Sunday, May 22, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4502

15 Messages

Digest #4502
7
Fw: Isu Exco PAS Selangor by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10
Fw: Orang Islam Di negara Bukan Islam.. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
11
Fw: Fakta Politik Yang Jarang Kita Fikir by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
14
15
Fw: TANDA AKHIR ZAMAN by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun May 22, 2016 4:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pengalaman Gua Bersama PAS

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

sy dulu ahli PKR aktif...pada mulanya suka2 je ikut orang2 PAS pergi surau/masjid, paling semangat pergi kuliah UAI..waktu tu dalam PR lg..belajar mengaji tajwid dkt markas pas, ikut usrah PAS..

mula2 tu, banyak tak setuju dgn PAS..walaupun masih tak setuju..sy ikut juga..masa tu sy tak suka TGHH..saya pro PR..tak faham lagi masa tu, tak faham lagi apa kaitan agama dan politik..ikut logik akal je..

nampak tindak tanduk PAS seperti ketinggalan..walaupun tak setuju dengan PAS sangat saya tetap ikut usrah PAS..niat masa tu mmg nak baca al quran, ikut solat jemaah dan perbaiki tajwid..

setelah beberapa tahun ikut usrah..tamrin dan lain2 program tarbiyyah..baru saya faham..apa itu PAS..hari ni dah 3 tahun berdaftar sebagai ahli PAS..yang penting niat kita..dan ikhlaskan diri..pengalaman saya..

Wallahualam

Kredit
Mujahid Zakaria

BOLEH MENANGIS PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN BILA BACA KENYATAAN NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Mengenali parti PAN @ AMANAH secara dekat

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Dimana2 PRU, PRN dan PRK PAS tetap melawan Umno@ Bn kerana PAS berhajat menumbang Kezaliman Kerajaan Umno@Bn serta menegakkan Keadilan.

Tapi dimana2 PAS bertanding di situlah Pan @ AMANAH berkampung.. Kerana Pan adalah penyambung nyawa Umno@Bn.. Maka Pan sememangnya sebenar2 Penghianat Kepada Rakyat Malaysia dan perjuangan Gerakan Islam

Kredit
Mohd Noor Ori‎

Tak Hairan Ke Kenapa Parti PAN @ AMANAH Mudah Dapat Permit Akhbar?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PAS banyak kali menerima halangan termasuk akhbarnya diharankam. Disekat tak boleh keluar setiap minggu dan macam-macam sekatan. Itu Parti yang dah lebih 60 tahun. Malaysiakini sampai sekarang masih belum diluluskan Akhbar sendiri melainkan akhbar talian. Malaysiakini telah banyak menerima anugerah kewartawan antarabangsa. Kerajaan sekat akhbar mereka. Parti PAN baru tubuh, memohon pada 12 Feb 2016 lalu. Lulus pada 1 Mac 2016. Tak pelik suka benar UMNO@BN kepada Akhbar ini??

Kalau PAN tak menguntungkan UMNO @ BN takkan BN @ UMNO bodoh mudh-mudah nak lulus. Lihat sahaja apa terjadi pada Malaysiakini dah 2 tahun lebih belum dapat. Itu belum lagi Suara Keadilan sampai hari ini beroperasi tanpa permit.

Takkan KDN Bodoh dan bengong boleh lulus kalau tak kerana PARTI INI akan memabntu UMNO @ BN untuk merosakkan PAS yang kian lama UMNO @ BN telah cuba belum berjaya.

TAHNIAH KEPADA PAN ANDA SEBENARNYA PROXY UMNO @ BN!!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 4:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kakak Kecewa Adik Orang Kurang Upaya Dibuli Dan Dipukul Rakan Sekerja
siakapkeli.my

Seorang wanita bernama Rose Yus melalui laman Facebooknya telah mendakwa adik lelakinya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipukul rakan sekerjanya di sebuah restoran makanan segera di Johor Bharu dua hari lalu.

Wanita itu telah memuatnaik gambar berkenaan yang menyebabkan ramai netizen berang dengan kejadian berkenaan di mana kata mereka ada orang cuba mengambil kesempatan dengan pekerja OKU berkenaan dengan membuli dan memukulnya sehingga berdarah.

Adik yang dikenali sebagai Rahim, berumur 24 tahun tersebut dikatakan telah mengalami pendarahan di muka dan katanya adik lelakinya itu turut mengalami retak di tulang pipi menyebabkan tidak boleh makan dan minum seperti normal.

Beliau dalam pada itu turut mendakwa yang manager tempat adiknya bekerja berkenaan tahu akan kejadian itu tetapi tidak bertindak apa-apa, sebaliknya menyembunyikan diri.

Satu laporan polis telah dibuat, menurut seorang saudara mangsa, pihak polis telah menahan pekerja tersebut, namun telah dilepaskan semula.

Apapun, apa yang terjadi kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak polis, elakkan dari membuat sebarang andaian. - Siakapkeli.my

Ya Allah berikn adik hamba kekuatan..dri kecik smpai besar x hbis2 org buli dy..aq berdoa org yg pkol adik aq duduk dlm dn mndpt hukuman setimpalnya..jgn mntang2 adik aq OKU korg boleh buli pkol dye ingt tuhan tu maha segalanya..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 4:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mangsa Banjir Kilat Boleh Saman Pihak PBT - Peguam

siakapkeli.my

Baru-baru ini beberapa tempat di sekitar Lembah Klang telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan ratusan kenderaan rosak kerana dimasuki air.

Namun, tahukah anda bahawa kejadian banjir kilat berkeaan membolehkan mangsa yang terlibat menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di mahkamah, namun perlu mempunyai bukti yang disokong oleh pakar berkaitan.

Memetik laporan Bernama yang menemubual seorang peguam di firma guaman swasta, Syahredzan Johan berkata, mangsa yang terlibat dalam kejadian itu di mana menyebabkan kerosakan kepada harta benda mereka hanya perlu mengemukakan bukti berkaitan kecuaian atau kelonggaran tanggungjawab oleh PBT sehingga boleh menyebabkan berlaku bencana sebegitu.

"Sebagai contoh, dalam kes ini mangsa boleh dapatkan pakar dalam bidang kejuruteraan yang akan memberi keterangan mewakili pihak mangsa di mahkamah.

"Keterangan yang diberikan adalah berdasarkan bukti-bukti antaranya keterangan daripada saksi, keratan akhbar, gambar insiden dan resit yang melibatkan pembayaran kerosakan aset mereka ekoran kejadian itu," katanya.

Menurut beliau lagi, proses melibatkan pakar berkenaan biasanya akan memerlukan kos yang agak tinggi dan hal ini menyebabkan mangsa terasa terbeban dan seterusnya bertindak 'angkat tangan' untuk menyaman pihak berkuasa.

"Tetapi sekiranya PBT menerima tuntutan saman daripada mangsa, mereka (PBT) tidak boleh tidak mengendahkan saman itu kerana perlu mengikut perintah mahkamah dan selesaikan segala kes yang berkaitan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa agar pihak PBT mencari jalan penyelesaiaany dan bukan hanya menunggu sehingga diambil tindakan oleh mangsa, baharu mahu bertindak.

"PBT perlu tengok semula apa yang perlu dibuat untuk selesaikan permasalahan banjir kilat di ibu negara, hal ini kerana ia melibatkan banyak kerosakan dan kerugian orang ramai," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia berdepan dengan saman oleh mangsa banjir kilat baru-baru ini.

"Jika mereka nak saman, DBKL hanya menunggu kes didengar di mahkamah nanti. DBKL mempunyai peguam khas untuk menyelesaikan urusan ini," katanya kepada BERNAMA melalui WhatsApp.

Menurut beliua, pihak DBKL dalam masa ini sedang membuat pemeriksaan dan pembersihan keseluruhan sistem saliran di kawasan banjir serta beberapa kawasan lain yang dikenal pasti akan terbabit dengan bencana alam itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 4:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Penyiasat AS kini tumpu hartanah Riza RM138 juta di UK

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Penyiasat Amerika Syarikat (AS) dikatakan sedang menumpukan kepada hartanah mewah yang dibeli oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz di tengah-tengah kota London yang berharga RM137.6 juta atau GBP23 juta, memetik laporan Wall Street Journal (WSJ).

Sebelum ini, WSJ turut melaporkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS sedang meneliti pembelian dua hartanah mewah oleh Riza yang sekurang-kurangnya bernilai AS$50 juta di New York dan Los Angeles dan hubung kaitnya dengan dana 1MDB.

Hartanah London itu yang berupa kediaman empat tingkat dengan bata merah, juga dikhuatiri dibeli dengan pembiayaan menggunakan dana berpunca dari 1MDB, dakwa mereka yang biasa dengan siasatan itu kepada WSJ.

Hartanah yang berada dalam sebahagian kawasan yang dilindungi oleh pagar sekuriti itu terletak berdekatan dalam jarak pejalan kaki daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kawasan kejiranan Belgravia.

Ia dilaporkan berdaftar kepada Qentas Holdings Ltd, sebuah firma British Virgin Islands, namun Riza adalah penerima manfaat hartanah tersebut, lapor WSJ.

Hartanah di London, New York dan Beverly Hills itu dibeli dengan menggunakan dana Red Granite Capital - firma luar pesisir yang dimiliki oleh Riza, WSJ melaporkan.

Beberapa dokumen yang dilihat oleh WSJ menunjukkan Red Granite Capital menerima AS$133 juta pada Jun 2012.

Malaysiakini telah menghubungi Riza berhubung perkara itu, menerusi firma penerbit filem Hollywood Red Granite Pictures, sedang menunggu maklum balas.

Red Granite Capital sebelum ini dilaporkan menerima AS$238 juta dari Aabar Investment PJS Ltd - firma yang sama menerima AS$3.5 bilion dari 1MDB.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 4:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tubuhnya Yang Putih Mula Menghitam - Pengurus Jenazah Cerita Pengalaman Mandikan Mayat Lelaki Tukar Jantina
siakapkeli.my

Janji Allah itu pasti. Setiap dari kita akan merasai kematian. Dan apa yang membezakan seorang manusia dari manusia yang lain adalah amalannya ketika dia hidup.

Allah S.W.T Maha Besar, menunjukkan kekuasanNya supaya dijadikan pengajaran kepada yang masih hidup.

Seorang pengurus jenazah berkongsi pengalamannya memandikan mayat seorang lelaki yang menukar jantina semasa kehidupannya.

Syed Sohleh Syed Jalaluddin berkongsi kisah itu di Facebook dengan harapan ia menjadi iktibar buat orang ramai.

Ikuti kisah yang diceritakan oleh Syed Sohleh.
Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.

Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.

In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.

Dibantu waris si mati
Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.

Putih jadi Hitam
Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.

Najis Tak Henti Keluar
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak ( buang najis ), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar.

Nanah & Ulat Keluar
Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat. Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi.

Ibu Pengsan
Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.

Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah.

Jenazah reput, buah dada kecut
Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.

Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.

Jadikan Pengajaran
Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara' berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.

ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman ALLAH yang bermaksud :-

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk ".

( Surah AT-Tiin ayat 4 )
Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa ( Maksudnya ) :-
" Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki ".

( Hadis Riwayat AL-Bukhari )
Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata
( Maksudnya ) :-
" Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki".

( Hadis Riwayat Abu Daud )
Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 4:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Smart Tag Kualiti Cikai, Kenapa Cepat Rosak Soal Netizens.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Smart Tag cikai? Betul ka?
Nasib guna MyKad, tapi MyKad pun cikai gak kualitinya. Sentiasa ada masalah cip walaupun kekononnya kualitinya semakin dipertingkatkan. Mohon siasat juga siapa yang
bekal service sediakan MyKad. Macam hampeh!.

Baru-baru neh viral satu aduan dari pengguna Smart Tag yang ditulis oleh PanduLajuDotCom di facebook.

Berikut adalah apa yang diluahkan oleh admin page tersebut ;

TAHUKAH ANDA?

==============

Jam Casio tu walaupun murah dan boleh beli bawah harga RM100, tapi dia punya tahan boleh siap bawak mandi. Display nombor jam maintain terang dan jelas. Siap boleh on lampu bila malam.

Tapi bila pakai Smart Tag, tak sampai sebulan dah jahanam. Kau tak boleh periksa berapa baki kredit. Dan sebab takut kredit tak cukup, kau pun pergilah beratur ikut lorong tunai/tambah nilai. Tup tup baki banyak lagi, cuma kau lupa. Sebabnya, Smart Tag kau cikai! Isunya, siapa supplier Smart Tag ni?

Apahal bangang sangat jual benda cepat jahanam? Bukannya gajet nak tukar jadi Gaban. Nak periksa kredit saja pun. Diulangi, abang nak CHECK KREDIT saja!! Lepas tu kalau rosak hangpa caj RM53, suruh pos bagai. Repair ambik masa sampai 4 minggu. Kalau kedai cat, 1 minggu depa boleh settle ketuk dan cat kereta satu body, siap belanja teh ais ikat tepi.

Kemon la. Jual Smart Tag je kot. Bukan jual kepala peledak nuklear! - Bang Nin, penegak automotif dunia

- Sumber gambar: Lebai Google

#TahukahAnda
#smarttag
#touchngo
#pandulajudotcomdotmy
#automotiftelusdantulus

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 4:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ahli PAS jangan terseret isu kedudukan Exco Selangor -Mustafa Ali

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali menggesa seluruh jentera dan ahli parti Islam itu supaya tidak terseret dengan spekulasi mengenai kedudukan EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Menurutnya, ahli-ahli PAS perlu fokus kepada kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana, soal kedudukan itu pastinya akan ditangani secara tertib dan bijaksana.

"Tidak timbul soal Exco PAS meletakkan jawatan atau dipecat daripada jawatan. Teruskan pemantapan jentera PRK di semua peringkat kerana PAS akan bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan Mustafa adalah respons kepada The Star Online yang melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu tiga exco PAS Selangor bahawa mereka perlu meletak jawatan pada Isnin ini jika PAS berdegil dengan keputusan bertanding di PRK Sungai Besar.

Bagaimanapun, Pejabat Menteri Besar Selangor dan pemimpin PKR menolak laporan berita menyatakan Azmin mengeluarkan kata dua kepada PAS untuk tidak bertanding di PRK Sungai Besar.

Semalam, media melaporkan PAS menyerahkan enam nama calon bagi dua PRK itu kepada Dewan Ulama bagi proses saringan.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandang masing-masing Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad, korban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Kedua-dua PRK akan diadakan serentak pada 18 Jun dan penamaan calon pada 5 Jun.

PAS Sanggup 3 Exco Disingkirkan
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

PAS sanggup 3 Exco disingkirkan. PAS bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk hilang tiga Exconya di Selangor ekoran keputusan parti itu meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal kedudukan ahli Exco adalah urusan sesebuah negeri malah pelantikan dilakukan harus mendapat perkenan Sultan.

PAS sanggup 3 Exco disingkirkan. Hadi berkata, meskipun PAS bersedia namun beliau berharap ia hanyalah sekadar khabar angin. "Saya cuma mendapat khabar berita angin dan ia mungkin betul dan mungkin salah.

"Kalau benar pun dia nak minta Exco letak jawatan, soal pelantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihan raya adalah soal parti.

"Lagipun, pelantikan Exco harus mendapat perkenan sultan menerusi dan ada angkat sumpah. Sebab itu kita bersedia dengan segala kemungkinan, perkara ini terpulanglah pada Sultan.

PAS sanggup 3 Exco disingkirkan
Apa pun saya harap perkara ini adalah khabar angin," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Abdul Hadi berkata demikian mengulas spekulasi berhubung dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahukan tiga Exco Selangor daripada PAS meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu calonnya bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar.

Ulama Sahkan Azmin Ali Ugut Exco PAS
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Ulama sahkan Azmin Ali ugut Exco PAS. Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.

Ulama sahkan Azmin Ali ugut Exco PAS. "Azmin 'terkantoi' berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang 'confirm' dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar," katanya kepada FMT.

Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendakwa Azmin bertindak seperti itu kerana ditekan oleh pimpinan Pakatan Harapan yang mahu meletakkan calon mereka.

"Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia 'melibas' semua orang termasuk Presiden PAS," katanya.

Khairuddin melahirkan rasa kesal atas kenyataan terbaharu Azmin yang kelihatan menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

Kenyataan seolah sindiran itu merupakan jawapan Azmin kepada Hadi yang menyangkal adanya rundingan rasmi pengagihan kerusi PRK antara PAS dan PKR.

Menurut Azmin rundingan dilakukan dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan setiausaha politik kepada Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

PAS mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Azmin, malah memahami stuasi yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu.

"Kita maafkan Azmin atas 'kecelaruan' fikiran dia akhir-akhir ini," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 4:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Penjawat Awam Terima Berita Gembira?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Penjawat Awam terima berita gembira? Semak semula elaun dalam perkhidmatan awam! Itu gesaan yang disampaikan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan Persekutuan terhadap 231 jenis elaun dalam perkhidmatan awam.

Justeru, Presidennya Datuk Azih Muda berharap kerajaan dapat menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dan semakan terhadap elaun itu boleh dilakukan selepas rasionalisasi 252 skim perkhidmatan dilaksanakan kerajaan.

Penjawat Awam terima berita gembira? "Terdapat 231 jenis elaun yang telah diwujudkan untuk perkhidmatan awam, namun ada antaranya telah lebih 15 tahun tidak dikaji termasuk elaun-elaun yang sangat kritikal.

"Kami minta supaya pasukan yang baharu diwujudkan untuk kami memulakan kajian berkaitan dengan keperluan elaun-elaun berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tritahunan Perwakilan CUEPACS Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong, lapor Bernama.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Setiausaha Agung CUEPACS Datuk Lok Yim Pheng dan Pengerusi Cuepacs Kelantan Aminuddin Awang.
Penjawat Awam terima berita gembira?
Bulan lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dilaporkan sebagai berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyempurnakan proses penambahbaikan 252 skim perkhidmatan sedia ada di bawah langkah rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pada masa yang sama, Azih juga berharap kerajaan duduk semeja dengan kesatuan bagi membincangkan secara komprehensif terhadap beberapa kecacatan yang ada di dalam pelan rasionalisasi skim perkhidmatan.

"Kita tak nak perkara ini berlaku dalam kerangka yang lain kerana kita tahu anggota perkhidmatan awam ada yang guna sama, ada yang bukan guna sama, dan kalau kita mungkin melihat kepada satu pihak, mungkin pihak yang satu lagi tak puas hati juga.

Ini penting kalau kerajaan nak melihat keharmonian dalam perusahaan di peringkat negara kita nak dikekalkan," katanya.

Penjawat Awam terima berita gembira? Dalam pada itu, Azih juga mendesak agar kerajaan tidak membekukan perjawatan yang ditinggalkan kosong oleh penyandang terdahulu, dapat diisi dengan secepat mungkin bagi mengelak anggota mahupun pegawai di sesebuah agensi terbeban dengan tugasan mereka.

"(Perkara ini) akhirnya memberi tekanan kepada anggota-anggota kami di seluruh negara kerana mereka bekerja dalam keadaan tenaga kerja yang tidak mencukupi, dan ini akan memberi ruang kepada golongan muda dan pencari-pencari kerja untuk memasuki perkhidmatan awam," katanya.

Cuepacs harap kerajaan semak 231 jenis elaun

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan Persekutuan dapat menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyemak semula 231 jenis elaun di dalam perkhidmatan awam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata semakan terhadap elaun itu boleh dilakukan selepas rasionalisasi 252 skim perkhidmatan dilaksanakan kerajaan.

"Terdapat 231 jenis elaun yang telah diwujudkan untuk perkhidmatan awam, namun ada antaranya telah lebih 15 tahun tidak dikaji termasuk elaun-elaun yang sangat kritikal.

"Kami minta supaya pasukan yang baharu diwujudkan untuk kami memulakan kajian berkaitan dengan keperluan elaun-elaun berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tritahunan Perwakilan Cuepacs Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini, hari ini.

Hari sama Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng dan Pengerusi Cuepacs Kelantan Aminuddin Awang.

April lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dilaporkan sebagai berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyempurnakan proses penambahbaikan 252 skim perkhidmatan sedia ada di bawah langkah rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Dalam pada itu, Azih berharap agar kerajaan dapat duduk semeja dengan kesatuan itu bagi membincangkan secara komprehensif terhadap beberapa kecacatan yang ada di dalam pelan rasionalisasi skim perkhidmatan.

"Kita tak nak perkara ini berlaku dalam kerangka yang lain kerana kita tahu anggota perkhidmatan awam ada yang guna sama, ada yang bukan guna sama, dan kalau kita mungkin melihat kepada satu pihak, mungkin pihak yang satu lagi tak puas hati juga. Ini penting kalau kerajaan nak melihat keharmonian dalam perusahaan di peringkat negara kita nak dikekalkan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Azih mendesak agar kerajaan tidak membekukan perjawatan yang ditinggalkan kosong oleh penyandang terdahulu, dapat diisi dengan secepat mungkin bagi mengelak anggota mahupun pegawai di sesebuah agensi terbeban dengan tugasan mereka.

"(Perkara ini) akhirnya memberi tekanan kepada anggota-anggota kami di seluruh negara kerana mereka bekerja dalam keadaan tenaga kerja yang tidak mencukupi, dan ini akan memberi ruang kepada golongan muda dan pencari-pencari kerja untuk memasuki perkhidmatan awam," katanya. –Bernama

Gaji guru sarjana, PhD perlu diperbaiki - NUTP

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


KUALA LUMPUR 19 Mei - Skim gaji guru berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan sarjana antara perkara yang perlu diperbaiki bagi menjadikan perkhidmatan perguruan lebih menarik dan menjanjikan pulangan setimpal.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, skim gaji sedia ada tidak memberikan motivasi kepada guru untuk menyambung pelajaran ke peringkat tersebut.
"Golongan pendidik yang mempunyai kelulusan PhD dan sarjana sepatutnya menerima gaji yang lebih tinggi daripada pendidik berkelulusan ijazah sarjana muda," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini, hari ini.

Beliau mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Pendidikan melakukan penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan perguruan sedia ada agar ganjaran yang diterima setiap guru setimpal dengan sumbangan yang diberikan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bertujuan memartabatkan institusi perguruan di tahap yang sepatutnya memandangkan peranan guru sama dengan tanggungjawab para patriot yang berjuang mempertahankan negara.

Hashim berkata, perbincangan bersama kementerian berhubung perkara tersebut sudah diadakan, tetapi sehingga kini masih belum menemui kata sepakat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 7:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ulama PAN Disingkir Daripada Kesatuan Ulama' Sedunia Pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Ulama Parti Amanah Negara (PAN) Syaikh Abd Ghani Shamsuddin yang juga Timbalan Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia Cawangan Asia Tenggara, lapor Norani AbgMarzuki BangiKuching

Kesatuan Ulama' Sedunia Cawangan Asia Tenggara yang diterajui Abd Ghani adalah salah satu cawangan Kesatuan Uama Dunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi.

Pemberitahuan tentang pemecatan Abd Ghani dimaklumkan oleh Wan Norhaziki Wan Halim yang melawat pimpinan Kesatuan Ulama' Seduniat di Doha baru-baru ini.

Kenyataan lengkap Wan Norhaziki dilapirkan seperti di bawah :

Pesanan dan Amanat Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi, SU Agung Kesatuan Ulama' Sedunia & Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah

Selesai mesyuarat Lembaga Syariah bersama Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi di sebelah pagi, saya telah meluangkan masa melawat Ibu Pejabat Kesatuan Ulama' Sedunia serta menziarahi beliau di rumahnya sebagai memenuhi jemputan peribadinya.

Alhamdulillah, banyak isu semasa yang melanda ummah yang beliau kongsikan kepada saya, berserta beberapa pesanan dan amanat agar saya menyampaikannya kepada mereka yang tidak hadir.

Beliau memulakan pesanannya dengan menyebut tuntutan syarak ke atas nasihat-menasihati antara sesama Muslim tanpa mengira darjat, yang seharusnya diamalkan dan dihidupkan. Setiap insan sentiasa memerlukan nasihat termasuklah ulama' sendiri, berdasarkan hadith Nabi SAW, "Agama itu (tertegak) dengan nasihat…"

Khusus buat umat Islam di Malaysia, beliau berpesan agar bersungguh-sungguh dalam memelihara aqidah ahli sunnah wa al-jama'ah dan berwaspada terhadap segala ancaman Syiah.

Beliau memberikan iktibar terhadap gerakan penghapusan etnik ahli sunnah yang sedang berlangsung dengan giatnya hari ini di Iraq dan Syria serta segala ketidakstabilan politik yang berlaku di lain-lain negara Teluk hari ini merupakan konspirasi puak Syiah yang berpusat di Tehran.

Mereka dikatakan mempunyai perancangan yang penuh rapi lagi strategik dalam merealisasikan misi Syiahnisasi dan Iranisasi.

Menurutnya, puak Syiah sanggup berbuat apa sahaja bahkan bekerjasama dengan kuffar demi memerangi ahli sunnah.

Tambah beliau lagi, Syiah kini sudah mula melebar luaskan pengaruhnya di Afrika bahkan di Indonesia.

Menurut beliau, salah sebuah parti politik di Indonesia hari ini telah dipimpin oleh para penganut Syiah dan kini menganggotai dewan permesyuaratan rakyat.

Justeru beliau memberikan peringatan kepada umat Islam di Malaysia agar jangan sesekali memberi ruang, peluang dan kuasa kepada mana-mana politikus yang disyaki cenderung kepada fahaman Syiah (tasyayyu') kerana mereka amat 'berbahaya'.

Bersabit isu Syiah ini juga, beliau menyatakan bahawa Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia) sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah buku khusus berhubung penyelewengan fahaman Syiah. (Saya terlupa judul buku yang dinyatakannya)

Pesanan beliau yang kedua ialah agar umat Islam bersungguh-sungguh dalam menerapkan nilai-nilai Islam di dalam segenap aspek kehidupan, baik politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya.

Berhubung isu-isu politik terkini di Malaysia, beliau ada menyatakan kepada saya bahawa nama beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah diputarbelit kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah memberikan sokongan dan pengiktirafan (mewakili Kesatuan Ulama' Sedunia) ke atas penubuhan sebuah parti politik baru di Malaysia.

Ini bermula melalui program ziarah delegasi parti politik berkenaan ke rumahnya dan salah seorang dari delegasi tersebut telah bergambar kenangan dengannya.

Syaikh Ali telah mensyaratkan padanya agar tidak mendedahkan foto tersebut kepada umum kerana khuatir seandainya pertemuan tersebut disalah anggap dan diputarbelit oleh pihak-pihak tertentu.

Malangnya, pemimpin tersebut telah berbuat 'khianat' dengan mendedahkannya kepada umum, lalu diada-adakan cerita kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang mewakili Kesatuan Ulama' Sedunia telah memberikan pengiktirafan ke atas penubuhan parti tersebut!

Menurut beliau, Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi enggan bertemu dengan delegasi parti politik baru dari Malaysia itu biarpun telah dimohon.

Sehubungan dengan itu juga, Syaikh Ali meminta saya memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia bahawa Syaikh Abd Ghani Shamsuddin, Timb. Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia Cawangan Asia Tenggara atas faktor-faktor tertentu.

Syaikh Ali menegaskan bahawa pendirian beliau ini adalah persis sebagaimana pendirian Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi serta pendirian rasmi Kesatuan Ulama' Sedunia.

Sebelum pulang, Syaikh Ali telah menghadiahkan saya sebuah buku terbaru beliau yang baru diterbitkan dalam bulan ini berjudul, "Ijarah al-A'yan wa Tatbiqatuha al-Mu'asirah: al-Ijarah al-Muntahiyyah bi al-Tamlik wa Sukuk al-Ijarah", berserta dua lagi buku beliau yang masing-masing berjudul "Hukm al-Istithmar fi al-Islam" dan "Ahkam al-Mabit fi Ayyam al-Tashriq".

Sesungguhnya coretan ini adalah benar dan ianya merupakan amanat beliau kepada saya untuk disampaikan.

Wan Norhaziki Wan Halim
19/01/2016; 2:51 AM
Doha

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 7:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Orang Islam Di negara Bukan Islam.. Malaysia Macam Mana??

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Masjid Gold Coast Australia....cuba kita lihat kasut, wallet, hp ditinggalkan begitu saja...sedangkan Australia bukan negara Islam...

Kredit
Zul Habri‎

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 7:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Fakta Politik Yang Jarang Kita Fikir

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Tulisan ini saya tujukan kepada kengkawan semua agar membuktikan ianya tidak Benar atas semua penyataan saya dibawah ini :

1. Sejak PRU1 hingga ke 11 amat sedikit orang Cina Yang menngundi PAS termasuk APU & BA .Ianya kerana orang Cina fokus pada isu ekonomi & merasakan BN dapat mengekalkan kesinambungan penguasaan ekonomi mereka ?

2. Anwar Dipecat dari jawatan TPM oleh Mahathir dalam keadaan seperti dianiayai .Namun keputusan PRU pada tahun 1999 .Majoriti Melayu mengundi PAS & Keadilan hanya minoriti Cina memberi sokongan pada BA ?

3. Selepas Pak Lah merombak permit mengimport Tepung Gula dan campurtangan lebih agresif syarikat GLC dalam perniagaan terutama dalam barangan runcit .Piliharaya 2008 menunjukkan pergerakan undi kaum Cina kepada pembangkang ?

4. Isu korupsi,kronisma & keadilan sosial sudah lama terjadi & diperjuaangkan oleh parti pembangkang tetapi isu itu bukanlah Isu yang penting bagi pengundi Cina untuk menolak BN .Namun setelah isu ekonomi tercetus dizaman Pak Lah terjadilah apa yang sedang berlaku.Bayangkan sebelum zaman Pak Lah hak mengimport gandum hanya dimiliki oleh seorang Taikun Cina jika dilihat data import Gandum Negara 2015 ( 1 625 000 MT ) kalau satu kg untung 10sen berapa banyak dia untung ??? Kesimpulannya pengundi Cina Tolak BN kerana isu ekonomi ?

5. Fakta menunjukkan sebelum 2008 hanya di kawasan Majoriti Cina mereka mengundi opposition ( DAP ) di kawasan lain mereka memilih BN tanpa mengira calon ?

6.Dewan Perniagaan Cina kurang puasahati kepada Kerajaan Kedah Dibawah pimpinan Ustaz Azizan bukan kerana korupsi @perkauman namun atas isu seperti sukar mendapat permit pusat maksiat dan bimbang dengan dasar islam disamping isu tanah bumiputera dan susah menyogok/merasuah pihak berkuasa ?

7. Perlaksanaan Syariah Islam termasuk Hudud Bukanlah isu besar bagi majoriti Orang Cina .Namun menggangu kepimpinan DAP mendapat support dari sekutu Asing ?

8.Perbalahan PAS/ DAP di Selangor adalah berkisar peruntukan Islam,rumah urut ,konsert maksiat,judi & arak disamping DAP cuba dominan dalam penentuan dasar pemerintahan & agihan peluang bisnes ?

9. Isu Di Pulau Pinang adalah DAP dominan dan cuba menyisihkan PAS dalam penetuan dasar kerajaan Negeri ?

10.DAP yakin PAS tak akan bergabung dengan UMNO tapi perlu difitnah akan bergabung dengan UMNO untuk menarik sebanyak mungkin undi melayu yg marah pada UMNO menyokong PH.Memandangkan DAP sedar majoriti melayu yang tolak UMNO sokong PAS. DAP juga sedar sekiranya PRU14 diadakan hari ini PH bukan sekadar tak mampu menawan putrajaya tapi kemungkinan kehilangan Selangor kerana pertandingan 3 penjuru akan menyebabkan lebih 30 kerusi PR akan kehilangan sekurangnya 20% sokongan ?

11.Pendekatan Berhemah Presiden PAS & kepimpinan PAS Kelantan dalam merundingkan isu membabitkan kepentingan rakyat seperti menangani masalah kesan Banjir Besar .Disamping tindakbalas positif dari pimpinan Umno terutama dalam isu Islam mengusarkan pengundi Cina yang memungkinkan mereka akan memberi kembali kerusi terpilih kepada BN seperti terjadi di PRN Sarawak.Atas alasan ini PAS perlu diserang habis-habisan ?

KESIMPULANNYA : Saya rasa semua Ahli politik tak kira BN,PH&PAS tahu fakta ini tetapi ada segelintir golongan tak bertanggungjawab cuba mencari peluang mengaut kuasa,harta di kesempatan ini.Keloponan yang ada cuba diolah untuk mendapat apa dihajati @ tak sanggup hilang apa yang sedang dikecapi.

Orang Cina Bukanlah musuh Orang Islam.Tetapi mereka akan memusuhi Islam apabila Umat Islam gagal memberi dakhwah kepada mereka.Perbanyakkan usaha Dakhwah disamping menjaga hak kita terhadap Allah terutama solat berjemaah.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: bukitkeplu
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 7:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Ia Adalah Satu Bencana" -ERL Mengaku Tersilap Langkah Naikkan Tambang

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Ingat lagi detik apabila ERL mengumumkan kenaikan tambang KLIA Ekspres dari RM35 ke RM55 akhir tahun lepas?
Tak mungkin anda dah lupa.

a..
a.. Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan struktur tambang baru bagi perkhidmatan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang akan bermula dari 1 Januari 2016.

Ketua Pegawai Operasinya, Noormah Mohd Noor berkata melalui penstrukturan kadar baru itu, tambang akan naik kepada RM55 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA /KLIA2.

Menurutnya, penstrukturan itu adalah yang pertama dilakukan selepas beroperasi selama 14 tahun dan diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

says.com

b.. Macam tak percaya tambang khidmat keretapi yang perjalanannya hanya memakan masa 30 minit boleh naik sampai 47% sekali gus! Kesian rakyat-rakyat marhaen terpaksa menanggung kenaikan kos.

a.. a.. Image via Berita Harian Online/Facebook
b.. a.. Image via Berita Harian Online/Facebook
c.. Dan selepas hampir 6 bulan menaikkan harga tambang, ERL akhirnya mengakui bahawa tindakan tersebut merupakan satu bencana

a.. a.. Image via www.marcopolis.net
CEO ERL, Noormah Mohd Nor.
b.. CEO ERL, Noormah Mohd Nor berkata mereka sentiasa berusaha memenuhi permintaan pelanggan dengan menyediakan servis bertaraf dunia, termasuk meningkatkan frekuensi perjalanan ke KLIA dan menambahbaik infrastruktur serta keselesaan pengguna.

says.com

c.. a.. Image via www.airliners.net
d.. Walaubagaimanapun, ada beberapa masalah yang mereka hadapi terutamanya dari segi menawarkan tambang yang berpatutan kepada pengguna. Maklumlah, ada ramai pengguna yang menggunakan tren ini setiap hari untuk pergi bekerja.

"Antara masalah utama yang kami hadapi ialah persaingan ketat diantara pembekal perkhidmatan transportasi yang lain. Malah, peningkatan kadar tambang sebanyak 47 peratus mulai Januari lalu merupakan satu bencana," ujar Normah.

says.com

d.. Rakyat sudah pun bersuara. Jadi, adakah ERL akan menurunkan harga tambangnya selepas ini? Sama-sama kita tunggu.

a.. a.. Image via The Vocket/Facebook
e.. Statistik menunjukkan seramai 30 juta pengguna telah menggunakan servis ERL sejak ianya dilancarkan pada tahun 2002

a.. Dan ERL mensasarkan jumlah pengguna sebanyak 3.5 juta sehari, sama seperti laluan tren Narita Express yang menghubungkan Shinjuku ke Lapangan Terbang Narita di Jepun.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 7:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lelaki ini meneruskan solat walaupun tubuhnya sedang terbakar

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Pihak kami tidak dapat mengesahkan dimana kejadian ini berlaku. Begitu tinggi iman beliau . Beliau sedang bersolat tapi dibakar namun beliau tetap meneruskan solat hingga selesai walaupun dalam keadaan terbakar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 7:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Remaja Perempuan Maut Disula Dengan Batang Cangkul

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

TANGERANG - Mayat seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditemui tanpa seurat benang oleh tiga rakan sekerjanya pada jam 9 pagi di dalam sebuah bilik 13 Mei lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, tiga suspek didakwa telah memperkosakan mangsa, Enno Fariah, sebelum salah seorang dari suspek menendang masuk batang cangkul ke dalam kemaluan mangsa, manakala dua lagi suspek menahan tangan mangsa.

Lapor Tribunnews.com, batang cangkul yang panjang 60 sentimeter itu telah menembusi rongga dada sehingga mengoyakkan hati, paru-paru dan tulang leher mangsa patah akibat hentakkan kayu cangkul tersebut.

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat kecederaan parah di organ penting.

Berdasarkan siasatan polis, mangsa masih hidup ketika disula dengan cangkul. Polis juga menemui sejumlah bukti seperti kesan tapak kaki yang jelas, kesan DNA, telefon bimbit, cangkul, pakaian dan garfu.

Pada malam kejadian, teman lelaki mangsa yang baru dikenali sebulan lebih, Ram, 16, telah datang ke asrama mangsa dan mereka sempat bercumbuan. Ram bagaimanapun telah mengajak mangsa bersetubuh, namun ditolak dan beredar pergi meninggalkan teman lelakinya itu.

Ram kemudiannya telah bertemu dengan dua lagi suspek, Imam Hapriadi, 24, dan Rahmad Arifin, 24, bersepakat untuk memperkosa mangsa.

Berita itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di Indonesia yang rata-ratanya mahukan ketiga-tiga suspek itu dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Polis Dedah Punca Gadis Dirogol, Dirodok Cangkul, 3 Ditahan
siakapkeli.my

JAKARTA - INDONESIA - Pihak polis hari ini mendedahkan motif pembunuhan seorang gadis, Enno Farihah, 19, yang dirogol dan dirodok dengan gagang cangkul pada kemaluannya.

Menurut polis, motif perbuatan itu adalah kerana sakit hati, lapor Tempo.co.

Susulan kes itu, tiga suspek ditahan. Ketiga-tiga mereka, Imam Alis, 24, Arif Alias, 24 dan Rai, 16, ditahan pihak berkuasa.

Pegawai polis berkata, motif individu setiap suspek adalah:

a.. Arif - kerana sering diejek hodoh
b.. Rai - hajat untuk bersetubuh ditolak
c.. Imam - kerana cinta ditolak.
"Ketiga-tiga pelaku tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan Awi berkata, pihak polis masih meneruskan siasatan terperinci mengenai kes ini," ujar pegawai terbabit.

Polis juga berkata, pembunuhan kejam itu berlaku ketika Rai yang mengaku kekasih mangsa, mengunjungi gadis itu di asrama tempat dia bekerja di Banten pada 12 Mei lalu.

Rai mengaku dia sempat bercium dengan mangsa namun gadis itu menolak ajakan untuk melakukan seks.

Rai yang kesal dengan tolakan gadis itu kemudian meninggalkan bilik berkenaan dan bertemu dengan dua lagi pelaku Imam dan Arif.

Ketiga-tiga mereka kemudian berpakat untuk memperkosa mangsa biarpun mereka tidak menganali antara satu sama lain dan hanya mengenali mangsa.

Eno ditemui dalam keadaan bogel dan hanya ditutupi bantal dan pakaiannya dengan banyak kesan luka dan pemegang cangkul masih pada kemaluannya.

Menurut polis, mangsa ditekap dengan bantal sehingga lemas selepas memperkosa mangsa sebelum suspek mengambil cangkul dan merodok ke kemaluan wanita itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 22, 2016 7:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



TANDA AKHIR ZAMAN
bloglist-malaysia.blogspot
tukartiub.blogspot
Posted by Tukar Tiub

Suara Rakyat
Bila manusia jadi bodoh daun kering & kabel dlm longkang pula yg disalahkannya..
Benarlah.. Akhir Zaman Kekuasaan Dipegang Oleh Orang-Orang Bodoh & Zalim

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: