Sunday, June 22, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3944

4 Messages

Digest #3944

Messages

Sat Jun 21, 2014 9:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

EDISI GUNA KEPALA LUTUT ... KENA SAMAN SEBAB LETAK KERETA BETUL-BETUL UNTUK LALUAN KHAS KENDERAAN BOMBA.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!!

Anggota polis terpaksa bertindak mengeluarkan saman terhadap pemandu sebuah kereta MyVi hitam yang menghalang kenderaan bomba daripada keluar dari Balai Bomba dan Penyelamat.

Ini dinamakan bertindak dan berfikir menggunakan kepala lutut yang langsung tidak ada kesedaran sivik.

Kejadian memalukan ini berlaku di Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Tuaran, Sabah.

Tidak boleh bayangkan jika ada berlaku kebakaran di bandar Tuaran Sabah ketika itu.

Sat Jun 21, 2014 9:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lebih baik kalau beli mercedes buat pergi mengajar...Kerajaan peruntuk RM400 juta beli netbook cikgu
bloglist-malaysia.blogspot.
ahmadborhan.blogspot.
Contiang oleh gorgomstura

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM400 juta dibelanjakan oleh kerajaan bagi pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru sepertimana yang dijanjikan bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bagi pembiayaan tersebut kerajaan menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pemberian akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

"Untuk fasa ini sebanyak 48 pembekal telah dilantik oleh

kementerian untuk membekal Netbook 1Malaysia kepada 400,000 guru. "Antara jenama netbook yang akan diagihkan kepada guru ialah Lenovo, Samsung, Asus, Acer dan juga HP," katanya di Dewan Rakyat, hari ini. Ahmad Shabery berkata demikian bagi menjawab soalan Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai) yang bertanyakan mengenai kos yang ditanggung oleh kementerian dalam membekalkan 400,000 Netbook 1Malaysia kepada guru-guru bersempena sambutan Hari Guru.

Dalam pada itu, tambah Shabery, pemberian tersebut menunjukkan bahawa bukan hanya pelajar yang perlu dilengkapi dengan kemudahan netbook dalam usaha memastikan penggunaan teknologi secara menyeluruh dalam bidang pendidikan. "Ada yang berkata bahawa kalau kita bagi pada murid-murid sahaja siapa yang akan mengajar murid-murid tersebut, maka ada pandangan yang guru-guru juga perlu dibekalkan. "Sebab itu pada tahun ini kita kembangkan pada guru-guru dan ini sebahagian daripada hadiah Hari Guru kami daripada kementerian kepada guru-guru,"

katanya Beliau juga menegaskan netbook yang dibekalkan kepada pelajar mempunyai jaminan dan kualiti terbaik. "Memang ada isu yang berkaitan dengan kualiti dan sebagainya, tetapi semuanya kita sudah beritahu bahawa mereka yang memperolehinya akan dibekalkan dengan satu tahun jaminan (waranti) dan ada lebih kurang 174 tempat di seluruh negara jika ianya rosak. "Selagi tempoh jaminan masih ada saya rasa tidak menjadi alasan untuk kita mengatakan bahawa program ini tidak baik," katanya

Sat Jun 21, 2014 7:43 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

RM400j / 400ribu = RM1000/pc
Kos netbook + product/app licence = harga masuk akal.
Memang sepatutnya cikgu-cikgu ni dapat laptop sorang sebji.
Takkan nak share 1 desktop dengan 3~4 orang cikgu.
Lagipun sekarang ni setiap bilik darjah ada dilengkapi dengan projector..

Regards,
-zaied-

2014-06-22 0:11 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
> *Lebih baik kalau beli mercedes buat pergi mengajar...Kerajaan peruntuk
> RM400 juta beli netbook cikgu *
> bloglist-malaysia.blogspot.
> ahmadborhan.blogspot.
> Contiang oleh gorgomstura
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2bkIkt3agfYKMqh8tYj1Wl_mVnSoji35yQhUCSt5GD8x4mDHWSPvC4Pb2DDqIhHeP0Mab1Y6jE2LuQ1mgan6gCfyCqhgMMPvN_PlslhuMo9b0pL13CNxgxOX70JzLk5ZfeM-xY4H1EHC-/s1600/H12+h12.jpg>
> KUALA LUMPUR - Sebanyak RM400 juta dibelanjakan oleh kerajaan bagi
> pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru sepertimana yang dijanjikan
> bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini. Menteri Komunikasi dan
> Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bagi pembiayaan
> tersebut kerajaan menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan
> pemberian akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
>
> "Untuk fasa ini sebanyak 48 pembekal telah dilantik oleh
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAIgDpl22j1EUSE1DGCoMRM-jycJdzAH-lihxTTbDanXaNZ5fYlCxMIdLDBI__9ywL7IRjrYI4eyn9GkvpK3oYkxkPDJAUClITDL7qph1AjbYRD19LtAKrUskA__Mlael04WARV_KRHmIT/s1600/images+%282%29.jpg>
> kementerian untuk membekal Netbook 1Malaysia kepada 400,000 guru. "Antara
> jenama netbook yang akan diagihkan kepada guru ialah Lenovo, Samsung, Asus,
> Acer dan juga HP," katanya di Dewan Rakyat, hari ini. Ahmad Shabery berkata
> demikian bagi menjawab soalan Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai) yang
> bertanyakan mengenai kos yang ditanggung oleh kementerian dalam membekalkan
> 400,000 Netbook 1Malaysia kepada guru-guru bersempena sambutan Hari Guru.
>
> Dalam pada itu, tambah Shabery, pemberian tersebut menunjukkan bahawa
> bukan hanya pelajar yang perlu dilengkapi dengan kemudahan netbook dalam
> usaha memastikan penggunaan teknologi secara menyeluruh dalam bidang
> pendidikan. "Ada yang berkata bahawa kalau kita bagi pada murid-murid
> sahaja siapa yang akan mengajar murid-murid tersebut, maka ada pandangan
> yang guru-guru juga perlu dibekalkan. "Sebab itu pada tahun ini kita
> kembangkan pada guru-guru dan ini sebahagian daripada hadiah Hari Guru kami
> daripada kementerian kepada guru-guru,"
>
> katanya Beliau juga menegaskan netbook yang dibekalkan kepada pelajar
> mempunyai jaminan dan kualiti terbaik. "Memang ada isu yang berkaitan
> dengan kualiti dan sebagainya, tetapi semuanya kita sudah beritahu bahawa
> mereka yang memperolehinya akan dibekalkan dengan satu tahun jaminan
> (waranti) dan ada lebih kurang 174 tempat di seluruh negara jika ianya
> rosak. "Selagi tempoh jaminan masih ada saya rasa tidak menjadi alasan
> untuk kita mengatakan bahawa program ini tidak baik," katanya
>
>
>
>

Sat Jun 21, 2014 9:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Wanita Bogel Berjemur Di Tingkap Sebabkan Kemalangan Jalan Raya
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

TINDAKAN seorang wanita berjemur dalam keadaan bogel di tingkap kediamannya menimbulkan keadaan kelam kabut apabila mengganggu tumpuan pemandu hingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.

Pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terlihat wanita berkenaan di bangunan kediaman yang terletak di Vienna, Austria itu.

Gregory Shakaki menyedari aksi selamba itu dan merakamkan gambar seorang wanita berbaring dengan kakinya menjulur ke luar tingkap di aras tiga bangunan itu.

"Saya terkejut apabila melihatnya," kata pelajar itu.

Ternyata Shakaki bukan satu-satunya saksi kejadian itu, sebaliknya ramai lagi pengguna jalan raya yang terkesan dengan perbuatan wanita berkenaan.

Michael Kienast berkata, wanita itu terlalu inginkan sinaran matahari hingga melakukan sesuatu yang jarang dilakukan.

"Ketika ramai mendongak melihat wanita itu, saya terdengar ada yang menjerit kepada pemandu yang terlanggar kenderaan lain di hadapannya.

"Pemandu itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui tumpuannya terganggu berikutan tindakan wanita itu dan menunjuk ke arah tingkap di mana wanita itu sedang berbaring," katanya.

Menyedari punca pelanggaran yang tidak disengajakan itu, mangsa kemalangan kemudiannya berkata: "Oh, baru saya faham maksud awak."

Pada masa sama, beberapa kereta dilihat menghalang lalu lintas kerana pemandunya terlalu asyik melihat gelagat wanita itu hinggakan polis peronda terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Bagaimanapun, sebaik polis tiba, wanita itu sudah masuk ke kediamannya dan menutup tingkap.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: