Monday, September 29, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4017

14 Messages

Digest #4017
2a
Fw: KEHEBATAN PROTON SAGA by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2b
2c
5
7
Fw: Papan tanda paling sempoi by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Sep 28, 2014 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sebuah bas yang dalam perjalanan ke Nilai, Negeri Sembilan terbabas ke bahu jalan dari lorong kiri Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor berdekatan Empangan Batu pada jam 6:30 petang tadi.

Bas bawa 24 pelajar USIM terbabas di Ulu Yam, ada yang cedera parah

Bas bawa 24 pelajar USIM terbabas di Ulu Yam, ada yang cedera parah
Astro Awani |Kemas kini:September 28, 2014
(Diterbitkan pada: September 28, 2014 20:02 MYT)
Bas terbabit kehilangan kawalan dipercayai selepas breknya gagal berfungsi - Foto Astro AWANI/Imran IsmailKUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan ke Nilai, Negeri Sembilan terbabas ke bahu jalan dari lorong kiri Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor berdekatan Empangan Batu pada jam 6:30 petang tadi.

Bas yang membawa 24 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dua orang pemandu dalam itu dalam perjalanan pulang dari Kem Eco Ulu Yam menuju ke kolej mereka di Nilai.

Menurut saksi di tempat kejadian, kesemua penumpang selamat tetapi tidak kurang dari enam penumpang yang cedera parah.

Menurut Pegawai Penyiasat IPD Gombak, Ramachandran Letchumanan siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan brek bas yang gagal berfungsi secara tiba-tiba.

Foto Astro AWANI

"Bilangan mereka yang cedera parah masih belum dikenalpasti, setakat ini siasatan masih berjalan" katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Foto Astro AWANI

Pasukan bomba dan penyelamat sedang berada di tempat kejadian untuk membawa mangsa keluar dari bas.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/bas-bawa-24-pelajar-usim-terbabas-di-ulu-yam-ada-yang-cedera-parah-44918?cp

Sun Sep 28, 2014 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KEHEBATAN PROTON SAGA "MENDARAT"; ATAS BUMBUNG KERETA LAIN
bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot

TAK tahulah kami berapa kelajuan kereta Proton Saga ini saat ia terbabas sehingga boleh 'mendarat' di atas bumbung kenderaan lain.

Kemalangan ini dikatakan berlaku di hadapan sebuah restoran di Kulai, Johor.

Menerusi info di Facebook Daily Traffic Report, kereta itu gagal dikawal lalu keluar dari jalan besar dan melayang ke atas bumbung kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Jika dilihat keadaan kereta tersebut, kami yakin pemandunya tidak mengalami kecederaan yang parah. Sumber : Cari gold.com | POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

Sun Sep 28, 2014 7:02 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Masuk ni dah 4 kali aku tengok Honda sondol kereta lain - kereta lain naik atas badan dia.
Honda ni suka buat design tajam di depan ...dan dah setengah owner buat lowered roda.
So inilah jadinya..bagus juga sebagai ciri keselamatan

On Sunday, September 28, 2014 10:50 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:



KEHEBATAN
PROTON SAGA "MENDARAT"; ATAS BUMBUNG KERETA LAIN
bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot

TAK tahulah kami
berapa kelajuan kereta Proton Saga ini saat ia terbabas
sehingga boleh 'mendarat' di atas bumbung kenderaan lain.

Kemalangan ini dikatakan berlaku di hadapan sebuah restoran di
Kulai, Johor.

Menerusi info di Facebook Daily Traffic Report, kereta itu gagal dikawal
lalu keluar dari jalan besar dan melayang ke atas bumbung kereta yang diletakkan
di tepi jalan.

Jika dilihat keadaan kereta tersebut, kami yakin
pemandunya tidak mengalami kecederaan yang parah. Sumber : Cari gold.com| POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

Sun Sep 28, 2014 7:07 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Masuk ni dah 4 kali aku tengok Honda sondol kereta lain - kereta lain naik atas badan dia.
Honda ni suka buat design tajam di depan ...dan dah setengah owner buat lowered roda.
So inilah jadinya..bagus juga sebagai ciri keselamatan

On Sunday, September 28, 2014 10:50 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:



KEHEBATAN
PROTON SAGA "MENDARAT"; ATAS BUMBUNG KERETA LAIN
bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot

TAK tahulah kami
berapa kelajuan kereta Proton Saga ini saat ia terbabas
sehingga boleh 'mendarat' di atas bumbung kenderaan lain.

Kemalangan ini dikatakan berlaku di hadapan sebuah restoran di
Kulai, Johor.

Menerusi info di Facebook Daily Traffic Report, kereta itu gagal dikawal
lalu keluar dari jalan besar dan melayang ke atas bumbung kereta yang diletakkan
di tepi jalan.

Jika dilihat keadaan kereta tersebut, kami yakin
pemandunya tidak mengalami kecederaan yang parah. Sumber : Cari gold.com| POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

Sun Sep 28, 2014 7:42 pm (PDT) . Posted by:

"Sukri Farah"

...honda tu design aerodynamic...potong angin......
..jumpe kete ok...jgn ngan lori.....lenyek jadinye....:)

2014-09-29 10:02 GMT+08:00 bashah bwasi@yahoo.com [automobil] <
automobil@yahoogroups.com>:

>
> [Attachment(s) <#148bf252dc991de9_TopText> from bashah included below]
>
> Masuk ni dah 4 kali aku tengok Honda sondol kereta lain - kereta lain naik
> atas badan dia.
> Honda ni suka buat design tajam di depan ...dan dah setengah owner buat
> lowered roda.
> So inilah jadinya..bagus juga sebagai ciri keselamatan
>
>
> On Sunday, September 28, 2014 10:50 PM, "'-:eSpAcE9808:-'
> rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:
>
>
>
> 
> *KEHEBATAN PROTON SAGA "MENDARAT" ATAS BUMBUNG KERETA LAIN*
> bloglist-malaysia.blogspot
> blogtauhusumbat.blogspot
>
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-kiaKQ9Fpd1c/VCeejYEAq0I/AAAAAAAAWAs/Pp7uTBx1uIk/s1600/KEHEBATAN%2BPROTON%2BSAGA%2BMENDARAT%2BATAS%2BBUMBUNG%2BKERETA%2BLAIN.jpg>
> TAK tahulah kami berapa kelajuan kereta Proton Saga ini saat ia terbabas
> sehingga boleh 'mendarat' di atas bumbung kenderaan lain.
>
> Kemalangan ini dikatakan berlaku di hadapan sebuah restoran di Kulai,
> Johor.
>
> Menerusi info di Facebook Daily Traffic Report, kereta itu gagal dikawal
> lalu keluar dari jalan besar dan melayang ke atas bumbung kereta yang
> diletakkan di tepi jalan.
>
> Jika dilihat keadaan kereta tersebut, kami yakin pemandunya tidak
> mengalami kecederaan yang parah. Sumber : Cari gold.com | POST BY : BLOG
> TAUHU SUMBAT <http://blogtauhusumbat.blogspot.com/>
>
>
>
>

Sun Sep 28, 2014 8:04 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

road divider jalan tu rendah sangat.. dalam 10cm aje.
Kena pulak kete saga yang dah memang sedia tinggi.
Ni kes kejar lampu kuning punya hal la.. terlajak, langgar divider, mantul,
lompat, tenggek..

Hijau - Jalan
Merah - berhenti
Kuning - tekan minyak kasi laju sikit..

*sumber - dekat dengan rumah..

2014-09-29 10:06 GMT+08:00 bashah bwasi@yahoo.com [automobil] <
automobil@yahoogroups.com>:

>
> [Attachment(s) <#148bf293f2b75242_TopText> from bashah included below]
>
> Masuk ni dah 4 kali aku tengok Honda sondol kereta lain - kereta lain naik
> atas badan dia.
> Honda ni suka buat design tajam di depan ...dan dah setengah owner buat
> lowered roda.
> So inilah jadinya..bagus juga sebagai ciri keselamatan
>
>
> On Sunday, September 28, 2014 10:50 PM, "'-:eSpAcE9808:-'
> rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:
>
>
>
> 
> *KEHEBATAN PROTON SAGA "MENDARAT" ATAS BUMBUNG KERETA LAIN*
> bloglist-malaysia.blogspot
> blogtauhusumbat.blogspot
>
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-kiaKQ9Fpd1c/VCeejYEAq0I/AAAAAAAAWAs/Pp7uTBx1uIk/s1600/KEHEBATAN%2BPROTON%2BSAGA%2BMENDARAT%2BATAS%2BBUMBUNG%2BKERETA%2BLAIN.jpg>
> TAK tahulah kami berapa kelajuan kereta Proton Saga ini saat ia terbabas
> sehingga boleh 'mendarat' di atas bumbung kenderaan lain.
>
> Kemalangan ini dikatakan berlaku di hadapan sebuah restoran di Kulai,
> Johor.
>
> Menerusi info di Facebook Daily Traffic Report, kereta itu gagal dikawal
> lalu keluar dari jalan besar dan melayang ke atas bumbung kereta yang
> diletakkan di tepi jalan.
>
> Jika dilihat keadaan kereta tersebut, kami yakin pemandunya tidak
> mengalami kecederaan yang parah. Sumber : Cari gold.com | POST BY : BLOG
> TAUHU SUMBAT <http://blogtauhusumbat.blogspot.com/>
>
>
>
>

Sun Sep 28, 2014 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tubuh Ibu Sarat Mengandung Bekecai Dililis Kereta Api
greenboc.blogspot
Posted by Green Boc

Alor Setar - [DIKEMASKINI] Seorang wanita hamil tujuh bulan sempat memohon maaf sebelum ditemui maut di lintasan kereta api berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi tadi.

Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila serpihan anggota badannya ditemui dan dipercayai dilanggar kereta api.

Wanita itu dipercayai diseret kereta api barang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Pulau Pinang sejauh 300 meter sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi.

Suami mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, isterinya keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 8 pagi namun masih tidak pulang sejam kemudian.

"Selalunya, isteri ke kedai dalam tempoh 10 minit sahaja, namun dia didapati tidak pulang ke kediaman seperti kebiasaannya meskipun sudah jam 9 pagi.

"Lalu, saya dan bapa mertua keluar mencarinya sekitar kampung, namun masih gagal sebelum pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini.

Namun, rakannya memaklumkan ada orang digilis kereta api sebaik mereka tiba di rumah sekitar jam 10 pagi menyebabkannya bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau terkejut apabila mengenal pasti mayat itu adalah isterinya melalui pakaian dan kunci miliknya.

Menurut suami mangsa lagi, mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun setengah dan sedang menunggu kelahiran anak kedua dijangka dua bulan lagi.

Beliau berkata, isterinya sempat memohon maaf kepadanya dan kedua ibu bapa Allahyarham pada malam sebelum kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Al-Fatihah.

Ibu hamil hancur digilis kereta api

ALOR SETAR – Mayat seorang ibu muda yang hamil tujuh bulan ditemui dalam keadaan mengerikan dengan badannya hancur digilis kereta api di Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini semalam.

Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, dipercayai diseret lebih 300 meter oleh kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam dekat sini ke Pulau Pinang.

Mayatnya ditemui orang awam pada pukul 10 pagi.

Akibat rempuhan kereta api itu, beberapa bahagian badan mangsa dan cebisan daging tubuhnya berselerakan di tepi landasan kereta api tersebut.

Lebih menyedihkan, Ku Nurul Shuhada turut terkorban bersama bayi perempuan dikandungnya yang terputus dua tercampak di tepi landasan tersebut. -

Sun Sep 28, 2014 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Peragut Kelar Tangan Wanita Untuk Meragut Gelang Emas
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Selain itu, dinyatakan juga tangan wanita itu telah di tetak kerana peragut tersebut ingin mengambil gelang emas ditangan mangsa.

Memang gila betul perangai peragut nih. Tak ada perasaan belas kasihan langsung. Diharap pihak berkuasa berjaya menangkap si bangsat ini!



Kami memohon agar semua berhati-hati terutamanya bagi kaum wanita. Jika boleh, kurangkan membawa barangan yang boleh menarik perhatian peragut seperti barang kemas dan seumpamanya.

Sebolehnya, ketika berjalan di kawasan yang terdedah, pastikan anda tidak berjalan keseorangan. Lagi elok kalau yang temankan anda adalah seorang lelaki.

Sun Sep 28, 2014 8:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Alhamdulillah, selepas nie hangpa jangan dok buang anak merata..pie bubuh kat 'tempat&#39; nie..!!
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Jangan buang bayi, serahkan kepada kami
SITI ZUBAIDAH MAT ISA

JAM 2.30 pagi. Penggera di pusat pelindungan bayi, Yayasan OrphanCare, Petaling Jaya tiba-tiba berbunyi. Lampu terpasang dan penghawa dingin terus berfungsi serta merta dalam tempat pelindung bayi, atau baby hatch.

Tanpa pesanan, si kecil yang baharu berusia kurang seminggu ditinggalkan sendirian. Hanya tangisannya memecah hening pagi dan baby hatch menjadi tempat si kecil berlindung buat sementara waktu.

Bayi itu kemudian segera diselamatkan penjaga yang menetap di pusat perlindungan tersebut. Begitulah bermulanya kisah hidup bayi itu yang ditinggalkan tanpa identiti. Tidak diketahui siapa ibunya, siapa pula bapanya, di mana asal usulnya.

Identiti insan yang meletakkan bayi itu dalam 'baby hatch' juga tiada siapa yang tahu. Dengan peningkatan kes buang bayi yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini, ruang kecil baby hatch itu boleh memberikan harapan baharu kepada bayi yang lahir akibat keterlanjuran ibu bapa, atau lahir dalam keluarga yang terlalu miskin.

Menurut Pegawai Komunikasi Yayasan OrphanCare, Siti Naquiah Fadzil, baby hatch atau pelindung bayi diwujudkan pada 29 Mei 2010 dengan tujuan mencegah pembuangan bayi.

"Kebanyakan mereka yang membuang bayi adalah yang kehilangan hala tuju dan terdesak kerana tiada sokongan dan bantuan," katanya.

Mengikut perangkaan yayasan itu, sejak penubuhan baby hatch, hanya 11 bayi ditinggalkan di dalam baby hatch tanpa identiti, atau dengan kata lain, dibuang oleh ibu bapa.

"Kes pembuangan bayi masih berlaku, namun, jumlah bayi ditinggalkan di dalam baby hatch tidak ramai. Mungkin mereka tidak tahu atau takut ditangkap.

"Umum perlu tahu, kami di yayasan ini tidak menempatkan sebarang kamera litar tertutup di luar perkarangan pusat perlindungan. Kerana kami tidak mahu mendedahkan identiti mereka yang terlibat," katanya.

Katanya, segala maklumat dirahsiakan dan tidak sesekali didedahkan, sama ada maklumat berkenaan ibu bapa angkat mahupun identiti si ibu kandung.

Tsunami pencetus idea baby hatch

Menurut Siti Naquiah, Yayasan OrphanCare juga bukan semata-mata menerima bayi yang ditinggalkan di dalam baby hatch, tetapi lebih penting lagi, pusat itu memberi sesi kaunseling kepada wanita mengandung anak luar nikah yang datang meminta pertolongan dan nasihat.

Namun, katanya, ada juga wanita hamil yang datang ke yayasan itu untuk mendapatkan kaunseling membuat keputusan untuk tetap menyerahkan anak mereka kepada keluarga angkat selepas kelahiran.

Sehingga kini, seramai 103 bayi, termasuk bayi yang ditinggalkan dalam baby hatch diserahkan kepada keluarga angkat, manakala jumlah bayi yang diambil semula oleh ibu kandung selepas kaunseling adalah 63 orang.

Menurut Siti Naquiah, Yayasan OrphanCare menyediakan borang di baby hatch untuk diisi, tetapi kebiasaannya ia tidak diisi atau maklumat yang diberikan tidak lengkap.

"Rata-rata wanita yang terlibat dalam kes mengandung luar nikah pula dalam lingkungan umur antara 18 hingga 24 tahun terdiri daripada pelbagai kaum, dan bukan semua yang terbabit adalah warganegara," katanya.

Yayasan itu kini turut mempunyai 3,758 orang berdaftar sebagai bakal ibu bapa angkat, dan seramai 693 berada dalam senarai menunggu.

Sementara itu, menceritakan idea penubuhan Yayasan OrphanCare, Siti Naquiah pusat itu wujud setelah melihat penderitaan anak-anak yatim yang kehilangan keluarga akibat bencana tsunami di Acheh, Indonesia.

Impian membantu anak yatim memiliki sebuah keluarga sempurna akhirnya membawa kepada penubuhan Yayasan OrphanCare pada 2009 di bawah naungan Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, dengan slogan 'Setiap anak memerlukan keluarga'.

Misi mereka adalah menempatkan anak-anak yatim dalam sebuah keluarga bahagia memandangkan rumah kebajikan tidak mampu menggantikan suasana kekeluargaan.

Baby hatch bukan galak hamil luar nikah

Baby hatch bukan diwujudkan untuk menggalakkan wanita hamil anak luar nikah tetapi untuk membantu ibu dan bayi mendapat perlindungan supaya wanita yang mengandung tanpa ikatan perkahwinan tidak melakukan tindakan di luar kewarasan seperti membuang bayi.

Eksekutif Pengurusan Yayasan OrphanCare, Zulkifli Mohd Aris berkata, kes pembuangan bayi tidak berlaku hanya selepas kewujudan badan bukan kerajaan seperti Yayasan OrphanCare, tetapi ia terjadi sejak berpuluh tahun dahulu.

"Kami wujud untuk membantu seperti membawa ke hospital dan mendapatkan rawatan, memberi panduan dan kaunseling. Kami mahu mereka buat keputusan terbaik. Alhamdulillah jika mereka bersedia menjaga sendiri anak itu.

"Tetapi jika sebaliknya, kami akan bantu mencari ibu bapa angkat terbaik untuk bayi tersebut," katanya menjawab tohmahan sesetengah pihak bahawa kewujudan baby hatch hanya akan menggalakkan seks bebas dan kehamilan luar nikah.

Menurut Zulkifli, sebagai langkah awal pencegahan, Yayasan OrphanCare turut mengadakan seminar dan program kesedaran ke seluruh negara.

"Kami akan lancarkan Program Pencegahan Jenayah Sekata, Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita, yang akan bermula akhir bulan ini. Golongan sasar merupakan remaja berumur 18 tahun ke atas dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.

"Bagaimanapun ibu bapa tetap memainkan peranan untuk memantau pergerakan anak-anak selain masyarakat juga harus mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.

Trivia

Baby Hatch (pelindung bayi) pertama dirasmikan pada 29 Mei 2010. Pejabat operasi di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor. Mempunyai dua lagi cawangan di Kota Bharu dan Johor Bahru

Prosedur pengambilan anak angkat baby hatch

1. Bakal ibu bapa angkat perlu membuat permohonan kepada Yayasan OrphanCare
2. Penilaian dan temu duga akan dijalankan
3. Bakal ibu bapa angkat akan ditapis
4. Sebaik yayasan menerima bayi yang ditinggalkan dalam baby hatch, laporan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dibuat dalam tempoh 24 jam.
5. Bayi dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
6. Bakal ibu bapa angkat akan dihubungi memaklumkan mengenai bayi yang bakal mereka terima.
7. Urusan dokumentasi dijalankan termasuk urusan mahkamah.
8. Sekiranya semua urusan berjalan lancar, bayi terus diserahkan kepada ibu bapa angkat (tempoh bergantung kepada urusan rawatan, dokumentasi dan kelulusan mahkamah).

Kriteria pemberian anak angkat di OrphanCare

1. Pendapatan isi rumah.
2. Keutamaan kepada pasangan yang tiada anak selepas 5 tahun berkahwin.
3. Seluruh keluarga besar menerima anak yang diangkatkan itu.
4. Lain-lain faktor seperti ekonomi, kesihatan, dan usia perkahwinan.

Sun Sep 28, 2014 8:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

ANGGOTA SINDIKET GORES DAN MENANG KENA BELASAH SEBELUM DISERAHKAN KEPADA POLIS.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!

Omak Kau mendapat kiriman 3 gambar yang mengisahkan seorang anggota sindiket gores dan menang kena belasah kerana gelagat menipu orang ramai.

Sasaran utamanya ejen ini ialah warga emas.... Sindiket ini akan memaksa mangsanya untuk mengeluarkan wang julah ribuan ringgit dan kebanyakan mangsa berumur 50-an keatas.

Mangsa juga dikatakan tidak akan dilepas jika wang tidak diberikan, dan mereka agak rakus kerana memaksa pelanggan pergi ke bank untuk mengeluarkan wang.

Malangnya, seberani dan sepandai mana sindiket ini akhir silap langkah kena belasah dengan waris-waris salah seorang mangsa.

Kejadian ini berlaku semalam di Kota Bharu, Kelantan.

Sun Sep 28, 2014 8:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Papan tanda paling sempoi
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Lokasi gambar di Miri Sarawak. Admin pernah lihat papan tanda siapa buang sampah anak luar nikah, ya Allah cabutlah nyawa orang yang buang sampah di sini.
Tetapi ianya nampak agak keterlaluan, tapi yang ini bagi admin memang sempoi, kalau baca masih buang juga memang spesies monyet atau binatang. [link]

Sun Sep 28, 2014 8:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cerita Sebenar Kejadian Lelaki Dibaham Harimau Putih Di Zoo India

Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
tranungkite.net

Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia.

Berdasarkan keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke dalam kandang harimau.

Bagaimana pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang.
Maqsood dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja.
Pengarah zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di bawahnya.

Harimau putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dinding selama 10 minit.
Apabila orang ramai dan kaki tangan zoo cuba mengalihkan perhatian harimau dengan membaling batu dan kayu sambil berbuat bising, barulah haiwan itu menggigit leher Maqsood lalu menggonggongnya pergi dalam keadaan berlumuran darah.
Dalam pada itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang membunuh mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa selepas kejadian.
Difahamkan, pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila kawasan diceroboh secara tiba-tiba.

"Ia tidak menyerang dan hanya bertindak ganas selepas seseorang membaling batu ke badannya," ujar juru cakap zoo.
Namun apa pun alasannya, pihak polis berkata zoo berkenaan akan tetap didakwa kerana cuai.
Difahamkan enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa di zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik apabila tidak diapa-apakan haiwan tersebut. – MYNEWSHUB

Sun Sep 28, 2014 10:44 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Sep 28, 2014 10:44 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: