Tuesday, May 17, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4496

9 Messages

Digest #4496

Messages

Mon May 16, 2016 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bas Terbakar Dekat RnR Jejantas Ayer Keroh
siakapkeli.my

Melaka, 15 Mei - Sebuah bas terbakar di kilometer 209.0 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan (Simpang Ampat - Ayer keroh) dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam tadi.

BernamaTV melaporkan, saksi berkata, berlaku beberapa letupan semasa kebakaran.

Kebakaran juga menyebabkan kesesakan trafik kira-kira 5 kilometer.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian.

[Kemaskini]
Bernama Radio melaporkan kebakaran telah berjaya dipadamkan. Namun trafik masih perlahan dilokasi.

Sinar Online melaporkan, bas tersebut adalah bas persiaran dua tingkat yang membawa muatan empat motosikal pelbagai jenis dan juga lapan penumpang termasuk pemandu bas.

Kesemua penumpang terselamat.

Beberapa gambar kejadian telah dimuat naik di media sosial.

BernamaTv
Sebuah bas terbakar di kilometer 209.0 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan (Simpang Ampat - Ayer keroh).

Menurut saksi, berlaku beberapa letupan semasa kebakaran.
Kebakaran juga menyebabkan kesesakan trafik kira-kira 5 kilometer.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 16, 2016 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Suami Hilangkan Diri, Wanita Besarkan Enam Anak Sendirian
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

BUKIT MERTAJAM: Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang wanita yang terpaksa membesarkan enam anaknya berseorangan selepas suaminya menghilangkan diri dengan meninggalkan hutang sewa rumah serta bil utiliti.

Suri rumah, Norhayati Satu, 41, berkata beliau tidak tahu hendak mengadu kepada siapa dengan nasib yang menimpanya selepas suami Monsis Osman, 40, yang bekerja di kilang besi di Perai, menghilangkan diri sejak enam bulan lepas tanpa khabar berita.

Norhayati yang tinggal di Kampung Pertama, Permatang Pauh di sini berkata beliau bersama enam anak berusia enam hingga 17 tahun menyewa rumah di situ dengan bayaran RM400 sebulan dan ia telah tertunggak selama enam bulan manakala bekalan elektrik dan air juga dipotong sejak Oktober tahun lalu.

"Suami menghilang diri selepas berlaku salah faham antara kami dan saya cuba cari dia tetapi tidak berjaya. Sebelum ini, kami hidup susah juga tapi masih mampu bayar sewa rumah dan bil-bil.

"Tetapi sekarang ini perbelanjaan keluarga hanya bergantung kepada pendapatan anak sulung Mohd Fitri, 17, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji RM25 sehari. Duit itu hanya cukup untuk kami belanja makan anak beranak," katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Norhayati berkata anak sulungnya itu terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga kerana beliau tidak boleh bekerja selepas mengalami sakit tulang kaki, lutut dan pinggang.

Empat anaknya yang masih bersekolah iaitu Mohd Azlan,14, dan Siti Nor Zariah, 13, di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn manakala Mohd Mubarak, 11, dan Mohd Yusof, 9, di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu, hampir tidak dapat meneruskan persekolahan kerana kesempitan wang.

"Mereka terpaksa berhenti sekejap ke sekolah pada Mac dan April lepas kerana saya tidak mampu menampung perbelanjaan mereka, tetapi nasib baik ada beberapa pihak yang prihatin dengan nasib kami tampil membantu mereka untuk sambung belajar kembali," katanya yang berasal dari Sabah.

Norhayati yang sudah tinggal di Pulau Pinang sejak 19 tahun lepas berkata setiap hari anak-anaknya berjalan kaki ke sekolah sejauh lebih dua kilometer kerana beliau tidak mampu membayar tambang bas sekolah dan mereka juga tidak membawa duit belanja serta hanya akan makan apabila balik ke rumah.

Beliau berkata keluarganya juga tidak mendapat sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pihak berkuasa kecuali bantuan ihsan jiran serta orang ramai.

Nasib keluarga itu mendapat perhatian Umno Permatang Pauh dan Ketua Bahagiannya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang turut meluangkan masa melawat keluarga itu berkata pihaknya prihatin dengan nasib keluarga Norhayati dan akan berusaha membantu meringankan beban yang ditanggung.

Katanya untuk permulaan Umno Permatang Pauh akan membayar tunggakan sewa rumah dan membantu perbelanjaan persekolahan anak-anak Norhayati serta memberikan bantuan keperluan makanan dan wang tunai.

"Kami akan sentiasa memantau keadaan keluarga Norhayati bagi memastikan anak-anaknya tidak tercicir untuk ke sekolah. Saya juga akan cuba mendapatkan pekerjaan yang lebih baik untuk anak sulungnya supaya kehidupan mereka terjamin," katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada keluarga Norhayati boleh menghubunginya di talian 011-2891181 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat miliknya 22-023142913-2.

-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/suami-hilangkan-diri-wanita-besarkan.html#ixzz48pJkvAvm
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 16, 2016 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jawapan 'Deep' Seorang Warga Emas Di Dalam LRT Buat Semua Penumpang Terkedu
siakapkeli.my

Amalan hormat menghormati adalah satu perkara yang harus kita amalkan dalam kehidupan harian kita, lebih-lebih lagi bila bercampur dengan masyarakat.

Seperti di dalam pengankutan awam, selalu kita dengar dan baca di media sosial kisah pengajaran atau kempen mengenai budaya hormat menghormati di dalam pengankutan awam.

Utama kan mereka yang lebih memerlukan, tetapi rupanya rakyat Malaysia masih sedikit mempunyai kesedaran dalam hal ini.

Dikongsikan sebuah cerita oleh seorang pengguna Facebook bernama Muhamad Safwan MY kisah seorang lelaki warga tua yang tidak dipedulikan orang ramai semasa menaiki LRT.

jom kita baca kisahnya.

Bersopan santun, bangun dan biarkan mereka duduk.

Semalam, saya ada mesyuarat dengan pihak Petrosains di Menara Kembar Petronas(KLCC). Saya telah bertolak kira-kira jam 8.30 pagi, meredah jalan yang mempunyai pelbagai ragam pemandu, sambil mendengr berita pagi dengan penuh perhatian sambil melayan muzik di aplikasi Spotify.

Saya ambil keputusan untuk naik LRT dari Bandar Puteri Puchong untuk ke KLCC, bermakna saya perlu tukar ke RapidKL dari Puchong, transit di Sri Petaling di Star LRT dan transit yang seterusnya di Masjid Jamek ke KLCC.

Seperti biasa, tren akan dipenuhi dengan ratusan penumpang yang duduk, berdiri dan memegang palang besi untuk untuk mengelakkan mereka jatuh.

Bila sampai di stesen Bukit Jalil, seorang wanita mengandung masuk dan saya terus menawarkan tempat duduk kepadanya kerana tiada lagi tempat duduk yang kosong. Saya sumbat earphone ke telinga untuk layan lagu.

Apabila tiba di stesen LRT Sungai besi, lebih ramai penumpang mulai amsuk ke gerabak kami termasuklah seorang pak cik tua.

Dia kelihatan memakai kain batik lama yang agak lusuh, seluar panjang dan memakai sepasang selipar itu melangkah masuk dengan perasaan dan wajah yang amat hampa sekali.

Saya memangdang kiri dan kanak untuk mencari tempat duduk kosong, tetapi malangnya tiada tempat duduk yang kosong.

Lelaki berkenaan dilihat berdiri di sana sambil memegang tiang besi di tengah gerabak, saya hanya senyum dan menyambung membaca berita di telefon.

Sebaik tiba di stesen Chearas, Seorang penumpang lelaki muda berdiri untuk turun dan meninggalkan tempat duduk itu kosong.

Saya segera menghalang seorang lelaki lain yang cuba mahu merebut kerusi itu dan menawarkannya kepada pakcik tua tadi dan kemudian berlaku sesuatu di luar jangkaan.

"Uncle, mari duduk di sini. You sudah lama berdiri,"

"Tak perlu. Saya 60 tahun dan masih kuat untuk kelihatan bodoh memegang tiang besi ini sementara generasi muda kita sedang duduk dengan selesa sambil mendengar muzik mereka.

"Mentaliti apa yang orang muda sekarang pakai? Tiada seorang pun yang menawarkan tempat duduk pada saya hanya kerana saya kelihatan buruk atau kerana saya lelaki tua, bukannya wanita tua?

"I dulu kerja askar menjaga negara tapi sekarang saya sedih tengok orang Malaysia langsung takde hati perut mahu offer a seat. Bukan mahu minta simpati, tapi bagilah empati sikit. Saya bukan orang bodoh. Saya memang perhatikan je semua orang, Selepas tiga stesen, masih tiada yang mahu menawarkan saya tempat duduk. Tak apalah nak, pakcik masih boleh berdiri lagi. Ini tazkirah pagi untuk semua orang dalam gerabak ini. Saya akan keluar di stesen seterusnya," katanya.

Luahan berkenaan membuakan orang ramai di dalam gerabak berkenaan menoleh ke arahnya, ada antara mereka rasa bersalah telah mula berdiri dan menawarkan tempat duduk itu kepada dua wanita berusia yang telah berdiri sekian lama. Yang selebihnya hanya memandang kami.

Saya ingatkan, saya sudah menunjukkan contoh kepada mereka dengan membantu menawarkan tempat duduk saya kepada wanita hamil. Saya ingatkan dengan melaksanakan tanggungjawab sosial itu boleh memberikan contoh kepada yang lain agar melakukan perkara yang sama terhadap golongan yang berusia pakcik dan makcik berusia 60 tahun.

Saya ingat saya sudah melakukan perkara yang betul namun saya gagal untuk menyedarkan orang lain ke arah lebih positif dan gagal menyuarakan perkara yang betul.

Saya percaya kebanyakan daripada kita menilainya terlalu awal. Hakikatnya dia seorang lelaki Melayu yang cukup prihatin untuk meneliti trend dan sikap dalam masyarakat kita sendiri.

Pakcik itu telah mengajar saya satu pengajaran yang bermakna iaitu salah tetap salah walaupun semua orang melakukannya dan benar tetap benar walaupun tiada sesiapa yang melakukannya.

Jika anda menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, marilah kita membantu seberapa ramai orang yang mungkin. Bersama-sama kita mewujudkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai pentingnya mempunyai secubit rasa empati dan rasa ingin membantu orang lain. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 16, 2016 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



RASA NAK MENANGIS BILA TENGOK BAS KAT MALAYSIA NI...
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Beza bas dinegara Islam dengan negara non-muslim...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 16, 2016 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Polis temui pistol dalam kereta Safee Sali

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali, yang dipandu seorang pemilik kedai eksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD), siang tadi.

BHOnline melaporkan, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranger itu, polis menemui pistol itu dalam beg kuning yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Polis Temui Pistol Dalam Kenderaan Milik Safee Sali Yang Dipandu Oleh Individu Lain
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 15 Mei - Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup di dalam kenderaan milik pemain bola sepak Safee Sali yang dipandu oleh seorang pemilik kedai aksesori kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger sekitar jam 12 tengahhari tadi.

Menurut BH Online, pemilik kedai yang berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Pemeriksaan mendapati terdapat sepucuk pistol di dalam beg kuning yang ditempatkan di tempat duduk belakang kereta terbabit.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata Safee sebelum ini menghantar kenderaan miliknya itu minggu lalu ke kedai suspek untuk diubahsuai dan akan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung semalam.

"Saya mengesahkan suspek kes ini tiada kaitan dengan Safee Sali dan suspek hanya mengenali pemain bola sepak itu sebagai pelanggan yang mendapatkan khidmat ubahsuai di kedainya.

"Suspek itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya - Siakapkeli.my

Pistol dalam kereta: Safee Sali akan dipanggil polis
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Polis akan mengambil kenyataan pemain bola, Safee Sali dalam masa terdekat berhubung penemuan sepucuk pistol dengan peluru hidup di dalam kereta yang didaftar atas namanya semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terperinci akan dijalankan, dan memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Beliau berkata seorang suspek lelaki berusia 34 tahun, yang memandu kereta jenis Ford Ranger milik pemain bola sepak itu pada hari kejadian, telah ditahan.
"Biar polis buat siasatan dahulu...sesiapa yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke mahkamah," katanya kepadaBernama di sini, hari ini.
Khalid mengulas laporan sebuah akhbar mengenai penemuan sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup di dalam kereta berkenaan dalam sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara.
Menurut laporan itu, Safee difahamkan telah menghantar kenderaannya ke kedai suspek untuk diubahsuai.
- Bernama

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/pistol-dalam-kereta-safee-sali-akan.html#ixzz48pJOsgcV
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 16, 2016 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kanak-Kanak 8 Tahun Diikat Tanpa Pakaian Sudah Diselamatkan, Bapa Disoal Siasat
siakapkeli.my

George Town, 16 Mei - Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang didakwa diikat menggunakan rantai besi tanpa sebarang pakaian oleh bapanya di kawasan tangga di sebuah flat di sini pada Sabtu lepas kini sudah berada dibawah perlindungan polis dan jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Ketua Polis Daerah timur, ACP Mior Faridalatash Wahid, kanak-kanak itu diselamatkan oelh polis kira-kira jam 1 tengahhari ini selepas pulang dari sekolah dan telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi pemeriksaan.

"Kami telah ke rumah kanak-kanak itu dan ketika itu dia baru balik dari sekolah. Sekarang ini dia di bawah jagaan dan perlindungan polis dan JKM," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Selain itu, beliau juga berkata pihak polis sudah pun mengambil keterangan dari bapa kanak-kanak itu yang juga pemandu van sekolah yang berusia 45 tahun.

Beliau juga berkata, siasatan mendapati kanak-kanak itu tinggal bersama bapanya di rumah tersebut selepas ibu dan bapanya bercerai tahun lepas.

Akhbar hari ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang dalam keadaan bogel diikat dengan rantai tali di tangga rumahnya di sebuah flat di Paya Terubung selama lima jam oleh bapanya sebagai denda kerana nakal. - Siakapkeli.my

Keluarga Mangsa Dera Didakwa Membunuh
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Tiga daripada empat ahli keluarga Allahyarham Siti Hajar diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah, Ahad.


KEMAMAN: Bapa, ibu tiri dan dua adik-beradik kepada gadis berusia 22 tahun yang hanya seberat 18 kilogram (kg) ketika meninggal dunia, didakwa membunuh di Mahkamah Majistret di sini, Ahad.
Empat beranak itu iaitu Anuar Jusoh, 49; isterinya, Murni Ahmad, 35; dan dua anak mereka, Siti Sarah, 21, serta remaja lelaki berumur 14 tahun didakwa membunuh Siti Hajar Anuar.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Cukai di sini pada pukul 10.45 malam, 26 April lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.
Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam kelihatan tenang sepanjang prosiding.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Nawawi.
Selesai prosiding, Anuar dihantar ke penjara Marang, Murni dan Siti Sarah ke penjara Bentong, Pahang manakala adik lelaki mangsa berusia 14 tahun itu ditempatkan di rumah perlindungan Rusila.
Mahkamah menetapkan 13 Jun untuk sebutan semula kes.
Kematian Siti Hajar menjadi tanda tanya apabila pihak polis mendedahkan bahawa laporan bedah siasat menunjukkan beliau kebuluran hingga hanya seberat 18kg dan terdapat kesan gigitan manusia pada tubuhnya.
Berikutan itu, empat beranak tersebut telah ditahan dan akhirnya didakwa hari ini.-- Bernama

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/keluarga-mangsa-dera-didakwa-membunuh.html#ixzz48pKA5rl9
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 16, 2016 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gara-Gara Terlalu Mengikut GPS, Wanita Pandu Kereta Masuk Tasik
siakapkeli.my

Akibat terlalu obses dengan aplikasi GPS yang diguna semasa memandu, seorang wanita Kanada telah mengalami detik yang tidak disangka apabila kereta yang dipandunya telah tenggelam di dalam tasik.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu dipercayai telah menjunam masuk ke dalam sebuah tasik di Ontario gara-gara mengikut arahan segala arahan yang dipaparkan pada skrin GPS, Khamis lalu.

Ketika kejadian keadaan kawasan berkenaan dikatakan sedang hujan dan berkabus menyebabkan pandangan wanita itu terhad.

Kerana penglihatan yang terhad, beliau hanya memandu berdasarkan apa yang dipaparkan di skrin GPS, malah dia mengakui tidak menyedari bagaimana keretanya itu boleh terjunam ke dalam tasik.

Nasib menyebelahinya apabila kereta itu terapung beberapa minit membolehkan dia cepat-cepat keluar menyelamatkan diri. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 16, 2016 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kelewatan Pengeluaran Pasport Dijangka Berlaku
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

PETALING JAYA: Kelewatan pengeluaran pasport dijangka berlaku berikutan kerja-kerja menaik taraf dokumen perjalanan itu, kata Jabatan Imigresen.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, kelewatan itu disebabkan langkah penambahbaikan melibatkan aspek keselamatan pasport.
"Langkah penambahbaikan itu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan ia melibatkan semua pejabat jabatan itu di seluruh negara.

"Ia juga memerlukan pihak jabatan untuk menutup beberapa pejabat untuk tempoh tertentu yang sekali gus menyebabkan kelewatan dalam pengeluaran pasport baharu," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau menambah, penambahbaikan itu juga termasuk perubahan sistem teknikal yang digunakan jabatan itu ketika mengeluarkan dokumen berkenaan.
"Sebarang kesulitan adalah dikesali," katanya.
-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/kelewatan-pengeluaran-pasport-dijangka.html#ixzz48pKWDDmn
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 16, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Monday, 16 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: