Friday, April 17, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4186

8 Messages

Digest #4186

Messages

Thu Apr 16, 2015 8:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Dua Beranak Tampar, Ludah Anggota Trafik Ditahan
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info



GEORGE TOWN: Dua beranak yang tidak berpuas hati dengan tindakan seorang anggota polis trafik menyaman mereka di Jalan Patani di sini, didakwa meludah dan menampar muka anggota trafik itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kereta yang dinaiki dua lelaki itu ditahan anggota trafik pada pukul 9.50 malam kerana mereka didapati tidak memakai tali pinggang keledar.

"Anggota polis terbabit meminta kad pengenalan dan lesen memandu ahli perniagaan berusia 31 tahun itu dan mendapati ia telah tamat tempoh sejak tahun lepas.

"Semasa menulis saman, lelaki yang duduk di tempat penumpang keluar dan merayu agar polis tidak menyaman anaknya, tetapi anggota polis itu tidak menghiraukannya," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata anggota polis itu kemudian meminta pemandu kereta berkenaan menandatangani saman yang dikeluarkan dan menyerahkan salinannya kepada lelaki terbabit.

Mior Faridalatrash berkata setelah menyerahkan salinan saman itu, lelaki berusia 67 tahun itu mengeluarkan kata-kata kurang enak dan tiba-tiba meludah ke arah muka anggota polis itu.

"Anggota polis berkenaan cuba menahan lelaki itu menyebabkan anaknya keluar dari kereta dan menampar muka anggota trafik itu. Kedua-dua beranak itu ditahan oleh dua lagi polis yang berada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata dua beranak itu berasal dari Bukit Mertajam, dekat sini dan dalam perjalanan ke George Town atas urusan perniagaan dan mereka kini direman tiga hari bagi membantu siasatan. — mStar online

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/04/dua-beranak-tampar-ludah-anggota-trafik.html#ixzz3XU0dleoP

Thu Apr 16, 2015 8:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

MISTERI HELI DIBONGKAR DARI KOTAK HITAM !

bloglist-malaysia.blogspot 

Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2

 

Data kotak hitam mendedahkan Aidana Baizieva, penumpang misteri dalam helikopter terlibat nahas di Semenyih awal bulan ini, membantu menerbangkan pesawat itu.

Memetik sumber, New Straits Times (NST) melaporkan, data daripada perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Aidana aktif dalam operasi penerbangan helikopter Dauphin AS365N2.

Ia dikatakan berdasarkan perbualan Aidana, 25, bersama juruterbang helikopter tersebut Kapten William Clifford Fournier.

Bagaimanapun, sumber tersebut memberitahu NST bahawa beliau tidak bersetuju bahawa Aidana telah dibenarkan untuk membawa pesawat itu. Sumber itu juga tidak menyalahkan wanita berasal dari Kyrgyzstan itu yang menjadi punca nahas helikopter itu terjadi.

Sebaliknya, katanya, pegawai penyiasat mempunyai alasan kukuh dan mempercayai bahawa terdapat letupan dalam helikopter itu sebelum terhempas.

"Berdasarkan siasatan di lokasi kemalangan, penyelidik membuat kesimpulan bahawa beberapa bahagian helikopter telah meletup dalam nahas itu," sumber itu dilaporkan berkata.

Menurut laporan itu lagi, semua alat komunikasi juga tidak boleh digunakan semasa helikopter tersebut mula menjunam.

Malah, kesemua penumpang juga "senyap" beberapa minit sebelum nahas itu dan hanya nafas mereka sahaja yang direkodkan oleh CVR.

Selain Aidana dan Fournier, nahas itu turut mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, ketua setiausaha sulit perdana menteri Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razakan Seran.

comment:

Anonymous said...

Aneh tapi Pelik...?

MENJADI PERSOALAN DAN SATU TANDA TANYA:

* Seorang bekas pengawal melihat helikopter tersebut meletup di udara. Seorang kapten pula yg terbang dengan sebuah helikopter yang lain yang juga berada berdekatan,melihat heli tersebut terjunam lalu melihat kepulan asap hitam naik ke udara dan tetap dengan pendirian menyatakan Heli tersebut terhempas.

Persoalannya?

1.Penglihatan dari arah mana yg boleh melihat dengan jelas?

2. Mengapa Kapten tersebut benar2 yakin dengan butiran penjelasan yang diberikan?

3. Berapa jauh kah jarak Heli kapten dengan Heli Mangsa?

4. Adakah kerana beliau seorang Kapten dan kita harus mengabaikan butiran penjelasan dari bekas pengawal tersebut ?

* Seorang "wanita" dari Negara Kyrgyzstan yang berada dalam Heli tersebut. Sedari awal kejadian, Identitinya sukar untuk dikenal pasti. Pelbagai andaian dan penjelasan butiran yang mengelirukan berlaku.Dan mayat wanita ini di temui dalam keadaan seperti berkecai dan amat berbeza dengan mayat2 yang lain.

Yang mana ini menjuruskan persoalan dan tanda tanya buat Rakyat Malaysia. :-

1. Siapa sebenarnya 'Wanita" yang berasal Kyrgyzstan ini?

2. Adakah Wanita tersebut "Pengebom Berani Mati "

3. Adakah ia bermotifkan "Balas Dendam" ?

4. Mengapa beliau memilih VVIP ini sebagai Mangsa ?

5. Adakah VVIP tersebut menjanjikan sesuatu yang ia tidak ditunaikan ?

6. Dan siapakah diantara VVIP tersebut?

7. Bagaimana Seorang juruterbang membenarkan seorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam penerbangan diberikan kebenaran untuk mengendalikan penerbangan tersebut?

8.Mengapa Tiada Bantahan dari penumpang VVIP tersebut ?

Dan bermacam macam persoalan di benak Rakyat Malaysia tentang Tragedi Semenyih.

Selepas seminggu kejadian, seorang bekas Editor akhbar menulis tentang salah seorang VVIP yang meninggal dalam kejadian "Tragedi Semenyih".Tentang betapa rapatnya VVIP tersebut dengan PM dan keluarganya. Beliau juga boleh dikatakan seorang ketua perancang dalam pentakbiran PM walaupun jawatan tersebut tidak wujud dalam kerajaan Malaysia.

Dengan keadaan politik yang penuh dengan masalah dalaman parti. Baik kerajaan atau pembangkang.

Belum pun Habis isu "Tragedi 1Malaysia 2014" timbul pula isu Kejatuhan Matawang, 1MDB dan perbalahan antara PM dan Tun M. Kerajaan tetap meneruskan GST. Kerajaan begitu tegas dan tidak mahu menangguhkan walaupun telah dinasihat oleh bekas2 menteri atau dari mereka yang berpengalaman dengan alasan Kerajaan dan Rakyat malaysia masih dibelenggu dengan perbelanjaan yang besar "Tragedi 1Malaysia 2014".

1. MH370

2. MH17

3. Banjir teruk yang berlaku pada beberapa buah Negeri di Malaysia.

Keangkuh dan Tamak seorang Ketua Pemimpim dan kroni -kroni akhirnya Rakyat yang terpaksa menanggung beban dan membayar harga kerakusan tersebut.

"Pemimpin Yang Bertopengkan Perompak"

Thu Apr 16, 2015 8:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PEMUDA PUTUS KAKI KETIKA MENGIKUTI PROGRAM TRANSFORMASI MASYARAKAT BERGERAK (MCTP) ANJURAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Seorang pemuda terpaksa menanggung kesakitan hampir satu jam apabila kaki kirinya terputus akibat tersepit bahagian hadapan sebuah kapal yang berhenti di jeti kayu Nanga Mujong di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi 10hb April itu, mangsa Frederick Langkan Lawrence, 21, no MyKad 940531-13-5669 dari Rumah Panjang Robin, Jalan Ridan, Melugu, Sri Aman, Sarawak sedang mengalihkan tambatan tali sebuah kapal di jeti kayu di situ.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku sedang berlangsung Program Transformasi Masyarakat Bergerak (MCTP) anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini.

Jurucakap polis berkata, kejadian malang itu berlaku apabila kaki kiri mangsa tersangkut pada tali tambatan kapal yang berlabuh di situ.

Katanya, sebelum itu, mangsa bersama dua rakannya yang lain telah menjerit dan memberi isyarat tangan kepada juragan kapal supaya tidak menggerakkan kapal berkenaan, namun tidak diendahkan oleh juragan terbabit.

"Akibat rempuhan kuat itu, kaki kiri mangsa kemudian tersepit di bahagian depan kapal itu dan terputus.

"Terkejut dengan insiden itu, jurugan kapal tersebut menghentikan kapal berkenaan sebelum rakan mangsa yang kebetulan berada di situ memberi bantuan kecemasan kepada lelaki terbabit," katanya.

Mengulas lanjut, pemuda malang yang masih dalam keadaan berlumuran darah itu kemudian dihantar ke hospital di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, setakat ini, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Kapit di sini.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan keterangan daripada jurugan kapal juga sudah direkodkan," ujarnya.

Thu Apr 16, 2015 8:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kemana Roh Pergi Saat Manusia Tidur?

bloglist-malaysia.blogspot 

Dicatat oleh ustazcyber

BANYAK orang mengatakan bahwa tidur itu adalah kematian sementara manusia. Jika dikatakan mati sementara, lantas kemanakah perginya roh manusia saat tidur?

Menurut ilmiah penelitian ini belum pernah dilakukan, jikalau dilakukan pasti tidak akan masuk logik akal kerana roh tersebut merupakan jiwa yang berada di dalam masing-masing manusia yang masih hidup, roh sendiri tidak berbentuk dan manusia sendiripun tak boleh melihatnya. Semak ulasan berikut.

Dalam surah Az-Zumar ayat 42 Allah berfirman :

"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir."...LAGI

Dari ayat tersebut dapat disimpulkan bahwa Allah memegang jiwa-jiwa manusia ketika sedang tidur. Dalam ayat lain, yakni surah Al-An'am ayat 60-61 disebutkan:

"Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan. Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya."

Di dalam 2 ayat diatas, Allah menyebutkan kata wafat 2 kali, yakni pada kata "yatawaffakum" yang diartikan sebagai kata 'menidurkan' pada ayat diatas, juga pada kata "tawaffathu" yang berarti "diwafatkan". Hal ini adalah tentang 2 macam wafat, yakni wafat sementara dan wafat selamanya. Hal ini dijelaskan dalam ayat Az-Zumar ayat 42, "maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan."

Kerana itulah, ketika kita tidur, menurut sunnah dari Abu Hurairah radliyallaahu 'anhu : Bahwasannya Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tempat tidurnya, kemudian kembali lagi, hendaklah ia mengibas-ngibaskan kainnya tiga kali (sebelum tibur pada tempat tidurnya). Sesungguhnya ia tidak mengetahui apa yang terjadi saat ia meninggalkannya. Dan apabila berbaring, hendaklah ia membaca : 'Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, Rabb-ku, aku meletakkan lambungku (tidur), dan dengan-Mu pula aku mengangkatnya (bangun). Apabila Engkau menahan diriku (mati), sayangilah aku. Namun bila Engkau melepaskannya (hidup), peliharalah ia sebagaimana Engkau telah pelihara dengannya hamba-hamba-Mu yang shalih".

Tulisan disarikan dari terjemahan Ibn Katsir Rahimahullah Jadi apabila kita hendak tidur berwudhu' lah dan bacalah do'a agar terhindar dari segala macam bahaya dan penyakit. (sumatracyber)

Thu Apr 16, 2015 8:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

BEBERAPA GAMBAR BILIK PAMERAN AUDI DI JALAN BUKIT BINTANG MENDAP GARA-GARA KERJA TEROWONG BAWAH TANAH MRT SEHINGGA PONDOK POLIS PUN RUNTUH.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

 

Omak Kau mendapat kiriman beberapa gambar yang menunjukkan bilik pameran kereta Audi di Jalan Bukit Bintang mendap teruk dipercayai berpunca dari kerja-kerja korek terowong bawah tanah MRT.

Kejadian berlaku petang tadi.

Mendapan diberitakan agak teruk juga sehingga pondok polis runtuh .. tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Thu Apr 16, 2015 8:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Hindari Dosa "Aku lebih baik dari Dia".

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

"Bergetar hati jantung mendengar khutbah Jumaat dalam masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tengahari ini (10 April 2015). Isinya bagai pisau tajam menikam nurani saya yang selalu "perasan baik dan suci." Rupanya kita banyak sekali melakukan dosa "AKU LEBIH BAIK DARI DIA" tanpa kita sedari. Terdorong oleh rasa dosa ini, sesetengah manusia menjadi lancar lidah dan jemarinya mengutuk para pesalah dengan alasan "demi pengajaran."

Komentar dan bicaranya tentang kesalahan orang lain itu kemudiannya menjadi dosa berkembang seperti skim pyramid yang mana "pemula bicara kutukan atau butang kongsi" mendapat saham dosa tak terbilang.

Rupanya penyakit "AKU LEBIH BAIK DARI DIA" pertama sekali dihidap oleh Iblis ketika menolak untuk sujud hormat kepada Adam. Apabila disoal Allah mengapa dia enggan sujud, inilah jawapan si Iblis:

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Ertinya: Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." (al-A'raf[7:12]).


Khatib hari ini menyebut, pada zaman Rasulullah SAW ada 2 kisah penzina yang dihukum baginda SAW. Kedua penzina ini iaitu Ma'iz bin Malik RA dan wanita dari kabilah Ghamidiyyah datang mengaku salah berzina. Inilah bukti iman sejati kepada Allah. Boleh sahaja keduanya bersembunyi menutup kesalahan mereka tanpa diketahui sesiapa pun, namun iman dan takutnya mereka kepada Allah menggerakkan mereka datang berjumpa Rasulullah SAW. Ringkasnya kedua orang ini dihukum rejam oleh Rasulullah SAW. Setelah selesai hukuman, ada manusia yang berbicara buruk tentang keduanya seakan jenayah mereka tiada haraoan pengampunan dari Allah. Baginda kemudiannya mempertahankan pesalah zina ini dengan sabdanya:

لَقَدْ تَابَ تَوْبَةً لَوْ قُسِمَتْ بَيْنَ أُمَّةٍ لَوَسِعَتْهُمْ

Ertinya: Sesungguhnya taubat (Ma'iz bin Malik) diterima Allah. Jika taubatnya itu dibahagikan antara umat manusia sudah pasti ia akan mencukupi semua (Sahih Muslim).

Walaupun Ma'iz nyata berdosa dan mengaku berzina, Rasulullah SAW tetap mempertahankan beliau setelah ada yang bercakap buruk selepas kewafatan Ma'iz. Subhanallah! Sungguh berbeza sifat Rasulullah SAW berbanding sesetengah kita. Mudah sahaja kita "berlagak Tuhan" menghukum manusia sebagai jahat, buruk, huduh pasti ke neraka kerana kesilapannya yang lalu, sedangkan hanya Allah sahaja Yang Maha Pengampun.

Inilah cabaran semasa yang dihadapi umat Islam. Perkongsian maklumat dan berita dalam media sosial sangat bahaya jika tidak diurus dengan iman, ilmu dan taqwa. Sebelum mulut, lidah, dan tangan mahu memberi pandangan, hayatilah sabda Rasulullah ini:

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Ertinya: Seorang Muslim (sejati) adalah orang yang saudara Muslimnya yang lain terselamat dari (kejahatan) lidah dan TANGANNYA (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Cakap dan komentar kutukan kita di media social bakal menjadi "dosa umpatan" jika ia benar sekalipun. Lebih parah ia akan menjadi "dosa fitnah" jika tersasar dari keadaan sebenar. Kita wajib meletakkan waspada dan kebimbangan pada tahap "zon merah" bimbangkan komentar atau perkongsian kita menjadi sebab musibah akhirat:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ يَنْزِلُ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

Ertinya: Sesungguhnya seorang hamba (manusia) boleh sahaja bercakap sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, lalu (perkara itu) AKAN MENJERUMUSKANNYA SEMAKIN DALAM KE DALAM NERAKA SEJAUH ANTARA TIMUR DAN BARAT (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Anda tidak akan menjadi lebih soleh dan darjat syurga anda di akhirat tidak akan meningkat pun dengan berkonsi cerita buruk orang lain. Pahala anda juga tidak akan bertambah jika berjaya memberi komentar "ala-ala malaikat pencatit amalan" dalam media sosial. Oleh itu, jagalah lidah dan "TANGAN" agar kedua amanah Allah ini tidak menjadi sebab kita jatuh tertumus muka ke dalam neraka. Nasihat Rasulullah SAW kepada Mu'adh:

فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ قَالَ كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا فَقُلْتُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ فَقَالَ ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا مُعَاذُ وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ إِلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ

Ertinya: (Dalam nasihat baginda SAW kepada Mu'adh baginda bertindak), menunjukkan lidahnya seraya berkata: "JAGALAH ATAU HALANGLAH (LIDAH) INI." Aku (Mu'adh) bertanya: Wahai Nabi Allah! Adakah kami akan dihukum kerana apa yang kami bicarakan? Rasulullah menjawab: Wahai Mu'adh, berapa banyak manusia dihumban ke dalam neraka (tertumus) atas muka atau hidung mereka kerana hasil tuaian (buruk) lidah mereka (Sunan al-Tirmidhi).

Senyap dan diamlah. Itu lebih baik. Kurang salah kita, kurang dosa kita, tambah tinggi iman kita dan tambah mulia nama kita. Insya Allah!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: sp4n4r
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Thu Apr 16, 2015 9:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penyakit Menimpa Ke Atas Perempuan Tidak Bertudung

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Rasulullah bersabda, "Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda," Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.

Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da'wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman: "Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur'an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (Surah Al-Anfaal: 32)

Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.

Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.

Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan.

Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena "azab dunia" seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari'at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj???

(Sumber: Al-I'jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Oleh: Muhammad Kamil Abd Al-Shomad)

Thu Apr 16, 2015 9:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

UMNO Yakin GST Akan Jadi Modal Menang Besar Di Permatang Pauh
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Umno akan mengadakan penerangan dan penjelasan besar-besaran berhubung pelaksanaan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menghalang cubaan pembangkang daripada menyebarkan maklumat tidak tepat semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pihaknya yakin penerangan dan penjelasan yang diberi akan dapat memberi keyakinan kepada rakyat khususnya penduduk.

"Sudah tentu GST akan menjadi sebahagian daripada isu utama yang akan dibangkitkan pakatan pembangkang sepanjang tempoh berkempen namun kami akan cuba sedaya upaya untuk memberi penerangan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat tentang GST hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata beliau yakin akan dapat membuktikan bahawa GST adalah jauh lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dikenakan sebelum ini.

Penerangan akan dilakukan menerusi perjumpaan dari rumah ke rumah, ceramah, sebaran dalam media sosial dan pengagihan risalah GST, katanya.

Ahmad berkata kerajaan juga akan menjelaskan sebab dan tujuan pelaksanaan GST kerana ini adalah sistem percukaian yang lebih kemas, tersusun dan baik.

Beliau berkata biro penerangan UMNO pusat dan negeri telah diminta untuk segera turun ke Permatang Pauh bagi memberi penerangan kepada penduduk.

"Saya difahamkan bahawa daripada 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), 42 negara telah melaksanakan GST dan Malaysia adalah antara negara yang agak terakhir dalam memperkenalkan GST," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 3 Mei dan hari pengundian 7 Mei.

- Bernama

Pakar - Emosi Rakyat Terganggu Kerana Ahmad Maslan
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

KUALA LUMPUR: Emosi rakyat negara ini yang terganggu dengan beberapa kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilihat bakal pulih dalam sedikit masa lagi.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, pelbagai pendapat rakyat terutama di media sosial dilihat proses biasa meluahkan perasaan yang normal bagi setiap manusia.

"Mereka akan menggunakan medium media sosial yang dilihat lebih mudah, selain diakui ia menjadi viral namun masih dilihat normal.

"Memang lumrah bagi manusia apabila rasa ditekan, mereka akan menyatakan rasa tidak puas hati namun ia hanya berbentuk sementara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Abdul Jalil mengulas keluhan masyarakat terutama di media sosial mengenai reaksi pelaksanaan GST.

Ia menjadi lebih 'panas' apabila Ahmad mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilihat tidak menyebelahi pelajar kampus.

Ahmad dilaporkan berkata, kenyataannya tentang saranan untuk masak sendiri dimanipulasi kumpulan tertentu.

Bagaimanapun, Bekas Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shahmenasihati pelajar universiti itu untuk tidak membesarkan isu keperluan memasak di kampus atau rumah sewa selepas pelaksanaan GST sebagai faktor yang boleh menjadikan mereka mati kebuluran.

Dalam pada itu jelas Dr Abdul Jalil, masyarakat akan faham kelak mengenai kenyataan Ahmad mengenai GST yang memberi faedah kepada semua.

"Macam seorang ayah yang memberi nasihat kepada anaknya, semasa kecil anak itu mungkin memberontak dan enggan menurut kata.

"Namun akhirnya apabila anak itu berjaya, dia akan ingat kembali nasihat itu yang membawa kejayaan kepada dirinya, pastinya ia mengambil sedikit masa," ujarnya.

Katanya lagi, walaupun dilihat menjadi kambing hitam, ia disifatkan tidak mematahkan semangat Ahmad untuk terus menjadi perantara kerajaan dengan rakyat dalam isu berkenaan.

"Kemarahan rakyat kini seumpama air limpah, mereka emosi dan ia seharusnya dialurkan ke jalan yang betul agar tidak timbul kesan negatif pada masa akan datang.

"Ahmad perlu bijak menyerap tekanan dan terus memberi penerangan tentang isu yang membawa kebaikan kepada negara," jelasnya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan kenyataan Ahmad yang memaafkan semua pihak yang menohmahnya mengenai isu GST.

"Saya sedia dari segi mental dan fizikal, tetapi harap pihak-pihak tertentu berlaku adil, janganlah kata ibu saya khinzir, janganlah kata saya mati malam tadi, itu terlalu teruk.

"Menurut pihak kastam, pelaksanaan GST ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk stabil sepenuhnya, jadi saya bersedia untuk dihentam dalam tempoh ini. Tetapi saya harap operasi berkaitan GST akan stabil dalam tempoh tiga bulan ini," katanya.

Sebelum ini, Ahmad menjelaskan pelaksanaan GST boleh menurunkan harga barang seperti kereta, perabot dan juga barangan elektrik.

- astroawani
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: