Thursday, May 19, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4498

9 Messages

Digest #4498

Messages

Wed May 18, 2016 8:24 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Arwah Adiknya Maut Dilanggar ETS, Kakak Luah Rasa Sedih Dicerca Netizen Kakak kepada remaja yang maut akibat dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Megat Dewa dekat sini dua hari lalu menyatakan sedih dengan tanggapan orang ramai di media sosial yang menuduh adiknya membunuh diri, sakit mental dan mempunyai masalah sosial. Menurut Hajar Yaziz, 27, sebagai seorang kakak yang paling rapat dengan adiknya, Mohd Afendy, 20, dia lebih mengenali adiknya itu di mana beliau merupakan seorang yang taat kepada agama dan tidak pernah melawan atau meninggikan suara kepada ahli keluarga, "Sedih melihat komen netizen di Facebook cakap adik saya macam-macam sedangkan kami tahu dia macam mana. "Dia kerap melawat saya di Sungai Petani, malah menjaga saya ketika dalam pantang. Dia tidak keluar malam, suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga ,"katanya ditemui di rumah ibunya di Megat Dewa, Kodiang. Menurut beliau, selepas tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, adiknya melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah pondok di Perlis, namun berhenti setelah setahun dan bercadang belajar pondok di Kedah. Menurut ibu mangsa pula, Saripah Kassim, 54, bunyi ETS yang hari-hari didengar kini merupakan sesuatu bunyi yang membawa igauan ngeri kerana jarak jarak rumahnya dengan landasan tren hanya 50 meter dan dia sekeluarga boleh mendengar dengan jelas bunyi tren yang lalu antara tiga hingga empat kali sehari. "Sebulan sebelum itu arwah ada membuat catatan di Facebook mengenai tanda-tanda 100 hari sebelum kematian," katanya menceritakan tanda-tanda pemergian arwah. Pada petang 15 Mei lalu, Afendy yang baru selesai solat Asar telah melintas laluan tren untuk membeli roti di seberang jalan. Namun beliau tidak sempat mengelak tren ETS dari arah Padang Besar ke Kuala Lumpur menyebabkan dia dilanggar dan cebisan mayatnya diseret sehingga satu kilometer. Saripah berkata ketika kejadian, dia ada urusan di Padang Sera dan Afendy berada bersama seorang lagi anaknya, Nurjannah, 15, serta nenek mereka. "Ketika kejadian, tok (nenek) dia kelam kabut terus pergi tengok dan panggil Nurjannah datang. Lepas itu panik tak tau nak buat apa, telefon Hajar di Alor Setar," katanya. Dari pemerhatian kami, video-video kemalangan arwah dilihat sedang bermain di media sosial, ramai yang mengatakan beliau membunuh diri kerana dilihat berdiri tegak ditangah landasan ketika kejadian. Namun penjelasan seorang pengguna Facebook ini boleh diguna pakai. x Ini kerana perkhidmatan ETS ini setahu admin berdasarkan apa yang rakan dari KTMB pernah cerita, landasan akan mengalirkan arus elektrik voltan tinggi jika tren ETS melaluinya dengan jarak 300 meter ke depan dan 300 meter ke belakang landasan, betul ke tak pihak KTMB lebih arif.~amazingnara

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZKWSP kekal pemegang terbesar hutang domestik kerajaan
bloglist-malaysia.blogspot.
btmmari.blogspot
Written By canang
Posted by canang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal sebagai pemegang terbesar hutang domestik kerajaan dengan komposisi pegangan 21.6 peratus atau RM131.7 bilion.
Menurut menteri kewangan, pinjaman itu dalam bentuk pegangan KWSP dalam instrumen sekuriti kerajaan berjumlah RM65.9 bilion dan terbitan pelaburan kerajaan RM65.8 bilion.

Dalam jawapan bertulis di parlimen, menteri juga menjelaskan pinjaman yang diperoleh kerajaan persekutuan adalah bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Dan secara tidak langsung, kata Datuk Seri Najib Razak, ia memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan pelbagai program pembangunan negara.

Najib menjelaskan hutang domestik kerajaan sebanyak 96.6 peratus atau RM609.1 bilion. Bakinya RM21.5 bilion (3.4 peratus) adalah pinjaman luar pesisir.

Beliau menjawab soalan Wong Tien Fatt (Sandakan) berkaitan hutang kerajaan kepada KWSP, selain tujuan dan syarikat dimanfaatkan daripada hutang itu.

Sementara itu, Najib juga berkata, kedudukan terkini hutang kerajaan pada akhir Disember 2015 sebanyak RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK).

Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan komited memastikan paras hutang persekutuan tidak lebih 55 peratus daripada KDNK.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 18, 2016 8:24 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Arwah Adiknya Maut Dilanggar ETS, Kakak Luah Rasa Sedih Dicerca Netizen

bloglist-malaysia.blogspot.

 

Kakak kepada remaja yang maut akibat dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Megat Dewa dekat sini dua hari lalu menyatakan sedih dengan tanggapan orang ramai di media sosial yang menuduh adiknya membunuh diri, sakit mental dan mempunyai masalah sosial.

Menurut Hajar Yaziz, 27, sebagai seorang kakak yang paling rapat dengan adiknya, Mohd Afendy, 20, dia lebih mengenali adiknya itu di mana beliau merupakan seorang yang taat kepada agama dan tidak pernah melawan atau meninggikan suara kepada ahli keluarga,

"Sedih melihat komen netizen di Facebook cakap adik saya macam-macam sedangkan kami tahu dia macam mana.

"Dia kerap melawat saya di Sungai Petani, malah menjaga saya ketika dalam pantang. Dia tidak keluar malam, suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga ,"katanya ditemui di rumah ibunya di Megat Dewa, Kodiang.

Menurut beliau, selepas tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, adiknya melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah pondok di Perlis, namun berhenti setelah setahun dan bercadang belajar pondok di Kedah.

Menurut ibu mangsa pula, Saripah Kassim, 54, bunyi ETS yang hari-hari didengar kini merupakan sesuatu bunyi yang membawa igauan ngeri kerana jarak jarak rumahnya dengan landasan tren hanya 50 meter dan dia sekeluarga boleh mendengar dengan jelas bunyi tren yang lalu antara tiga hingga empat kali sehari.

"Sebulan sebelum itu arwah ada membuat catatan di Facebook mengenai tanda-tanda 100 hari sebelum kematian," katanya menceritakan tanda-tanda pemergian arwah.

Pada petang 15 Mei lalu, Afendy yang baru selesai solat Asar telah melintas laluan tren untuk membeli roti di seberang jalan.

Namun beliau tidak sempat mengelak tren ETS dari arah Padang Besar ke Kuala Lumpur menyebabkan dia dilanggar dan cebisan mayatnya diseret sehingga satu kilometer.

Saripah berkata ketika kejadian, dia ada urusan di Padang Sera dan Afendy berada bersama seorang lagi anaknya, Nurjannah, 15, serta nenek mereka.

"Ketika kejadian, tok (nenek) dia kelam kabut terus pergi tengok dan panggil Nurjannah datang. Lepas itu panik tak tau nak buat apa, telefon Hajar di Alor Setar," katanya.

Dari pemerhatian kami, video-video kemalangan arwah dilihat sedang bermain di media sosial, ramai yang mengatakan beliau membunuh diri kerana dilihat berdiri tegak ditangah landasan ketika kejadian.

Namun penjelasan seorang pengguna Facebook ini boleh diguna pakai.

 

Ini kerana perkhidmatan ETS ini setahu admin berdasarkan apa yang rakan dari KTMB pernah cerita, landasan akan mengalirkan arus elektrik voltan tinggi jika tren ETS melaluinya dengan jarak 300 meter ke depan dan 300 meter ke belakang landasan, betul ke tak pihak KTMB lebih arif.~amazingnara

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 18, 2016 8:24 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kenapa Nazri Aziz Sentap Bila Raja Salman Nak Jawab Isu Derma 2.6b Soal Netizens.
bloglist-malaysia.blogspot.
sozcyili.blogspot

MEMALUKAN. TERANG-TERANG TERPAPAR AKSI NAZRI AZIZ YANG MENGELABAH BERUK BILA RAJA SALMAN SENDIRI BERNIAT NAK MENJAWAB SOALAN MENGENAI ISU DERMA 2.6B. LUE SUDAH KANTOI BEB. LUE, NAJIB DAN SEMUA KABINET NAJIB SUDAH KANTOI.

Baca ulasan ini ;


KAH!! KAH!! KAH!!

Lihat Nazri mula gelabah beruk bila Putera Sultan Abdulaziz yang merupakan anak Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud nak menjawab soalan wartawan mengenai isu derma Najib.

Cuba perhatikan di awal video pada minit [0:13] ketika Salman mengambil mikrofon dan Nazri juga sedang menghulurkan tangannya untuk mengambil mikrofon yang sama. INGAT !!.. soalan itu ditujukan kepada Salman BUKANNYA NAZRI..

Kemudian Salman berkata kepada Nazri - "That's OK." seolah2 mahu menyakinkan Nazri yang beliau mampu jawab soalan itu. KIH!! KIH!! KIH!!..

SELAPAS ITU.. Lihatlah gelagat Nazri ... hahahaha .... Siap raba2 tali leher macam reaksi spontan orang yang kepanasan ...

Ayat pertama yang dijawab oleh Salman sebelum mikrofon diambil alih oleh Nazri adalah..
"I really have no background on this issue. I'm not saying just to brush you off but we really have no background on this issue. This is an internal issue with Malaysia and I am sure, you guys will work it out"

Maksudnya apa ?.. Salman sebagai ahli kabinet kerajaan Arab Saudi berkata yang dia/mereka tidak tahu apa2 mengenai isu derma ini !!.. Beliau bukan tak nak jawab tapi memang dia tidak tahu apa2 !!.. Isu derma ini adalah satu isu dalaman Malaysia, dia tak nak masuk campur dan berharap rakyat Malaysia mampu selesaikannya.

(RUJUK)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 18, 2016 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



AJARAN SESAT APA YANG KAU CUBA BAWA NI WAHAI MELAYU?
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 18, 2016 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kelemahan kawalan punca kuota rumah untuk Melayu tidak dipatuhi
bloglist-malaysia.blogspot.
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Pelepasan melebihi kuota Melayu itu menyebabkan pegangan minimum 30% hartanah kuota Melayu di luar bandar dan 10 peratus di kawasan bandar tidak tercapai seperti ditetapkan.

MELAKA: Kelemahan terhadap kawalan kuota Melayu untuk projek perumahan swasta di negeri ini ialah antara punca kuota Melayu untuk enam pemaju tidak dipatuhi, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Pengauditan yang dijalankan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Melaka dan Lembaga Perumahan Melaka mendapati, pelepasan melebihi kuota sepatutnya itu juga menyebabkan pegangan minimum 30% hartanah kuota Melayu di luar bandar dan 10 peratus di kawasan bandar tidak tercapai seperti ditetapkan.

Sepatutnya lima pemaju mengekalkan kuota Melayu minimum 30%, tetapi masing-masing hanya mengekalkan kuota 28%, 25%, 21% dan 6.9%.

Satu lagi pemaju yang sepatutnya mengekalkan kuota 10% langsung tidak mengekalkan sebarang kuota Melayu.

Audit mengesan kelemahan pelaksanaan kawalan tersebut iaitu prestasi keseluruhan kuota Melayu tidak dapat diukur, pegangan minimum kuota Melayu di beberapa projek tidak tercapai, tiada pemantauan serta penguatkuasaan berkala dan tiada pemantauan terhadap harga diskaun hartanah kuota Melayu.

"Pengurusan kuota Melayu terhadap projek perumahan swasta di Melaka adalah memuaskan daripada aspek proses pelepasan kuota Melayu tetapi mekanisme kawalan kuota Melayu perlu diberi penekanan dan penambahbaikan," menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyebut kadar diskaun untuk penjualan hartanah kuota Melayu adalah antara lima hingga 15% berdasarkan kadar harga jualan antara RM25,001 dan melebihi RM200,000 namun PTG Melaka tidak melaksanakan kawalan terhadap diskaun tersebut.

"Tiada rujukan pengesahan harga jualan dilakukan kerana tiada peraturan atau garis panduan yang ditetapkan seperti syarat iklan jualan dan meletakkan harga jualan dalam iklan dikeluarkan," kata laporan itu.

Sehubungan itu, audit mengesyorkan penubuhan unit khas untuk pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan kuota Melayu dalam pemilikan hartanah terjamin.

Audit mengesyorkan penyediaan daftar utama sebagai rujukan mengenal pasti perubahan, pelepasan dan maklumat lain mengenai kuota Melayu; menguatkuasakan Sijil Layak Memiliki Rumah dengan serta-merta bagi menghalang manipulasi harga diskaun dan menguatkuasakan denda kepada pemaju yang ingkar arahan mengemukakan laporan projek secara terperinci.

Sebanyak 8,045 unit hartanah dibangunkan 59 pemaju menerusi 63 projek yang diluluskan antara 2013 dan 2015 di Melaka.
Daripada jumlah itu, sebanyak 4,027 unit hartanah adalah kuota Melayu.
– BERNAMA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 18, 2016 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SEMAKIN GANAS

bloglist-malaysia.blogspot.
tukartiub.blogspot

Posted by Tukar Tiub

PENAHANAN ANGGOTA POLIS KORPORAL JUSNINAWATI ABDUL GHANI
DI BAWAH SOSMA:

MASYARAKAT PERLU AMBIL PERHATIAN RISIKO SALAHGUNA SOSMA

Kebelakangan ini dengan pelbagai perkembangan politik yang tidak menentu di dalam negara, ada kecenderongan pimpinan politik dan civil societyyang terlepas pandang beberapa isu penting melibatkan rakyat yang sepatutnya diketengahkan. Salah satu dari isu tersebut adalah berhubung penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang berleluasa tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari masyarakat.

Saya telah mengikuti perkembangan penggunaan SOSMA ini daripada rakan-rakan peguam yang secara sukarela membela tahanan-tahanan ini. Maklumbalas yang saya dapati setakat ini menunjukkan bahawa:

1. Sebahagian besar (sekitar 90%) dari tahanan-tahanan mengaku bersalah tanpa melalui perbicaraan yang sewajarnya

2. Kes mereka tidak mendapat perhatian awam

Keadaan ini membimbangkan saya kerana ia boleh mewujudkan satu suasana yang mana pihak berkuasa boleh menggunakan SOSMA tanpa timbang tara ("check and balance") yang sewajarnya dari masyarakat. Ini akan menjadikan SOSMA satu undang-undang yang sangat berbahaya kerana sesiapa yang didakwa di bahawa SOSMA mungkin tidak mendapat hak yang sewajarnya di bawah Perlembagaan. Kebimbangan saya ialah masyarakat secara umumnya mempunyai stigma dengan kes-kes di bawah SOSMA dan dengan mudah membuat kesimpulan bahawa mereka yang didakwa adalah pengganas; lalu masyarakat tidak mengambil perhatian tentang nasib dan hak tahanan-tahanan yang didakwa.

Oleh yang demikian, National Oversight & Whistleblowers telah bekerjasama dengan satu pasukan peguam untuk mula membela beberapa kes SOSMA yang dirasakan wajar dibawa ke perhatian umum untuk menimbulkan kesedaran rakyat mengenai risiko salahguna SOSMA jika tidak disemak secara berterusan oleh masyarakat.

Kes yang pertama yang akan kami bela dan ketengahkan ialah melibatkan seorang pegawai polis wanita iaitu Korporal Jusninawati Abdul Ghani yang ditahan di bawah SOSMA atas tuduhan menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan.

Saya telah menyemak setakat yang termampu dan mengumpulkan maklumat-maklumat berikut mengenai kes Korporal Jusninawati:

§ Beliau ialah seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak kecil dan menanggung seorang ibu tua

§ Beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan di internet melalui Facebook menjual kopi, pakaian kanak-kanak dan beberapa barangan lain

§ Kopi yang dijual melalui Facebook dibekalkan oleh seorang pembekal dari Kedah. Setelah berurusan hampir setahun, beliau menjadi akrab secara online dan dijemput pembekal itu (rakan Jusninawati) ke Kedah untuk melawat

§ Semasa di Kedah, Jusninawati mengikuti rakannya hadir ke satu kenduri dan bergambar bersama-sama tetamu/kenalan lain

§ Salah seorang dari kenalan yang turut bergambar (tetapi tidak dikenali oleh Jusninawati) telah ditahan di bawah SOSMA

§ Hasil dari siasatan terhadap tahanan itu, beberapa orang yang turut bergambar ditahan di bawah SOSMA termasuklah Jusninawati dan seorang remaja berumur 16 tahun

Ini adalah maklumat awal yang saya perolehi dari semakan dengan keluarga, Jusninawati sendiri dan semakan bebas di laman media sosial dan berita-berita. Walaupun saya tidak mempunyai maklumat yang menyeluruh mengenai kes ini, saya khuatir berdasarkan maklumat yang saya perolehi setakat ini ada risiko Jusninawati boleh teraniaya jika beliau terus mengaku bersalah seperti 90% tahanan yang lain (yang kes mereka tidak mendapat bantuan guaman yang sewajarnya atau tidak mendapat perhatian awam).

Peguam NOW telah berjaya melawat Jusninawati di Penjara Kajang sekali setakat ini. Ada dakwaan bahawa beliau tidak dibenarkan memakai tudung di dalam tahanan yang sedang kami semak dengan pihak berkuasa.

Saya percaya tumpuan masyarakat perlu kembali kepada isu-isu ketidakadilan dan keluhuran undang-undang seperti ini. NOW akan menganjurkan forum dan kempen untuk mengenengahkan isu ini kepada rakyat bermula hari ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH EKSEKUTIF
AHLI PARLIMEN PANDAN


"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 18, 2016 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tudia.. 3 tahun tak boleh keluar negara jika ejek kerajaan
bloglist-malaysia.blogspot.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Tiga tahun tidak boleh keluar negara jika ejek kerajaan

PETALING JAYA: Fikir dua kali sebelum melancarkan kata-kata serangan terhadap kerajaan kerana anda mungkin dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara selama tiga tahun.

Menurut sumber Jabatan Imigresen, arahan itu dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lalu sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk melindungi imej negara, lapor The Star.

"Sesiapa yang memburukkan kerajaan dalam apa juga bentuk akan disekat daripada ke luar negara," kata sumber itu, menambah Jabatan Imigresen akan bertindak jika menerima permintaan daripada polis atau agensi penguatkuasaan lain.

Katanya, hanya ketua pengarah Jabatan Imigresen yang mempunyai bidang kuasa untuk mempertimbangkan sebarang rayuan.

Arahan itu juga terpakai kepada semua rakyat Malaysia di luar negara yang mempersendakan kerajaan, kerana mereka juga akan dihalang ke luar negara selama tiga tahun, sebaik saja pulang ke Malaysia.

Dalam emel balasan kepada The Star berkaitan arahan itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata memandangkan pasport antarabangsa rakyat Malaysia dikeluarkan kerajaan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong, kerajaan boleh menggunakan budi bicaranya untuk sama ada mengeluarkan, menangguhkan atau membatalkannya.

Katanya, mereka yang disekat melakukan perjalanan ke luar negara ada hak untuk mencabar perintah itu di mahkamah, jika mereka mahu.

Pada masa ini, individu yang diisytiharkan bankrap, berdepan kes guaman atau gagal menyelesaikan hutang kerajaan, biasanya dilarang meninggalkan negara.

Arahan sama dikenakan kepada mereka yang melakukan jenayah di dalam atau luar negara, sengaja merosakkan pasport dan melawat Israel tanpa kelulusan.

Boleh Dihalang Keluar Negara Jika Cemuh Kerajaan
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Jabatan Imigresen telah mengesahkan sebuah peruntukan baru melarang rakyat Malaysia daripada keluar negara selama tiga tahun jika menjejaskan nama baik atau mencemuh kerajaan dalam apa jua cara.

Menurut laporan The Star, peruntukan yang dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lepas itu juga menghalang mereka yang berbuat demikian semasa di luar negara untuk keluar selama tiga tahun setelah pulang ke Malaysia.

"Pasport antarabangsa Malaysia adalah dokumen perjalanan yang dikeluarkan kerajaan dibawah naungan Yang di-Pertuan Agong," kata ketua pengarahnya Datuk Sakib Kusmi kepada akhbar itu.

"Oleh itu, kerajaan mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan, menangguhkan atau membatalkan dokumen perjalanan."

The Star terdahulu memetik seorang sumber tidak bernama yang mendedahkan bahawa tindakan Jabatan Imigresen itu dilakukan setelah diminta oleh agensi penguatkuasaan seperti pihak polis.

Sumber itu juga mendakwa bahawa hanya Sakib akan diberi kuasa untuk meneliti rayuan individu yang dilarang keluar.

Namun, Sakib tidak memaklumkan jumlah rakyat Malaysia yang telah dihalang keluar atas alasan tersebut.

Ahad lepas, pengerusi NGO Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, telah dilarang keluar negara untuk ke Korea Selatan bagi menerima anugerah hak asasi manusia.

'Kerajaan tak boleh sesuka hati sekat orang ke luar negara'
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Kerajaan tidak boleh sesuka hati menyekat seseorang yang mahu ke luar negara kerana ia bertentangan dengan perlembagaan, kata ahli Majlis Peguam Syahredzan Johan.
Katanya, hak rakyat untuk keluar negara dijamin perkara 5 perlembagaan, melainkan ada satu undang-undang bertulis melarang mereka berbuat demikian.

"Untuk menyekat seseorang rakyat Malaysia daripada mengamalkan haknya di bawah Perkara 5, ia perlu menurut suatu undang-undang bertulis yang khusus.
"Contohnya, di bawah undang-undang, kerajaan boleh menyekat seseorang yang tidak membayar semula pinjaman PTPTN. Ini diperuntukan secara khusus.
"Kerajaan tidak ada suatu kuasa am yang diperuntukan bawah undang-undang untuk menyekat seseorang itu keluar negara mengikut suka hati mereka," katanya pada kenyataan media.
Beliau berkata, sebarang sekatan harus dibuat mengikut undang-undang dan bukannya dengan cara 'tepuk dada, tanya selera'.
"Persoalannya, mengikut undang-undang apa Jabatan Imigresen menghalang seseorang itu keluar negara kerana 'memburukkan Kerajaan'?
"Apa-apa sekatan yang dibuat tanpa berlandaskan undang-undang adalah salah di sisi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan," katanya.
Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah pada 15 Mei lalu tidak dibenarkan meninggalkan negara ini untuk ke Korea Selatan bagi menerima Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan sekatan ke luar negara terhadap pengkritik kerajaan sebagai kejam dan keterlaluan.
Katanya, peraturan baru itu menunjukkan tahap kediktatoran Malaysia semakin teruk dan menuju ke arah negara polis.

-malaysiakini

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/05/kerajaan-tak-boleh-sesuka-hati-sekat.html#ixzz491Dk2cHm
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 18, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kementerian Kaji Kemungkinan Kenakan Cukai Ke Atas Perniagaan Online
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dilaporkan sedang mengkaji untuk mengenakan cukai kepada peniaga atas talian di mana ianya sejajar dengan kepesatan sektor berasaskan internet di negara ini, lapor Bernama.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pihak kementerian telah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk melakukan kajian terperinci mengenai perkara ini.

"Pihak LHDN telah pun menubuhkan Bahagian Perniagaan dan Perdagangan Dalam Talian di mana dia bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan itu."

"Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang memperoleh pendapatan boleh dicukai. Jika tidak, ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital," katanya.

Menurut Mohd Irwan berkata, pihaknya juga berhasrat memastikan syarikat perniagaan dalam talian untuk berdaftar dengan pihak SSM.

"Ini bagi membolehkan kita mengetahui jumlah pendapatan yang mereka peroleh," tegasnya.

Beliau meberi contoh perkhidmatan Uber dan Grab di man berdasarkan kajian oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan pendapatan mereka ini mencecah sehingga RM7,000 sebulan iaitu angka yang boleh dikenakan cukai.

Pendapatan bulanan boleh dicukai ketika ini adalah sekitar RM3,000 hingga RM4,000. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 18, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Wednesday, 18 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: