Wednesday, June 4, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3930

4 Messages

Digest #3930
1
Fw: Takdir dua beradik by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2a
Fw: Budak terjun selamat diri by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2b
3
Fw: Biawak punya hal by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Jun 3, 2014 9:24 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Takdir dua beradik
hmetro.com.my
Oleh Mohd Hasbi Sidek
Banting: Dua beradik maut dalam satu nahas selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum terjunam dalam parit Jalan Aman, Kampung Seri Cheeding, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Kejadian berlaku selepas kenderaan Grand Livina dinaiki mangsa berusia 18 dan 21 tahun termasuk ke dalam parit berkenaan menyebabkan mereka lemas akibat terperangkap dalam kereta.

Mangsa, Azma Raifana Marhalim, 21, dan adiknya, Sarah Khalis Marhalim, 18, disahkan mati sejurus tiba di Hospital Banting.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat Banting menerima panggilan pada jam 10.37 pagi dan jentera segera bergegas ke tempat kejadian.

KEADAAN kereta mangsa selepas dibawa naik dari dalam parit.

"Ketika bomba tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian, bomba mendapati kereta jenis Grand Livina yang dipandu adik mangsa terbalik dengan keempat-empat tayarnya menghala ke atas.

"Mayat kedua-dua mangsa dikeluarkan pada jam 11.05 pagi dengan bantuan orang awam yang turut menyaksikan kejadian itu," katanya kepada pemberita semalam.

Jaslizad berkata, berdasarkan keterangan keluarga mangsa, mereka bertolak keluar dari rumahnya di Jenjarom seawal jam 6 pagi semalam untuk bekerja di Sepang.

"Ketika ditemui kedua-dua mangsa masih lagi berada di dalam kenderaan yang terbalik dengan wajah yang sudah kebiruan selain mulut dan hidung pemandu sudah berbuih," katanya.

Tue Jun 3, 2014 9:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Budak terjun selamat diri
Harian Metro


LOKASI kejadian kanak-kanak dilarikan penjenayah di AU3 Taman Keramat, semalam.

a.. Kuala Lumpur: Tindakan nekad seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terjun dari kenderaan model Mitsubishi Triton yang sedang bergerak, menyelamatkan mangsa daripada diculik seorang penjenayah, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan membuka pintu kenderaan dan melompat keluar selepas dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di AU3 Taman Keramat di sini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa mengikut bapanya menaiki pacuan empat roda itu ke sebuah bengkel membaiki kenderaan dan mengecat kenderaan di kawasan itu.

Sumber polis berkata, mangsa kemudian ditinggalkan berseorangan di dalam kenderaan tanpa pintu dikunci selain enjin pacuan empat roda itu dibiarkan masih 'hidup'.

Menurutnya, tindakan bapa mangsa mengundang padah apabila seorang lelaki tiba-tiba muncul sebelum melarikan kenderaan itu secara mendadak.

Suspek lelaki itu dikatakan keluar dari sebuah kereta model Proton Pesona berhampiran bengkel itu sebelum melarikan kenderaan pacuan empat roda milik mangsa.

Menyedari anak dan kenderaannya dilarikan penjenayah, bapa kanak-kanak itu berusia 40 tahun itu terus menghubungi pihak polis. Susulan itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui semula kanak-kanak itu dalam keadaan trauma tidak jauh dari lokasi kejadian 30 minit kemudian," katanya.

Tue Jun 3, 2014 6:31 pm (PDT) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

Sila lebih berhati2 dengan anak2. Zaman sekarang penjenayah berkeliaran.

On 04/06/2014 12:31 AM, '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] wrote:
>
> 
>
>
> _Budak terjun selamat diri_
>
> Harian Metro <https://my.news.yahoo.com/www.hmetro.com.my>Harian Metro
>
> /LOKASI kejadian kanak-kanak dilarikan penjenayah di AU3 Taman
> Keramat, semalam./
>
> * Kuala Lumpur: Tindakan nekad seorang kanak-kanak perempuan berusia
> tujuh tahun terjun dari kenderaan model Mitsubishi Triton yang
> sedang bergerak, menyelamatkan mangsa daripada diculik seorang
> penjenayah, semalam.
>
> Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan membuka
> pintu kenderaan dan melompat keluar selepas dilarikan seorang lelaki
> dalam kejadian di AU3 Taman Keramat di sini.
>
> Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa mengikut bapanya menaiki
> pacuan empat roda itu ke sebuah bengkel membaiki kenderaan dan
> mengecat kenderaan di kawasan itu.
>
> Sumber polis berkata, mangsa kemudian ditinggalkan berseorangan di
> dalam kenderaan tanpa pintu dikunci selain enjin pacuan empat roda itu
> dibiarkan masih 'hidup&#39;.
>
> Menurutnya, tindakan bapa mangsa mengundang padah apabila seorang
> lelaki tiba-tiba muncul sebelum melarikan kenderaan itu secara mendadak.
>
> Suspek lelaki itu dikatakan keluar dari sebuah kereta model Proton
> Pesona berhampiran bengkel itu sebelum melarikan kenderaan pacuan
> empat roda milik mangsa.
>
> Menyedari anak dan kenderaannya dilarikan penjenayah, bapa kanak-kanak
> itu berusia 40 tahun itu terus menghubungi pihak polis. Susulan itu,
> polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui semula kanak-kanak itu
> dalam keadaan trauma tidak jauh dari lokasi kejadian 30 minit
> kemudian," katanya.
>
>

Tue Jun 3, 2014 9:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Biawak punya hal
hmetro.com.my
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Parit Buntar: Akibat mengelak seekor biawak yang melintas, seorang lelaki bersama anak saudaranya berusia lima tahun nyaris maut apabila kereta dipandunya hampir menjunam ke dalam parit besar sedalam lebih tiga meter dalam kejadian di Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa, Mohd Ikhmal Ibrahim, 25, berkata, ketika dia memandu kereta Proton Saga milik abang iparnya bersama seorang anak saudara, secara tiba-tiba seekor biawak besar melintas di hadapannya menyebabkannya cuba mengelak daripada melanggar haiwan itu.

Menurutnya, akibat terkejut melihat kelibat haiwan itu, dia cuba menekan brek kenderaan sekuat hati, namun faktor jalan yang licin dan berlopak menyebabkan kereta dipandunya terus terbabas ke arah kiri jalan dan menjunam ke arah parit besar.

"Anak saudara yang berada di tempat duduk belakang menjerit ketakutan sewaktu kenderaan kami meluncur ke arah parit.

KEADAAN kereta dipandu Mohd Ikhmal yang terbabas ke dalam parit selepas cuba mengelak seekor biawak.

"Mujur ketika itu saya memandu agak perlahan kerana keadaan jalan yang becak selepas hujan. Jika tidak, sudah tentu kami berdua akan lemas di dalam kereta," katanya.

Mohd Ikhmal dan anak saudaranya mengalami kecederaan ringan akibat terhantuk pada stereng serta cermin kereta.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: