Saturday, May 14, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4492

9 Messages

Digest #4492

Messages

Fri May 13, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat
siakapkeli.my

Gambar keadaan yang diambil di UM. - Foto : @fznhmi /Twitter

Kuala Lumpur: Hujan lebat di kawasan di sini sejak pukul 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Bangsar, Jalan Semantan dan Jalan Pudu mengalami banjir kilat.

Harian Metro melaporkan, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, banjir itu berlau sekitar jam 7.30 malam tadi.

"Seramai 28 petugas berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Hujan lebat melanda beberapa kawasan antaranya di sekitar Pusat Bandar, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Halim, Lebuh Raya Sultan Iskandar, Jalan Semantan, Brickfields, Bangsar, Jalan Pahang, Jalan Sentul, Jalan Tun Razak dan di beberapa kawasan lain.

"Sehingga kini tiada kejadian lain seperti pokok tumbang dilaporkan berlaku," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 13, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
Sent: Friday, May 13, 2016 10:36 PM
Subject: Fw: Perkhidmatan Maybank Tergendala Hujung Minggu Ini

Perkhidmatan ATM, Laman Web Maybank Tergendala Hujung Minggu Ini
siakapkeli.my

PETALING JAYA, 13 Mei: Beberapa perkhidmatan Maybank, termasuk khidmat mengeluarkan wang menerusi mesin ATM dan akses ke web tidak boleh digunakan dalam beberapa tempoh tertentu pada Sabtu dan Ahad ini disebabkan kerja penyelenggaraan tahunan sistem bank itu.

Satu jadual bersama notis telah dikeluarkan oleh Maybank di laman webnya.

"Kami akan berusaha untuk mengurangkan tempoh gangguan perkhidmatan ini dan memohon maaf terlebih dahulu bagi sebarang kesulitan yang timbul," katanya dalam notis itu.

Susulan itu, pengguna yang ingin membuat transaksi pada masa itu dinasihatkan agar berbuat lebih awal.

Untuk maklumat lanjut, layari Maybank2u.com.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 13, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KPN Tampil Perjelas Kepada TMJ Isu SB Curi Dengar Perbualan Telefon
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung dakwaan telefon bimbit baginda dicuri dengar oleh Cawangan Khas (SB), lapor Berita Harian.

Menurut Khalid, beliau telah bertemu dengan TMJ selama sejam untuk memperbetulkan keadaan berhubung isu berkenaan.

"Semuanya adalah salah faham dan saya sudah memperbetulkannya dalam pertemuan dengan TMJ, pagi tadi.

"Saya sudah jelaskan semuanya kepada Tunku Mahkota dan tiada apa masalah yang timbul dan beliau menerima penjelasan berkenaan," katanya. - Siakapkeli.my

"Saya Bukannya Pengganas" Reaksi TMJ Selepas Dakwa Talian Telefonnya Dicuri Dengar SB
siakapkeli.my

Tengku Mahkota Johor (TMJ) unku Ismail Sultan Ibrahim hari ini melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers di mana dalam temubual baginda telah mendakwa beliau kini dipantau anggota polis cawangan khas (SB).

Menurut Baginda, beliau sendiri tidak faham mengapa polis perlu talian telefonnya dicuri dengar dan mempersoalkan kepada pergerakannya kini dipantau oleh 'Special Branch'.

Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di Bukit Aman."

"Saya hanyalah seorang yang prihatin terhadap rakyat saya. Saya bukannya pengganas. Saya tidak merbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali membunuh bola sepak Malaysia," kata Tunku Ismail dalam temubual tersebut.

Tunku Ismail sebelum adalah antara beberapa individu yang lantang menyatakan pandangan terhadap beberapa isu negara, termasuk sukan dan politik. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 13, 2016 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Viral Kononnya Jangan Tengok Filem Munafik Di Rumah Kerana Ayat Seru Syaitan, Ini Jawapan Daripada Syamsul
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu, telah menjadi viral di laman sosial tentang diaolog yang digunakan dalam filem Munafik dimana dia tersebar luas di media sosial.

Menurut seorang pengguna Facebook, katanya ayat seru syaitan yang dibacakan oleh Pak Osman itu adalah ayat yang sebenar dan menurutnya lagi ayat berkenaan tiada sedikit pun tiada cacat celanya.

Jadi beliau mengingatkan supaya orang ramai tidak menonton cerita itu dirumah apa lagi jika di rumah ada anak kecil, syaitan dan jin akan datang memenuhi kediaman anda.

Kerana ianya telah menjadi viral, laman Instagram milik pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah menerima soalan bertalu-talu daripada peminat tentang kebenaran dakwaan itu.

Seorang peminat bernama Nurazurawawa telah bertanyakan kepada Syamsul soalan berkenaan.

Akhirnya Syamsul telah tampil menjawab soalan yang dikemukan oleh Nurazurawaa itu di mana ia menafikan apa yang menjadi viral di laman sosial berkenaan.

Berikut adalah jawapan Syamsul.

Maka, dengan jawapan berkenaan, ternyata apa yang ditulis dan disebarkan di laman sosial berkenaan hanyalah rekaan semata-mata dan segala persoalannya terjawab.

Jadi elakkan dari menjadi penyebar khabar angin, selidik dahulu sebelum menekan butang "share" untuk memastikan kita tidak menginayai sesiapa.

Betul cakap Syamsul, sebagai muslim kita jangan taksub atau melampau dengan sesuatu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 13, 2016 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dua Gambar Sadiq Khan Dato Bandar London Untuk Anda Berfikir

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

New London mayor Sadiq Khan takes the bus to work on first day of office. A fine example for a leader to set.

Kita tak perlu susun susun fakta dan argumen. Hujah sudah ada dalam warna warni gambar. Berhadapan dengan medan elit yang rumit dan masyarakat yang kurang membaca (terutamanya sejarah), item seperti ini lebih hampir dan lebih menggerakkan massa.

- untuk siapa yang tak kenal orang dalam gambar, Sadiq Khan, baru menang jadi yb london. Not so muslim London mayor.

You call this a Muslim?

Perkataan "SUBHANALLAH" Terpampang Di Beratus-ratus Bas Merah London Sempena Ramadhan
siakapkeli.my

Bas merah Landon yang menjadi ikonik untuk pengankutan awam bandar-bandar di England nampaknya telah dinaikkan poster yang menunjukkan iklan tertulis rasa bahasa Arab "Subhan Allah" (Maha Suci Allah) dalam usaha untuk menggalakkan Islam Britain untuk menyokong mangsa perang Syria.

Memetik laporan portal rt.com, poster berkenaan dilaporkan telah dinaikkan sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi bermula 6 Jun sehingga 7 Julai.

Wajah bandar Landon yang dilihat mula menerima iklan berunsur agama Islam ini selepas Sadiq Khan dari parti buruh telah dilantik menjadi Datuk Bandar Muslim pertama London di mana secara kebetulan beliau adalah anak kepada seorang pemandu bas.

Islamic Relief yang merupakan sebuah badan amal Islam telah membiayai kempen itu di mana ia akan turut dilancarkan di Manchester, Birmingham dan Bradford.

Penganjur berharap ia akan memberi kesan penerimaan masyarakat setempat terhadap Islam dengan cara yang positif dan menggalakkan umat Islam British untuk menderma kepada usaha-usaha kemanusiaan mangsa perang yang sedang berlaku di Syria.

Pengarah Islamic Relief Imran Madden berkata: "Dalam erti kata lain ia boleh dipanggil kempen perubahan iklim kerana kita mahu perubahan iklim negatif sekitar bantuan antarabangsa dan sekitar masyarakat Islam di negara ini.

"Bantuan Antarabangsa telah membantu mengurangkan bilangan orang yang hidup dalam kemiskinan yang melampau sejak 15 tahun yang lalu, dan umat Islam British adalah satu komuniti yang amat murah hati di mana mereka telah menyumbang lebih £ 100 juta kepada badan kebajikan bantuan antarabangsa dalam bulan Ramadhan."

Walaupun kempen ini telah mendapat sokongan daripada tokoh Islam British, termasuk permain kriket England, Moheen Ali, keputusan oleh Transport for London (TfL) untuk membenarkan poster telah dikritik oleh beberapa pertubuhan bukan Islam. - Siakapkeli.my

Punca Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London yang ramai tak tahu!!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Pada 7 Mei lalu, wakil Parti Buruh Sadiq Khan mencatat sejarah apabila dilantik menjadi Datuk Bandar London pertama beragama Islam, selepas mengatasi calon Konservatif, Zac Goldsmith.

Pagi ini kami menerima pesanan melalui aplikasi Whatsapp tentang beberapa 'keistimewaan' Sadiq sehingga boleh dipilih sebagai Datuk Bandar di kota bukan Islam yang hanya 12 peratus penduduk Islam di sana.

Ekeleh ingin mencari kepastian tentang apa yang disebarkan tentang Sadiq melalui kempennya yang menyokong rang undang-undang mesra lesbian, gay, biseks dan transgender (LGBT).

hidayatullah.com themalaymailonline.com

Sadiq juga dikatakan menyokong usul melarang wanita Islam memakai hijab di tempat awam.

theguardian.com

Datuk Bandar London itu juga dikatakan tidak menyokong barangan Israel diboikot.

foa.org.uk thejc.com

Sadiq Khan juga dikatakan menyokong penuh bangsa Yahudi melalui kempennya serta menyokong Iraq, Syria, Libya diserang atas nama membenteras keganasan.

Ingatkan Sadiq Khan menyokong penuh isterinya memakai hijab selepas dipilih Datuk Bandar London.

london24.com

Rupa-rupa 'fake', silap orang!!

london24.com

Pendedahan ini cuba untuk mengelak puja dan puji berlebihan.

Namun tahniah Sadiq, diharapkan yang di atas hanya sejarahnya dan kini dia dijalan yang betul. Berikut beberapa fakta tentang Sadiq yang dipetik dari Astro Awani.

- Vianur.com

...............................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: laniismaa
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 13, 2016 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tiada Lagi Saman, Memandu Atau Menunggang Tanpa Lesen Akan Terus Didakwa Di Mahkamah
siakapkeli.my

Adakah anda salah seorang yang pemandu atau penunggang motosikal yang tidak berlesen? tahukah anda bahawa anda, jika anda ditahan oleh pihak polis, anda akan terus didakwa di mahkamah atas kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen.

Memetik laporan The Sun Daily, pihak polis tidak lagi akan berkompromi dengan mereka yang memandu atau menunggang atas kesalahan tiada lesen, mereka sudah tidak akan disaman seperti sebelum ini sebliknya akan terus didakwa di mahkamah.

Menurut laporan juga, ia telah dikuatkuasakan sejak pertengahan bula April lepas, tindakan ini diambil berikutan peningkatan kes memandu dan menunggang tanpa lesen sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sehingga kini, pihak polis telah menahan lebih daripada 630,000 pemandu atau penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah sejak tahun 2014 dan 2015 di mana dia dikatakan sebagai penyumbang utama peningkatan kemalangan jalan raya pada setiap tahun.

Mereka yang ditahan dan didapati bersalah memandu tanpa lesen berhadapan dengan denda sehingga RM1,000 atau setahun penjara, atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan.

Bagi mereka yang memandu tanpa perlindungan insurans pula boleh didakwa di bawah Seksyen 90 yang dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Trafik Persekutuan SAC Mahamad Akhir Darus berkata, penguatkuasaan ini disasarkan bagi mendidik mereka tentang bahayanya memandu/menunggang tanpa lesen yang sah.

"Pemandu atau penunggang tanpa lesen ini tidak menjalani ujian atau latihan memandu secara formal. Maka mereka juga tidak tahu undang-undang trafik, tanda jalan atau pemanduan defensi."

"Justeru, mereka bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya yang lain bahkan diri mereka sendiri. Penguatkuasaan ini bukanlah mahu membebankan mereka atau mengutip keuntungan. Tetapi mahu mendidik. Pasukan polis merupakan agensi penguatkuasaan dan bukannya untuk mengaut keuntungan," ujarnya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 13, 2016 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Abu mayat rakan jadi umpan berjaya menangkap seekor ikan kap

bloglist-malaysia.blogspot

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 13, 2016 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Maafkan Saya Encik...Dia Anak Autism, Ada Customer Pernah Marah Dia, Tapi Dia Tak Ambil Hati"
siakapkeli.my

Memang diakui, ramai mereka diluar sana yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) susah untuk mendapat pekerjaan, ada majikan yang tidak percaya, dan ada kerja yang mereka lakukan mungkin terbatas sehingga ada segelintir yang terpaksa menjadi penggemis jalanan.

Tetapi dalam pengalaman admin, mereka inilah antara orang yang paling menghargai pekerjaan yang diperolehi kerana mereka tahu mereka susah untuk dapat kerja menyebabkan mereka amat menghargainya.

Kisah yang dikongsikan oleh saudara Syahril A. Kadir ini cukup memberikan motivasi dan inspirasi kepada mereka di luar sana, walaupun anak ini menghidapi Austism, ia tidak menghalangnya untuk berdikari, bahkan lebih hebat berdikarinya dari kita yang normal.

Jom kita baca,

KISAH ANAK AUSTISM YANG ENGGAN BEBANKAN KELUARGANYA...

Petang tadi aku berada di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) Kg Baru. Ketika sedang duduk menantikan segelas hot chocolate, mata aku menangkap kelibat seorang remaja yang begitu tekun menghidangkan minuman, tanpa rasa penat ke hulu dan ke hilir menyajikan sajian yang dipinta pelanggan.

Tetapi aku dapat rasa 'sesuatu'. Dia langsung tak buka mulut, mukanya serius dan seperti dalam dunianya sendiri. Dalam hati aku berkata, mungkin dia sedang stress. Nak dijadikan cerita, remaja yang sama juga datang dan menghidangkan hot chocolate ke mejaku. Ini part paling 'sempoi'...dia hanya tegak berdiri di tepiku. Aku pula yang terpaksa mengambil sendiri minuman tersebut dari tray yang dipegangnya. Annoying seh!

" Maafkan saya Encik...dia anak autism," kata Cik Aishah.

Rupanya dari jauh eksekutif hotel tersebut memerhatikan gelagat pekerjanya. Dari perbualan singkat dengan Cik Aishah, baru aku tahu siapa sebenarnya remaja itu.

Dan Lo sebenarnya dah berusia 22 tahun tetapi sering gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan status OKUnya itu. Anak kelahiran Pandan Indah ini tidak bersekolah secara formal, hanya belajar home tuition. Ibu bapanya kemudian menghantar Dan mengikuti kursus perhotelan tetapi tidak pernah diterima bekerja sehinggalah KLIH memberi peluang kepadanya.

" Dia tak pernah ponteng selama bekerja di sini...ada customer yang tak tahu pernah memarahinya tetapi Dan tak pernah ambil hati. Dia tabah menjalankan tugas dan tak mahu kami memberi layanan istimewa terhadapnya. Katanya dia tak pernah dapat bantuan. Pendek kata dia mahu berdikari, tak mahu membebankan keluarga," kata Aishah.

Aku kagum dengan Dan dan aku kagum dgn kesanggupan KLIH. Kisah Dan sepatutnya membuka mata dan telinga kita supaya jangan menyisihkan insan-insan sepertinya. Aku terkenang bait-bait lirik lagu Namun Ku Punya Hati.

"...maafkan wahai teman, ku menumpang di sudut dunia, mencari ketenangan, sampai masa ku pergi jua..."

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 13, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Friday, 13 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: