Tuesday, June 3, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3929

5 Messages

Digest #3929
1
Fw: Toyota Alphard Langgar Nissan Almera by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Kisah terbaru MH370! by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Sistem Baru Subsidi Petrol by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4

Messages

Mon Jun 2, 2014 9:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Toyota Alphard Pandu Laju Langgar Nissan Almera Di KM2.5 Setia Alam Ke Bukit Raja
telokbakong.blogspot.
kachipemas.blogspot.
Posted by Abu Luqman

2 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM2.5 dari Setia Alam ke Bukit Raja berlaku pada petang semalam.

Berdasarkan gambar, salah seorang mangsa dipercayai maut, manakala mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan minima.

Kereta Toyota Alphard dipercayai dipandu dengan laju dan gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kereta Nissan Almera.

Umum tahu Toyota Alphard seringkali menguasai jalan raya dengan lagak pemilik/pemandunya yang menganggap jalan raya itu milik bapak mereka punya. Pantang pandu pelahan sedikit, mulalah nak high beam bertalu-talu.

Insaflah wahai pemandu kenderaan mewah. Jalan raya ini bukan milik anda seorang.

Laporan penuh menyusul...

Mon Jun 2, 2014 9:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kisah terbaru MH370!
telokbakong.blogspot.
thecybersniper.blogspot
Dicatat oleh TheSniper

Penumpang MH370 akan dibebaskan sebelum ramadhan ?

Ini ada berita terbaru dan amat memeranjatkan kita tentang pesawat MH370:

Baru tadi penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadhan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dlm beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia.

Setakat laporan ini ditulis terdapat media-media alternatif luar negara sudah mula memaparkan keadaan sebenar kesemua penumpang yg berada di dlm pesawat MH370 yg dikatakan masih hidup.

Malah terdapat satu laporan jelas yg sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dgn wakil negara ???? bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang perjanjian " sulit " dipersetujui. Sambungan cerita MH370 ini anda semua boleh baca di bawah wall ini.

kaptenzahari

Penuh Misteri, hanya dia saja yg tahu……….. Oleh kerana penumpang yg teramai adalah dari negara China, negara China mungkin akan akur dan tunduk dengan kehendak Amerika malahan telah dilaporkan sekarang ini kedudukan ekonomi China adalah terkuat dan berada diranking number satu di dunia.

Terdapat laporan yg banyak telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris-waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 masih hidup yg mana mereka mendesak agar kerajaan mereka (CHINA) tunduk dan akur dgr syarat yg dibuat oleh Amerika susulan maklumat bocor di alam maya tentang telah berlaku " Hijacked " ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka selamat.

Maklmuat tambahan yg tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar, Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya dgn alat kawalan jauh ke Maldivies utk mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah pangkalan ketenteraan Amerika lakknatullah !!!!

Okey ini ada maklumat terbaru yg diperolehi dari penyiasat iaitu sebelum pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat panggilan tel. menggunakan hp peribadinya kepada seseorang yg tidak dinamakan siapa dia. Dia dlm kandungan perbualan tersebut beliau ada mengatakan ada menerima maklumat yg pesawat MH370 akan " dihijacked " dan menyuruh org itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah kerana simulator itu satu-satunya alat yg dia reka sendiri bagi mengesan pesawat yg diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan dihijacked….

Utk makluman landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah berada di dlm kategori landasan simulator yg berada di rumah Kapten Zaharie. Tapi syg 1000 kali sayang kita mendapat maklumat kononnya Kapten Zaharie telah mendelete beberapa log di simulator tersebut bagi memadakan rekod sebelumnya padahal agen CIA telah menghapuskan log tersebut. Itu yg dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap Maklum… !!!!

Ni berita baru diterima, laporan lengkap data satelit MH370 daripada firma United Kingdom inmarsat telah diterima tetapi tidak boleh didedahkan kerana gara-gara berita penummpang MH370 akan dibebaskan. Sekali lagi mereka gagal menipu kerana perancangan Allah itu lagi tepat … sama-sama kita teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di dlm keadaan selamat dan segera dibebaskan… Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor dgn sendirinya susulan pendedahan dari egen risikan yg mungkin berpaling tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t utk berkata perkara yg benar… Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dgn wakil negara ??? satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media-media…. wait and see….. teruskan berdoa………. Allahuakbar !!!!!

- Sharifah Sofia Syed Rashid
http://beritaterkinimalaysian.blogspot.com/2014/06/penumpang-mh370-akan-dibebaskan-sebelum.html

Mon Jun 2, 2014 9:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sistem Baru Subsidi Petrol - Hanya Golongan Tertentu Layak Terima Subsidi.
telokbakong.blogspot

Wowwww..

Berita baru hari neh. Kalau diterangkan guna ayat2 berita memang jadi pening nak faham. So aku akan gunakan ayat ringkas supaya lebih ramai orang dapat faham dengan mudah okay.

Tadi baca Paultan.

Nak tahu apa yang dikemaskini pasal subsidi petrol dan diesel?

Meh baca.

1. Kerajaan pada 1 September akan memperkenalkan satu sistem baru subsidi petrol dan diesel di negara neh.

2. Sistem baru neh berperanan hanya mensasarkan pihak2 yang berkelayakkan untuk mendapatkan subsidi minyak.

3. Untuk kenderaan komersil yakni = kenderaan seperti bas, lori2 dan sebagainya yang digunakan untuk tujuan perniagaan mereka akan terikat dengan sistem baru bermula 1 September.

4. Manakala untuk kenderaan persendirian pula sistem baru neh akan mula dilaksanakan pada Oktober ataupun November depan.

5. Dengan sistem baru neh kerajaan akan dapat melakukan menjimatkan sehingga RM9.8billion setahun.

WOW..

9.8billion tue.

Banyak. Sangat banyak. Tapi err jumlah subsidi minyak untuk setahun biasanya berapa ek? RM13billion ke?

6. Sistem baru neh dijangka lebih efektif dalam memastikan subsidi minyak hanya berlegar2 di kalangan mereka yang benar2 berkelayakkan. Part neh aku setuju dan sokong sangat.

7. Bagaimana sistem itu beroperasi? Kerajaan belum dedahkan lagi. Tunggu maklumat lanjut di satu sidang media khas kelak.

8. Apa yang pasti kerajaan akan mula memastikan subsidi minyak kini hanya sampai kepada golongan sasaran. Yang tak layak boleh blah. Hehe.

Subsidi bersasaran neh aku setuju. Secara asasnya subsidi neh memang perlu disasarkan kepada pihak2 yang berkelayakkan sebenarnya.

Tapi apa2 hal kita tengok dulu kaedah apa yang dorang nak gunakan. Penjimatan sehingga 9.8billion tu pula untuk buat apa?

Haha..

Kbai.

Mon Jun 2, 2014 9:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

CERMIN GELAP: JPJ BAKAL LAKSANA KEPUTUSAN BENGKEL
telokbakong.blogspot.
biaqpila.blogspot
Oleh: biaqpila hensem

KEMAMAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan keputusan yang dicapai melalui bengkel hala tuju dan polisi baru penggunaan cermin gelap.

Ketua pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata ia bakal merungkai kekeliruan orang ramai mengenai stutus penggunaanya ketika ini.

Menurut Ismail, bengkel dua hari itu akan membuat penilaian wajar merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan, jenayah dan kesihatan.

"Jika keputusannya semua orang tidak dibenarkan guna cermin gelap, kita akan kuatkuasakan peraturan itu dan jika keputusan kata semua orang dibenarkan guna cermin gelap, kita juga akan kuatkuasakannya," katanya.

Ismail ditemui selepas menyampaikan sumbangan banjir kepada 23 anggota serta peruntukan RM292,000 bagi membaiki kerosakan di Pejabat Cawangan JPJ di Kemaman.

Sebagai agensi bertanggungjawab, JPJ akan melaksanakan apa juga keputusan yang dibuat Kementerian Pengangkutan.

Sehubungan itu, masyarakat diminta menunggu hasil keputusan bengkel terbabit dalam mencapai formula terbaik untuk keselesaan semua pihak.

astroawani

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/06/cermin-gelap-jpj-bakal-laksana.html#ixzz33TcuFNlG

Penggunaan Cermin Gelap Pada Kenderaan
telokbakong.blogspot
gigitankerengga.blogspot.
Tranungkite

Rata-rata di jalan raya, kita melihat kebanyakan kenderaan menggunakan cermin gelap sama ada terus gelap (tidak nampak langsung pemandu di dalam kenderaan) atau agak gelap (berdasarkan peratus ketelusan cahaya).

Malah penggunaan cermin gelap semakin mendapat sambutan oleh pemilik kenderaan. Orang ramai boleh memperolehi 'tinted film' di kedai-kedai aksesori kenderaan dengan begitu mudah malah ada yang berani menyatakan 'tinted film' yang dijual mendapat kebenaran JPJ. Hakikatnya, JPJ tidak pernah memperakui mana-mana jenama 'tinted film' bagi tujuan pemakaian cermin gelap.

Ketidaksesuaian dengan cuaca Malaysia yang panas dan ditambah dengan masalah pemanasan global yang sedang melanda dunia sekarang telah dijadikan alasan pemilik kenderaan untuk menggunakan kenderaan bercermin gelap. Faktor cuaca dan cahaya matahari didakwa boleh menyebabkan kesan pada kulit manusia dan menjejaskan kesihatan.

Walaupun banyak aduan diterima berhubung perkara ini, tetapi kebanyakannya didapati tidak berasas. Mengikut MIROS, spektrum cahaya yang membahayakan kulit, mata serta menyebabkan peningkatan haba dalam kenderaan adalah berpunca daripada cahaya ultra ungu atau ultra violet (UV) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan bukannya visible light yang terkandung dalam cahaya matahari.

Dengan demikian, memasang kaca gelap untuk tidak memudaratkan penyakit kulit adalah satu persepsi yang salah. Kajian mendapati permasalahan ini boleh ditangani melalui UV protection system seperti penggunaan tinted film yang bersesuaian tanpa perlu memasang kaca gelap.

Selain daripada itu, pemilik kenderaan yang menggunakan cermin terlalu gelap juga boleh meningkatkan risiko kemalangan yang berpunca daripada kadar visible light yang terlalu rendah dan dalam masa yang sama memberikan kesan negatif kepada keselamatan awam (security). Ini boleh berlaku kerana keadaan cermin gelap akan mengurangkan kejelasan penglihatan kepada pemandu untuk melihat kenderaan dari arah belakang atau sisi.

Secara realitinya, kenderaan bercermin gelap nampak lebih bergaya dan mempunyai karisma tersendiri. Pemilik kenderaan bercermin gelap ini akan menarik perhatian masyarakat sekeliling untuk mengetahui siapa yang sedang memandu atau yang memiliki kenderaan tersebut. Justeru itu, adakah berkenderaan dengan cermin gelap ini satu keperluan atau untuk bergaya semata-mata?

Berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini, di bawah Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, kadar ketelusan cahaya menerusi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah sekurang-kurangnya 70% diukur dengan menggunakan suatu pengukur yang ditetapkan. Manakala kadar ketelusan cahaya menerusi cermin di lain-lain bahagian kenderaan hendaklah sekurang-kurangnya 50%.

Seharus diingat bagi pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap akan dikenakan tindakan seperti berikut:

1. JPJ mengeluarkan Notis PG1 iaitu Larangan Penggunaan Kenderaan dengan tempoh selama 10 hari. Dalam tempoh ini, pemilik kenderaan dikehendaki menukar cermin gelap kepada cermin yang mematuhi tahap ketelusan cahaya yang dibenarkan.

2. Pemilik kenderaan dikehendaki membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan. Setelah dipastikan cermin kenderaan telah ditukar, JPJ akan mengeluarkan Notis Menarik Balik Larangan iaitu PG2.

3. Walau bagaimana pun, sekiranya pemilik kenderaan gagal mematuhi Notis PG1 (iaitu tidak membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan), JPJ akan mengeluarkan saman JPJ 22 kerana gagal mematuhi Notis PG1.

4. Penalti bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhi Notis PG1 adalah kompaun maksimum RM300 dan kenderaan disenaraikan hitam sehingga Notis PG1 dipatuhi.

Oleh itu, berhati-hati dengan penggunaan cermin gelap kenderaan anda. Pastikan peratus ketelusan cahaya adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Bukan tidak dibenarkan memakai cermin gelap TETAPI dengan peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan.
................
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/

Mon Jun 2, 2014 9:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Apa yang perlu dilakukan apabila wanita berhadapan satu situasi...

Dilulus untuk paparan oleh lararatu
telokbakong.blogspot
tranungkite.net

SITUASI 1
Sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.
Dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.

SITUASI 2
Ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

SITUASI 3
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

SITUASI 4
Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. waktu tu dah malam. call boypren tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka dreba teksi tu semacam jek. teksi lain takde dah. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.

SITUASI 5
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! Apa nak buat? Ketaq dah ni

Jawapan Pakar: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

p/s : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!

Facebook
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: