Tuesday, May 10, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4488[2 Attachments]

9 Messages

Digest #4488

Messages

Mon May 9, 2016 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pusat Asuhan Kanak-Kanak Spastik Mohon Bantuan Dana (Sebarkan)
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.

Mereka tidak mengharapkan lebih daripada sepatutnya, cukup sekadar diberi ruang dan kemudahan yang selesa bagi membolehkan mereka mengikuti sesi pembelajaran sebagaimana pelajar normal lain.

Namun, kekurangan dana dihadapi Pusat Asuhan Harian Kanak-Kanak Spastik (Pusakas) yang merupakan tempat khas untuk belajar dan menjalankan aktiviti seharian memaksa anak-anak istimewa ini akur dan menerima kemudahan disediakan, seadanya.

Biarpun sedar, terlalu banyak perlu diperbaiki, namun bahagian pengurusan tidak berupaya mengambil tindakan selanjutnya berikutan kekurangan dana.

Pengetuanya, Samsuriati Salleh berkata, sekurang-kurangnya sebanyak RM20,000 sebulan diperlukan bahagian pengurusan Pusakas untuk menampung perbelanjaan utiliti, penyelenggaraan bas dan gaji kakitangannya.
Ia perbelanjaan yang tidak termasuk dalam geran bantuan, jumlah yang cukup besar di saat kami berdepan masalah dana. Sebab itu pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan pusat ini berfungsi dan dapat memainkan peranannya dengan baik.

Kami begitu mengalu-alukan jika ada pihak tertentu termasuk NGO yang boleh menyumbang kepada pusat ini," katanya.

Terdahulu, Samsuriati menerima sumbangan beras daripada Kastam DiRaja Malaysia Kota Bharu yang disampaikan Pengurus Cawangan Negeri Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Nor.

Menurutnya, walaupun mempunyai kemudahan pengangkutan untuk mengambil dan menghantar anak-anak, namun bas dan van dimiliki sudah terlalu uzur dan gagal memberikan keselesaan kepada pelajar (bumbung bocor).
Dalam pada itu, Samsuriati berkata, institusi pendidikan khas swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu telah beroperasi sejak 1981 dan mempunyai 107 pelajar dari usia enam sehingga 30 tahun.

"Di sini, kami memberi pendidikan peringkat rendah, menengah dan vokasional kepada anak-anak Sindrom Down, Cerebral Palsy, autisma, masalah pembelajaran serta terencat akal secara percuma," katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :

CIMB Islamik Pusakas (8601789654) atas nama Pusat Asuhan Harian Kanak-Kanak Spastik atau menghubungi bahagian pengurusan di talian 097746118.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 9, 2016 7:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sudah Beroperasi 30 Tahun, Masih Kekal Harga RM1 Untuk Sepinggan Nasi Berlauk
siakapkeli.my

Disebalik harga kos bahan mentah dan barang lain semakin mahal di pasaran, namun masih ada yang menjual nasi berlauk semurah RM1 sapa seperti tahun 90-an dahulu, lapor Harian Metro.

Sebuah gerai makan yang terletak di Tumpat, Kelantan iaitu kedai Kopi Pak Yeh yang terletak di Kampung Bendang Kerian, Berangan, menawarkan nasi murah berkenaan kepada orang ramai.

Menurut pemilik gerai makanan berkenaan, Pak Yeh atau nama sebenarnya, Idris Awang, 69, walaupun nasi di kedainya dijual pada harga RM1, dia masih mampu mendapat keuntungan hasil jualanya.

Kedainya itu dibuka seawal jam 7.30 pagi mendapat tumpuan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya daripada penduduk sekitar dan pelajar.

"Saya berniaga sudah melebihi 30 tahun dan pada awal perniagaan nasi berlauk yang saya jual hanya berharga 30 sen sepinggan untuk dua pilihan lauk iaitu gulai ayam dan gulai ikan tongkol.

"Sejak daripada itu, harga nasi dijual dinaikkan beberapa kali berikutan peningkatan kos bahan mentah dan sehingga hari ini, saya masih kekalkan nasi berlauk di kedai ini pada harga RM1," katanya.

Selain menjual nasi berlauk, beliau juga menjual kuih muih semurah empat biji untuk RM1 dan masih menawarkan minuman semurah 60 sen untuk teh 'O'. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 9, 2016 7:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pertandingan Lumba Berakhir Tragedi, Kereta Hilang Kawalan, Pemandu Tercampak Keluar
siakapkeli.my

MIRI: Sebuah pertandingan kereta pecut yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang peserta maut selepas kereta yang dipandunya untuk kategori "Drag Race" hilang kawalan, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata, mangsa Wong Teck King, 37, yang memandu kereta berkenaan maut selepas tercampak keluar dari keretanya itu ketika perlumbaan sedang berlangsung pada jam 1.40 tengah hari itu.

"Kereta dipandu mangsa hilang kawalan selepas melalui garisan penamat sebelum terbabas di kawasan kebun berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Menurut Junaidi, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Miri dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius pada organ dalaman.

"Semasa kejadian, cuaca baik dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987." katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon May 9, 2016 7:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Padah Tukar Plat Motor 'Suka-Suka', Pelajar Ditahan Kerana Palsukan Nombor Pendaftaran
siakapkeli.my

MELAKA: Gara-gara menukar nombor pendaftaran motosikal kerana suka-suka dengan meletakkan plat 'LC135' seorang remaja menerima padah apabila ditahan dalam operasi awal pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah vokasional tersebut dikatakan sengaja meletakkan nombor plat berkenaan di mana ia mengambil kira jenama motosikal Yamaha LC135.

Kerana tindakannya itu, menyebabkan pelajar berusia 17 tahun itu ditahan akibat kesalahan memalsukan nombor pendaftaran.

Dia ditahan sepasukan polis di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini selepas berlumba bersama sebuah lagi motosikal.

Menurut sumber, remaja berkenaan baru menggunakan nombor pendaftaran itu dalam tempoh kurang dua minggu dan bertindak demikian hanya untuk suka-suka sebelum ditangkap polis dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Dia bagaimanapun memberi kerjasama selepas ditahan sebelum motosikalnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. - Siakapkeli.my

Pembunuhan Ala Mafia Di Sepang- Lelaki Dalam But Kereta BMW

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SEPANG — Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh lima hari lalu di dalam but kereta BMW yang tenggelam di sebuah bekas lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya dekat sini hari ini.

Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berhubung penemuan sebuah kenderaan di dalam tasik bekas lombong itu pada pukul 2.07 petang ini.

Bagaimanapun, katanya identiti mayat masih belum disahkan kerana polis belum menjumpai apa-apa dokumen pengenalan diri pada mangsa.

"Balai Bomba Cyberjaya telah dimaklumkan untuk menarik kenderaan itu dan selepas kereta itu ditarik ke darat pada 4.40 petang, pemeriksaan mendapati satu mayat di dalam but kereta BMW itu.

"Dipercayai lelaki itu dibunuh dan mayatnya kemudian dimasukkan ke dalam but kereta sebelum ditenggelamkan di tasik terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Siasatan awal mendapati kereta itu sebelum dimiliki oleh seorang lelaki lain, sebelum dijual kepada syarikat menjual kenderaan terpakai, katanya, sambil mengesahkan tiada laporan berhubung kehilangan kenderaan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Komisoner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat berhubung penemuan mayat tersebut.– BERNAMA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 9, 2016 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bayi Lahir Dengan Tanda Istimewa, Pergi 20 Minit Kemudian..
siakapkeli.my

Gua Musang, 9 Mei: Pemergian bayinya selepas 20 minit kelahiran sememangnya mematahkan hati seorang ibu, namun kelahirannya juga cukup istimewa kerana terdapat bentuk kalimah Allah S.W.T di bahagian telinga kirinya manakala pada sisi punggungnya pula mempunyai tanda lahir bewarna merah jambu yang membentuk tulisan jawi "Bismmi".

Laporan Harian Metro melaporkan, bayi tersebut meninggal dunia pada 12.45 tengahh hari pada Jumaat lepas di Hospital Gua Musang.

Ibu bayi tersebut, Mariani Ramli, 31, percaya ada hikmah di sebalik pemergian anaknya itu biarpun dia berasa sedih dengan apa yang berlaku.

Katanya, Allh SWT meminjamkan anak itu untuk dia dan suami buat seketika.

"Dia (anak) istimewa walau dilahirkan pada usia kandungan lapan bulan, tanpa sebelah kaki dan tiada jantina (tidak membentuk).

"Kami reda kehilangannya kerana dia sudah tinggalkan sesuatu yang 'bermakna' untuk kami. Dia seperti senyum ketika memandang kami sebelum pergi," katanya.

Katanya lagi, dia berbesar hati dapat mengandungkan anak yang tidak dinamakan itu kerana telinga kiri bayi tersebut membentuk kalimah Allah manakala bahagian sisi punggungnya pula mempunyai tanda lahir merah jambu yang menyerupai bahasa Jawi.

Katanya, Zahairuddin yang memeriksa tubuh anak mereka memaklumkan tanda lahir itu membentuk perkataan 'Bismmi' iaitu separuh daripada perkataan penuh, Bismillah.

"Ini kebesaran Allah SWT buat anak kami walau pinjaman sementara saja, cukup untuk kami simpan sebagai kenangan," katanya yang sudah dimaklumkan doktor bahawa bayi bakal dilahirkan cacat ketika usia kandungan mencecah empat bulan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 9, 2016 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Penjelasan Berkenaan Video Seorang Warden Memukul Pelajar Sekolah Dari Pihak Polis
siakapkeli.my

SHAH ALAM , 9 Mei - Pihak polis hari ini mengesahkan bahawa video viral seorang lelaki yang dilihat memukul dan memijak seorang pelajar adalah benar.

"Merujuk kepada insiden viral video yang telah tersebar melalui laman media sosial pada 8/5/2016, jam lebih kurang 4.00 petang berkaitan seorang warden yang telah memukul pelajar di sebuah Kolej Vokasional di Sg. Buloh adalah DISAHKAN BENAR.", tulis kenyataan tersebut.

Selain itu, polis juga telah menerima satu laporan dari seorang pelajar lelaki 16 tahun mengenai insiden di IPD Sg. Buloh dan siasatan kini sedang dijalankan.

"Pada 9/05/2016 jam lebih kurang 10.25 pagi pihak polis Selangor telah menerima satu laporan polis daripada seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun. Laporan polis telah dibuat di IPD Sg. Buloh. Kejadian telah berlaku pada 3/5/2016 jam lebih kurang 5.30 petang di Asrama Kasih, Kolej Vokasional Sg. Buloh, Selangor.

"Pihak polis memandang serius akan perkara ini. Ekoran daripada laporan yang dibuat pihak polis telah memulakan siasatan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan.

Menerusi kenyataan di Facebook itu juga, polis meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berikutan rakaman video seorang lelaki, yang dipercayai seorang warden, memukul seorang pelajar sekolah.

"Justeru, masyarakat diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut. Saya memberi jaminan siasatan berhubung perkara ini telah dan sedang dijalankan secara telus dan teliti.", kata kenyataan yang ditulis oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Abd Rahim itu.

Sebelum ini, video terbabit tersebar di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai.

Di dalam rakaman itu, kedengaran warden terbabit memarahi pelajar tersebut kerana rokok. - Siakapkeli.my

Polis Selangor
."PENJELASAN BERSABIT VIRAL VIDEO SEORANG WARDEN MEMUKUL PELAJAR SEKOLAH"

1. Merujuk kepada insiden viral video yang telah tersebar melalui laman media sosial pada 8/5/2016, jam lebih kurang 4.00 petang berkaitan seorang warden yang telah memukul pelajar di sebuah Kolej Vokasional di Sg. Buloh adalah DISAHKAN BENAR.

2. Pada 9/05/2016 jam lebih kurang 10.25 pagi pihak polis Selangor telah menerima satu laporan polis daripada seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun. Laporan polis telah dibuat di IPD Sg. Buloh. Kejadian telah berlaku pada 3/5/2016 jam lebih kurang 5.30 petang di Asrama Kasih, Kolej Vokasional Sg. Buloh, Selangor.

3. Pihak polis memandang serius akan perkara ini. Ekoran daripada laporan yang dibuat pihak polis telah memulakan siasatan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan.

4. Justeru, masyarakat diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut. Saya memberi jaminan siasatan berhubung perkara ini telah dan sedang dijalankan secara telus dan teliti.

Sekian, terima kasih

Dikeluarkan oleh :
DCP Dato' Abd Rahim bin Jaafar,
Timbalan Ketua Polis Selangor

Bertarikh : 9/5/2016

warden pijak pelajar

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Video yang mula 'viral' di laman sosial. Ia dimuat naik ke laman Facebook milik Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan tanpa menamakan sumbernya.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki dewasa didakwa warden sebuah sekolah asrama vokasional di Selangor yang memijak seorang remaja lelaki yang didakwa pelajar tingkatan empat kerana ditangkap hendak menghisap rokok di tangga.

"Tindakan warden tersebut menghenyak-henyak pelajar tersebut berulang kali merupakan suatu tindakan yang kurang bijak kerana dilihat berlebihan dalam melampiaskan kemarahan," tulis Sanjeevan dipetik Free Malaysia Today.

Lelaki dewasa tersebut terpaksa ditenangkan pelajar lain dan mangsa yang dipijaknya kerana "keterlaluan".

Menurut MyWatch, ketika kejadian, mangsa belum sempat menyalakan rokoknya.

"MyWatch menyokong tindakan tatatertib dikenakan ke atas pelajar terbabit atas kesalahannya tetapi apa perlunya warden tersebut mengambil tindakan keterlaluan begini," tegas Sanjeevan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus ketika dihubungi Free Malaysia Today berkata, kertas siasatan berhubung rakaman video itu telah dibuka pihaknya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon May 9, 2016 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Cahaya Unik Muncul Di Langit Menggemparkan Penduduk
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Cahaya unik muncul di langit menggemparkan penduduk. Satu fenomena unik dikesan berlaku di Tanjung Malim, Perak semalam apabila sebaris cahaya menyerupai aurora muncul di langit kawasan itu.

Perkara itu dilaporkan beberapa netizen yang sempat mengambil gambar keadaan berkenaan.

Namun, tidak banyak maklumat yang dikepilkan dalam caption bersama gambar-gambar yang dimaksudkan.

Cahaya yang muncul di celah-celah awan di Tanjung Malim itu berwarna merah keemasan tetapi hanya bertahan sekitar tempoh 15 minit.

Seorang netizen lain bagaimanapun memberikan penjelasan akan apa yang berlaku itu sebagai bukan aurora, tetapi fenomena pembiasan cahaya disebabkan cyrstal structure dan water droplets dalam awan.

Kepada siapa yang faham…maka itulah antara penjelasan yang ada.

Cahaya unik muncul di langit menggemparkan penduduk. Aurora adalah satu fenomena cahaya di langit yang selalu berlaku pada waktu malam di negara dengan latitut tinggi seperti Iceland.

Apa yang dilihat di Tanjung Malim itu belum dapat dipastikan sepenuhnya kerana ia berlaku di waktu siang, lapor Mynewshub.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 9, 2016 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jutawan Malu Tersilap Dukung Budak, Rupa-Rupanya Sudah Berusia 46 Tahun
siakapkeli.my

HANOI – Jutawan syarikat pakaian dalam wanita, Michelle Mone berkongsi saat-saat memalukan apabila mendukung seorang lelaki berusia 46 tahun yang disangkakan seorang kanak-kanak.

Kejadian itu terjadi ketika Mone sedang menyampaikan ceramah dalam persidangan usahawan yang dihadiri oleh 3,000 orang di Vietnam.

Portal Dailymail.co.uk melaporkan, secara tiba-tiba, lelaki yang disangkanya kanak-kanak berusia enam tahun itu menaiki pentas dengan membawa sejambak bunga.

Bagi menunjukkan kemesraannya, Mone, wanita kelahiran Scotland yang juga pengasas rangkaian pakaian dalam Ultimo, mendukung 'kanak-kanak' itu dan mengambil bergambar selfie dengannya.

Mone yang digelar 'Baroness Mone of Mayfair' hanya menyedari perkara itu selepas isteri kepada lelaki tersebut yang duduk di barisan depan secara tiba-tiba menjerit: "Letak lelaki itu. Saya isteri dia."

"Ketika saya mendukung 'kanak-kanak' itu, saya berfikir ada sesuatu yang tidak kena. Giginya nampak kekuningan seperti gigi seorang perokok," kata Mone.

Hartawan terbabit turut mendedahkan isteri kepada lelaki itu telah menemuinya dan mengajukan soalan seakan-akan menyindir sama ada perbuatan mendukung suami orang merupakan tradisi masyarakat Britain.

Mone memuat naik gambar berserta status dalam laman Twitternya : "Saya menyangka dia ialah kanak-kanak berusia enam tahun dan mendukungnya.

"Rupa-rupanya dia ialah seorang lelaki dewasa." - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 9, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Monday, 09 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: