Wednesday, May 4, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4481[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4481

Messages

Tue May 3, 2016 7:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MEF Jangka 30,000 Pekerja Diberhentikan Sebelum Julai Ini
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan jadual gaji minimum meskipun Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, jika dasar initerus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.

"Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa ekoran cabaran ekonomi semasa. Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan"retrenchment" sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai,sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya," kata beliau kepada Bernama pada Isnin.
Beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini ekoran keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1 Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Shamsuddin berkata pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans serta peruncitan.

"Kita tahu sekarang dari segi perolehan sektor peruncitan terutama pasar raya besar, banyak mengalami penurunan dan sesetengah mereka telah menjalankan pemberhentian pekerja walaupun dari segi amalannya mereka masih mengamalkan "voluntary retrenchment," katanya.

Beliau berkata, situasi ini amat membimbangkan dan kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan membantu syarikat-syarikat tempatan bertahan dalam masa yang sukar supaya dapat mengekalkan pekerja.

Katanya, sepanjang tahun lepas, banyak syarikat besar merekodkan penurunan perolehan iaitu 30 hingga 40 peratus dan menyebabkan 38,000 pekerja terpaksa diberhentikan.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yakin pelaksanaanPGM 2016 tidak akan membebankan majikan dalam menanggung peningkatan kospembayaran gaji pekerja selepas peraturan baharu itu dikuatkuasakan.

Setiausaha Agungnya N. Gopal Kishnam berkata ia kerana kadar kenaikan gaji minimum baharu yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidaklah terlalu tinggi.

Beliau berkata, kebarangkalian untuk berlakunya kes seperti tunggakan gaji, pembuangan pekerja mahupun penutupan syarikat hanya kerana peningkatan kos pembayaran buruh, adalah kecil.

"Hanya jika keadaan ekonomi benar-benar merosot sehingga tahap terburuk sahaja akan menyebabkan majikan terpaksa bertindak sedemikian untuk menyelamatkan perniagaan mereka.

"MTUC yakin kerajaan telah mengambil kira segenap aspek dan pastinya dasar baharu yang dijangka dikuatkuasakan pertengahan tahun ini akan memberi kebaikan kepada semua pihak," katanya ketika di hubungi Bernama.

Gopal berkata, peningkatan gaji minimum ini merupakan satu bonus kepada pekerja di negara ini yang kini berhadapan situasi ekonomi global yang tidak menentu.

"Selain membantu mengurangkan beban ditanggung mereka, MTUC juga berharap peningkatan gaji ini akan memberi galakan kepada pekerja untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan produktif," katanya.-Bernama

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/mef-jangka-30000-pekerja-diberhentikan.html#ixzz47b4MxCKB
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Gaji Minimum Dinaikkan Julai Ini
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Bermula Julai ini, gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung Malaysia manakala RM920 bagi mereka di Sabah, Sarawak dan Labuan sebagaimana yang diumumkan dalam Bajet 2016.

Berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan Sistem Insurans Pekerja (SIP) untuk menambah baik perlindungan sosial pekerja dan memudah cara pihak majikan menjalankan perniagaan.
"Gaji minimum yang baharu berkuat kuasa 1 Julai ini adalah peningkatan sebanyak RM100 (11%) untuk pekerja di Semenanjung Malaysia dan RM120 (15%) bagi Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya pada majlis sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), di sini Ahad.
Dengan gaji minimum baharu untuk meningkatkan produktiviti, Najib berkata kerajaan dijangka melakukan pengagihan pendapatan lebih saksama antara pemilik modal dan pekerja.

Najib berkata pelaksanaan dasar gaji minimum kebangsaaan pada 2013 sudah memberi manfaat kepada 1.9 juta pekerja sektor swasta yang kemudiannya diperluaskan kepada sektor awam melalui tangga gaji baharu seperti yang diumumkan baru-baru ini.
Mengenai SIP, beliau berkata, ia bertujuan untuk melindungi pekerja dan juga majikan untuk memudahkan mereka menjalankan perniagaan.
Malah, katanya, ia juga dilaksanakan untuk membantu golongan pekerja yang diberhentikan dengan menampung perbelanjaan mereka dalam tempoh mencari pekerjaan selepas diberhentikan, sekaligus mengurangkan kesusahan dan kemiskinan akibat kehilangan pendapatan.
Menurutnya SIP juga menyediakan perkhidmatan kaunseling pekerjaan bagi meningkatkan peluang untuk pekerja yang diberhentikan ini mendapat pekerjaan yang sesuai.
Najib berkata bagi majikan pula, latihan semula yang disediakan melalui SIP dapat meningkatkan kemahiran pekerja serta memudahkan pihak majikan menggaji pekerja yang mempunyai set kemahiran yang sesuai.
"SIP memberi ruang kepada majikan untuk menyesuaikan organisasi mereka dengan sebarang perubahan teknologi dan struktur perniagaan serta mengurangkan tekanan akibat kebankrapan atau pengecilan operasi," katanya.
Menurutnya risiko konflik akibat pemberhentian kerja dapat dikurangkan kerana SIP akan memberi perlindungan kepada pekerja.
Beliau berkata pelaksanaan SIP merupakan antara ciri terpenting dalam mewujudkan dasar pasaran buruh aktif (ALMP) di Malaysia.
"Ketersediaan program perlindungan sosial yang proaktif bagi membantu warga pekerja dan pihak majikan mendepani cabaran ekonomi dunia bukan lagi satu pilihan, tapi satu kemestian," katanya.

-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/gaji-minimum-dinaikkan-julai-ini.html#ixzz47b4UFBmW
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 3, 2016 7:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gaji Tentera Naik Sehingga 41 Peratus
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Lebih 120,000 warga Angkatan Tentera Malaysia dan 11,813 kakitangan awam Kementerian Pertahanan bakal menerima kenaikan gaji tahunan antara 10 hingga 41 peratus.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenaikan itu memberi kesan langsung kepada penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) berkuat kuasa 1 Julai depan.
"Inisiatif ini memberi manfaat kepada seluruh penjawat awam dan warga ATM kerana mereka adalah tunjang dan tonggak terpenting negara," katanya pada sidang media ketika penyerahan kunci Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn di sini, petang tadi.
Menurutnya, bagi penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam, gaji Pegawai Kadet berkelulusan SPM/SVM bermula dari RM1,500 berbanding RM1,104 sebelum ini
"Leftenan Muda berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang, bakal memperoleh gaji RM2,585 dan RM2,730 berbanding RM2,411 manakala pemegang kelulusan kejuruteraan, gaji permulaan ialah RM2,876 berbanding RM2,703.
"Pemegang kelulusan perubatan veterinar akan menikmati gaji RM3,022 berbanding RM2,593," katanya.
Menurutnya, perajurit muda yang menamatkan latihan asas, gaji permulaan prebet ialah RM1,564 berbanding RM1,137 sebelum ini. - Harian Metro

Pukul PATI Dalam Operasi, Pegawai Imigresen Wanita Ditukar Serta Merta
siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Gara-gara menggunakan kekerasan terhadap tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) seorang Pegawai Imigresen wanita dari Unit Penguatkuasa ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan telah ditukarkan serta-merta, lapor Bernama.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, penukaran pegawai tersebut adalah sementara sambil menunggu hasil siasatan penuh kejadian.

Buat ketika ini, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci berhubung video yang tersebar berkenaan sehingga menjadi viral di laman sosial.

"Jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Video yang tersebar tersebut merupalan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang telah didedahkan MyWatch baru-baru ini di mana menunjukkan seorang wanita dipercayai pegawai Imigresen bertindak kasar ke atas seorang lelaki yang ditahan dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue May 3, 2016 7:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Abang Boleh Tolong 'Check In' Bagasi Saya Atas Nama Abang?" Rayu Lelaki Yang Baru 5 Minit Dikenali
siakapkeli.my

Sering kita dengar diluar sana ada ramai orang yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa di lapangan terbang gara-gara membawa barangan terlarang.

Kebanyakkan mereka menjadi 'keldai' atau mangsa pengedar dadah apabila membawa masuk barangan berkenaan tanpa disedari dengan pelbagai taktik yang digunakan.

Dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Ariati Mohd yang mengisahkan pengalaman rakannya yang berlaku di Lapangan Terbang Labuan di mana hampir-hampir menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Jom kita baca.

Kepada mereka yang selalu travel sila baca artikel ini. Kejadian berlaku pada kawan saya dan isteri di airport Labuan semalam..

Kisah semalam di Airport Labuan..

Setelah sampai di Lapangan Terbang Labuan, kami berdua nak berjalan mencari tempat untuk membuka bagasi sebab nak susun semula barang2........(maklum la, banyak coklat & 4 pasang kain lagi).

Biasanya kerja packing, saya akan buat sendiri, tak bagi suami buat, biasalah bekas peramugari, memang suka guna beg bagasi.

Sambil saya packing, ada seorang lelaki tak dikenali ni tetiba sembang dengan hubby. Sembang biasa biasa gitu...sembang pasal coklat kita la, nak pi mana la, bla bla bla....)

Dalam hati saya bermonolog,"ramahnya lelaki tu"...

Setelah habis packing dan saya bagitau hubby dah siap, hubby pun ajak pi cari surau nak solat sat.

Baru beredar entah berapa belas langkah jer, lelaki yang tadi tu pun panggil kami dari belakang dan hubby pun toleh.

"Abg, mau minta tolong boleh ah? Saya banyak barang mau angkut balik dan dah melebihi berat luggage. Boleh tolong saya bagi saya check in bawah nama Abang dan nanti sampai KL saya bayar duit sama Abang."(Dengan nada yg merayu sangat)....

Me: "awak flight pukul berapa? MAS ka?

Stranger: "Pukul 3pm. Sama"

Belum sempat saya nak hampir-hampir kata "boleh" (ye lah, lembut hati nak tolong org yg kesian kan ), lantas hubby dengan muka yang serious, nada yang tegas tapi sopan dan berkata kepada lelaki tu.....,"TAKPA lah."

Lepas hubby pegang tangan saya & beredar, saya tanya hubby dengan nada hairan...

Me: "Yang, naper u rejected tadi? Tak tolong dia."

Hubby: "kita tak kenal dia. Tetiba nak tolong check in barang dia. Memang dia kata ikan. Mana tau perut ikan tu disumbat dadah ker...bukan nak sangka buruk, tapi kita tak kenal dia. Kang anything happened, kita yg kena."

Me: "oh, betul betul betul. Nasib baik ada kanda, Kalau kanda takda & dinda seorang, mesti Dinda tersetuju untuk tolong, Huhuu."

Hubby: "Kalau pakcik sendiri takpa. Ni yang tetiba minta tolong, sembang pun tak sampai 5minit, better jangan. Kena ingat tu"

(kata hubby dengan nada yang menasihat tapi lembut)

Me: ~ mode insaf kejap ~

Setelah masuk kapal terbang dan hubby tanya saya ada tak nampak lelaki tu yang kononnya naik kapal terbang sama ni. Mata saya liar mencari dan saya kata memang takda. Betul takda!
Hubby pun senyum paksa, tandanya apa yg dia jangka tu mungkin tepat....

Kalau tak, percuma jadi "keldai" stranger tu (tak tuduh, just in case jer....).

Moral: Berhati-hati jika ada org minta tolong jadi "transporter".

Macam dalam movie tu boleh jer asyik terlepas & jadi kaya.

Realitinya kalau terjadi kat kita di sini, tali gantung penjara lah yg akan transport-kan kita ke alam Barzakh. (Means transport dadah tu hukumnya tali gantung ler).

Harap semua orang hati-hati yer.

Jangan percuma jadi "keldai" hanya kerana duit. Duit tu bukan penjamin kita selepas
Take care, semua.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 3, 2016 7:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Doktor Yang Bantu CIA Bunuh Osama Kini Mereput Dalam Penjara
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Seorang tentera pasukan elit, dikenali Mark Owen (kanan), yang menyerbu rumah Osama Laden pada Mei 2011 menunjuk model lokasi serbuan kepada hos '60 Minutes' CBS, Scott Pelley. — Paparan skrin YouTube/CBS

Lima tahun selepas program penvaksinan palsunya membantu Amerika Syarikat menjejak dan membunuh Osama bin Laden, doktor Shakil Afridi terbiar di penjara.

Doktor Pakistan itu, dipercayai dalam lingkungan 50-an, tidak mendapatkan khidmat peguam dan rayuannya untuk meringankan hukuman penjara 23 tahun tergendala.

"Saya sudah hilang harapan untuk berjumpa dengannya, tiada lagi harapan menggapai keadilan," kata abangnya Jamil kepada agensi berita AFP.

Bekas pakar bedah berpengalaman itu terpenjara seorang diri di dalam bilik kecil, menurut peguamnya, dibenarkan berjumpa keluarga tidak lebih enam kali setahun.

Peranan Afridi dalam pembunuhan paling tersohor dalam dekad-dekad mutakhir ini, sebagai alat kepentingan Agensi Perisikan Pusat (CIA) memburu Osama, memang kabur dan kelam.

Laporan dari Pakistan membayangkan pegawai NGO sejagat Selamatkan Kanak-Kanak bertindak sebagai orang tengah walaupun badan kebajikan itu menafikan mereka terlibat.

Cuma diketahui, Afridi ditugas menjalankan program penvaksinan palsu bagi penyakit Hepatitis C dengan niat mendapat sampel genetik dari Abbottabad, bandar pertahanan yang menempatkan Akademi Tentera Pakistan.

Di situ tokoh utama al-Qaeda, Osama, dan keluarganya menetap sejak pertengahan tahun 2000-an, dalam pengawasan — atau perlindungan — pegawai kanan tentera Pakistan.

Pada awal pagi 2 Mei 2011, dua helikopter dengan askar elit Navy Seals menyerbu kediaman Osama, kira-kira satu kilometer dari akademi tentera tersebut.

Serbuan mengejut pasukan elit Amerika Syarikat itu menggemparkan Osama dan keluarganya dalam operasi yang disiarkan langsung ke depan Presiden Barack Obama.

Mereka berjaya menembak kepala Osama dan melarikan mayatnya, kemudian dibuang di tengah laut tanpa diketahui sesiapa. Sebuah helikopter Black Hawk yang terhempas dibiarkan sahaja.

Pembunuhan Osama kejayaan besar buat Washington sejak serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001. Tetapi ia mengundang krisis dengan Islamabad.

Amerika Syarikat mencurigai, Pakistan disyaki sengaja melindungi ketua pengganas yang paling dikehendaki di dunia. Pakistan pula geram pada Afridi yang membantu CIA mengesan Osama.

Beberapa minggu selepas serbuan di Abbottabad, doktor itu ditahan dan dicampak ke penjara atas tuduhan ada kaitan dengan pengganas. Afridi menafikan tuduhan kerajaan negaranya.

Pengamat melihat Pakistan terpaksa mengambil tindakan itu sebagai membalas tindakan Amerika Syarikat.

Ia tidak boleh mendakwa Afridi sebagai pengkhianat, membantu negara asing, kerana pertuduhan seumpama itu menunjukkan negara itu memang melindungi Osama.

Afridi pada asalnya dihukum penjara selama 33 tahun tetapi Amerika Syarikat campur tangan, termasuk mengugut ingin memotong bantuan ketenteraan US$33 juta (RM130 juta) bagi setiap tahun hukuman.

Pakistan berlembut dan mengurangkan hukumannya selama 10 tahun, menjadikan hanya 23 tahun. Tetapi pengurangan ini tidak membawa kelegaan kepada doktor tersebut.

Sebaliknya apabila ketegangan antara Amerika Syarikat dan negaranya mula mengendur, antaranya kerana rundingan dengan pengganas di Afghanistan, nasibnya diabaikan.

Amerika Syarikat ingin mendapat bantuan Pakistan dalam rundingan dengan Taliban. Oleh itu, ia tidak mahu menimbulkan isu-isu yang boleh mencetuskan ketegangan semula.

Afridi akhirnya meringkuk sendirian di penjara kecil. Isteri dan anak-anaknya diizin melawat setiap dua bulan sekali.

Peguamnya sudah dua tahun dilarang bertemu doktor itu, lelaki yang dulunya pemegang kunci kejayaan operasi sulit CIA menjejak Osama bin Laden. Tetapi kini mereput di penjara.

- malaymail

USA CIA merancang untuk musnahkan Mekah dan Madinah
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

CIA USA telah menaja semua terrorist ISIS ISIL Al-Qeada Boko Haram Afrika Al-Nusra Al-Shabbab dan lain-lain di timur tengah hingga ke Afrika. USA membekalkan senjata, gaji bulanan, makanan dan perubatan kepada semua terrorist ini. Tujuan USA berbuat demikian untuk musnahkan negara islam dan mencuri minyak di timur tengah.

20hb. January 2009- Ceremony hari mengangkat sumpah sebagai President USA. Obama berkata " Ya saya akan musnahkan Mekah dan Madinah. Ini akan menyelesaikan segala masalah. Saya berasa lebih gembira dan selesa bahawa saya tidak percaya pada agama".- Laporan worldpress.com

USA CIA mengarahkan semua terrorist di timur tengah dan Afrika memusnahkan semua artifak purba, monument islam, masjid bersejarah dan lain-lain. Contohnya semua masjid bersejarah dan monument islam di Iraq dibom di musnahkan. Manakala di Syira pula Palmyra's ruins dan masjid bersejarah di bom dimusnahkan oleh terrorist ISIL atau #Daesh.

CIA terrorist ditaja oleh USA merancang akan menyerang bandar Arar ditimur laut Arab Saudi sempadan Iraq. Semua terrorist akan bermula dari bandar Arar untuk menyerang Mekah dan Madinah hingga musnah.

Di twitter ketua terrorist ISIS Abu Turab Al-Mugaddasi 30hb. Jun 2014. Berkata- " insya Allah kita akan membunuh orang islam dan musnahkan ka'abah.

Rancangan sulit CIA USA ini bertujuan mahu timur tengah akan terus huru-hara serta kacau-bilau tidak aman agar USA terus boleh merompak minyak di timur tengah dan menghancurkan islam.

Abu Hurairah berkata. Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w berkata kepadanya ka'abah akan dihancurkan oleh Abyssinian berbangsa Afrika kurus mempunyai 2 tulang kering. Ini disebut dalam hadis muslim kitab 41:41. Manakala kitab Al-Fitan wa Ashrat As-sa'ah jilid 6951.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 3, 2016 7:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gadis 22 Tahun Mati Disyaki Didera Keluarga
siakapkeli.my

Gadis berusia 22 tahun yang kematiannya disyaki ada usur penderaan menyebabkan polis menahan keluarganya hari ini. - Foto SHAMSUDIN HUSIN/ Harian Metro

Chukai, 2 Mei: Polis telah menahan empat sekeluarga kerana disyaki mendera seorang gadis berusia 22 tahun di Kampung Binjai yang juga dipercayai menjadi punca kematian gadis berkenaan.

Harian Metro melaporkan, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kesan gigitan pada badan selain dari mata mangsa lebam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, ahli keluarga yang ditahan adalah bapa gadis terbabit yang berusia 49 tahun, ibu tiri, 35, adik perempuan, 21 dan adik lelaki mangsa 14.

Menurut beliau lagi, pada awalnya bapa mangsa membuat laporan kematian anaknya akibat sakit biasa.

"Selepas menerima laporan dibuat bapa mangsa mengenai kematian anaknya akibat sakit biasa pada 26 April lalu, polis ke rumah bapa mangsa di Kampung Binjai dan hasil pemeriksaan polis mendapati ada unsur penderaan.

"Hasil pemeriksaan, polis juga mendapati keadaan fizikal gadis terbabit terlalu kurus seolah-olah kebulur tidak cukup makan selain ada beberapa kesan gigitan pada badan serta matanya lebam," katanya sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my

Penjaga Gol Melaka United Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Melaka, 1 Mei: Penjaga gol simpanan Melaka United, Marco Stefan Petrovski, 18, yang tidak sedarkan selepas dipanah petir pada 5 April lalu, meninggal dunia sebentar tadi sebuah hospital swasta di Jalan Bendahara, di sini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Yusof Mahadi mengesahkan perkara itu.

Petrovski tidak sedarkan diri selepas dipanah petir itu ketika menjalani latihan skuad Piala Presiden di Padang Sepuluh, Krubong. Ketika kejadian, dia menjalani latihan bersama 28 pemain di padang terbabit bermula 4 petang.

Pemain itu bermain untuk pasukan Sydney Olympic FC di Australia sebelum berpindah ke MU musim ini.

Bapanya, Marjan Petrovski dan ibunya, Marie Lupang, tiba di Malaysia dari Australia, 7 April lalu. - Harian Metro

Penjaga gol Melaka United meninggal dunia
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/134628?m=1#sthash.9AiNZRlk.dpuf

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/penjaga-gol-melaka-united-meninggal.html#ixzz47TOxVCrS
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 3, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Terkejut gambar Jesus pada kain

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Aizawati (kiri) menunjukkan kain dibelinya terdapat cetakan Jesus. Gambar kecil: cetakan yang dimaksud.
KUALA LUMPUR - Hasrat menjahit jubah untuk dipakai ketika Syawal ini terbantut selepas kain ela yang dibelinya di sebuah gedung pakaian di Jalan Tunku Abdul Rahman terdapat gambar Jesus.

Mangsa, Aizawati Che Salleh, 40-an, berkata, dia membeli kain sepanjang tiga meter itu di gedung berkenaan yang mengadakan promosi potongan diskaun, kelmarin.

Menurutnya, dia langsung tidak menyedari gambar Jesus berkenaan.

"Biasa sebelum beli memang tengok dulu kualiti dan coraknya tetapi semuanya nampak baik saja. Tetapi bila pulang pejabat, kawan perasan ada corak tersembunyi itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang bertugas sebagai Eksekutif Perhubungan Media sebuah syarikat swasta berkata, terkilan kerana perkara itu berlaku dan tidak tahu motif ia masuk dalam pasaran.

"Saya tanya kawan bukan Islam pun mereka pelik kerana mereka tak pakai kain ada gambar Jesus kerana melibatkan agama dan sensitif.

"Harap perkara ini dapat disiasat dan pengguna lebih berhati-hati kerana gudang tersebut agak popular dan kebanyakan pelanggannya Islam yang mahu membeli kain untuk persediaan Aidilfitri," katanya.

Katanya, dia tidak bercadang mahu memulangkannya kepada gudang pakaian tersebut.

"Selalu juga ke sana dan ini kali pertama saya terbeli kain bercorak macam itu.

"Mungkin saya akan rujuk perkara ni dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 3, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Tuesday, 03 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Tue May 3, 2016 10:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ayah Selamatkan Anak Selepas Tali Pinggang Roller Coaster Rosak Viral
siakapkeli.my

TEXAS: Satu video yang merakamkan bagaimana seorang ayah menyelamatkan anaknya yang berusia enam tahun ketika tali pinggang roller coaster rosak menjadi viral di media sosial.

Delbert Latham menyelamatkan anaknya, Kasyen, ketika menaiki roller coaster itu di Taman Hiburan Wonderland di Amarillo, Texas pada Jumaat, lapor KVII.

Menurut Latham, dia mula merasa sesuatu yang tidak kena pada sedang menaiki pusingan kedua roller coaster itu dimana dia merasakan tali pinggang keledar terbuka sehingga menyebabkan anaknya tercampak ke bawah.

Dia kemudian merangkul dan memegang anaknya itu sepanjang perjalanan.

Video itu dirakam oleh merakam Latham untuk tontonan isterinya.

Pengguna Youtube aomeara193 menulis: "Dia nampak seperti tenang di luar tapi realitinya dia tercirit dalam seluar"

bobduvar pula menulis :"Seorang adiwira yang tidak didendangkan : AYAH".

Roller Coaster Terhenti, 28 Orang 'Tergantung Ke Bawah'
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KESERONOKAN sekumpulan pengunjung menaiki permainan roller coaster di taman tema Alton Towers di United Kingdom pada Isnin bertukar mimpi ngeri apabila permainan itu berhenti secara tiba-tiba di tengah perjalanan.

Lebih mencemaskan ketika kejadian, roller coaster berkenaan berada pada landasan 'tergantung' pada ketinggian 65 kaki menyebabkan 28 badan pengunjung dalam posisi ke bawah selama setengah jam.
Mereka yang menaiki permainan itu cemas kerana bimbang tali pinggang keledar yang dipakai akan terbuka, yang akan menyebabkan mereka terjatuh.
Insiden tersebut berlaku hanya kurang setahun selepas dua wanita kehilangan kaki selepas terbabit dalam nahas roller coaster di taman tema itu.

Seorang mangsa memberitahu dia bimbang tali pinggang keledarnya akan terbuka kerana dia 'tergantung' pada aras tinggi.
Seorang lagi mangsa berkongsi pengalaman mendengar jeritan dan tangisan mereka yang lain semasa terperangkap di landasan itu.
Insiden itu didakwa berpunca daripada sistem elektrik permainan berkenaan mati secara tiba-tiba akibat hujan lebat.
Malah kawasan beratur menunggu giliran untuk menaiki permainan itu turut dibanjiri air. - Mail Online

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/roller-coaster-terhenti-28-orang.html#ixzz47b4p6G4s
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Rasa 'diperbodohkan', Wanita saman Starbucks AS$5 juta
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Seorang wanita menjadi tumpuan di Amerika Syarikat (AS) kerana memfailkan saman berjumlah AS$5 juta (RM19.5 juta) terhadap syarikat jenama minuman berasaskan kopi, Starbucks, kerana mendakwa setiap cawan minuman itu mengandungi terlalu banyak ais.

Portal berita Telegraph melaporkan, Stacy Pincus mendakwa pelanggan telah 'diperbodohkan' selama ini kerana minuman sejuk itu hanya mengandungi separuh air yang nilainya dibayar, manakala selebihnya hanyalah ketulan ais.

Starbucks mempunyai rangkaian 24,0000 cawangan di 70 negara di seluruh dunia dan lebih daripada 11,000 cawangan di AS.

Aduan yang dijilid setebal 29 muka surat itu difailkan di Mahkamah Persekutuan Northern Illinois di Chicago minggu lalu.

"Pelanggan Starbucks yang memesan minuman sejuk saiz Venti hanya menerima 14 aun (410ml) minuman tersebut – kira-kira separuh daripada isipadu yang diiklankan dan yang dikenakan bayaran," jelas aduan itu.

Pincus memberi contoh: "Bagi kopi ais, pelanggan yang memesan dan membayar bagi saiz Venti, menjangkakan menerima 24 aun (710ml) kopi berdasarkan iklan dan pemasaran Starbucks. Sebaliknya mereka hanya mendapat 14 aun.

Aduan itu juga menambah, Starbucks hanya memaparkan saiz cawan di menunya, dan bukannya jumlah isipadu yang sepatutnya diterima dalam pembelian. Dengan itu, menurut Pincus, seumpama menipu pelanggan.

Peguam Steven Hart yang mewakili Pincus, memberitahu bahawa nilai akhir tuntutan saman itu jika ia berjaya, mungkin lebih tinggi daripada AS$5 juta.

Starbucks menolak tuntutan saman tersebut yang disifatkan sebagai 'pelik' dan 'tidak masuk akal'.

"Pelanggan kami memahami bahawa ais adalah komponen penting dalam pembuatan mana-mana minuman sejuk," ujar jurucakapnya.

Starbucks juga berkata, mereka lebih dari gembira untuk membuat semula minuman pelanggan yang tidak berpuas hati. – Astro Awani

Saman Starbucks RM19.6 juta
bloglist-malaysia.blogspot
batuvskayu.blogspot

ILLINOIS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita mengheret Starbuck ke mahkamah mendakwa syarikat itu meletakkan terlalu banyak ais dalam minumannya.

Stancy Pincus menfailkan tuntutan mahkamah kepada syarikat itu mendakwa pelanggan hanya mendapatkan separuh minuman daripada apa yang dibayar mereka.

Stancy mengetuai tindakan bagi $5juta (RM19.6 juta) terhadap syarikat itu, menurut Courthouse News Service.

Dokumen mahkamah yang difailkan oleh pihak menuntut mengatakan, seorang pelanggan Starbucks yang memesan minuman sejuk Venti hanya menerima 14 auns minuman iaitu separuh daripada apa yang diiklankan dan hanya lebih separuh harga yang dibayar.

Tambah dokumen itu lagi, pada dasarnya Starbucks mengiklankan saiz cawan minuman sejuk pada menu dan bukannya jumlah minuman yang akan diterima bagi pembelian minuman sejuk dan ia merupakan proses ke arah penipuan.

Starbucks berkata, ais adalah bahagian penting dalam minuman sejuk dan mereka akan membuat semula kepada pelanggan yang tidak berpuas hati.

"Pelanggan kami memahami dan menjangkakan ais merupakan komponen penting dalam mana-mana minuman berais," kata syarikat itu memberitahu TMZ.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 3, 2016 1:13 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tiada Kesan Langgar Sebagai Bukti, Lelaki Warga Singapura Ini Tetap Boleh Didakwa - Polis
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu tersebar di laman sosial beberapa keping gambar mengenai seorang lelaki warganegara Singapura yang bersikap agak biadap selepas menyebabkan kemalangan beberapa buah kenderaan.

Lelaki ini didakwa telah menyebabkan berlakunya kemalangan di Plaza Tol Kempas selepas dia dikatakan menukar lorong dari kiri ke lorong kanan secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang isyarat.

Tindakannya ini telah menyebabkan empat buah kereta di belakangnya terpaksa brek secara mengejut lalu belanggar sesama sendiri.

Tanpa rasa bersalah dia yang memandu Mercedes Benz bernombor pendaftaran SKN8285M ini telah melarikan diri dari lokasi kejadian, namun berjaya ditahan oleh pemandu lain, selepas Plaza Tol Kempas.

Semasa ditahan ,beliau dengan nada bongkak berkata, "Kalau nak report polis, reportlah. Polis Johor baik dengan saya. Apa you orang boleh buat? Sebab tiada kesan langgar pada kereta dan tiada bukti langgar. You ingat I tak tahu law?!"

Sebentar tadi, pihak Polis Diraja Malaysia Johor telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai kejadian ini.

Menurut pihak polis, saksi-saksi yang terlibat dengan kemalangan berkenaan telah tampil membuat laporan polis.

Mengenai kenyataan lelaki berkenaan berbunyi "Kalau nak report polis, reportlah. Polis Johor baik dengan saya. Apa you orang boleh buat? Sebab tiada kesan langgar pada kereta dan tiada bukti langgar. You ingat I tak tahu law?!" pihak polis menegaskan lelaki berkenaan tetap boleh didakwa walau tiada bukti perlanggaran di keretanya.

"Walaupun tidak terlibat dalam kemalangan, namun cara permanduan yang melulu dan merbahaya, pemandu kenderaan boleh disabitkan di bawah seksyen 42 (1) APJ 1987."

"Pihak polis tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalulintas," tegas pihak polis.

Hasil semakan pihak polis juga, lelaki berkenaan mempunyai 13 rekod kesalahan jalanraya di mana 12 rekod had laju dan 1 rekod memandu di lorong kecemasan.

Pihak polis menyeru agar pihak yang berkenaan supaya tampil untuk memudahkan pihak polis menjalankan siasatan, sekiranya mempunyai sebarang maklumat sila hubungi 07-2212999 atau Facebook Polis Johor. - Siakapkeli.my

Nyaris maut jatuh lubang pembetungan 12 meter

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PETALING JAYA - Seorang lelaki warga emas dan pembantu rumahnya nyaris maut apabila kereta dinaikinya terjunam ke dalam lubang projek pembentungan sedalam kira-kira 12 meter, di Damansara Damai Park, dekat sini, petang tadi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang.

Mangsa yang menaiki kereta Toyota Vios dipercayai panik dikatakan telah melanggar kon penghadang sebelum jatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira 12 meter.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara bergegas ke lokasi kejadian.

"Dengan bantuan kren daripada syarikat swasta berhampiran, mangsa berjaya dibawa naik dengan selamat.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya menaiki ambulan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asistem Komisioner, Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: