Monday, May 30, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4511

4 Messages

Digest #4511

Messages

Sun May 29, 2016 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ulama Saudi : Foto Selfie Haram

bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

Sheikh Saleh menerbitkan fatwa foto selfie haram (Foto: London Evening Standard)

RIYADH – Salah seorang ulama terkemuka Arab Saudi menerbitkan fatwa haram bagi mereka yang senang selfie atau swafoto. Fatwa diterbitkan setelah sejumlah pemilik kucing mengunggah foto mereka di media sosial beserta hewan kesayangannya dan menjadi sebuah trend baru.

Syeikh Saleh bin Fawzan al Fawzan membuat deklarasi fatwa tersebut ketika ditanya mengenai trend baru di antara mereka yang ingin terlihat seperti orang Barat.

"Apa? Maksud Anda berfoto dengan kucing? Mengambil foto itu haram. Kucing bukanlah sebuah masalah di sini," ujarnya saat menjawab pertanyaan dari wartawan, seperti diwartakan London Evening Standard, Jumat (27/5/2016).
"Tolong jelaskan tren ini kepada saya. Mengambil foto adalah hal terlarang jika tidak perlu bukan hanya dengan kucing, anjing, atau serigala, tetapi juga dengan semua hal," imbuhnya.

Video tersebut menyebar di Youtube setelah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris oleh kelompok pengamat bernama Institut Peneliti Media Timur Tengah. Menurut situs fatwaislam.com, Syeikh Saleh juga pernah melarang orang-orang untuk mengambil foto dengan telefon seluler kecuali itu sangat penting. Syeikh Saleh berpendapat menurut hukum Islam pengambil gambar akan dikutuk.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 29, 2016 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Syeikh Ahmed Deedat, guru Zakir Naik yang termasyhur
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Islam akan menang tanpa atau bersama anda, tetapi tanpa Islam anda akan tersesat dan hilang -Syeikh Ahmed Deedat

Syeikh Ahmed Hussein Deedat yang lebih dikenali dengan nama ringkasnya Ahmed Deedat, lahir di daerah Surat, India, 1 Julai 1918 dan meninggal dunia pada 8 Ogos 2005 pada umur 87 tahun akibat angin ahmar yang telah dideritanya sejak tahun 1996. Semasa kanak-kanak, ulama kharismatik ini hidup tanpa seorang ayah di sisinya sehingga tahun 1926. Ayahnya terkabar berkerja sebagai seorang penjahit yang berhijrah ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Deedat.

Dalam bidang dakwah Deedat adalah seorang legenda. Melalui video-videonya yang banyak tersebar di dunia maya, kita mendapati sosok Deedat adalah seorang lelaki tua yang dengan kemantapan diri tinggi bercakap di hadapan hadirin dalam jumlah ribuan. Ya, beribu-ribu orang yang berada dalam setuju dan tak setuju, yang kedua-duanya kelihatan mencermati, tak melewatkan kata demi kata yang mengalir lancar dari mulut sang Syeikh.

deedat2Hal pertama yang menjadi kelebihan Ahmed Deedat adalah artikulasi kata per kata yang diucapkan demikian mantap dan jelas. Disamping itu, ia menguasai beberapa bahasa seperti Arab, Bahasa Inggeris, Greek, Hebrew, termasuk sedikit bahasa Melayu. Wawasannya tentang Alkitab dalam pelbagai versinya, tambah menguatkan lagi daya magnitnya dalam berbicara.

Syeikh Deedat, yang oleh beberapa sejawatnya dijuluki singa panggung itu, adalah seorang public speaker yang mempunyai cara komunikasi berirama. Kadang ia bergolak-membara, kadang ia bertutur perlahan-hening, dan kadang-kadang secara spontan melemparkan humor yang menyegarkan. Tak jarang audience memberikan tepuk tangan yang gegap-gempita, dan kita boleh melihat di situ: Ahmed Deedat tetap tenang, ia akan menunggunya hingga reda, baru kemudian menyambung bicaranya.

deeeedatDari sisi dramaturgi, tak diragukan keupayaan Ahmed Deedat berpenampilan memang jauh di atas rata-rata. Ia mampu berdialog sekaligus mampu bermonolog dengan sangat baik. Ia boleh bercakap berjam-jam lamanya tanpa rehat dengan daya tarik yang tak pudar hingga usai. Bahasa tubuhnya demikian anjal mengunjurkan apa-apa yang disampaikannya. Cara berdiri, ekspresi wajah, pergerakan tangan, cara dia menyimak dan kesigapannya memberi jawapan membuktikan ia mempunyai kemampuan penguasaan pentas yang ulung.

Terkisah, masa kecil Deedat adalah masa-masa kematangan yang melalui pelbagai rintangan yang tak gampang. Tahun 1927, Ahmed Deedat berangkat ke Afrika Selatan menyusul ayahandanya. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan tersebut adalah saat terakhir ia bertemu ibunya yang meninggal dunia beberapa bulan kemudian.

Di negeri yang asing, seorang Deedat yang baru berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggeris yang tak mencukupi mulai menyiapkan diri untuk menyesuaikan diri dan bersaing dengan kehidupan baru di tanah jajahan Inggeris tersebut. Berkat ketekunannya dalam belajar, Deedat tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa, tetapi juga unggul di sekolahnya. Kegemaran Deedat membaca membantunya untuk mendapatkan perkembangan yang signifikan. Walau bagaimanapun, kerana kekangan kurangnya bayaran menyebabkan sekolah Deedat yang belum selesai di awal usia 16. Ia pun meninggalkan sekolahnya dan bekerja menjadi penjual barang-barang runcit.

Jumma-Mosque_www.ipci.co.za ....... Pada tahun 1936 Deedat bekerja pada kedai muslim di dekat sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Krismas. Di situ ia sering menerima penghinaan daripada pelajar-pelajar mubaligh yang tak jarang mencabar Islam selama kunjungan mereka ke kedai. Hal ini kemudian memberi motivasi kepada Deedat mendalami agama Kristian dan membandingkannya dengan Islam.

Deedat kemudian menemui sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkapkan kebenaran. Buku tersebut mengandungi bahan debat dan kejayaan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam memberikan hujah balasan kepada para mubaligh Kristian yang melakukan misi penyebaran agama Kristian di bawah pihak berkuasa Kerajaan Inggeris dan pemerintahan India.

deedatshajahanahmed.wordpress.com ... Usai mempelajari buku itu, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mula melakukan perbincangan dengan pelajar-pelajar mubaligh. Ketika siswa misionaris tersebut mundur dalam menghadapi argumen balik Deedat, ia secara peribadi memanggil guru teologi mereka dan bahkan pendeta-pendeta di daerah tersebut.

Kejayaan-kejayaan ini memacu Ahmed Deedat untuk meneruskan dakwahnya. Bahkan perkahwinan, kelahiran anak, dan persinggahannya selama tiga tahun ke Pakistan selepas kemerdekaannya, tidak mengurangkan keinginannya untuk membela Islam dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan dari para mubaligh Kristian.

Dengan semangatnya untuk menyebarkan agama Islam, Ahmed Deedat membenamkan dirinya pada sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekad lamanya. Ia memimpin kelas untuk pelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah. Ia mendirikan As-Salaam, sebuah institut untuk tempat para pendakwah Islam menggembleng diri. Bersama-sama dengan keluarganya, ia mendirikan bangunan-bangunan termasuk masjid yang masih dikenal hingga saat ini. Pada 1957, bersama dua orang temannya, Deedat mendirikan Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan ia menjadi ketuanya hingga 1996. Zakir Naik, juru dakwah yang dewasa ini sedang popular merupakan salah satu dari sekian muridnya.

deedatAhmed Deedat telah menerbitkan kira-kira 22 buku penting dan telah dicetak hingga 20 juta kopi. Karya-karya Deedat seperti, The Choice-Between Islam and Christianity, Is the Bible God 's Word ?, Al Qur'an the Miracle of Miracles, What the Bible says about Muhammad ?, dan Crucifixion or Cruci-Fiction? begitu dikenali dan diakui di seluruh dunia. Buku The Choice-Between Islam and Christianity adalah buku terlarisnya yang menyebar luas dari Afrika Selatan hingga ke Eropah, Asia, Oceania, bahkan Amerika Utara dan Selatan.

Ahmed-DeedatSebagai penghargaan yang pantas untuk prestasi yang bersejarah itu, ia mendapat penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal tahun 1986. Penghargaan bergengsi yang sangat berharga dalam dunia Islam.

Di sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmed Deedat menjalani rawat jalan berkaitan penyakit stroke kronik yang dialami di kediamannya di Verulam, Afrika Selatan. Pada 8 Ogos 2005, ia meninggal dunia di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, wilayah KwaZulu-Natal, Durban. Ia dikebumikan di tanah perkuburan Verulam.

sumber http://oasemuslim.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 29, 2016 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



11 Perkara yang sering kita lupa-Imam Ibnul Qayyim
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

KITA TAHU TAPI…

Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah pernah mengisahkan, seorang anak perempuan meninggal kerana taun, kemudian ayahnya melihatnya di dlm mimpi, maka ayahnya berkata kpdnya, "Wahai anakku kabarkan kpdku tentang akhirat!"

Anak perempuan itu menjawab, "Kami telah melewati perkara yg sangat besar, dan sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkannya. Demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih atau satu rakaat solat yg tertulis dlm lembaran amalku lebih aku sukai drp dunia dan seluruh isinya.."

Berkata Ibnul Qayyim, "Anak perempuan itu telah mengatakan perkataan yg dlm maknanya (sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkan), akan tetapi banyak di antara kita yg tidak memahami maknanya.."

"Kita mengetahui, bahwa ucapan Subhaanallaahi wa bihamdihi sebanyak 100 kali dlm sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari yg kita lalui tanpa mengucapkannya sedikit pun."

"Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dgn pahala 360 sedekah. Akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukannya."

"Kita mengetahui, bahawa orang yg berpuasa sunnah kerana Allah satu hari sahaja, akan dijauhkan wajahnya drp api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tapi sayang, kita tidak sanggup menahan lapar."

"Kita mengetahui, bahawa siapa yg menziarahi orang yg sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yg memohon keampunan utknya. Tetapi sayang, kita belum juga menziarahi seorang pun yg sakit di bandar ini."

"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yg membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan utknya sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak utk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dgn beberapa ringgit."

"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yg membantu janda dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yg berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka atau orang yg solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat utk membantu seorang pun janda dan anak yatim."

*Kita mengetahui, bahawa orang yg membaca satu huruf dari Al-Quran, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Quran dlm jadual harian kita."

"Kita mengetahui, bahawa haji yg mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat utk menunaikannya, padahal kita mampu utk menunaikannya."

"Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yg paling mulia adalah yg paling banyak mendirikan solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para shahabatnya tidak pernah meninggalkan solat malam di tengah kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang, kita terlalu meremehkan solat malam."

"Kita mengetahui, bahawa hari kiamat itu pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yg ada di dlm kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri utk hari itu."

"Kita sering menyaksikan orang-orang yg meninggal dunia mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu larut dan lalai dgn senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya di dunia dan tidak akan pernah menyusul pemergian mereka."

Wahai saudaraku yg di rahmati Allah, semoga kita segera merubah keadaan kita mulai detik ini dan mempersiapkan datangnya hari perhitungan yg pasti akan kita hadapi.

Hari di mana kita dipertanggungjawabkan di atas setiap perbuatan kita di dunia.

Hari ketika lisan kita dikunci, sedangkan mata, kaki dan tangan kita yg menjadi saksi.

Dan pada hari itu, setiap orang akan lari drp saudaranya, ibu dan bapanya, teman-teman dan anaknya, kerana pada hari itu setiap orang akan disibukkan dgn urusannya masing-masing.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kpd orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kpd orang yg kamu cintai.

sumber https://peribadirasulullah.wordpress.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 29, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Sunday, 29 May 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: