Friday, June 20, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3943

3 Messages

Digest #3943

Messages

Thu Jun 19, 2014 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bas Bertembung 6 Kenderaan Dekat Plaza Tol Batu 3, Tiga Parah
greenboc.blogspot.
Posted by greenboc

Shah Alam - Tiga cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas henti-henti dengan enam kenderaan termasuk sebuah motosikal di Kilometer 16.1 berdekatan Plaza Tol Batu Tiga di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, bas yang membawa kira-kira 30 penumpang dari Klang ke Kuala Lumpur dikatakan cuba mengelak sebuah kereta jenis Perodua Myvi sebelum berlanggar dengan Proton Persona dan satu lagi Perodua Myvi dari arah yang sama.

Bas itu kemudian dikatakan telah merempuh besi penghadang jalan dan melanggar dua buah lagi kereta dari arah bertentangan.

Bas tersebut turut merempuh satu lagi pembahagi jalan berhampiran lorong motosikal dan melanggar sebuah motosikal sebelum akhirnya terbabas di kawasan berumput berdekatan.

Tiga yang cedera parah masing-masing adalah penumpang bas, penunggang motosikal dan pemandu kereta Proton Wira.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga dua kilometer bagi kedua-dua arah plaza tol tersebut.

MAKLUMAN KEMALANGAN

Assalamualaikum / Selamat Pagi YDH Tuan...maklum kes Kemalangan bersabit Shah Alam (T) Rpt : 011644/2014 @ 1030hrs.

Kenderaan Terlibat :

1. M/BAS JKH198
2. M/KAR WFL6046
3. M/KAR WTK6019
4. M/KAR BKJ8975
5. M/SIKAL BKB9499

Siasatan :

Dijalankan di tempat kejadian dapati kemalangan berlaku di KM 16.1 L/Raya Persekutuan dari Klang hala ke Kuala Lumpur.

Fakta kes :

Kejadian berlaku pada 19.6.2014 jam lebih kurang 0830hrs, dimana pemandu melalui L/raya Persekutuan dari arah Klang hala ke Kuala Lumpur didapati terbabas dan masuk ke laluan bertentangan iaitu dari Kuala Lumpur hala Klang telah melanggar M/kar WTK6019, WFL6046, BKJ8975 seterusnya M/bas terbabas memasuki laluan m/sikal dari arah Kuala Lumpur hala Klang dan melanggar M/sikal BKB9499.

Butiran mangsa cedera :

1. Penunggang m/sikal BKB9499 - cedera parah bahagian kaki.
2. Pemandu M/kar WFL6046 - Cedera parah bahagian kaki.
3. Penumpang M/bas satu (1) orang daripada 15 orang - cedera ringan.

Mangsa telah dibawa ke Hospital HTAR Klang.

Dari SJN Hafizi A.I.O ( T ) Shah Alam.

Thu Jun 19, 2014 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Alhamdulillah berdasarkan Jawapan Parlimen Indeks Jenayah di Malaysia masih rendah dan kita masih aman
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Jenis jenayah dan jumlah kejadian jenayah tersebut berlaku dalam tempoh seminggu. Seminggu tau. Bukan sebulan ataupun setahun.

1. Kes bunuh = 10 kes

2. Kes rogol = 45 kes

3. Samun berkumpulan dengan senjata = 2 kes

4. Samun berkumpulan tanpa senjata = 300 kes

5. Samun menggunakan senjata api = 1 kes

6. Samun tanpa senjata api = 68 kes

7. Mencederakan orang = 110 kes

8. Mencuri = 409 kes

9. Aktiviti mencuri kereta = 257 kes

10. Aktiviti mencuri motorsikal = 858 kes (motorsikal aku yang hilang termasuk sekali la neh)

11. Aktiviti mencuri van/lori/kenderaan berat = 76 kes

12. Aktiviti ragut = 57 kes

13. Kes pecah rumah = 405 kes

Dalam banyak2 jenayah, jenayah yang paling lead sekali ialah kegiatan mencuri dan samun. Curi + samun sebab nak dapatkan sesuautu. Duit. Emas. Supaya boleh dicairkan agar boleh membelanjakan duit tersebut. Apesal penjenayah2 neh suka sangat buat kegiatan jenayah dan malas nak cari rezeki halal?

Terdesak?

Tak dapat kerja?

Kena paksa ikut merompak?

Purata indeks jenayah kat negara ini juga tidak begitu membanggakan. Bahkan ia semakin menakutkan

Setiap sejam kita merekodkan 15 kejadian jenayah.
Setiap hari kita merekodkan 368 kejadian jenayah.
Setiap seminggu kita merekodkan 2594 kejadian jenayah.
Setiap bulan kita merekodkan sebanyak 11,023 kejadian jenayah.

Adakah Malaysia masih selamat?
Adakah anda benar2 fikir Malaysia ialah sebuah negara yang masih selamat dan aman?
Sila fikir semula.

Kbai.

Rujukan : Jawapan dari parlimen Malaysia bertarikh 18/6/2014.

Thu Jun 19, 2014 8:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Nedim Nazri Aziz Kakitangan Awam Kementerian Pelancongan Pandu Kereta Lamborgini Aventador RM2.8 Juta?
telokbakong.blogspot
wargamarhaen.blogspot.
Posted & copy by Rakyat Marhaen

Nedim Nazri Aziz Pandu Lamborgini Aventador : Mungkin inilah yang dikatakan "tuah di ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" bertuah apabila melihatkan ada anak Melayu yang hanya merupakan kakitangan awam dan menjawat jawatan sebagai pegawai khas di Kementerian Pelancongan Malaysia (BUKTI LANTIKKAN DI SINI) memiliki banyak deretan kereta mewah & rumah mewah.

Bagaimana tugasannya Berita Semasa kurang periksa. Mungkin dalam kesibukan dan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2014, kepakaran dan kemahiran yang ada pada individu bernama Nedim Datuk Seri Nazri Aziz ditagih bagi melancarkan kempen tersebut. Mungkin?

Rumah Nedim Nazri Aziz RM7.218 Juta?
Jikalau sebelum ini Nedim didakwa memiliki sebuah rumah yang bernilai RM7.218 juta (SEPERTI DAKWAAN DI SINI). Dan disebabkan Nedim Datuk Seri Nazri Aziz merupakan kumpulan bumiputera beliau telah mendapat diskaun sejumlah RM500,9444.08 (-7%). Tahniah.
Terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz dikesan memakai kereta sport super mewah, Lamborghini Aventador yang menjadi idaman ramai. Apabila bercakap kereta idaman ini, kebanyakan rakyat marhaen hanya boleh berangan dan mengidam sahaja. Setakat gaji kakitangan awam mahu memakai kereta Lamborgini Aventador seperti ini? Mampu? Kalau "mampu" mahu disoal siasat SPRM? Tetapi……
Tetapi Nedim Datuk Seri Nazri Aziz lebih daripada mampu. Belum cukup dengan kereta Porshe, Hummer "milik seseorang" dan terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz memandu kereta Lamborghini Aventador yang bernilai? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap sebuah portal kereta di Malaysia, kereta mewah sport tersbeut bernilai RM2.8 juta. Sekali lagi RM2.8 juta!!! Tahniah……

Koleksi Kereta Mewah Nedim Nazri Aziz (Porshe, Hummer, Lamborghini)


Berapa gaji anda sebagai kakitangan awam? Nedim Nazri Aziz mampu bayar bayaran bulanan secara kasarnya sekitar RM26,704 sebulan bergantung kepada nilai downpayment yang diletakkan. Anda mampu?
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: