Tuesday, June 17, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3940

7 Messages

Digest #3940
2
Fw: PERATUTAN BARU UNTUK TINTED OLEH JPJ by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: POLIS TRAFIK MENYAMAN KERETA PDRM by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Brief Drive: Honda CR-Z by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Lupa Kata Laluan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Mon Jun 16, 2014 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bapa Dakwa JPJ Baling Lampu Kepada Anaknya..
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

SEORANG daripada mangsa mengalami kecederaan di kepala sedang dirawat di PMUM. FOTO ihsan pembaca Harian Metro

Petaling Jaya: Dua remaja parah apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh dua kereta selepas didakwa dibaling dengan lampu mata arah (beacon) oleh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekatan jalan di Plaza Tol Taman Medan di sini, malam semalam.

Dalam kejadian 9 malam minggu itu, kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun dikatakan cuba mengelak sekatan jalan JPJ dengan melalui lorong tunai di plaza tol berkenaan sebelum motosikal itu terbabas dan melanggar dua kereta yang sedang diperiksa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa yang parah di bahagian kepala akibat kemalangan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

"Kami akan menyiasat dakwaan bapa mangsa itu. Buat masa ini keterangan daripada kedua-dua mangsa belum dapat diambil kerana masih menerima rawatan di PPUM," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan pegawai dan anggota JPJ yang bertugas semasa sekatan dijalankan dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

- metro

Mon Jun 16, 2014 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PERATUTAN BARU UNTUK TINTED OLEH JPJ BERKUAT KUASA JUN 2014

bloglist-malaysia.blogspot.
depalma-sp.blogspot.
Written By Famili Ceria

Awal tahun ni , penulis ada meluahkan rasa ketidak puas hati tentang perturan tinted yang terdahulu (ARTIKEL ) meemandangkan cuaca di Malaysia kini semakin panas terik. Tambahan lagi, kadar jenayah mencuri barang dalam kereta juga meningkat. Oleh itu, ramai pengguna kenderaan mahu JPJ mengubah akta terdahu agar kadar ketelusan cahaya masuk ke dalam kereta direndahkan untuk mengelak pengguna di dalam kereta berasa bahang panas. Kini , JPJ telah mendengar luahan hati pengguna dan meminda peraturan lama ke peraturan baru . Segala butiran dalam bentuk teks dan gambar berada di bawah:

PERATURAN BARU

PERATURAN LAMA

LATARBELAKANG

Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap bagi Kenderaan telah diadakan pada 2 -3 Jun 2104 di Holiday Inn, Glenmarie Kuala Lumpur. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 100 peserta yang merangkumi agensi kerajaan, NGO serta swasta. Pada hari pertama, PDRM, JPJ, MIROS dan JKJR telah membuat pembentangan berhubung dengan penggunaan cermin gelap. Pembentangan meliputi impak yang terbaik kepada rakyat sebagai pengguna, kesalinghubungan penggunaan cermin gelap dengan aspek keselamatan jenayah dan keselamatan jalan raya, penyeragaman amalan penguatkuasaan antara JPJ dengan PDRM di jalan raya dan penguatkuasaan di premis aksesori kenderaan.

Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermian Gelap bagi kenderaan mengesyorkan kepada Kementrian Pengangkutan Malaysia supaya kadar ketulusan cahaya (VLT) Seperti berikut:-
1) bengkel memutuskan supaya peniaga yang menual aksesoru cermin gelap mempunyai alat menguji VLT bagi mebgelakkan pengguna tidak menepati spesifikasi
2) jika cadangan syor diluluskan, JPJ dan KPDNKK akan menyeragamkan kadar peratusan filem cermin gelap di pasaan dengan kerjasama SIRIM
3) JPJ mengingatkan pemegang permit import (AP) kenderaan mematuhi peraturan dengan menukar cermin yang tidak menepati spesifikasi sebelum dijual bagi mengelakkan pengguna tidak terdedah kepada kesalahan peraturan berkenaan
4) JPJ tidak pernah mengeluarkan dijil kelulusan dan penggunaan filem gelap kepada permis aksesori kenderaan

Berikut adalah antara usul lain yang dibentangkan dan dibincangkan dalam bengkel tersebut :

a.. Peniaga eksesori cermin gelap wajib mempunyai alat penguji VLT
b.. Menyeragamkan kadar peratusan filem cermin gelap yang ada dipasaran
c.. Cermin kereta import mesti mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum dijual
d.. Tiada sijil kelulusan cermin gelap pernah dikeluarkan oleh JPJ
Peratusan tahap ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan :

Cermin hadapan - 70%

Cermin sisi hadapan - 50%

Cermin sisi belakang - 25%

Cermin belakang - 25%

Mon Jun 16, 2014 8:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ratu Cantik Indonesia meninggal dunia dalam kemalangan
telokbakong.blogspot
lagiberita.blogspot.

JAKARTA: Miss Jakarta 2004, Rizka Ismalia Putri Iskandar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di jalan tol Kamal di Jakarta Utara pada Khamis.

Ketua Unit Kemalangan di subdirektorat penguatkuasaan undang-undang polis bandar raya, Miyanto berkata Rizka, 31, dan suaminya, Aldico Juniarto sedang dalam perjalanan dengan teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk menaiki penerbangan ke Malaysia.

"Pemandu teksi itu dikatakan hilang tumpuan dan gagal mengawal kenderaannya," kata Miyanto seperti yang dipetik Kompas.com pada Khamis.

Beliau berkata teksi itu melanggar sebuah trak yang diletak di tepi jalan, kemudian melanggar pula sebuah Honda CRV sebelum merempuh sekatan jalan konkrit.

Aldico dan pemandu teksi, Eko Yulianto terselamat dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke Hospital Atmajaya di Pluit.

Seorang doktor dari Hospital Atmajaya, Andri P, berkata Eko kini menjalani rawatan kerana kecederaan saraf tunjang yang teruk. - Astro

Mon Jun 16, 2014 8:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bayi selamat selepas tercampak dari kereta
Harian Metro
a..
b..
c.. Nilai: Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan dikatakan merangkak di atas jalan selepas tercampak daripada kereta yang kemalangan di Kilometer 28.1, Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), arah utara, di sini, malam semalam.
Dalam kejadian 10 malam itu, bapa bayi berkenaan Mohd Remy Payarin, 37, yang memandu kereta Proton Wira itu maut di tempat kejadian manakala isterinya serta seorang lagi anak lelaki terselamat.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa dan isteri berusia 30 an serta dua anak berusia tiga tahun dan 10 bulan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Lembah Klang selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara di Seremban.

Katanya, kereta dipandu Mohd Remy tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan sebelah kiri yang mengakibatkan anaknya berusia 10 bulan tercampak keluar.

Difahamkan, orang ramai menyaksikan bayi berusia 10 bulan terbabit tercampak daripada kereta ketika kenderaan itu mula mula terbabas dan nampak bayi itu merangkak atas jalan raya serta tidak cedera.

Menurutnya, kereta itu berpusing semula ke tengah jalan dan sebuah kereta jenis Proton Persona dari arah sama melanggar kenderaan dinaiki anak beranak itu.

"Berikutan itu Mohd Remy tercampak keluar daripada kereta dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Namun, isteri mangsa hanya patah tangan kanan manakala anaknya berusia tiga tahun yang berada di tempat duduk bayi tidak mengalami kecederaan," katanya.

Menurutnya, semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat dan rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mon Jun 16, 2014 8:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

ANGGOTA POLIS TRAFIK MENYAMAN SEBUAH KERETA PDRM TERSEBAR DI ALAM MAYA???
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!

INI BARU BETUL ... SIAPA MELAKUKAN KESALAHAN AKAN DIAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG????

Anggota polis trafik berkenaan menyaman kereta PDRM kerana kesalahan " double parking" yang menghalang kelicinan lalulintas.

Kalaulah apa yang digambar dan di khabarkan ini benar lagi sahih maka wajar kepujian diberikan .. tiada siapa yang mengatasi undang-undang dinegara ini ... salah tetap salah tidak kira siapa.

Mon Jun 16, 2014 9:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Brief Drive: Honda CR-Z (2012)
By Naveen Victor | Motor Trader Malaysia
a..
a.. Honda has updated the CR-Z but the 2012 model is still a good buy

Honda's sporty coupe is the perfect choice for those wanting car that's fun to drive but doesn't come with a sports car price tag.

What is it?
It's a 3-door coupe with a hybrid powertrain, an attempt by Honda to make hybrids more appealing by injecting a sportier character (manual transmission underlines this).

What's it like?
With many cars, the outside looks compact but when you get in, there's a surprisingly spacious cabin. Not so with the CR-Z which has a snug-fitting environment for the front occupants and hardly any space in the back seat.

The manual gearbox is one of the more delightful things about this car and apparently, the engineers worked hard to give it the sort of feel which will have drivers wanting to keep 'rowing' the shifter. It has just the right weighting and just the right amount of notchiness to identify each gear position.

The 1.5-litre i-VTEC engine is similar to the one found in the City and Jazz but with the IMA, there's a lot more zip at the low end. Peak torque is available just above idling rpm and with the 1,160 kg kerb weight, it takes off like a jet being launched on an aircraft carrier. Okay, okay, that's a bit exaggerated but it is quick and power delivery is linear. There's also a nice throaty exhaust note trailing in the background, the sound specially tuned to get the adrenalin flowing faster.

The auto-stop function is extremely valuable to fuel-saving because so much fuel is wasted at traffic lights. I wish more cars would have it but your battery also needs to be in good shape and I'm not sure if the system uses the small battery or the more powerful hybrid battery.

The car's handling is what you would expect from a car that looks the way it does. The suspension tuning is well matched to the performance that the powertrain can provide and even skilled drivers will find it enjoyable enough. The electric power steering has very good feel.

Other points of note: the boot space is generous but the large glass area over it can let in a lot of hot sunshine. The shallow slope of the rear glass would make it impossible to see what is directly behind so a vertical glass panel is installed which looks kind of odd in the mirror.

Should I buy one?
With this car, Honda has managed to give the best of both worlds and the choice is yours which you want though you can't have both at the same time. Nevertheless, you will get the joy of driving Honda promises and to some extent, the joy of saving money too.

Price: RM80,000 – RM95,000

Tech Highlights: 1497 cc, I4 i-VTEC petrol engine with Integrated Motor Assist (IMA) electric motor; 122 bhpat 6000 rpm; 174 Nm at 1000 - 15000 rpm 6-speed manual; Claimed: 0 – 100 km/h 10 secs, Top Speed: 200 km/h

Article by Chips Yap

Mon Jun 16, 2014 9:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tip: Lupa Kata Laluan / Password Tablet? Nak Tahu Cara Untuk 'Recover'
By AH Mohd | Daunpisang –

Password atau kata laluan yang diperlukan ketika membuka tablet
Cuba kita lihat senario di bawah:

"Eh, ayah baru jumpa tablet lama la jenis Samsung masa mula-mula keluar dulu? Dah berzaman tak on," kata si ayah.

"Meh lah saya pakai," jawab si anak.

"Boleh tapi kakak kau dah lupa password. Ayah tanya dia tadi, dia pun tak ingat password. Sekarang susahlah macam ni, kalau takde password macam mana nak buka tablet ini?" rungsing sungguh si ayah.

Melihat kepada senario di atas, berapa kali ia pernah terjadi kepada anda? Ketika mengemas rumah tiba-tiba terjumpa tablet lama atau saudara-mara, rakan dan pelbagai manusia lain yang memberi anda tablet lama mereka tetapi bila anda mahu membukanya, ia dikunci dengan password atau kata laluan. Sudah pasti anda mati akal tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Ada yang terus pergi ke kedai. Boleh juga tetapi berdasarkan pengalaman, anda mungkin dicaj sehingga RM100 walhal terdapat cara mudah bagi membuka semula tablet lama tanpa perlu ke kedai.

Apa yang boleh dilakukan ialah

1.Tutup/off dulu tablet

2.Tekan butang on dan volum turun/ vol down secara serentak

A
3.Apabila logo syarikat (misalnya Samsung) keluar, lepaskan butang power tetapi terus tekan butang vol down. Seperti foto A

B
4.Anda akan menyaksikan menu seperti dalam foto B. Pilih 'reboot system now' menggunakan butang vol up atau vol down. Selepas pilih, tekan butang 'Home' pada tablet anda.

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: