dan menjadi kewajipan
kami untuk memberi amaran kepada orang ramai risiko yang diambil untuk membeli
Mercedes-Benz daripada wakil pengedar tidak sah," katanya.

Mercedes-Benz
berkata sejak 2004, ia melabur kira-kira RM250 juta bagi kilang pemasangannya di
Pekan, Pahang, dengan RM100 juta lagi diperuntukkan untuk disuntik bagi tempoh
lima tahun akan datang.-bernama

sentiasapanas.com

Wed Jun 18, 2014 9:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tayar Bas Rapid Pecah, Tiga Nyaris Maut Di Kuantan
telokbakong.blogspot
pahangdaily.blogspot.

KUANTAN: Tiga penumpang bas Rapidkuantan nyaris maut apabila bas awam yang dalam perjalanan dari bandar ini ke Pekan tiba-tiba pecah dan menyebabkan bas itu terbabas hingga melanggar besi pembahagi jalan di hadapan Sekolah Menengah Mat Kilau, Taman Inderapura dekat sini.

Difahamkan besi pembahagi jalan itu telah tercabut dan menembusi bas dari depan hingga ke belakang. Mujurlah tidak ramai penumpang menaiki bas itu ketika kejadian.

Orang ramai yang panik melihat kejadian itu sempat menghulurkan bantuan mengeluarkan mangsa yang cedera. Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Info lanjut menyusul. PDO

Wed Jun 18, 2014 9:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gambar Model Terbaru Proton Global Compact Car (GCC) Bocor di Internet
bloglist-malaysia.blogspot
pariajalanan.blogspot.
Posted by Paria Jalanan

Billy Info: Gambar Model Terbaru Proton Global Compact Car (GCC) Bocor di Internet

Gambar Model Terbaru Proton Global Compact Car (GCC) Bocor di Internet
pariajalanan.blogspot.
billyinfo.blogspot.
BillyNain

Menarik juga rekaan model terbaru Proton ini. Sekali imbas, desain depan ala-ala gabungan model Ford Fiesta + Kia Rio (pada bahagian lampu), dengan desain belakang seperti gabungan model Myvi + Exora + Kia Picanto. Memang menarik rekaannya. Model ini dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.

Dan berikut gambar interior GCC. Terdapat 2 versi di sini, satu versi premium (dengan touchscreen dashboard) dan satu lagi versi eksekutif (tanpa touchscreen dashboard)

sumber: https://forum.lowyat.net/topic/3259572, http://funtasticko.net/gempar-foto-global-compact-car-gcc-proton-tersebar-di-alam-maya/, paultan.org

comments:
1.. Anonymous
Guna enjin apa bang oooi, kalau campro maaf bang baik lagi myvi.

2.. Rock pantai timur Dari pantai timur
Campro ok pe aku pakai dah 9 tahun takde problem pun..

3.. Anonymous
campro mmg ok dr segi reliability, tp minyak dia cekik darah

4.. Anonymous
Betui bro, aku beli exora first model, hingga skg tiada masalah. Syabas proton

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-

Sent: Friday, June 13, 2014 12:08 AM
Subject: Fw: Model terbaru proton. proton ZAARA?

----- Original Message -----
From: Mas Joko Mas Joko abang_jo63@yahoo.com

Model terbaharu proton ....Proton Zaara

Proton bakal melancarkan produk terbarunya yang dikenali sebagai model Proton Zaara. Berita ini cukup mengembirakan pemilik dan peminat kereta Proton. Hari ini penulis ingin berkongsikan gambar gambar kereta Proton terbaru yang cukup menarik dari saudara Rosdi Haji Osman melalui laman sosial miliknya.

Apa yang ingin beliau kongsikan adalah suatu inspirasi dan cetusan idea yang mungkin pihak Proton boleh ambil kira.

Dengan rekaan sebegini pastinya model ini sebuah kereta super mini dengan prestasi yang cukup tinggi.

Dan penghasilan model Proton Zaara ini bakal mungkin membuatkan peminat kenderaan kereta proton akan diminati semula? Cuba anda lihat cantik tak design kereta yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi ini.

Bagaimanapun harga seunit Proton Super Mini ini masih belum didedahkan dan diketahui oleh masyarakat umum. Sudah tentu ramai yang tidak sabar sabar untuk melihat dengan mata sendiri keindahan kereta ini. - Aiskosong

P/S: Kalau betul lah design Proton terbaru tu macam dalam gambar ni.., memang meletop beb... Confirm Proton popular dikalangan generasi muda! -SUMBER

Wed Jun 18, 2014 9:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Zon larangan merokok akan diwarta di semua R&R
telokbakong.blogspot
penburukonline.blogspot

Kementerian Kesihatan akan mewartakan zon larangan merokok terhadap kawasan tertutup di semua kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya seluruh negara selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, larangan membabitkan kawasan makan dan tandas serta pejalan kaki berbumbung.

Perbincangan dan persetujuan dengan pihak konsesi lebuh raya menurutnya telah pun diperoleh.

"Semua R&R di dalam negara kita akan bebas daripada merokok. Ia kerana di situ tempat mereka makan, dan jika mereka merokok di situ, risiko bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada semua orang yang berada di sekitarnya," ujar Subramaniam.

Tambahnya, kementerian juga akan berbincang dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan bandar bebas asap rokok.

Katanya Pantai Batu Buruk di Terengganu, Gua Mulu di Sarawak dan Kelantan kini berada dalam perancangan untuk diwartakan sebagai bandar bebas asap rokok.

Selain itu, laluan pejalan kaki berbumbung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejauh 23 kilometer turut akan diwartakan sebagai zon larangan merokok.

Subramaniam terdahulu merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat kebangsaan 2014 di sini.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang bertemakan "Jimat wang! Berhenti merokok! Selamatkan nyawa!" itu dilihat mampu mengajak masyarakat khususnya perokok untuk berhenti merokok sekaligus mengamalkan gaya hidup sihat dan menjimatkan wang.

sumber
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: