Thursday, October 9, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4025

3 Messages

Digest #4025

Messages

Wed Oct 8, 2014 8:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kaedah turunkan harga petrol

Dilulus untuk paparan oleh lararatu
tranungkite.net

"

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
"Barang siapa mempunyai apa² hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah SWT, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya."

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
" Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka² yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah SWT akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

" La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin. " (Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang² yang zalim.)"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mahmod
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Minyak Naik Harga Barang Keperluan Pun Naik, Ini Bukti Nya...
bloglist-malaysia.blogspot
idaman78.blogspot

Sedia import barang keperluan atasi kenaikan harga

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia mengimport lebih banyak barang keperluan seperti ikan, sayur, dan daging dalam usaha menangani kenaikan harga berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah sama pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini dan ia ternyata berjaya menstabilkan semula harga barangan berkenaan.

Beliau berkata hanya dengan lambakan barangan keperluan itu mampu memastikan kenaikan harga barang tidak berlaku sekali gus mengurangkan bebanan rakyat.

"Kementerian akan mengimport barangan keperluan tersebut jika berlaku kekurangan bekalan.

Walaupun ia tidak digalakkan tetapi ini merupakan satu alternatif kementerian untuk mengatasi kenaikan harga barangan berikutan pengurangan subsidi minyak," katanya.

Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan korban Perdana Parlimen Bera membabitkan 150 ekor lembu di perkarangan Masjid Daerah Bera di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya sebanyak 50 peratus nelayan akan menceburi penternakan ikan sangkar dalam laut, manakala selebihnya akan menyertai penternakan ikan sungai menjelang tahun 2020.

Ismail Sabri berkata setakat ini tidak sampai 10 peratus nelayan sama ada nelayan laut dan nelayan sungai yang terlibat dalam bidang berkenaan.

"Kita berharap dalam pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat ini, peruntukan kepada kementerian akan ditambah bagi membolehkan lebih banyak projek dapat dilaksanakan untuk golongan petani, penternak dan peladang di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata lebih 1000 buah lagi pasar tani akan diwujudkan menjelang tahun 2020 di seluruh negara dan menurutnya ketika ini terdapat 500 pasar tani.

Katanya, ia dapat membantu golongan petani dan peladang memasarkan terus hasil ladang selain dapat mengurangkan cengkaman orang tengah, manakala penguna pula mendapat harga murah dan barangan segar.

- Bernama

Minyak Naik: Isunya harga barang turut melambung lebih 20 sen

Dilulus untuk paparan oleh lararatu
tranungkite.net

Oleh Ku Seman Ku Hussain

Mulai Rabu lalu untuk membeli petrol RON95 dan diesel, kita kena tambah 20 sen seliter. Maknanya kalau sebelum ini kita mengisi minyak 40 liter, kita kena tambah lebih kurang RM8. Walaupun kena bayar lebih tetapi jangan risau harga minyak tidak naik. Saya yang lemah matematik menerima hujah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bahawa harga minyak tidak naik tetapi hanya subsidi dikurangkan.

Lebih meyakinkan apabila kenyataan daripada KPDNKK menyebut, walaupun terpaksa membayar lebih tetapi tidak membebankan rakyat. Kata menterinya, Hassan Malek, jika berlaku inflasi pun, ia amat sedikit. Maknanya tidak memberi kudis pun kepada rakyat miskin. Pada masa sama RHB Research menganggarkan kadar inflasi akan naik hingga 3.4% berbanding 2.1% pada 2013. Tetapi kita kena percaya kata Hassan sebab dia ialah menteri.

Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan pula tampil dengan hujah hebat yang boleh menyejukan sesetengah daripada kita apabila membandingkan harga petrol dan diesel negara ini jauh lebih rendah di pasaran dunia. Ini sudah cukup bagus, siapa kata harga minyak kita mahal.
Daripada penjelasan ini kita tidak nampak kenapa kerajaan harus apologetik apabila mahu mengurang atau menarik langsung subsidi minyak.

Lagi pun bukankah semua itu untuk kepentingan rakyat? Sebahagian rakyat percaya hasil pengurangan subsidi itu akan menambahkan hasil pendapatan negara. Malah yakin kerajaan akan menggunakan dengan berhemah, tidak boros kepada tujuan yang bukan untuk rakyat. Kenapa anda tersenyum? Adakah yang saya tulis ini terlalu ideal hingga tidak masuk akal? Rakyat faham bahawa kenaikan harga sesuatu barang termasuk petrol dan diesel tidak dapat dielakkan. Buktinya kenaikan harga minyak bukan pertama kali berlaku tetapi sudah banyak kali. Ini menunjukkan rakyat terima keadaan ini walaupun sesetengahnya dalam keadaan terpaksa. Jadi, isunya bukanlah sangat terhadap kenaikan harga minyak (atau kurang subsidi).

Tetapi lebih kepada bagaimana menangani kebimbangan rakyat tanpa meremehkan pemikiran mereka. Sebabnya sebelum ini banyak jawapan kitar semula, basi, bersilat dengan frasa 'kurangkan subsidi' bukan 'harga naik' dan sebagainya. Pendek kata, banyak yang kurang meyakinkan daripada meyakinkan. Dalam laman-laman sosial seperti WhatsApp misalnya sejak Khamis lalu sudah banyak bertebaran cerita satira termasuk mengingatkan supaya jangan ada pihak mengitar semula jawapan lapuk seperti sebelum ini. Kata mereka, jangan buat macam Astro yang kerap sangat mengulang siar hingga penonton jadi bosan.

Sebabnya rakyat melihat selangkah ke depan selepas subsidi minyak dikurangkan. Banyak harga barangan lain terutama makanan akan dinaikkan sesuka hati. Rakyat bukanlah kedekut sangat untuk bayar lebih 20 sen. Tetapi isunya disebabkan kelemahan penguatkuasaan untuk membanteras lintah darat, serba-serbi menjadi mahal. Sayugia dimaklumkan bahawa hanya dua barang sahaja yang tidak boleh dinaikkan harganya tanpa kelulusan KPDNKK iaitu gula dan topeng mulut. Harga barangan lain mengikut permintaan dan faktor-faktor semasa yang tiada ukurannya.

Buktinya tauke-tauke ayam yang menetapkan harga bukan KPDNKK. Sebab itu harga ayam tidak sama antara satu tempat dengan yang lain. Harga tambang bas sekolah pun ikut suka bukannya ditentukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) lagi. Sudah pasti tambang dinaikkan kononnya tauke bas kena bayar lebih 20 sen, mereka rembat berpuluh kali ganda daripada 20 sen. Sesetengah pihak berkata, mereka akan memastikan barang keperluan dijual dengan harga berpatutan dan tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang mengaut keuntungan berlebihan. Bagus. Kenyataannya menarik dan sangat 'seksi'.

Tetapi kita kena tanya juga skala 'berlebihan' itu berapa? Harga 'berpatutan' itu apa skalanya? Apa formulanya untuk menetapkan harga patut dan tidak patut? Apabila menteri dan penguat kuasa membuat 'rombongan Cik Kiah' ke pasar-pasar dengan menjemput wartawan dan jurugambar turut serta, itu bukan operasi harga barang tetapi tanda harga barang. Pendek kata, kalau hendak mengurangkan subsidi tidak usah banyak berdalih, bersilat dan macam-macam istilah yang tujuannya mengelak untuk menyebut 'kenaikan harga minyak.' Buat sahaja dan rakyat akhirnya terpaksa menerima apa yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Selama ini pun rakyat menerima segala kenaikan harga barang, maaf 'pengurangan subsidi' dengan hati yang terbuka. Cuma mereka tidak suka kalau ada pihak seolah-olah memperbodohkan dengan memberikan alasan-alasan basi dan retorik. Misalnya mereka tahu bahawa menggunakan gula berlebihan boleh mengakibatkan kencing manis. Tetapi tidak usahlah memberi alasan bagusnya harga gula dinaikkan untuk mengurangkan kencing manis.

Antara permintaan yang banyak disebarkan menerusi WhatsApp ialah jangan lagi memberi alasan harga minyak di negara ini jauh lebih rendah berbanding beberapa negara lain terutama yang jauh lebih mundur. Jangan bagi alasan untuk mengurangkan faedah subsidi petrol kepada golongan kaya kerana kononnya memiliki kereta besar dan jangan bagi alasan mengurangkan aktiviti penyeludupan. Semua itu rakyat sudah tahu. Dan akhir sekali kalau mereka minta jangan biarkan sesetengah 'ulama politik' mengeluarkan kenyataan bahawa harga barang ialah satu takdir Allah.

Itu hujah 20 sen namanya.-um

sumber

BOLEH MENANGIS MACAI UMNO BILA BACA SINDIRAN INI
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Harga Minyak - Macai Kena Kutuk
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Wed Oct 8, 2014 9:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Wanita Yang Tikam Pemandu Bas Ditangkap Rakan
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

SUSPEK direman empat hari bagi bantu siasatan.

Georgetown: Wanita kurang siuman yang menikam pemandu bas Rapid Penang, semalam ditahan ketika dia sedang menaiki bas bernombor sama di Jalan Paya Terubong, di sini, hari ini.

Pekebun sayur berusia 48 tahun itu ditahan oleh pemandu bas yang mengenali wanita terbabit kerana dia dikatakan hampir setiap hari menaiki bas Rapid Penang bernombor 502 laluan dari Jeti ke Balik Pulau untuk ke pasar.

Selepas menahan wanita terbabit, pemandu bas itu menyerahkan suspek kepada polis dan hasil pemeriksaan ke atas beg wanita itu polis menemui sebilah pisau disyaki senjata kes serangan semalam.

Difahamkan, setiap hari wanita itu akan menaiki bas untuk ke pasar berhampiran bagi menjual hasil tanamannya secara kecil-kecilan kepada peniaga di pasar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas wanita terbabit bagi siasatan kes serangan berkenaan.

Katanya, polis percaya dapat menyelesaikan kes itu berikutan senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan sudah ditemui.

"Pisau itu ditemui dalam beg yang dibawanya dan suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.

Semalam, pemandu bas Rapid Penang Aisyamudin Yaacob, 27, tidak sedarkan diri apabila dia ditikam di paha kanan oleh wanita berkenaan yang dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa tidak memberhentikan bas di depan rumahnya berikutan hentian bas terletak di kawasan berdekatan.

Tikaman itu terkena urat saraf utamanya membuatkan mangsa mengalami pendarahan teruk

Wed Oct 8, 2014 9:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Insan Jujur Tanpa Mengira Bangsa

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Nak bagi credit pada insan yang mulia hati ikhlas jujur tanpa memikirkan ganjaran x kira apa agama bangsa atau budaya sekalipon perlu ada integriti dalam kehidupan yang perlu diterapkan pada anak cucu sampai bila2

Apabila dompet yang tercicir diposkan semula oleh seseorang yang tidak dikenali..
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: