Wednesday, May 11, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4489

11 Messages

Digest #4489
1
3a
6
Fw: JODOH DAN AJAL MILIK ALLAH SWT by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Perang Cuaca? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue May 10, 2016 7:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gambar Proton Perdana 2016 Putih Bocor
siakapkeli.my

Setelah beberapa 'spyshot' yang didedahkan kepada umum sebelum ini, gambar Proton Perdana 2016 kali ini terdedah lagi dan apa yang menarik, ianya dalam warna putih dan gambar yang diambil dalam keadaan yang sangat jelas.

Menerusi dua gambar yang dimuat naik di laman facebook Proton Perdana 2016 itu, kelihatan kereta tersebut dari sudut depan dan belakang.

Sebelum ini, beberapa keping 'spyshot' kereta Proton Perdana 2016 telah pun terdedah. Salah satunya memaparkan gambar segak Proton Perdana 2016 dalam warna emas bersama dengan lampu LED siang yang sedang menyala.

Apa yang lagi menarik, satu video yang dikatakan video promo kereta itu juga turut sama bocor. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 10, 2016 7:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita Cerita Detik Cemas, Bergelut Dengan Lelaki Cuba Rogolnya Di Dalam Tandas Stesen Minyak
siakapkeli.my

Sejak semalam menjadi viral di laman Facebook di mana seorang wanita bernama Dhiya Srikandi Qalbu telah memuatnaik 'screenshot' video yang mendakwa adiknya hampir menjadi mengsa rogol di dalam sebuah tandas stesen minyak.

Berdasarkan pemerhatian, dalam 'screenshot' berkenaan menunjukkan seorang wanita yang terjatuh dan seperti cuba melarikan diri.

Menurut Dhiya, tujuan dia memuatnaik status berkenaan adalah untuk memberi peringatakan kepada mereka diluar sana agar lebih berhati-hati.

Berikutan kejadian ini satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Rawang.

Berikutan pos berkenaan, mangsa telah tampil menceritakan detik cemasnya yang hampir menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang berkenaan.

Kepada semua wanita di luar sana, berhati-hatilah, nak kemana sekali pun bawalah teman, jadikan apa yang berlaku ini sebagai peringatan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 10, 2016 7:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ibu Terlupa Anak Sudah Sejam Tertinggal Dalam Kereta
siakapkeli.my

SERI ISKANDAR: Gara-gara terlalu teruja untuk berjumpa dengan ahli keluarganya, seorang wanita telah terlupa yang anaknya berumur dua tahun telah tertinggal di dalam kereta, malahan anaknya itu terperangkap di dalam kereta berseorangan hampir sejam di Taman Iskandar Perdana, kelmarin, lapor Sinar Harian.

Ketika kejadian kira-kira jam 1 petang, wanita berkenaan berumur 30an itu telah datang melawat ahli keluarganya yang tinggal di situ, akhirnya menyedari ketiadaan anak perempuannya selepas hampir sejam keluar daripada kereta.

Kanak-kanak itu terperangkap di dalam kereta kerana kunci kereta ditinggalkan di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina berkenaan menyebabkab ia terkunci secara automatik.

Ketika sampai ke kereta, kelihatan kanak-kanak itu sedang menangis dan berpeluh menyebabkan khidmat anggota bomba dipanggil untuk membantu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Effendi Ahmad, pihaknya menerima panggilan mengatakan ada kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan.

"Melihat keadaan kanak-kanak itu sudah menangis dan berpeluh-peluh, selain sedikit lemah, anggota kami meminta keizinan wanita itu untuk memecahkan cermin belakang bahagian penumpang.

"Kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada ibunya untuk ditenangkan," katanya.

Pihak bomba telah mengejarkan seramai lima anggota diketuai Pegawai Bomba Ahmad Roszairil ditugaskan dalam kejadian itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 10, 2016 8:40 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

tak payah mintak izin la pecahkan cermin.
Pecahkan aje

2016-05-10 22:06 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
>
> *Ibu Terlupa Anak Sudah Sejam Tertinggal Dalam Kereta *
> siakapkeli.my
>
>
> <https://4.bp.blogspot.com/-2Urtr3xSTnU/VzFO9K_YALI/AAAAAAAAfJI/9_t68cagbxcYUKOlw5DzYzm45R5Pr81BQCLcB/s1600/1.jpg>
>
> SERI ISKANDAR: Gara-gara terlalu teruja untuk berjumpa dengan ahli
> keluarganya, seorang wanita telah terlupa yang anaknya berumur dua tahun
> telah tertinggal di dalam kereta, malahan anaknya itu terperangkap di dalam
> kereta berseorangan hampir sejam di Taman Iskandar Perdana, kelmarin, lapor *Sinar
> Harian*.
>
> Ketika kejadian kira-kira jam 1 petang, wanita berkenaan berumur 30an itu
> telah datang melawat ahli keluarganya yang tinggal di situ, akhirnya
> menyedari ketiadaan anak perempuannya selepas hampir sejam keluar daripada
> kereta.
>
> Kanak-kanak itu terperangkap di dalam kereta kerana kunci kereta
> ditinggalkan di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina
> berkenaan menyebabkab ia terkunci secara automatik.
>
> Ketika sampai ke kereta, kelihatan kanak-kanak itu sedang menangis dan
> berpeluh menyebabkan khidmat anggota bomba dipanggil untuk membantu.
>
> Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Effendi Ahmad,
> pihaknya menerima panggilan mengatakan ada kanak-kanak terperangkap dalam
> kenderaan.
>
> *"Melihat keadaan kanak-kanak itu sudah menangis dan berpeluh-peluh,
> selain sedikit lemah, anggota kami meminta keizinan wanita itu untuk
> memecahkan cermin belakang bahagian penumpang.*
>
> *"Kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan
> diserahkan kepada ibunya untuk ditenangkan," *katanya.
>
> Pihak bomba telah mengejarkan seramai lima anggota diketuai Pegawai Bomba
> Ahmad Roszairil ditugaskan dalam kejadian itu. - *Siakapkeli.my
> <http://siakapkeli.my/>*
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>

Tue May 10, 2016 7:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kak Mah Berputih Mata Barang Kemas Bertukar Jadi Daun Kering dan Pasir
siakapkeli.my

PASIR MAS, 10 Mei - Seorang wanita berputih mata apabila barang kemasnya yang bernilai hampir RM16,000 bertukar menjadi daun kering dan pasir.

Sinar Harian melaporkan, Kak Mah, 60-an, dipercayai dipukau oleh dua orang lelaki yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Menurut Kak Mah, salah seorang dari lelaki terbabit memperkenalkan dirinya sebagai Ustaz Ibrahim dan berdialek dalam bahasa kelantan manakala seorang lagi bertutur dalam bahasa melayu biasa.

"Semasa kejadian Kak Mah baru lepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

"Ketika itu Kak Mah sedang menunggu kereta sapu untuk pulang ke rumah dan menumpang teduh di salah sebuah wakaf berhampiran Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

"Tiba-tiba Kak Mah didatangi oleh dua lelaki dan mereka berdua bercakap tentang kelebihan sebutir batu sebesar jari kelinking seakan-akan warna emas yang tertera nama Nabi Muhammad SAW," katanya.

Menurutnya juga, lelaki itu juga rancak menceritakan keistimewaan batu itu yang boleh diguna sebagai pelaris dan merawat pelbagai penyakit. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 10, 2016 7:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Anda Harus Tahu, 6 Makanan Ini Berubah Jadi Racun Jika Dipanaskan
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Beritafresh.com - Menghangatkan makanan harus dikerjakan dengan cara hati-hati karana makanan itu boleh bertukar jadi toksik apabila dibakar.Sesungguhnya, telah jadi rutin di kelompok orang-orang untuk memanaskan makanan yang dimakan karana membuatnya lebih mengasyikkan untuk di nikmati. Walau sekian, ada beberapa makanan yang berisiko bila dipanaskan karana beralih jadi toksin waktu dipanaskan kembali.Beberapa makanan memanglah mengandungi nutrisi yang tidak sama, namun sebahagian salah satunya boleh bertukar jadi makanan yang berisiko untuk kesihatan karana beracun bila dipanaskan.

Tersebut enam type makanan ini mempunyai potensi membahayakan kesihatan bila dipanaskan.

1. Saderi
Sayur-sayuran ini seringkali digunakan untuk memasak sup serta mengandungi begitu banyak faedah nutrisi untuk yang mengambilnya.Pada umumnya, banyak makanan yang datang dari saderi dan lobak merah boleh bertukar jadi makanan yang berisiko untuk kesihatan anda bila dipanaskan dengan cara terus-terusan. Saderi atau type makanan sama baiknya dibuang saja bila dipanaskan di suhu tertentu karana mempunyai risiko tinggi untuk kesihatan anda.

2. Telur
Sedang telur dapat keganasan terhadap kesihatan bila dibakar selepas makanan ini dimasak. Baiknya jauhi untuk memanaskan telur rebus atau telur mata lembu.

3. Bayam
Bayam adalah type sayur-sayuran yang berisiko bila dipanaskan karana makanan ini sesungguhnya mengandungi beberapa kandungan yang begitu menyihatkan.Kandungan sihat itu boleh bertukar jadi bahaya bila bayam dipanaskan, kandungan gizinya boleh bertukar jadi toksik. Oleh itu, begitu baik menghidangkan bayam di waktu baru dimasak serta janganlah dipanaskan

4. Cendawan
Cendawan adalah makanan yang begitu di kenal sebagai type makanan yang begitu berkhasiat, namun janganlah dipanaskan karana makanan ini dihidangkan ketika fresh, baru dimasak.Bila anda mahu menikmatinya sesudah masakan usai serta jadikan bekal, jadi tambah baik menikmatinya dalam keadaan sejuk, tak perlu dipanaskan. Jadi memanglah makanan ini begitu enak bila di nikmati, masa baru usai dimasak.Kandungan protein cendawan boleh bertukar jadi kandungan toksin bila dilewatkan kurun waktu lama. Oleh itu, memanaskan cendawan boleh menyebabkan risiko kesihatan untuk yang mengerjakannya.

5. Kentang
Kentang mempunyai kandungan yang begitu bermanfaat, terutama buat mereka yang lakukan diet.
Tetapi, kandungan makanan yang berguna itu boleh bertukar bila dipanaskan. Soalnya, kentang akan kehilangan kandungan nutrisi serta jadi makanan beracun yang begitu jelek untuk kesihatan anda.

6. Ayam
Sedang ayam adalah makanan yang begitu banyak digunakan, namun memanaskan ayam yang sudah 1-2 hari terlebih dulu dimasak lalu dimakan, jadi ia menjelma jadi toksik untuk badan anda.Soalnya kandungan protein ayam beralih, masa ayam yang sudah dimasak itu dipanaskan terlebih panas sehingga ke-2 kalinya karanan ayam akan menimbulkan masalah serius di mana kandungan acid yang boleh jadikan anda gelisah, tak selesa.

karana beberapa hujah, jadi baiknya anda nikmati ayam dalam keadaan sejuk atau bila dibakar di oven, jadi mesti dikerjakan dalam suhu yang rendah dengan memberikan beberapa rempah yang sihat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 10, 2016 7:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



INILAH YANG DIKATAKAN JODOH DAN AJAL MILIK ALLAH SWT
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kita hanya mampu merancang...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 10, 2016 7:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Perang Cuaca?
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Semenanjung Malaysia mengalami cuaca panas luar biasa sejak beberapa bulan lepas dan dijangka berlanjutan hingga bulan September. Beberapa tempat di Kedah, Perlis dan Pahang mengalami suhu panas mencecah 40 Celcius. Gelombang panas ini dikatakan berpunca dari fenomena El-Nino yang berlaku sekitar dua atau tujuh tahun sekali.

Cuaca panas yang bermula sejak Disember tahun lepas menyebabkan beberapa sungai utama mulai susut hingga hampir kontang. Beberapa buah empangan juga seperti empangan Sungai Selangor hampir mencapai paras kritikal. Empangan Tasik Merah pula sudah kering hingga kerajaan Perak mengisytiharkan tempat tersebut kawasan bencana.


Beberapa bahagian di Sungai Pahang juga telah kering



Sungai Golok di Rantau Panjang hampir kering



Tiada Lagi Tasik Di Taman Tasik Bukit Merah

Keadaan kemarau luar biasa ini bukan sahaja dialami di Malaysia tetapi dialami banyak tempat diseluruh dunia hinggakan terdapat kawasan mencatat suhu 74 Celcius di Bandar Mahshahr sebuah wilayah di Iran yang mempunyai 110,000 penduduk. antaranya lagi Jask, Iran 69 Celcius dan Baghdad 50 Celcius. Sebagai bandingan tahap air mendidih pada 100 Celcius.

Persoalan timbul kenapa terdapat kawasan kemarau luarbiasa di seluruh dunia? Atmosfera yang lebih panas sepatutnya mengandungi lebih banyak wap air (lebih 7% untuk setiap darjah pemanasan). Terdapat lapuran mengatakan terdapat program geoengineering atau program pengawalan radiasi solar yang mengganggu kitaran hydrology dunia.

Teknologi pengawalan cuaca bukanlah perkara baru, diberitakan bahawa kerajaan Malaysia sendiri pernah mengambil kepakaran Russia bagi menghilangkan jerubu besar pada tahun 1997. Malaysia dikatakan mengambil kontrak syarikat Russian Weather Modification Company untuk membuat hurricane yang menghalang jerubu dari terus menyelubungi kawasan Bandar. Projek tersebut dikatakan berjaya dan langit kembali cerah.

Oleh itu terdapatnya fenomena cuaca luar biasa kemungkinan didalangi oleh organisasi tertentu bagi mencapai matlamat mereka untuk mengambil kesempatan keatas negara yang terlibat. Climate engineering dikatakan sebagai perang cuaca (weather warfare) bagi menjatuhkan kerajaan dan tamadun negara tersebut.

Keadaan kemarau ini mengingatkan kita tentang peristiwa Dajjal yang akan muncul di akhir zaman. Kita sebagai umat Islam telah diberi amaran oleh Nabi Muhammad s.a.w, Nabi akhir zaman tentang munculnya Dajjal dalam tempoh kemarau yang teruk. Dajjal menggunakan keadaan kemarau ini untuk menyesatkan manusia.

Berdasarkan sebuah hadis yang suatu hari pada musim kemarau, Dajjal akan bertanya, "Apakah kamu menginginkan api atau air?" Jika menjawab air, itu bermakna api yang diberikannya, Jika jawapannya api, ia akan memberi air. Kamu akan diberikan air jika kamu mengakui Dajjal adalah Tuhan dan bila kamu murtad dari agama Allah. Apabila kamu lebih memilih api tetapi tetap berada di jalan Allah, maka kamu akan dibunuhnya.

Dajjal membawa api dan air; Rasulullah Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman."

Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka; Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sudahkah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya."

Dajjal membawa sungai air dan sungai api; Dari Abu Hudzaifah berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu karena itu adalah air sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak.

Dajjal merupakan cubaan paling besar yang menimpa manusia di dunia. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Wahai manusia sesungguh tidak ada makhluk di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Adam sampai hari kiamat yang fitnah lebih besar daripada Dajjal."

Dalam sebuah hadits sahih disebutkan,

Ù…َا بَÙŠْÙ†َ Ø®َÙ„ْÙ‚ِ آدَÙ…َ Ø¥ِÙ„َÙ‰ Ù‚ِÙŠَامِ السَّاعَØ©ِ Ø®َÙ„ْÙ‚ٌ Ø£َÙƒْبَرُ Ù…ِÙ†َ الدَّجَّالِ

"Tidak ada satu pun makhluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya (cobaannya) lebih besar dari Dajjal." (HR. Muslim no. 2946) An Nawawi rahimahullah menerangkan, "Yang dimaksud di sini adalah tidak ada fitnah dan masalah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal."

Rujukan;

1.. http://www.geoengineeringwatch.org/category/drought-2/
2.. "Malaysia to Battle Smog With Cyclones", by Chen May Yee, Staff Reporter of the Wall Street Journal, The Wall Street Journal, Thursday, November 13, 1997, page A19
3.. http://infokemarau.water.gov.my/
4.. http://www.thebigwobble.org/2016/04/2016-global-inferno-its-second-highest.html

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 10, 2016 7:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Saya Hanya Fikir Kiamat Sahaja Ketika Itu
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Kuala Lumpur: "Saya fikir kiamat saja ketika itu. Isteri pula berlari dengan anak-anak tanpa sempat pakai kasut masuk ke dalam stesen minyak untuk berlindung," kata Ahmad Fami Samsudin, 36, menceritakan saat cemas dia dan keluarga ketika ribut melanda kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Dengkil, kira-kira jam 6.20 petang, Sabtu lalu.

Menurutnya, walaupun masih petang, keadaan sudah gelap dan ribut kelihatan seperti puting beliung dengan keadaan kelam kabut apabila orang ramai berlari masuk ke dalam stesen minyak.
Dalam rakaman video yang tersebar di laman sosial, kelihatan pengunjung RNR berkenaan ketakutan apabila angin menerbangkan bumbung medan selera menyebabkan ramai yang bertakbir malah ada ada yang melaungkan azan.

Ketika itu, Ahmad Fahmi dan keluarganya berada di stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak dan dia bersama keluarga serta kira-kira 20 lagi berlari masuk ke dalam stesen untuk berlindung selama kira-kira 10 minit sebelum ribut berakhir.

"Suasana tambah cemas apabila siling stesen minyak bocor, malah cermin stesen minyak itu juga pecah. Kanak-kanak pula menangis.

"Selama ini kejadian seperti itu saya hanya tengok dalam filem. Saya tidak sempat mengisi minyak, mengikut isteri yang berlari tanpa sempat memakai kasut membawa dua anak kami," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Fami berkata, deruan angin amat kuat memaksa kakitangan stesen minyak menahan pintu.
Isterinya, Nany Hasmaniwaty Ahled, 35, berkata hanya mati terlintas dalam fikirannya dan sempat melaungkan azan untuk menenangkan anak-anaknya.

"Sepanjang jalan menuju stesen saya pelik kerana pokok tumbang dengan tercabut akar. Selepas lima minit suami keluar untuk mengisi minyak, saya pelik kerana ada hujan batu dengan angin kuat. Anak-anak pula menangis panggil ayah... ayah.

"Saya lihat daun dan ranting kayu berterbangan lalu tekad mendukung anak enam tahun, berlari sambil pegang tangan anak sembilan tahun tanpa berkasut masuk ke dalam stesen," katanya.
-hmetro

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/saya-hanya-fikir-kiamat-sahaja-ketika.html#ixzz48FMz1GFO
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 10, 2016 9:52 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Tuesday, 10 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Tue May 10, 2016 8:55 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Pak Yeh for PM..heheh

On Monday, May 9, 2016 10:33 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


   

Sudah Beroperasi 30 Tahun, Masih Kekal Harga RM1 Untuk Sepinggan Nasi Berlauk
siakapkeli.my 
Disebalik harga kos bahan mentah dan barang lain semakin mahal di pasaran, namun masih ada yang menjual nasi berlauk semurah RM1 sapa seperti tahun 90-an dahulu, lapor Harian Metro.

Sebuah gerai makan yang terletak di Tumpat, Kelantan iaitu kedai Kopi Pak Yeh yang terletak di Kampung Bendang Kerian, Berangan, menawarkan nasi murah berkenaan kepada orang ramai.

Menurut pemilik gerai makanan berkenaan, Pak Yeh atau nama sebenarnya, Idris Awang, 69, walaupun nasi di kedainya dijual pada harga RM1, dia masih mampu mendapat keuntungan hasil jualanya.

Kedainya itu dibuka seawal jam 7.30 pagi mendapat tumpuan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya daripada penduduk sekitar dan pelajar.

"Saya berniaga sudah melebihi 30 tahun dan pada awal perniagaan nasi berlauk yang saya jual hanya berharga 30 sen sepinggan untuk dua pilihan lauk iaitu gulai ayam dan gulai ikan tongkol.

"Sejak daripada itu, harga nasi dijual dinaikkan beberapa kali berikutan peningkatan kos bahan mentah dan sehingga hari ini, saya masih kekalkan nasi berlauk di kedai ini pada harga RM1," katanya.

Selain menjual nasi berlauk, beliau juga menjual kuih muih semurah empat biji untuk RM1 dan masih menawarkan minuman semurah 60 sen untuk teh 'O'. - Siakapkeli.my  
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
#yiv7622056894 #yiv7622056894 -- #yiv7622056894ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mkp #yiv7622056894hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mkp #yiv7622056894ads {margin-bottom:10px;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mkp .yiv7622056894ad {padding:0 0;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mkp .yiv7622056894ad p {margin:0;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mkp .yiv7622056894ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-sponsor #yiv7622056894ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-sponsor #yiv7622056894ygrp-lc #yiv7622056894hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-sponsor #yiv7622056894ygrp-lc .yiv7622056894ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv7622056894 #yiv7622056894actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv7622056894 #yiv7622056894activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv7622056894 #yiv7622056894activity span {font-weight:700;}#yiv7622056894 #yiv7622056894activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv7622056894 #yiv7622056894activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv7622056894 #yiv7622056894activity span span {color:#ff7900;}#yiv7622056894 #yiv7622056894activity span .yiv7622056894underline {text-decoration:underline;}#yiv7622056894 .yiv7622056894attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv7622056894 .yiv7622056894attach div a {text-decoration:none;}#yiv7622056894 .yiv7622056894attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv7622056894 .yiv7622056894attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv7622056894 .yiv7622056894attach label a {text-decoration:none;}#yiv7622056894 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv7622056894 .yiv7622056894bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv7622056894 .yiv7622056894bold a {text-decoration:none;}#yiv7622056894 dd.yiv7622056894last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv7622056894 dd.yiv7622056894last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv7622056894 dd.yiv7622056894last p span.yiv7622056894yshortcuts {margin-right:0;}#yiv7622056894 div.yiv7622056894attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv7622056894 div.yiv7622056894attach-table {width:400px;}#yiv7622056894 div.yiv7622056894file-title a, #yiv7622056894 div.yiv7622056894file-title a:active, #yiv7622056894 div.yiv7622056894file-title a:hover, #yiv7622056894 div.yiv7622056894file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv7622056894 div.yiv7622056894photo-title a, #yiv7622056894 div.yiv7622056894photo-title a:active, #yiv7622056894 div.yiv7622056894photo-title a:hover, #yiv7622056894 div.yiv7622056894photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv7622056894 div#yiv7622056894ygrp-mlmsg #yiv7622056894ygrp-msg p a span.yiv7622056894yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv7622056894 .yiv7622056894green {color:#628c2a;}#yiv7622056894 .yiv7622056894MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv7622056894 o {font-size:0;}#yiv7622056894 #yiv7622056894photos div {float:left;width:72px;}#yiv7622056894 #yiv7622056894photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv7622056894 #yiv7622056894photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv7622056894 #yiv7622056894reco-category {font-size:77%;}#yiv7622056894 #yiv7622056894reco-desc {font-size:77%;}#yiv7622056894 .yiv7622056894replbq {margin:4px;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mlmsg select, #yiv7622056894 input, #yiv7622056894 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mlmsg pre, #yiv7622056894 code {font:115% monospace;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-mlmsg #yiv7622056894logo {padding-bottom:10px;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-msg p#yiv7622056894attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-reco #yiv7622056894reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-sponsor #yiv7622056894ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-sponsor #yiv7622056894ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-sponsor #yiv7622056894ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv7622056894 #yiv7622056894ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv7622056894

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: