Sunday, May 15, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4494[1 Attachment]

15 Messages

Digest #4494
2
Fw: Mangsa Kencing Tikus Selepas Berkelah by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Nissan Cadang Beli Mitsubishi by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Dah Batal Astro, Tapi Bil Datang Lagi by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Aksi wanita kencing dalam lif by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
9
Fw: MULIA SUNGGUH AKHLAK MU WAHAI UNCLE by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10
12
Fw: PEROKOK TEGAR, BENARKAH PERKARA INI? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
13
14
Fw: Kerana Doa Seorang Ibu Kepada Anaknya by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun May 15, 2016 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Doktor Selamatkan Tangan Budak Lelaki Tersepit Di Eskalator Orang Ramai Hanya Melihat Sahaja
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

PETALING JAYA: Dr Dalvinder Singh, 29, baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dari Kuching pada Jumaat apabila beliau melihat seorang bapa sedang memegang anaknya yang berusia dua tahun di bahagian bawah eskalator.

"Mula-mula saya ingatkan kanak-kanak itu terjatuh sehinggalah saya melihat tangan kanak-kanak itu tersepit di eskalator sehingga paras lengan.

"Kanak-kanak itu menangis dan saya tidak melihat sesiapa pun yang cuba untuk membantu," katanya.

Beliau juga terkejut apabila mendengar bahawa bapa kanak-kanak itu telah menunggu bantuan selama 15 minit.

"Orang ramai yang melihat kejadian itu mengeluarkan telefon dan mengambil video tetapi tidak ada yang membantu."

Selepas memeriksa kanak-kanak itu di mana lengannya sudah kelihatan 'biru', beliau mula bertindak dengan membantu dua kakitangan penyelenggaraan lapangan terbang yang cuba membuka bahagian eskalator itu.

Lengan kanak-kanak itu akhirnya berjaya dilepaskan selepas beberapa minit, tetapi ia mengalami pendarahan dan luka.

Mangsa segera diberikan pertolongan cemas dan selepas terburu-buru mengucapkan terima kasih, budak lelaki itu segera dibawa ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.

Bagi doktor itu yang berkhidmat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, beliau gembira dapat membantu kanak-kanak tersebut, namun kejadian itu juga telah meninggalkan sesuatu yang pahit buat dirinya.

"Apa gunanya menyiarkan gambar kejadian itu dan menulis 'oh sedihnya'? Mengapa tidak membantu?" soal beliau.

"Tidak ada orang yang boleh membantu semua orang tetapi semua orang boleh membantu seseorang."

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.48 malam dan operasi menyelamat dibuat pada pukul 9.40 malam.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Klinik Perubatan Menara di KLIA.

-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/doktor-selamatkan-tangan-budak-lelaki.html#ixzz48hXh11P6
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 7:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mangsa Kencing Tikus Selepas Berkelah Meninggal Dunia
siakapkeli.my

SEREMBAN, 15 Mei – Seorang mangsa penyakit kencing tikus meninggal dunia petang kelmarin di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar di sini.

Lelaki terbabit disyakit dijangkit penyakit terbabit selepas berkelah di kawasan rekreasi Jeram Toi.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa, 20-an, ditahan wad pada 10 Mei lalu.

"Setelah menjalani pemeriksaan dan disahkan dijangkiti penyakit kencing tikus mangsa terus ditempatkan di ICU namun, meninggal dunia petang semalam," katanya.

Bagaimanapun, dua mangsa lain yang berumur 37 dan 22 tahun yang ditempatkan di wad hospital sama dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Sementara dua lagi mangsa yang berusia 42 dan 15 tahun menerima rawatan di Hospital Besar Melaka (HBM) dan masing-masing seorang di ICU dan wad biasa," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Nissan Cadang Beli Mitsubishi

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


TOKYO: Nissan Motor mengesahkan sedang dalam perbincangan untuk mengambil alih saham syarikat permotoran yang dilanda skandal ketika ini, Mitsubishi Motors dengan nilai AS$1.8 bilion (RM7.22 bilion) yang seterusnya akan membentuk kumpulan automotif mega.

Jika perjanjian tersebut dimuktamadkan, ia akan membentuk firma yang akan menjadi pesaing gergasi automotif seperti Toyota dan Volkswagen dari segi jumlah jualan.
"Nissan dan Mitsubishi sedang mengadakan rundingan mengenai pelbagai perkara termasuk modal kerjasama tetapi belum ada keputusan yang dibuat lagi.

"Kami bercadang untuk membincangkan perkara ini dan perkara-perkara lain pada mesyuarat ahli lembaga pengarah hari ini," kata Nissan dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, Mitsubishi Motors juga memberitahu, syarikat tersebut juga akan membincangkan isu terbabit dalam mesyua­rat lembaga pengarah hari ini.

Pengumuman tersebut mendorong minat pembelian saham Mitsubishi di Bursa Saham Tokyo dan harga saham itu dijangka melonjak 16 peratus ketika mula dagangan.

Pengumuman itu dibuat berikut­an laporan media Jepun yang me­ngatakan kedua-dua firma terbabit berada di peringkat akhir runding­an untuk Nis­san membeli kepen­tingan 34 peratus Mitsubishi yang kini dilanda skandal.

Pengambilalihan tersebut akan menjadikan Mitsubishi di bawah kawalan Nissan dan Mitsubishi Heavy Industries akan memegang 20 peratus kepentingan.

Gabungan jualan global pakatan Renault-Nissan dan Mitsubishi Motors dijangka melebihi 9.5 juta unit berbanding 10.15 juta jualan tahunan oleh Toyota dan 9.9 juta unit jualan oleh Volkswagen, kata saluran berita kebangsaan Jepun, NHK.

- AFP

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dah Batal Astro, Tapi Bil Datang Lagi : Cara Wanita ini Tegakkan Hak Sebagai Pengguna Menjadi Viral
siakapkeli.my

15 Mei - Beberapa hari lepas, seorang pengguna Facebook, Novianti Mohd Zain, telah berkongsi satu status di Facebook yang menceritakan kronologi bagaimana dia membatalkan langganan Astro menjadi viral.

Menurut Novianti, pada mulanya dia hanya membuat pembatalan menerusi panggilan telefon tetapi bil bulan-bulan selepas itu tetap juga datang.

Selepas beberapa bulan, barulah kes pembatalan ini selesai dan Novianti berkongsi kronologi bagaimana dia menyelesaian masalah itu di Facebook dengan tujuan agar orang ramai berani untuk menegakkan hak sebagai pelanggan.

Jom lihat bagaimana Novianti menyelesaikan masalah ini.

《Hikayat Aku & Astro》

BUTIR-BUTIR TUNTUTAN : PELANGGAN MENENTANG ASTRO

23 Feb 2016
Saya telefon Astro Call Centre untuk menamatkan perkhidmatan langganan Astro. Saya diberitahu perlu menjelaskan bayaran 1 Bulan Notis jika ingin menamatkan perkhidmatan iaitu sebanyak RM46.20 dalam masa 2 hari.

24 Feb 2016
Saya menyelesaikan bayaran notis 1 bulan itu menggunakan perkhidmatan perbankan internet (Cimbclicks) sebanyak RM46.20 (bererti saya boleh lagi menikmati tayangan Astro sehingga 24 Mac).
*Rujuk lampiran

6 @ 7 Mac 2016
Wakil Astro menelefon saya untuk bertanya :
i) Adakah saya masih menerima bil astro?
Saya jawab TIDAK (ketika ini saya tidak menerima bil)
ii) Adakah saya pasti ingin menamatkan langganan Astro?
Saya jawab YA.
**Panggilan ini dibuat ketika saya masih berada di pejabat.

- Sebaik saya pulang ke rumah, saya dapati servis seperti sudah ditamatkan kerana tv gelap seperti tidak menerima apa-apa isyarat walaupun cuaca tidak hujan dan lampu decoder menyala. (Saya amat kecewa kerana masih belum cukup 1 bulan notis). Tetapi saya diamkan sahaja kerana tidak mahu membazir bil telefon dan masa saya menelefon call centre.

- Saya terus mencabut wayar kuasa Astro dan menyimpan dekoder. (Saya tidak lagi menggunakan langganan siaran Astro)

3 April 2016
- Tiba-tiba saya menerima kembali bil bagi bulan April daripada Astro (*nota: Bil Mac tidak diterima) berjumlah RM 39.45

- Saya telefon Astro untuk bertanyakan status akaun saya.dan mereka menyatakan status akaun saya AKTIF. Saya terkejut dan merasa amat kecewa kerana bayaran notis penamatan telah dibuat dan wakil Astro juga telah menelefon saya untuk tujuan kepastian menamatkan servis langganan.

Pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut menyatakan akan menyemak kembali dakwaan saya mengenai panggilan (6 @ 7 Mac) wakil Astro kepada saya. Beliau menyatakan akan menelefon saya kembali dalam masa 48 jam dan jika dakwaan saya salah, saya perlu melunaskan juga bil.

- Selepas 48 jam, tiada wakil Astro yang menelefon saya.

28 April 2016
Saya menelefon Astro. Mereka mengesahkan tentang panggilan yang telah saya buat pada 3 April dan bertanyakan adakah wakil Astro yang menghubungi saya selepas tarikh tersebut? Saya jawab TIADA. Sekali lagi mereka berjanji untuk menghubungi saya dalam masa 48 jam untuk pengesahan status akaun saya. Tetapi selepas 48 jam, tiada panggilan balas daripada Astro.

5 Mei 2016
Saya menerima bil bulan Mei berjumlah RM 81.80.

11 Mei 2011
- Saya memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kerana merasa telah dianiaya oleh Astro dengan niat melengah-lengahkan aduan saya disamping bil terkumpul yang semakin banyak tertunggak.

- Saya dengan ini , memohon agar saya diberi pengecualian daripada membayar bil Astro bermula tarikh 24 Mac 2016 sehingga kes tuntutan ini selesai.
(** Disertakan bersama bukti pembayaran dan bil)

********************************************************************

11 Mei 2016
- Setelah menyerahkan borang tuntutan ke Tribunal Pengguna, saya juga menghantar 1 salinan borang tuntutan saya kepada Astro menggunakan Pos Berdaftar (wajib).

- Tarikh sebutan kes ialah pada 16 Jun 2016. Dimana saya akan bersemuka dgn wakil Astro.
12 Mei 2016 (24 hours after report)

- Saya mendapat panggilan daripada wakil Astro, mereka menyatakan akaun saya akan segera ditamatkan dan bil tertunggak yang dihantar kepada saya akan dipadamkan (erase).

ALHAMDULILLAH..
**********************************
Tujuan saya berkongsi pengalaman saya ini, supaya jika ada mereka yg sedang mengalami situasi seperti saya ini, tolong jangan biarkan kita dianiaya & dibuli oleh syarikat yang ternama hanya kerana takut (ada macam2 jenis takut..takut kena saman oleh Astro kerana tak bayar bil, takut bnyk kerja kena naik turun pejabat sana sini, takut pd akhirnya kita juga yg terkena balik & mcm2 jenis takut lg).

Kita ada hak kita sebagai pengguna walaupun saya amik pakej yg plg murah. Fight for your right. Bawa semua bukti & halakan kekecewaan kita kepada pihak yg betul. Insya Allah..jika rezeki kita Alhamdulillah.tp jika tiada rezeki, tidak mengapa..sekurang-kurangnya kita berusaha membela diri kita & tidak membiarkan mereka berterusan 'merompak' kita.

- Ditulis semula untuk paparan di Siakapkeli.my

Novianti Mohd Zain
12 May at 08:13 ·
《Hikayat Aku & Astro》

BUTIR-BUTIR TUNTUTAN : PELANGGAN MENENTANG ASTRO

23 Feb 2016
Saya telefon Astro Call Centre untuk menamatkan perkhidmatan langganan Astro. Saya diberitahu perlu menjelaskan bayaran 1 Bulan Notis jika ingin menamatkan perkhidmatan iaitu sebanyak RM46.20 dalam masa 2 hari.

24 Feb 2016
Saya menyelesaikan bayaran notis 1 bulan itu menggunakan perkhidmatan perbankan internet (Cimbclicks) sebanyak RM46.20 (bererti saya boleh lagi menikmati tayangan Astro sehingga 24 Mac).
*Rujuk lampiran

6 @ 7 Mac 2016
Wakil Astro menelefon saya untuk bertanya :
i) Adakah saya masih menerima bil astro?
Saya jawab TIDAK (ketika ini saya tidak menerima bil)
ii) Adakah saya pasti ingin menamatkan langganan Astro?
Saya jawab YA.
**Panggilan ini dibuat ketika saya masih berada di pejabat.

- Sebaik saya pulang ke rumah, saya dapati servis seperti sudah ditamatkan kerana tv gelap seperti tidak menerima apa-apa isyarat walaupun cuaca tidak hujan dan lampu decoder menyala. (Saya amat kecewa kerana masih belum cukup 1 bulan notis). Tetapi saya diamkan sahaja kerana tidak mahu membazir bil telefon dan masa saya menelefon call centre.
- Saya terus mencabut wayar kuasa Astro dan menyimpan dekoder. (Saya tidak lagi menggunakan langganan siaran Astro)

3 April 2016
- Tiba-tiba saya menerima kembali bil bagi bulan April daripada Astro (*nota: Bil Mac tidak diterima) berjumlah RM 39.45
- Saya telefon Astro untuk bertanyakan status akaun saya.dan mereka menyatakan status akaun saya AKTIF. Saya terkejut dan merasa amat kecewa kerana bayaran notis penamatan telah dibuat dan wakil Astro juga telah menelefon saya untuk tujuan kepastian menamatkan servis langganan. Pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut menyatakan akan menyemak kembali dakwaan saya mengenai panggilan (6 @ 7 Mac) wakil Astro kepada saya. Beliau menyatakan akan menelefon saya kembali dalam masa 48 jam dan jika dakwaan saya salah, saya perlu melunaskan juga bil.
- Selepas 48 jam, tiada wakil Astro yang menelefon saya.

28 April 2016
Saya menelefon Astro. Mereka mengesahkan tentang panggilan yang telah saya buat pada 3 April dan bertanyakan adakah wakil Astro yang menghubungi saya selepas tarikh tersebut? Saya jawab TIADA. Sekali lagi mereka berjanji untuk menghubungi saya dalam masa 48 jam untuk pengesahan status akaun saya. Tetapi selepas 48 jam, tiada panggilan balas daripada Astro.

5 Mei 2016
Saya menerima bil bulan Mei berjumlah RM 81.80.

11 Mei 2016
- Saya memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kerana merasa telah dianiaya oleh Astro dengan niat melengah-lengahkan aduan saya disamping bil terkumpul yang semakin banyak tertunggak.
- Saya dengan ini , memohon agar saya diberi pengecualian daripada membayar bil Astro bermula tarikh 24 Mac 2016 sehingga kes tuntutan ini selesai.
(** Disertakan bersama bukti pembayaran dan bil)

********************************************************************

11 Mei 2016
- Setelah menyerahkan borang tuntutan ke Tribunal Pengguna, saya juga menghantar 1 salinan borang tuntutan saya kepada Astro menggunakan Pos Berdaftar (wajib).
- Tarikh sebutan kes ialah pada 16 Jun 2016. Dimana saya akan bersemuka dgn wakil Astro.

12 Mei 2016 (24 hours after report)
- Saya mendapat panggilan daripada wakil Astro, mereka menyatakan akaun saya akan segera ditamatkan dan bil tertunggak yang dihantar kepada saya akan dipadamkan (erase).

ALHAMDULILLAH..

**********************************
Tujuan saya berkongsi pengalaman saya ini, supaya jika ada mereka yg sedang mengalami situasi seperti saya ini, tolong jangan biarkan kita dianiaya & dibuli oleh syarikat yang ternama hanya kerana takut (ada macam2 jenis takut..takut kena saman oleh Astro kerana tak bayar bil, takut bnyk kerja kena naik turun pejabat sana sini, takut pd akhirnya kita juga yg terkena balik & mcm2 jenis takut lg).

Kita ada hak kita sebagai pengguna walaupun saya amik pakej yg plg murah. Fight for your right. Bawa semua bukti & halakan kekecewaan kita kepada pihak yg betul. Insya Allah..jika rezeki kita Alhamdulillah.tp jika tiada rezeki, tidak mengapa..sekurang-kurangnya kita berusaha membela diri kita & tidak membiarkan mereka berterusan 'merompak' kita.

‪#‎tegakkanhakpengguna‬
‪#‎astro‬
‪#‎fightforyourright‬
‪#‎jangantakut‬
‪#‎beranikeranabenar‬

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Aksi wanita kencing dalam lif viral

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Tindakan tidak senonoh seorang wanita membuang air kecil dalam lif memakan dirinya sendiri apabila kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatannya itu tersebar di media sosial.

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, wanita itu kini bukan sahaja menerima kecaman netizen, malah pihak berkuasa turut menggunakan rakaman CCTV untuk mengesan wanita itu dan juga rakannya yang turut berada dalam lif berkenaan.

Memetik laporan sama, ‎wanita itu dikatakan masuk ke dalam lif yang kosong bersama rakan lelakinya dan terus duduk mencangkung membuang air di lantai lif sementara rakannya menunggu di hadapannya.

Sesudah menyelesaikan 'urusannya', lelaki dan wanita tersebut keluar secara tergesa-gesa dari lif.

Insiden tersebut yang mengambil tempat ‎di sebuah pusat beli-belah di bandar besar itu telah mengundang kemarahan orang ramai yang terus menerus menggesa pihak berkuasa mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pasangan tersebut. – Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun May 15, 2016 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelajar Makan Nestum Untuk Berjimat Beli Buku Dapat Anugerah UiTM
siakapkeli.my

Seorang penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) UiTM Perlis mendedahkan dia sanggup mengikat perut kerana hendak menyimpan wang supaya boleh membeli buku tambahan.

Anis Najwa Abdul Wahab, 23, yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, mendedahkan dia sanggup menahan lapar dan hanya makan nestum dua kali sehari untuk mengganti nasi.

"Syukur....segala usaha saya berhasil apabila dipilih antara 43 penerima ANC pada konvokesyen ke-84 UiTM Perlis," katanya ketika ditemui selepas majlis itu di Dewan Semarak UiTM di Arau, hari ini.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79 berkata dia ditawarkan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah memperoleh PNGK 4.00 pada semester pertama.

Menurut Najwa, dia sentiasa berfikiran positif dan cuba untuk mendapat anugerah dekan pada setiap semester.

"Saya sanggup menipu mak dan abah tentang keadaan saya (tidak cukup wang) dan hanya berkongsi cerita yang menyenangkan hati mereka sahaja kerana saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa saya.

"Mereka banyak berkorban untuk saya dan abang, Muhammad Farid, 24, yang mengikuti pengajian Sarjana di United Kingdom," kata Anis Najwa sebagaimana lapor Bernama.

Ibunya, Normaizan Kassim, 55, yang juga seorang pereka grafik di Utusan Melayu ketika ditemui pemberita menangis kegembiraan atas kejayaan anaknya itu.

"Saya dan suami Abdul Wahab Aziz, 60, bekas penyunting di Harian Metro tidak putus-putus berdoa untuk kejayaan anak kami. Hari ini baru saya tahu dia (Anis Najwa) rahsiakan kesusahannya, namun kami sangat-sangat bersyukur," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MENANGIS POLIS TRAFIK BILA TENGOK GAMBAR NI...
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kereta Buatan Barat Hanya Indah Khabar Daripada Rupa

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Kereta buatan Jerman bukanlah seperti apa yang digambarkan mengikut kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat pengendali insurans kenderaan yang berpangkalan di United Kingdom

Warranty Direct yang menjalankan kajian mereka ke atas 36 buah kenderaan model terkemuka buatan pelbagai negara telah mendedahkan bahawa jenama kenderaan seperti Audi, BMW dan Volkswagen mempunyai kadar kerosakan enjin yang paling teruk berbanding dengan kenderaan jenama lain.

Di tangga teratas senarai jenama kenderaan yang paling kerap mengalami masalah kerosakan enjin adalah MG Rover yang merupakan buatan Britain dan diikuti oleh jenama Audi yang merupakan buatan Jerman.

Manakala, Warranty Direct turut menyenaraikan kenderaan yang reliable berdasarkan kajian mereka di mana jenama buatan Jepun seperti Honda berada di tempat teratas dan diikuti dengan Toyota di tangga kedua. Manakala, di tangga ketiga adalah jenama Mercedes Benz yang merupakan buatan Jerman.

Menurut Duncan McClure yang merupakan Pengarah Urusan Warranty Direct, kerosakan enjin merupakan sebuah kerosakan yang paling tinggi kos baikpulih dan ini menjadikanengine realibilty merupakan faktor yang paling penting untuk dipertimbangan semasa membuat pilihan untuk pembelian sesebuah kenderaan.

Senarai Top 5 Jenama Kenderaan Terbaik

Manufacturer Failure rate (%) Failure rate (1 in x)
1 Honda 0.29% 1 in 344
2 Toyota 0.58% 1 in 171
3 Mercedes 0.84% 1 in 119
4 Volvo 0.90% 1 in 111
5 Jaguar 0.98% 1 in 103

Senarai Top 5 Jenama Kenderaan Paling Teruk
Manufacturer Failure rate (%) Failure rate (1 in x)
1 MG Rover 7.88% 1 in 13
2 Audi 3.71% 1 in 27
3 MINI 2.51% 1 in 40
4 Saab 2.49% 1 in 40
5 Vauxhall 2.46% 1 in 41

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MULIA SUNGGUH AKHLAK MU WAHAI UNCLE
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bahaya Tidur Menggunakan Kipas Angin??

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Kipas angin yaitu salah satu langkah alternatif untuk menggerakkan angin jadi lebih dinamis hingga hawa tidak terlalu panas. Dulu orang memakai kipas angin buatan berbahan simpel, namun saat ini kipas angin sudah menjelma jadi benda moderen yang bisa bekerja terus menerus selama malam.

Beberapa orang memakai kipas dengan angin yang menghadap segera pada badan waktu tidur, cara ini memanglah menyenangkan dan bikin tidur lebih lelap, namun angin yang terus menerus menerpa tubuh selama malam juga beresiko untuk kesehatan bahkan bisa menyebabkan kematian.

Di artikel gudanginfo. net kali ini kita bakal mengulas kenapa kita tidak bisa memakai kipas angin yang segera menghadap pada badan, berikut ini penjelasannya.

1. Badan kekurangan oksigen

Bahaya yang paling serius dari memakai kipas angin waktu tidur yaitu badan jadi kekurangan oksigen. Hal ini terlebih bila arah kipas angin segera diperuntukkan ke muka pada ruang yang tidak mempunyai fentilasi.

2. Suhu badan alami penurunan drastis

Tidur dengan kipas angin bakal turunkan suhu tubuh secara drastis. Bila pergantian ini berlangsung dengan cara mendadak jadi desakan darag serta sistem pernapasan bakal terganggu. Serta akibat paling fatalnya yaitu manfaat jantung dan paru-paru tidak berperan maksimal.

3. Alami hipotermia serta dehidrasi

Seseorang pakar syaraf, Dr. Wendra Ali, menyampaikan waktu seorang ada dalam ruang dingin dalam waktu yang lama jadi badan bakal alami kekeringan akibat hawa dingin bakal menyerap air pada badan. Bila berlangsung terus menerus selama malam jadi kelembapan badan bakal menurun hingga akhirnya berlangsung hipotermia.

4. Penyakit Bell Palsy

Penyakit ini dimaksud juga kelumpuhan, namun bukanlah pada badan tetapi di wajah. Orang yang kerap tidur malam dengan kipas angin mempunyai risiko penambahan kemelut pada system syaraf dikarenakan suhu dingin yang menimpa muka terus menerus selama malam, akibatnya muka jadi tegang, susah senyum atau berekspresi

5. Menyebabkan kematian

Kematian mendadak bisa dihadapi oleh mereka yang memakai kipas angin selama malam waktu tidur, terlebih pada ruang yang tidak mempunyai fentilasi untuk keluar masuknya hawa. Hal ini disebabkan karena ada peningkatan kandungan CO2 dan penurunan O2 dalam ruangan.

Sekian sebagian bahaya tidur memakai kipas angin. Baiknya janganlah mengarahkan kipas secara segera ke tubuh dan janganlah tidur dalam ruang yang buruk sistem fentilasinya.

Semoga berguna, janganlah lupa click Like dan Berikan artikel ini ke rekan yang lain.

http://www.edukasikesehatan17.com/2016/05/saudara-saudaraku-semua-ketahuilah-ini.html

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Viral Kononnya 'Doktor Sengaja Siat Kaki Pesakit' : Pemviral Tampil Buat Permohonan Maaf
siakapkeli.my

15 Mei - Susulan viral satu posting yang mengecam tindakan doktor di sebuah hospital yang kononnya menganiaya dengan 'menyiat kaki ibunya', lelaki yang memviralkan perkara itu akhirnya tampil memohon maaf.

Zulkifli bin Halid, membuat permohonan maaf itu di laman Facebooknya semalam dengan berkata postingnya yang viral itu ditulis dengan dorongan perasaan marah dan kecewanya ketika itu.

"Tolong viralkan..

"Assalamualaikum.. Saya zulkifli bin halid.. Dengan rasa bersalah memohon maaf keatas "Viral" yang telah tersebar..

"Dengan ayat kecaman dan hinaan terhadap hospital selayang dan doktor yang terlibat.. Yang pada ketika itu didorong perasaan marah dan kecewa dengan apa yg terjadi kepada ibu saya..", tulis Zulkifli.

Selain itu, beliau berkata biarpun telah diberi penjelasan oleh beberapa pakar pada 12/5, dia hanya jelas tentang perkara itu apabila diberi penjelasan lengkap oleh seorang doktor yang bernama Rosdi semalam.

"Penjelasan yg diberikan oleh beberapa doktor pakar hospital pada 12/5 tidak dapat diterima oleh saya dan keluarga kerana pada waktu itu kami merasakan hak kami dan ibu masih dinafikan..

"Dan selepas mendapat penjelasan lengkap oleh doktor rosdi.. Pada jam 4.45pm 14/5.. Barulah semuanya jelas..", katanya.

Selain itu beliau juga turut berterima kasih kepada doktor yang terpaksa membuat keputusan sukar untuk pembedahan itu dan juga kerana terpaksa bersabar dengan karenah ahli keluarga.

"Kesilapan hospital hanyalah information kepada waris sebelum dan selepas pembedahan.. Terima kasih kepada doktor yg terpaksa membuat keputusan yg sukar semasa pembedahan ibu saya dan bersabar dengan kerenah kami..

"Penjelasan tentang pembedahan yg diberikan oleh dr rosdi juga sangat jelas.. Kerana ada tricky.. Iaitu keadaan yg tak disangka dan perlu membuat keputusan segera..

"Jenis kuman juga telah diberitahu dan antibiotik yg sesuai juga telah diberikan.. Saya memohon maaf kepada doktor atau pakar lain yg ada memberi penjelasan di fb tetapi saya masih tidak dapat terima.. Sekali lagi dengan rasa tanggungjawab..

"Saya memohon maaf kepada pihak hospital.. Pengarah.. Timbalan pengarah hospital.. Doktor2 dan semua yang terlibat.. Terima kasih kerana bersabar dengan orang bodoh ini iaitu saya.. Sekali lagi.. Maafkan saya dan keluarga saya.. Assalamualaikum wbt..", kata Zulkifli mengakhiri nukilannya itu. - Siakapkeli.my

Zul Halid
‪#‎PERJUANGKAN_HAK_IBU‬

TOLONG VIRALKAN..

ASSALAMUALAIKUM.. SAYA ZULKIFLI BIN HALID.. DENGAN RASA BERSALAH MEMOHON MAAF KEATAS "VIRAL" YANG TELAH TERSEBAR.. DENGAN AYAT KECAMAN DAN HINAAN TERHADAP HOSPITAL SELAYANG DAN DOKTOR YANG TERLIBAT.. YANG PADA KETIKA ITU DIDORONG PERASAAN MARAH DAN KECEWA DENGAN APA YG TERJADI KEPADA IBU SAYA.. PENJELASAN YG DIBERIKAN OLEH BEBERAPA DOKTOR PAKAR HOSPITAL PADA 12/5 TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH SAYA DAN KELUARGA KERANA PADA WAKTU ITU KAMI MERASAKAN HAK KAMI DAN IBU MASIH DINAFIKAN.. DAN SELEPAS MENDAPAT PENJELASAN LENGKAP OLEH DOKTOR ROSDI.. PADA JAM 4.45PM 14/5.. BARULAH SEMUANYA JELAS.. KESILAPAN HOSPITAL HANYALAH INFORMATION KEPADA WARIS SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN.. TERIMA KASIH KEPADA DOKTOR YG TERPAKSA MEMBUAT KEPUTUSAN YG SUKAR SEMASA PEMBEDAHAN IBU SAYA DAN BERSABAR DENGAN KERENAH KAMI.. PENJELASAN TENTANG PEMBEDAHAN YG DIBERIKAN OLEH DR ROSDI JUGA SANGAT JELAS.. KERANA ADA TRICKY.. IAITU KEADAAN YG TAK DISANGKA DAN PERLU MEMBUAT KEPUTUSAN SEGERA.. JENIS KUMAN JUGA TELAH DIBERITAHU DAN ANTIBIOTIK YG SESUAI JUGA TELAH DIBERIKAN.. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA DOKTOR ATAU PAKAR LAIN YG ADA MEMBERI PENJELASAN DI FB TETAPI SAYA MASIH TIDAK DAPAT TERIMA.. SEKALI LAGI DENGAN RASA TANGGUNGJAWAB.. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA PIHAK HOSPITAL.. PENGARAH.. TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL.. DOKTOR2 DAN SEMUA YANG TERLIBAT.. TERIMA KASIH KERANA BERSABAR DENGAN ORANG BODOH INI IAITU SAYA.. SEKALI LAGI.. MAAFKAN SAYA DAN KELUARGA SAYA.. ASSALAMUALAIKUM WBT..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



NAK TANYA KEPADA PEROKOK TEGAR, BENARKAH PERKARA INI?
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



El Nino – Buruk Untuk Kita, Baik Untuk Orang Lain?
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot.

Boleh saya tahu di mana anda tinggal? Tempat tinggal saya di Shah Alam hari-hari panas terik. Sudah agak lama hujan tidak turun. Bahang panas cukup terasa sejak beberapa minggu yang lalu lagi. Dan saya cukup terkesan dengan cuaca panas ini.

Seawal pukul 11 pagi dah mula terasa bahang panasnya. Kipas selalu full blast. Mandi pun agak kerap. Sebab badan terasa tak selesa. Bila dapat mandi, terasa segar sikit. Pokok yang saya tanam dalam pasu, kalau tak disiram sehari, dah macam nak mati pokok tu. At least kena siram 2 kali sehari. Kalau dulu, sehari sekali pun dah ok. Tempat anda bagaimana?

"Bestnya kalau hujan… sejuk sikit."

Kekadang terkeluar juga dari mulut. Bila difikir balik, beristighfar panjang saya. Segala yang terjadi adalah dengan ketentuan Allah. Ada kebaikan yang Allah nak tunjukkan kepada hamba-hambanya yang berfikir. Allah yang tentukan hujan di tempat yang Dia kehendaki. Dan Allah jualah yang tentukan panas terik di tempat yang Dia kehendaki. Yakinlah cuaca panas yang melanda kita sekarang ini dan El-Nino yang bakal kita hadapi nanti ada hikmahnya jika kita lihat dari sudut yang positif.

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Saya kekadang mengeluh dengan cuaca panas ini. Tetapi saya semakin sedar, kadang-kadang buruk untuk kita, tidak semestinya buruk untuk orang lain. Ada kalanya, apa yang kita rasa buruk, sebenarnya cukup baik untuk orang lain. Seperti cuaca panas terik ini, bagi saya mungkin tak berapa selesa dengan bahang panas seharian. Tetapi bagi peniaga-peniaga terutamanya yang menjual air, mereka sangat bersyukur dengan cuaca panas ini. Dengan cuaca panas inilah yang menyebabkan orang ramai terasa haus dan ingin membeli air minuman daripada mereka. Tidak hairanlah jika keuntungan menjual air menjadi berlipat kali ganda ketika musim panas ini.

Peniaga-peniaga lain juga turut gembira dengan cuaca panas ini. Bayangkan peniaga-peniaga pasar malam atau penjaja di tepi jalan jika hari hujan. Selalunya jualan mereka akan merosot. Dengan cuaca baik, panas seharian dan tidak hujan ini seolah-oleh memberi rezeki lebih untuk mereka.

Pengusaha bisnes cuci kereta juga mendapat manfaat daripada cuaca panas ini. Peratusan orang ramai untuk mencuci kereta ketika cuaca baik dan panas adalah lebih tinggi berbanding hari hujan dan musim tengkujuh. Ini kerana membasuh kereta ketika cuaca baik (panas) adalah lebih tinggi value for money kepada pengguna. Kekadang basuh 2 minggu sekali je. Tapi kereta masih bersih dan cantik.

Sekolah atau taska sangat gembira kerana dapat melaksanakan hari sukan dan aktiviti kokurikulum pada cuaca yang baik begini. Bayangkan jika hari hujan, pasti banyak acara yang terpaksa dibatalkan.

Yang mengadakan jamuan rumah terbuka, kenduri kahwin, kenduri kesyukuran atau apa sahaja keraian pasti tersenyum lebar kerana majlis berjalan lancar dan dapat meraikan para tetamu yang hadir. Jika saya sendiri yang menjadi tuan rumah, pasti saya juga akan berdoa kepada Tuhan agar cuaca sentiasa cerah sepanjang hari. Betul kan?

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Saya mula belajar sesuatu daripada cuaca panas ini. Harap anda juga begitu. Jika ada sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, cuba cari sesuatu yang positif daripadanya. Pasti kita tidak akan mengeluh lagi. Seperti cuaca panas El-Nino ini, sebenarnya ada juga kebaikan. Ada suatu hari tu saya terlewat mencuci pakaian. Agak banyak juga cucian saya pada hari tu. Saya hanya mula menjemur pakaian saya selepas solat Zuhur. Tetapi alhamdulillah, kerana cuaca panas terik ini, kesemua pakaian saya kering ketika saya kutip pada sebelah lewat petang. Nampak tak? Ada kebaikannya kan?

Begitu juga ketika awal pagi. Jika sebelum ini, setiap kali nak mandi mesti kita menggunakan water heater. Maklumlah sejuk nak mandi awal pagi. Tetapi tidak lagi sekarang ini. Dengan cuaca yang panas menjadikan air paip di rumah kita seperti sedikit suam. Mandi awal pagi tak ON water heater pun tak apa. Sebab air dah suam-suam camtu. Best kan?

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Begitulah jadinya kalau kita memandang sesuatu itu daripada sudut yang positif. Meski pun yang datang kepada kita itu ternyata sesuatu yang buruk. Tidak kisah apa pandangan kita terhadap sesuatu yang buruk itu, kerana apa yang lebih penting adalah bagaimana kita memandang sesuatu keadaan tersebut. Dan ini yang akan memberikan impak yang lebih baik kepada kita.

Teringat suatu kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz suatu masa dahulu di televisyen. Ada sepasang suami isteri yang mempunyai 2 orang anak lelaki. Si suami seorang yang kaki judi dan kaki botol. Kerana tabiat buruk ini, dia selalu memukul si isteri kerana dah lupa tanggungjawabnya. Perbuatan si suami ini diperhatikan oleh 2 orang anak lelaki mereka. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, akhirnya si suami menemui ajal kerana masalah kesihatan. Tidak lama selepas itu, si isteri juga telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Kini tinggal anak lelaki mereka yang yatim piatu.

Dua anak kecil ini membesar. Kini mereka telah dewasa. Seorang daripadanya menjadi ketua samseng dengan menjalankan aktiviti kongsi gelap. Hidupnya penuh dengan dosa dan noda. Bila ditanya kepadanya mengapa dia menjadi sebegini, dia berkata ini disebabkan pengaruh ayahnya yang dilihat sejak kecil. Semua yang buruk itu telah mempengaruhi hidupnya hingga beliau dewasa.

Manakala seorang lagi membesar menjadi seorang peguam yang berjaya. Bila ditanya mengapa beliau menjadi peguam, katanya ini adalah kerana pengalaman semasa kecil melihat ibu mereka dipukul oleh si ayah. Penganiayaan tanpa belas kasihan ini menyebabkan beliau nekad untuk membantu lebih ramai orang di luar sana daripada terus ditindas dan dianiaya apabila beliau dewasa kelak. Itulah yang menjadi faktor pendorong terkuat hingga beliau berjaya mencapai cita-citanya.

Jika kita lihat daripada kisah ini, dua personaliti berbeza telah wujud kesan daripada pengalaman buruk masa silam yang sama. Di sini jelas menunjukkan bahawa bagaimana seseorang itu memandang masalah yang berlaku di depannya akan mempengaruhi kehidupan untuk masa kini dan masa akan datang. Dalam konteks ini, tak penting apa yang dipandang, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana ianya dipandang.

Maaf jika entri ini terlalu panjang. Semoga kita bersama mendapat manfaat. InsyaAllah.

sumber http://www.wazirmalik.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kerana Doa Seorang Ibu Kepada Anaknya Yang Pecahkan Pasu Semasa Kecil
siakapkeli.my

Sesungguhnya doa seorang ibu terhadap anaknya dikatakan adalah doa tanpa hijab di hadapan Allah, sebab itulah kalau kita dengan bahawa doa seorang ibu mudah menembusi langit sehingga doa seorang ibu yang dipanjatkan untuk anaknya amat mudah dikabulkan.

Mungkin sebahagian kita tidak sedar akan kehebatan doa seorang ibu ini yang dikabulkan tanpa kita sedari.

Banyak tulisan yang mengupas tentang kekuatan sebuah doa ibu dan keutamaannya, namun disini admin hanya ingin kongsikan sebuah kisah benar yang telah dimuatnaik oleh seorang guru tentang apa yang terjadi dikongsikan rakannya.

Jom kita baca.

Pada suatu hari, saya sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelaki saya yg masih kecil berlari ke arah saya, ia tidak sengaja terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca.. pecah hancur berderai...

Saya benar-benar marah ketika itu. Kerana pasu itu amat mahal harganya. Hadiah dari Ibu saya yg amat saya sayangi, maka saya menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.

Saya amat marah tanpa disedari saya telah melontarkan kata-kata :

" Semoga kamu ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur...! "

Tahun demi tahun berlalu, anak lelaki saya dah membesar, saya dah lupa akan doa itu, saya pun tak anggapnya penting, dan saya tidak tahu bahwa doa itu telah naik ke atas langit…

Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar, dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghormati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik2nya yang lain.

Kini dia telah bekerja, menjadi seorang Jurutera yg Berjaya, tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu.

Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibuat baik pulih.

Maka pergilah anakku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap untuk merobohkan satu dinding yang sudah usang.

Sedang mereka melakukan kerja penyediaan renovation, anakku pergi kebelakang bangunan tersebut tanpa pengetahuan sesiapa pun.

Oleh itu kerja2 utk meruntuhkan dinding itu akan dilakukan oleh para pekerja suamiku tanpa mengetahui bahwa anakku ada di belakang dinding tersebut, dgn tidak semena mena dinding bangunan itu terjatuh menimpanya.

Kendengaran suara berteriak didalam runtuhan tersebut sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi.
Semua pekerja berhenti. Hairan suara siapa..? Mereka berlari ke arah runtuhan itu...

Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anakku itu dengan susah payah dan segera memanggil Bomba dan ambulans.

Mereka tidak boleh mengangkat badan anakku. Ia remuk, Seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping.

Mereka mengangkat badannya yang hancur dengan berhati hati dan segera membawanya ke Hospital Unit Kecemasan untuk pertolongan lebih lanjut.

Ketika ayahnya menghubungi aku untuk mengkhabarkan hal itu, seakan akan Allah menghadirkan kembali apa yang telah aku doakan untuknya semasa ia kecil dahulu..

Aku menangis hingga jatuh pengsan. Ketika sedar, aku berada di Hospital dan aku meminta untuk melihat keadaan anakku.

Ketika melihatnya, seakan-akan aku mendengar suara Tuhan berkata: INI DOA MU KAN?

Sudah AKU kabulkan setelah sekian lama, engkau berdoa dan sekarang Aku akan mengambilnya.
Ketika itu, jantung aku seakan berhenti berdetik.

Anak aku menghembuskan nafasnya yg terakhir.

Aku berteriak dan menangis sambil berkata:

" Jangan pergi nak...!!

Andai kata ia masih hidup... Tidak mengapalah jika dia nak hancurkan semua perabot didalam rumah aku....."

Asalkan saya tidak kehilangan ia… YA ALLAH....

Seandainya lidah ini idak mendoakannya 25 tahun yang lalu.....

Andaikan… Andaikan… Andaikan… Tetapi, kalimat 'andaikan' ini tidak berguna lagi… waktu ini..

SEKIAN

# satukisahbenar

Pesanan kepada para ibu: Jangan terburu-buru mendoakan anakmu ketika kamu sedang marah.
Berlindunglah kepada Allah dari godaan setan,… Jika kamu ingin memukulnya, pukul saja, tapi jangan mendoakannya macam-macam, sehingga kalian akan menyesal seperti saya!

Saya menuliskan ini dengan airmata yang membanjir…

Aku rela rohku pun turut bersamamu, Hingga aku bisa beristirahat dari kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu.

Kisah benar ini...Tolong sebarkan keseluruh wanita, Doa itu akan terjawab, walau sekian lama... tunggu la.. Allah pasti akan mengkabulkanya...!!

OLEH ITU BERDOALAH YANG BAIK-BAIK UNTUK SEMUA ANAK2MU - Bila Cikgu Emmet menulis

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 15, 2016 8:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mi Segera Korea Disahkan Halal

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Pengemar mi segera jenama Samyang dari Korea tidak lagi perlu meragui status halal produk tersebut kerana ia telah disahkan tidak mengandungi unsur haram seperti yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim menjelaskan bahawa produk tersebut adalah halal dan tidak mengandungi bahan meragukan seperti yang didakwa sebelum ini.

"Berdasarkan makluman siasatan, Korea Muslim Federation (KMF) terhadap produk mee segera rameyon, didapati bahawa produk tersebut tiada mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil (KMF) halal yang sah sehingga kini

"Pihak syarikat patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan oleh KMF dan pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di korea yang diberikan sijil halal Oleh KMF," tulis kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, Bahagian Hab Halal, Jakim, sebentar tadi.

Justeru itu, Jakim menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu.

"Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telifon pintar MyJakim," kata Jakim.

Status halal mi segera dari Korea itu menimbulkan perdebatan berikutan tersebar dakwaan bahawa produk tersebut mengandungi unsur syubhah kerana menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.

- mD

Kesan Makan Maggi Pada Kesihatan. Maggi sangat beracun

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat "popular" di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang "kekeringan" poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: