Tuesday, April 14, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4183

6 Messages

Digest #4183

Messages

Mon Apr 13, 2015 7:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Budak lima tahun mati ditimbus baja panas

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut serta-merta, setelah tertimbus baja panas yang dibawa sebuah lori merempuh rumah keluarganya di Batu 8, Bintulu, Sarawak, hari ini.

Pegawai Penguasa Bomba Bintulu, William Baheng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi, mangsa bersama ibu dan neneknya sedang duduk di tangga luar rumah, sambil melihat satu kemalangan yang berlaku di hadapan rumahnya.
Katanya, sebuah lori 20 tan yang membawa muatan baja sudah diproses, tiba-tiba merempuh rumah mereka, menyebabkan bahagian hadapan rumahnya runtuh.

"Kita percaya, lori itu mahu mengelak daripada terlanggar kenderaan terbabit dalam kemalangan yang disaksikan mangsa, namun pemandunya gagal mengawal lori tersebut, lalu merempuh rumah itu.

"Ibu dan nenek mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri, namun mangsa gagal berbuat demikian.

"Mangsa meninggal dunia, akibat tertimbus baja kelapa sawit yang ketika itu masih dalam keadaan panas, kerana baru dibawa keluar dari kilang, sebelum ke tempat lain untuk pembungkusan," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Jelasnya, pemandu lori terbabit yang tidak diketahui identitinya bertindak melarikan diri, sejurus merempuh rumah mangsa.

William berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu, kira-kira jam 1.45 petang tadi.

Sebuah jentera bomba bersama 15 anggota tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian untuk mengeluarkan mangsa tertimbus.

Mayat mangsa dan neneknya yang cedera ringan dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat serta mendapatkan rawatan.

Mon Apr 13, 2015 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PESALAH TRAFIK DIPENJARA 51 HARI KERANA GAGAL BAYAR SAMAN TERTUNGGAK

Posted by OMAK KAU!!!

 

Pada 8 april 2015 jam 10 pagi, 1 pegawai dan 4 anggota Cawangan Trafik Klang Utara telah menahan seorang penunggang motosikal semasa menjalankan Op Warta di Jalan Hj. Abd Manan, Klang.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut mempunyai 8 saman tertunggak dan waran tangkap. Penunggang motosikal tersebut telah dituduh di mahkamah klang dengan 13 pertuduhan dan telah dijatuhkan hukuman penjara 51 hari kerana gagal membayar denda sebanyak RM2,350.00.

Cawangan Trafik Bukit Aman berharap orang ramai menunjukkan sikap bertanggungjawab untuk menyelesaikan waran-waran tangkap yang dikeluarkan ke atas mereka.

Mon Apr 13, 2015 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penggunaan 11 Hari TNB Caj GST RM149.03
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot.
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua ..

Dibawah nih gua lampirkan bil elektrik rumah gua.... hahaha... sori... gua kena kerat bahagian yang privacy... Hahaha.... Biasanyer sebelum perlaksanaan GST... bil elektrik rumah gua antara RM150 - RM350 sebulan... bergantung kepada penggunaan peralatan elektrik & elektronik, surveilance, RF/ISM/GPS signal jamming. eavesdropping, frequency scanner dan pelbagai lagi alatan.... Itu tak termasuk kalu time tue gua banyak caj bateri LiPo, LiFe, dan NiCad atau banyak buat kerja soldering untuk plane/heli dan multirotor milik gua.....

Gua accept bil elektrik gua macam tue... Stendet la.... bukan tak pernah bil elektrik gua cuma RM18 jer sebulan... masa tue kitorang takder kat rumah lama... dan semua pekakasan ditutup kecuali peralatan ADS-B dan MLAT receiver kat atas bumbung rumah gua yang gua pasang dengan kerjasama FlightRadar24 sejak dari tahun 2008 dulu...

So.....

Biler perlaksanaan GST yang gampang nih.... dalam masa 11 hari jer... gua dah dikenakan cukai hamsap dari TNB sebanyak RM149.03 ..... Itu baru sebelas (11) hari ja.... kalo kiter darabkan kepada 30 hari..... rasanyer mau caj GST gua akan cecah RM450 ..... Itu cuma caj GST jer baru..... dari satu provider utiliti ja.....

Nampaknyer gua kena siapkan cepat sistem Solar Panel dan Wind Turbine power untuk cover penggunaan elektrik kat rumah gua nih..... Gua harapkan semua penyedia dan pengeluar peralatan solar dan wind turbine dapat cuba merendahkan kos pemilikan (contoh macam nih).... sure ramai yang takkan bergantung dah ngan TNB.... dan TNB simpan jer la elektrik yang dijanakan tue sendiri.... pakai sendiri la.... Hahaha

Geram memang la geram... Tapi gua paling geram kat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tak bersungguh menentang perlaksanaan GST nih.... Kalo lu orang dapat bil elektrik camnie.... padan muka lu orang... dan gua jamin.... bukan gua sorang jer yang akan sumpah seranah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bangang lagi bangsat nih.... tapi semua orang yang tertindas dengan GST akan menyumpah seranah... Oh yer... orang UMNO dan juak-juaknyer memang tak terasa kesan GST nih terutama skali Hadi Awang dengan geng-geng bangangnyer tue.... sebab diorang dikecualikan dari GST......

Hampeh...

P/S : Timbalan Menteri kata kalu penggunaan lebih 300kWh ja kena GST..... biar betul pengiraan nih... Patut kalu gitue GST kena dikira start pada 1kWh lebih dari 300 kWh la..... bukannyer kalu lu pakai 500 kWh .... lu kena 500kWh x 6% GST ,,,,, patut jadi kena 200 kWh x 6% GST la....

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2015/04/penggunaan-11-hari-tnb-caj-gst-rm14903.html#ixzz3X6U4vzMN

Mon Apr 13, 2015 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

EDISI MENCUIT MINDA ... ADILKAH??????

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Tidak perlu kupasan dan ulasan panjang lebar ... sekadar gambar sebagai berbicara .. ADILKAH?????

Dua anggota polis tidur dikaunter pertanyaan ditukar 24 jam ... Ahli-ahli parlimen tidur gaji naik hampir 150% sehingga menjadi RM16,000 sebulan.

Mon Apr 13, 2015 7:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PIC OF THE DAY ... ANGGOTA POLIS SECARA BERSENDIRIAN MEMBERSIHKAN JALANRAYA YANG DI TUMPAHI BATU DAN TANAH

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Kelihatan seorang anggota polis sedang membersihkan jalan raya yang ditumpahi batu dan tanah akibat sebuah kereta yang terbabas siang tadi demi keselamatan dan keselesaan para pengguna jalanraya. Anggota polis ini tidak sedar yang gelagatnya sedang dirakam.

Bukannya macam seorang tu ... dia berseorangan "membersih" dan "mengali" longkang besar tersumbat dengan berbaju batik jawa sedangkan orang-orang yang mengiringinya sekadar jadi tukang perhati.

Beza yang ikhlas membuat terjahan dengan bersendiwara.

Syabas dan terima kasih kepada anggota polis ini. Lokasi di hadapan stesen minyak Petronas RTC Gopeng, Perak.

Mon Apr 13, 2015 7:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

ROTI DI JUAL DI SALAH SEBUAH PASARAYA GIANT BERKULAT WALAUPUN BELUM LUPUT TARIKH.

Posted by OMAK KAU!!!

 

Beli sebelum tarikh luput tapi bila buka nak makan dah berkulat ... itulah keluhan dan rungutan yang disampaikan mengenai suatu kejadian membeli Bun Chicken Sausage di Pasaraya Giant semalam .. tarikh luput hari ini 11hb April 2015 tapi semalam lagi dah rosak berkulat dan tidak layak untuk dijamah. .. Ini suatu kejadian yang amat serius.

Jika apa yang diberitahu ini benar mohon pihak terbabit memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: